Sunday, January 26, 2020

Juzuk 23



YASIN 22~83
AS-SAFFAT (Yang berbaris) 1~182
SAD (1~88).
AZ-ZUMAR (puak-puak) 1~31.

Yasin 22~83
22. “Dan  mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang jadikan daku, pada hal kepadanya  kamu akan dikembalikan”.
23. Apakah (patut) aku mengambil, selain daripadanya, beberapa tahun yang jua (Tuhan)  pemurah mahu beri bincana kepada ku, tidak lah pertolongan  mereka bisa menolak sedikit pun (kesusahan) daripada ku, dan tidak bisa mereka menyelamatkan daku ?”.
24. “Sesungguhnya aku, diwaktu itu, didalam kesesatan yang nyata”.
25. “Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan ku, oleh itu dengarkan lah (perkataan) ku”.
26. Dikatakan; “masuklah Syurga”. Ia berkata; “alangkah baiknya kalau kaum ku tahu”.
27. “Bahawa Tuhan ku telah ampunkan daku dan telah jadikan ku dari orang-orang yang dimuliakan !”.
28. Dan tidak kami turunkan tentera dari langit atas kaumnya sesudah nya, dan tidak pernah kami turunkan.
29. Tidak ada (azab itu) melainkan satu teriak kan sahaja, tiba-tiba mereka padam.
30. Hai dukacita (yang menimpa) atas hamba-hamba ! (lantaran) tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan adalah mereka memperolok-olok kan dia.
31. Tidak kah mereka lihat beberapa banyak umat yang kami telah binasakan sebelum mereka, lantaran mereka itu tidak mahu kembali kepada (Rasul-Rasul) mereka  ?
32. Dan  sekelian (mereka) tidak lain melainkan akan dihadirkan semuanya disisi kami.
33. Dan satu tanda untuk mereka ialah bumi yang mati, (lalu) kami hidupkan dia dan kami keluarkan daripadanya biji-biji, lalu mereka makan daripadanya.
34. Dan kami jadikan padanya beberapa kebun dari kurma dan anggur,  dan kami pancarkan padanya mata air.
35. Siapa mereka makan dari buah-buahan dan (dari)  apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka.  Oleh itu, tidak kah mahu mereka berterima kasih ?
36. Maha suci (Tuhan) yang telah jadikan jodoh-jodoh sekelian nya dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi, dan dari diri-diri  mereka, dan dari apa-apa yang mereka   tidak tahu.
37. Dan satu tanda untuk mereka ialah malam; kami cabut daripadanya siang, maka tiba-tiba mereka kegelapan. 
38. Dan matahari itu berjalan ditempat ketetapan  baginya, yang demikian itu penetapan (Tuhan) yang gagah, yang mengetahui.
39. Dan bulan itu kami telah tentukan baginya beberapa darjat, hingga ia kembali seperti  lingkaran pelepah kering yang tua.
40. Tidak syugianya matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang, kerana tiap-tiap suatu berjalan (terapung) dilandasan (masing-masing).

41. Dan satu tanda bagi mereka (ialah) bahawa kami muatkan anak cucu mereka dibahtera yang penuh.
42. Dan  kami jadikan  untuk mereka seperti (bahtera) itu, sesuatu yang bisa mereka kenderai.
43. Pada hal jika kami kehendaki, nescaya (bisa) kami tengelamkan mereka, lantas tidak ada penolong bagi mereka dan tidak lah mereka (bisa) diselamatkan.
44. Tetapi rahmat dari kami dan pemberian tempoh hingga satu masa.
45. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “takutlah kepada apa yang didepan kamu dan apa yang dibelakang kamu, supaya kamu diberi rahmat”, (muka-muka mereka berpaling).
46. Kerana (memang)  tidak datang kepada mereka satu (pun) ayat dari ayat-ayat Tuhan  mereka melainkan adalah mereka berpaling daripadanya.
47. Dan apabila dikata kepada mereka; “belanjakan lah sebahagian dari apa yang Allah kurniakan kepada kamu”, berkata orang-orang yang kufur, kepada mereka yang beriman; “apakah (perlu) kami memberi makan orang yang jika Allah mahu.  Nescaya ia beri makan dia ? kamu tidak (berada)melainkan dalam kesesatan yang  nyata”.
48. Dan mereka berkata; ”bilakah (tibanya) ancaman ini jika adalah kamu itu orang-orang yang benar ?”.
49. Tidak mereka menunggu melainkan satu teriakan yang akan mengenai mereka, sedang mereka dalam pertengkaran.
50. Maka tidak bisa mereka membikin wasiat dan tidak bisa mereka kembali kepada ahli rumah mereka.

51. Dan tentu akan ditiup sengkala , maka tiba-tiba mereka dari kubur-kubur akan bersegera kepada Tuhan mereka.
52. Mereka tentu akan berkata; “wahai kecelakaan kami ! siapakah yang bangkitkan kami dari tidur kami ?, “inilah apa yang dijanjikan oleh (Tuhan) pemurah dan benarlah Rasul-Rasul”.
53. Tidak ada (teriakan akhir) melainkan satu teriakan, maka tiba-tiba mereka semua dihadirkan disisi mereka.
54. Maka pada hari ini, suatu jiwa tidak akan dianiayai walau pun sedikit, dan (dekat); “kamu tidak akan dibalas melainkan apa  yang kamu telah kerjakan”.
55. Sesungguhynya penduduk-penduduk syurga dihari ini, dalam kelalaian, bersenang.
56. Mereka dan isteri-isteri mereka duduk dibawah teduh-teduh diatas pelamin-pelamin.
57. Untuk mereka, didalamnya, ada buah-buahan, dan adalah bagi mereka apa-apa yang mereka ingini.
58. Sejahtera ! sebagai perkataan dari Tuhan penyayang.
59. Dan (dikata); “berpisahlah kamu, dihari ini, hai orang-orang yang berdosa !”.
60. “Tidakkah aku telah beri peringatan kepada kamu, hai anak-anak Adam !  supaya kamu tidak menyembah syaitan, (kerana) sesungguhnya ia itu musuh yang nyata bagi kamu ?”.

61. “Dan supaya kamu menyembah akan daku, (kerana) ini satu jalan yang lurus ?”.
62. “Dan  sesungguhnya ia telah sesatkan makhluk yang banyak dari kamu, maka apakah tidak mahu kamu mengerti ?”.
63. “Inilah jahanam yang kamu diancam (dengannya)”.
64. “Masuklah kepadanya, ini hari, dengan sebab kamu telah kufur”.
65. Dihari ini, kami menterai atas mulut-mulut mereka,  tetapi tangan-tangan mereka beromong dengan kami dan kaki-kaki mereka menyaksikan apa yang mereka usahakan.
66. Dan jika kami kehendaki, nescaya kami pupus atas mata-mata mereka, lalu mereka berlomba-lomba kejalan itu, tetapi bagaimana bisa mereka melihat ?.

67. Dan jika kami kehendaki, nescaya kami bekukan mereka  dimana-mana mereka berada, hingga tidak bisa mereka terus dan tidak bisa mereka kembali.
68. Dan siapa-siapa yang kami panjangkan umurnya, nescaya kami balikkan dia dalam kejadian, maka tidakkah mereka (mahu) mengerti ?
69. Dan kami tidak ajar kan syair kepadanya, dan tidak sayugianya (syair)  itu baginya, iaitu tidak lain melainkan peringtan dan bacaan yang nyata.
70. Supaya ia ancam orang yang hidup (hatinya), dan supaya pantas putusan (azab) atas orang-orang kafir.
71. Dan tidaklah mereka fikirkan, bahawa kami telah adakan untuk mereka sebahagian dari yang dibikin oleh tangan-tangan kami (iaitu) binatang-binatang ternak, lalu mereka memiliki nya ?
72. Dan kami jinak kan dia untuk mereka, maka setengah daripadanya (jadi) tongangan mereka, dan setengah daripadanya dimakan oleh mreka ?
73. Dan adalah bagi mereka padanya beberapa manfaat dan (jadi) sumber minuman, maka tidaklah (mahu) mereka berterima kasih ?
74. Dan mereka adakan, selain dari Allah, baberapa tuhan supaya  mereka ditolong.
75. Mereka itu tidak berdaya menolong mereka, sedang mereka jadi tentera yang hadirkan untuk mereka itu.
76. Oleh itu, janganlah perkataan mereka mendukacitakan mu, sesungguhnya kami mengetahui apa-apa yang mereka rahsiakan dan apa-apa yang mereka nyatakan.
77. Dan tidaklah manusia fikirkan bahawa kami jadikan dia dari setitik kama (mani) tetapi tiba-tiba  ia (jadi) pembantah yang nyata ?
78. Dan  ia adakan perumpamaan buat kami, dan ia lupa kepada kejadian nya, ia berkata; “ siapakah (bisa) menghidupkan tulang-tulang padahal ia telah reput ?”
79. Katakanlah; “akan menghiupkan dia, (Tuhan) yang telah jadikan pertama kali, dan ia mengetahui taip-tiap bikinan Nya”.
80. “Yang telah jadikan bagi kamu dari pohon yang hijau itu api, maka tiba-tiba daripada nya kamu nyalakan”.
81. Dan bukan kah (Tuhan) yang telah jadikan langit-langit dan bumi, berkuasa membikin seperti mereka ?  Ya !  kerana ia sangat bisa membikin, sangat banyak mengetahui.
82. Perintahnya, apabila ia kehendaki sesuatu, tidak lain melainkan ia berkata kepada nya; “jadi”, lantas jadi ia.
83. Maka maha suci (Tuhan) yang ditangan nya lah milik tiap-tiap suatu, dan kepdanya lah kamu akan dikembalikan.


{37}
AS-SAFFAT (Yang berbaris) 1~182.
Dengan nama Allah, pemurah, panyayang.

1. Perhatikan lah jiwa-jiwa yang bersaf-saf rapat,
2. Lantas (jiwa-jiwa) yang  sungguh melarang,
3. Lantas (jiwa-jiwa) yang membacakan peringatan !
4. Sesungguhnya Tuhan kamu itu satu,
5. Tuhan bagi langit-langit dan bumi dan barang yang diantara dua itu, dan Tuhan bagi tempat-tempat terbit matahari.
6. Sesungguhnya kami telah hiasi langit yang dekat (ini) dengan satu perhiasan, (iaitu) bintang-bintang.
7. Dan kerana hendak memelihara (dia) dari tiap-tiap syaitan yang derhaka.
8. Tidak bisa mereka cari-cari pendengaran ke golongan yagn paling tinggi,  kerana mereka dilontar dari tiap-tiap jurusan.
9. Dengan sekeras-keras pengusiran, dan (adalah) bagi mereka seksaan yang kekal.
10. Kecuali siapa-siapa yang dapat menyembur sedikit semburan, lalu diiring dia oleh bintang yang berkilat.

11. Maka tanyalah mereka, apakah mereka makhluk yang lebih kuat ataukah (makhluk) yang kami telah jadikan (ini) ? sesungguhnya kami jadikan mereka dari tanah yang liat.
12. Bahkan engkau hairan, sedang mereka memperolok-olok.
13. Dan apabila diingatkan, mereka tidak mahu ingat.
14. Dan apabila melihat satu tanda (kebenaran), mereka berajak-ajakan pada memperolok-olok.
15. Dan mereka berkata; “ini tidak lain melainkan seher yang nyata”.
16. “Adakah apabila kita sudah mati dan jadi tanah dan (tinggal) tulang, bahawa kita akan dibangkitkan (kembali) ?
17. “Dan (dibangkitkan) juga kah bapa-bapa kita yang dahulu-dahulu? “.
18. Katalah; “Ya, dalam keadaan kamu terhina !”
19. Maka (bangkitan) itu tidak lain melainkan satu teriakan , lantas tiba-tiba  mereka (dapat) melihat (amal-amal mereka).
20. Dan mereka akan berkata; “hai kecelakaan kami ! ini (dia) hari pembalasan”.

21. “Inilah (dia) hari putusan yang pernah kamu dustakan”.
22. “Kumpulkan lah mereka yang zalim dan isteri-isteri mereka dan apa-apa yang mereka sembah”.
23. “Selain dari Allah, lantas bawalah mereka kejalan jahanam.
24. “Dan tahanlah mereka (kerana) mereka akan ditanya”;
25. “Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan ?”
26. Tetapi mereka pada hari ini, menyerah diri.
27. Dan sebahagian dari mereka maju kepada sebahagian (buat) bertanya-tanyaan.
28. Mereka berkata; “sesungguhnya kamu telah datangi kami dengan kekerasan”.
29. Mereka jawab; “tetapi memang kamu tidak beriman”.
30. “Dan tidak ada bagi kamu kekuasaan atas kamu, tetapi (memang) kamu kaum yang derhaka”.

31. “Oleh itu, pantaslah putusan Tuhan kita atas kita, bahawa kita akan merasakan (azab)”.
32. Maka kamu telah ajak kami kepada kesesatan kerana kami (memang) sesat”.
33. Maka pada hari itu mereka bersekutu pada (menerima) azab.
34. Sesugguhnya bagitulah kami berserta terhadap orang-oranng yang derhaka.
35. (Kerana) mereka, apabila dikatakan kepada mereka; “tidak ada sebarang Tuhan melainkan Allah”, mereka menyombong.
36. Dan mereka berkata; “apakah kami mesti tinggalkan tuhan-tuhan kami buat (mengikut) seorang syair yang gila ?”.
37. Bahkan ia telah bawa kebenaran  dan ia telah benarkan utusan-utusan.
38. Sesungguhnya kamu akan merasakan azab yang pedih.
39. Dan tidak dibalas kamu melainkan apa yang kamu pernah kerjakan.
40. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan.

41. Mereka itu mendapat rezeki yang tertentu.
42. Buah-buahan, dan mereka dimuliakan.
43. Dalam syurga-syurga kenikmatan.
44. Berhadap-hadapan atas singgahsana-singgahsana.
45. Diedarkan kepada mereka piala minuman dari mata air.
46. Yang putih, yang sedap buat paminum-peminum.
47. Yang tidak ada padanya kerosakan dan tidak mereka dihalangi daripadanya.
48. Dan disisi mereka ada (bidadari-bidadari) yang  pandangan nya tidak melewat, yang cantik matanya,
49. Seolah-olah mereka telur yag terpilihara.
50. Maka sebahagian dari mereka  menghadap sebahagian, bartanya-tanya.

51. Telah berkata seorang yang berkata dari mereka; “bahawa se nya aku pernah mempunyai seorang teman”.
52. Ia berkata; “apakah engkau daripada orang-orang yang membenarkan (bikinan kiamat) ?”
53. “Apakah apabila kita sudah mati dan kita jadi tanah dan (tinggal) tulang-tulang bahawa kita akan diberi ganjaran ?”.
54. Ia berfirman; “apakah kamu mahu melihat ?”.
55. Maka ia menjengok, lalu ia lihat dia ditengah-tengah neraka.
56. Ia berkata; “dami Allah ! sesungguhnya hampir engkau binasakan  daku”.
57. “Dan jika tidak kerana rahmat Tuhan ku, nescaya adalah aku dari orang-orang yang dihadirkan (neraka)”.
58. “maka bukankah kita tidak akan mati”,
59. “Melainkan kematian kita yang pertama, dan kita tidak akan diseksa?”.
60. Sesungguhnya inilah dia kejayaan besar.

61. Untuk (kebahagian) yang seperti inilah hendaknya bekerja orang-orang yang bekerja.
62. Adakah yang demikian itu lebih baik hidangan ataukah pohon zakum (pahit dan jelek) ?
63. Sesungguhnya kami jadikan dia satu azab bagi orang-orang yang zalim itu.
64. Sesungguhnya ia itu (adalah) satu pohon yang tumbuh didasar neraka.
65. Buahnya seolah-olah kepala-kepala syaitan.
66. Maka sesungguhnya mereka akan makan dari (buah)nya hingga mereka penuhkan perut-perut (mereka)  dengan nya.
67. Kemudian, sesungguhnya (adalah) bagi mereka, (buat diminum) sesudahnya, satu campuran panas.
68. Kemudian, sesungguhnya tempat kembali mereka (adalah) ke neraka.
69. (Kerana) sesungguhnya mereka dapati bapa-bapa mereka sesat.
70. Maka mereka bersegera atas bekas-bekas  mereka itu.

71. Padahal setengahnya telah sesat sebelum mereka, kebanyakan orang-orang dahulu.
72. Dan sesungguhnya kami telah utus pada mereka beberapa pengancam.
73. Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang diancam itu ?
74. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan.
75. Dan sesungguhnya Nuh telah menyeru kami, maka (kamilah) sebaik-baik yang memperkenankan.
76. Dan Kami telah selamatkan dia dan golongan nya dari kesusahan yang besar,
77. Dan Kami jadikan anak cucu nya lah yang tinggal,
78. Dan Kami tinggalkan (doa) untuk nya (dilidah) orang-orang yang dibelakang.
79. (Iaitu) sejahtera (adalah) atas Nuh diantara makhluk yang berakal.
80. (Kerana) demikianlah Kami membalas orang-orang berbuat kebaikan.

81. Sesungguhnya  iaitu dari hamba-hamba kami yang mukmin.
82. Kemudian,  kami karamkan orang-orang yang lain.
83. Dan sesungguhnya dari golongan nya ialah Ibrahim.
84. (Ingatlah)  tetakala ia datang kepada Tuhan nya dengan hati yang ikhlas.
85. (Ingatlah) tetakala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya; “apakah yang kamu sembah ?”.
86. “Apakah (patut), dengan dusta, kamu kehendaki, selain dari Allah, (sebagai) tuhan-tuhan ?”.
87. “Oleh itu , apakah anggapan kamu tentang Tuhan bagi sekelian Makhluk ?”.
88. Lalu ia lihat dengan satu penglihatatn dibintang-bintang.
89. Lantas ia bekata “sesungguhnya aku (ini) sakit”.
90. Maka mereka berpaling daripadanya, membelakang.

91. Maka ia pergi dengan bersembunyi kepada berhala-berhala mereka, lalu ia bertanya; “tidakkah kamu  (mahu) makan ?”.
92. “Mengapa kamu tidak (mahu)  omong-omong ?”.
93. Lalu ia majukan atas mereka pukulan dengan sungguh-sungguh.
94. Maka mereka menuju kepada nya dengan segera .
95. Ia berkata; “adakah patut kamu menyembah sesuatu yang kamu ukir (sendiri)”.
96. “Pada hal Allah telah jadikan kamu dan apa-apa yang kamu kerjakan?”.
97. Mereka berkata; “beginilah buat dia satu bina, lalu campak kan lah dia didalam api yang bersusun-susun”.
98. Iaitu mereka hendak kenakan kepadanya satu kebinasaan, tetapi kami jadikan mereka orang-orang yang rendah.
99. Dan ia berkata; “sesungguhnya aku hendak pergi kepada Tuhan ku, ia akan pimpinku”.
100. Hai Tuhan ku ! kurniakan lah bagi ku sebahagian dari (turunan) yang baik-baik”.

101. Lalu kami gembirakan dia dengan seorang anak muda yang sangat sabar.
102, Maka tetakala ia sampai (ke umur biasa) berusaha berserta bapanya, ia berkata; “Hai anak ku ! sesungguhnya aku lihat dalam mimpi bahawa aku akan sembelih mu. Maka fikir kan lah apa yang engkau akan putuskan ?” ia jawab; “hai bapaku ! buatlah apa yang engkau diperintah, engkau akan dapati akan daku, Insyah Allah, dari orang-orang yang sabar”.
103. Maka tetakala mereka berdua telah menyerah, dan ia telah rebahkan dia atas pipinya, (kami tahan dia).
104. Dan kami seru dia bahawa; “ya Ibrahim !”.
105. “Sesungguhnya engkau telah kerjakan perintah dalam mimpi itu dengan betul. Sesungguhnya bagitulah kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan”.
106. Sesungguhnya ini ialah percubaan yang nyata (beratnya).
107. Dan kami telah tebus dia dengan satu sembelihan yang besar.
108. Dan kami tinggalkan (doa) untuknya dalam (golongan) orang-orang yang dibelakang.
109. (Iaitu) sejahtera (adalah) atas Ibrahim !.
110. Bagitulah kami ganjaran orang-orang yang berbuat kebaikan.

111. Sesungguhnya (adalah) ia  daripada hamba-hamba kami yang mukmin.
112. Dan kami girangkan dia dengan Ishak sebagai Nabi dari orang-orang yang baik.
113. Dan kami beri rahmat atas nya dan atas Ishak , dan dari anak cucu mereka, adalah yang berbuat kebaikan dan ada yang  menganyanyai akan dirinya (sendiri) dengan terang.
114. Dan sesungguhnya kami telah kurniakan (kenabian) atas Musa dan Harun,
115. Dan kami telah selamatkan mereka berdua dan kaum mereka dari bahaya yang besar.
116. Dan kami telah tolong mereka, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.
117. Dan kami beri kepada mereka berdua kitab yang terang.
118. Dan kami pimpin keduanya dijalan yang lurus.
119. Dan kami tinggalkan (doa) untuk mereka berdua di(lidah) orang-orang yang dibelakang.
120. (Iaitu) sejahtera (adalah) atas Musa dan Harun !.

121. Sesungguhnya bagitulah kami menganjarkan orang-orang yang berbuat kebaikan.
122. Sesungguhnya mereka berdua, (adalah) dari hamba-hamba kami yang mukmin.
123. Dan sesungguhnya Alias itu dari orang-orang yang diutus.
124. (Ingatlah) tetakala ia berkata kepada kaum nya; “tidakkah (mahu) kamu berbakti ?”.
125. “Apakah (patut) kamu menyeru  Ba’l (berhala) dan kamu  tinggalkan (Tuhan) sebaik-baik pembikin”,
126. “(Iaitu) Allah, Tuhan kamu dan Tuhan bagi bapa-bapa kamu yang dahulu ?”.
127. Lalu mereka dustakan dia. Maka sesungguhnya mereka akan dihadirkan,
128. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan,
129. Dan kami tinggalkan (doa) untuk nya di(lidah) orang-orang yang dibelakang.
130. (Iaitu) sejahtera (adalah) atas Alias.

131. Sesungguhnya demikianlah kami ganjari  orang-orang yang berbuat kebaikan.
132. Sesungguhnya (adalah) ia dari hamba-hamba kami yang mukmin.
133. Dan sesungguhnya Lut itu dari orang-orang yang diutus.
134. (Ingatlah) tetakala kami selamatkan dia dan pengikut-pengikut nya semua,
135. Kecuali seorang perempuan tua di(kalangan) orang –orang yang ketinggalan.
136. Kemudian kami binasakan yang lain,
137. Dan sesungguhnya kamu melewati mereka pada waktu pagi.
138. Dan  pada waktu malam, maka tidaklah kamu (mahu)  mengerti ?
139. Dan sesungguhnya Yunus (adalah) dari orang-orang yang diutus.
140. (Ingatlah) tetakala ia lari kekapal yang penuh,

141. Maka ia berundi, lalu adalah ia dari orang-orang yang kalah.
142. Lalu ditelan dia oleh ikan, sedang ia telah berbuat kesalahan.
143. Maka sekiranya tidak ia dari mereka yang banyak menyebut Allah,
144. Nescaya ia tinggal diperut (ikan) itu hingga hari (manusia) dibangkitkan.
145. Lalu kami campakkan dia ditanah kosong dalam keadaan ia sakit,
146. Dan kami tumbuhkan diatas nya pohon labu merah.
137. Dan kami utuskan dia kepada seratus ribu (manusia) atau lebih.
148. Lalu mereka beriman, maka kami beri kesenangan kepada mereka hingga satu masa.
149. Maka tanyalah kepada mereka, apakah  (patut)  bagi tuhan mu anak-anak perempuan, sedang untuk mereka anak-anak laki-laki ?
150. Atau adakah kami jadikan Melaikat itu perempuan sedang (kejadian itu) mereka saksikan ?

151. Wah !  sesungguhna mereka berkata, dengan kedustaan mereka (bahawa),
152. Allah telah beranak, dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta.
153. Apakah ia telah utamakan anak-anak perempuan daripada anak-anak lelaki ?
154. Mengapa kamu ?  bagaimana kamu menetapkan ?
155. Maka tidak kah (mahu) kamu ingat ?
156. Atau adakah bagi kamu keterangan yang nyata ?
157. Maka bawalah kitab kamu itu jika adalah kamu orang-orang yang benar.
158. Dan mereka adakan antaranya dan antara Jin, perhubungan keluarga, padahal Jin itu mengetahui bahawa mereka akan dihadirkan.
159. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan !
160. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan.

161. Maka sesungguhnya kamu berserta apa yang kamu sembah.
162. Tidaklah kamu dapat menarik kepada (ibadat kamu) itu.
163. Kecuali orang yang (mahu) masuk neraka.
164. “Dan tidak siapa pun dari kami melainkan (adalah) baginya satu darjat yang tertentu”,
165. “Dan sesungguhnya kami ialah yang bersab-sab (sembahayang)”.
166. “Dan sesungguhnya kami ialah yang mengucap kesucian (Allah)”.
167. Dan sesungguhnya mereka pernah berkata;
168. “Jika ada disisi kami peringatan dari orang-orang dahulu”,
169. “Nescaya adalah kami hamba-hamba Allah yang dibersihkan”,
170. Tetapi mereka kufur kepadanya. Oleh itu, mereka akan ketahui (ganjaran mereka).

171. Dan sesungguhnya telah terdahulu ucapan kami kepada hamba-hamba kami yang diutus.
172. Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang diberi pertolongan.
173. Dan bahawa sesungguhnya tentera kamilah yang dapat kemenangan.
174. Oleh itu, berpalinglah dari mereka hingga satu masa.
175. Dan lihatlah (akibat) mereka, maka mereka (pun) akan melihat.
176. Maka apakah mereka minta dengan lekas datang nya azab (dari) kami ?
177. Kerana apabila turun (azab itu) dihadapan mereka, maka jeleklah subuh bagi orang-orang yang diancam.
178. Dan berpalinglah daripada mereka hingga satu masa
179. Dan lihatlah (akibat), maka mereka (pun) akan melihat.
180. Maha suci Tuhan mu ! Tuhan bagi kekuasaan, dari  apa yang mereka sifatkan (dia).

181. Dan sejahtera (adalah) atas mereka yang diutus.
182. Dan sekelian pujian kepunyaan Allah, Tuhan bagi sekelian makluk.

 
{38}
SAD (1~88).
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Sad, demi Quran yang mempunyai peringatan !
2. Tetapi mereka yang kufur itu (adalah) dalam takbur dan perselisihan.
3. Beberapa umat sebelum mereka, kami telah binasakan dan maka mereka meminta pertolongan, pada hal bukan lagi waktu terlepas.
4. Dan mereka hairan atas kedatangan kepada mereka seorang pengancam dari (golongan) mereka, dan orang-orang kafir itu berkata; “ini seorang ahli seher, pendusta”.
5. “Apakah (patut) ia jadikan tuhan-tuhan itu tuhan yang satu (sahaja) ?  sesungguhnya (adalah) ini satu perkara  yang anih”.
6. Dan berangkatlah ketua-ketua dari  mereka (sambil berkata); “pergilah dan sabarlah atas tuhan-tuhan kamu, kerana sesungguhnya ini (adalah) satu (perkara) yang dikehendaki”.
7. “Kita tidak pernah dengar (ke’esaan Tuhan) ini di agama yang akhir, ini tidak lain melainkan satu bikinan”.
8. “Apakah (pantas) diturunkan peringatan itu atasnya dari antara kita ?” tetapi mereka dalam ragu-ragu tentang peringatan ku, bahkah mereka belum merasakan azab ku.
9. Atau disisi merekalah ada perbendaharaan rahmat Tuhan mu yang gagah, yang sangat mengurnia ?
10. Atau kepunyaan mereka  kah kerajaan langit-langit dan bumi dan barang yang antara keduanya ? maka cubalah mereka naik pada sebab-sebab.
11. Suatu tentera disana  dari golongan-golongan akan hancur.
12. Telah mendustakan (Nabi-Nabi) sebelum mereka. Kaum Nuh  dan Aad dan Firaun yang mempunyai kerajaan yang teguh.
13. Dan Samud dan kaum Luth dan penduduk Aikah. Merekalah golongan yang bersekutu (menentang Rasul-Rasul).
14. Tiap-tiap (golongan itu) tidak lain melainkan dustakan Rasul-Rasul, maka telah pantaslah (atas mereka) azab ku.
15. Dan tidak (pula) mereka tunggu melainkan satu teriakan yang tidak ada baginya  ulangan.
16. Dan mereka berkata; “hai Tuhan kami ! segerakan lah buat kami bahagian kami sebelum hari perhitungan”.
17. Sabarlah atas apa yang mereka berkata, dan ingatlah (kepada) hamba kami, Daud yang mempunyai kekuatan-kekuatan, (sedang) sesungguhnya (adalah) ia orang-orang yang banyak kembali (kepada Allah).
18. Sesungguhnya kami mudahkan bagi nya gunung-gunung yang memuji (Tuhan) petang dan pagi.
19. Dan jika burung-burung hal keadaan nya terkumpul, tiap-tiap satu taat padanya.
20. Dan kami telah tegohkan kerajaan nya dan kami  beri kepadanya kebijaksanaan dan (ilmu) memutus hukum.
21. Dan sudahkah sampai kepada mu khabar orang-orang yang bermusuhan, tetakala mereka naik tembok merhab (panjat pagar) itu  ?
22. (Yaitu)  tetakala mereka masuk bertemu Daud, lalu ia karget melihat mereka.  Mereka berkata; “jangan lah engkau takut, (kami) dua orang yang berperkara, seorang dari kami mengenai nya seorang maka hukum lah antara kami dengan benar, dan jangan lah engkau melewati batas, dan pimpinlah kami kejalan yang lurus”.
23. “(Iaitu) sesungguhnya (orang) ini saudara ku, ia mempunyai sembilan puluh sembilan kambing betina, sedang aku mempunyai satu kambing betina sahaja. Tetapi ia berkata; “berikan lah dia kepada ku”, dan ia kalahkan daku dalam pertengkaran.
24. Ia jawab; “sesungguhnya ia telah menzalimi mu dengan meminta kambing betina mu (dicampurkan) kepada kambing-kambing betinanya, dan sesunguhnya kebanyakan orang-orang yang bersekutu, sebahagian nya mengenai akan sebahagian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, tetapi sedikit sekali mereka ini” dan Daud menyangka bahawa se nya kami uji dia, lalu ia minta perlindungan kepada Tuhan nya, dan ia tunduk rukuk dan kembali (kepadanya).
25. Maka kami beri kepada nya perlindungan itu, dan adalah bagi nya (darjat) yang hampir disisi kami dan tempat kembali yang baik.
26. “Hai Daud, sesungguhnya kami jadikan mu khalifah dibumi, maka berilah keputusan antara manusia dengan benar, dan janganlah  engkau turut hawa nafsu, kerana nanti ia sesatkan mu dari jalan Allah, sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah itu (adalah) bagi mereka azab yang keras lantaran mereka lupa kepada hari perhitungan”.
27. Dan tidak kami jadikan langit dan bumi dan barang yang diantara kedua nya itu sia-sia. Demikian lah sangkaan orang-orang yang kafir. Maka kecelakaan dari api (neraka, adalah) bagi orang-orang yang kafir.
28. Ataukah ( mereka sangka) kami anggap orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu seperti mereka yang membuat rusuh dibumi, ataukah kami anggap orang-orang yang berbakti itu seperti mereka yang derhaka ?
29. (Ini) sebuah kitab yang kami turunkan dia kepada mu yang diberkati supaya mereka perhatikan ayat-ayat dan supaya ingat orang-orang yang mempunyai fikiran.
30. Dan  kami kurniakan bagi Daud itu Sulaiman, sebaik-baik hamba, (kerana) sesungguhya ia sangat banyak kembali (kepada Allah).
31. (Ingatlah) dipertunjuk kan kepadanya, pada waktu petang, kuda-kuda yang berdiri atas tiga kaki yang  cepat larinya.
32. Maka ia berkata; “sesungguhnya aku cinta (sifat)  gemar kepada kebiakan (yang tersebab) dari mengingat Tuhan ku”, hingga ia terlindung d(belakang) tirai”.
33. (ia berkata); “kembalikan lah (kuda-kuda) itu kepada ku lalu mulai’, ia usap kaki-kaki nya dan tengkuk-tengkuk nya.
34. Dan sesungguhnya kami telah uji Sulaiman dan kami telah letakkan diatas kerusi nya satu badan, kemudian ia  kembali.
35. Ia berkata; “Hai Tuhan ku ! berilah perlindungan kepada ku. Dan kurniakan lah bagi ku kerajaan yang tidak layak bagi seorang sesudah ku, kerana sesungguhnya engkaulah yang sangat mengurnia”.
36. Maka kami mudahkan baginya angin yang bertiup dengan gampang menurut perintahnya kemana sahaja ia kehendaki.
37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap pembina dan penyelam.
38. Dan beberapa (jin) yang lain dibelangu rantai-rantai.
39. Ini lah pemberian kami, maka berbudilah atau tahanlah dengan tidak perhitungan.
40. dan sesungguhnya (adalah) baginya disisi kami (darjat) yang hampir dan tempat kembali yang baik.
41. Dan ingatlah hamba kami Ayub, tetakala ia seru Tuhan nya; “bahawa  se nya aku disentuh oleh syaitan dengan kepayahan dan azab”.
42. “Hentak lah dangan kaki mu, ini tempat mandi yang dingin dan minuman”.
43. Dan kami kembalikan kepadanya ahli rumah nya dan bersama mereka sebanyak mereka, sebagai rahmat dari kami dan (sebagai) peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
44. “Dan ambillah dengan tangan mu ranting-ranting kayu dan pukulkan dengan itu, dan janganlah engkau menyalahi sumpah”, sesungguhnya kami  dapati dia sabar, (ia) sebaik-baik hamba, sesungguhnya ia sangat banyak kembali.
45. Dan ingatlah hamba-hamba kami, Ibrahim dan Ishak dan Yakub yang mempunyai (pekerjaan) tangan dan fikiran-fikiran.
46. Sesungguhnya kami jadikan mereka pilihan kami dengan sebab keikhlasan, mengingat akhirat.
47. Dan sesungguhnya mereka disisi kami (adalah) dari orang-orang baik yang terpilih.
48. Dan ingatlah Ismail dan Ilyasa dan Zulkifli, kerana tiap-tiap (seorang dari mereka) dari orang-orang yang terpilih.
49. Ini satu peringatan, dan sesungguhnya (adalah) bagi  orang-orang yang berbakti itu tempat  kembali yang baik.
50. (Iaitu) syurga-syurga bagi kekalan yang dibuka pintu-pintu untuk mereka,
51. Hal keadaan mereka padanya bersandar, meminta padanya buah-buah yang banyak dan minuman.
52. Dan disisi mereka (adalah) (bidadari-bidadari) yang singkat pandangan, yang sebaya.
53. “Inilah apa yang  dijajikan kepada kamu buat hari perhitungan”.
54. “Sesungguhnya inilah kurnia kami, tidak ada baginya kehabisan”.
55. “Inilah (ganjaran kamu), dan sesungguhnya (adalah)  bagi orang-orang yang derhaka itu tempat kembali yang jelek”.
56. (Iaitu)  jahanam yang mereka akan masuki nya, maka alangkah jelek nya hamparan !.
58. Inilah, hendaklah mereka rasakan dia,  air mendidih yang bersangatan dan air dingin yang keterlaluan.
59. “ini puak yang berjejal-jejal masuk berserta kamu”,  tidak ada selamat datang buat mereka, sesungguhnya mereka akan masuk neraka.
60. Mereka berkata (kepada ketua); “bahkan kamu (pun) tidak ada selamat datang buat kamu, kerana kamu telah sebabkan (seksaan) itu buat kami”, maka alangkah jelek tempat ketetapan itu ! .
61. Mereka berkata; “hai Tuhan kami ! siapa yang sebabkan (azab) ini buat kamu,  tambah kan lah baginya azab yang berganda dineraka”.
62. Dan mereka berkata; “mengapa kita tidak lihat orang-orang yang kita anggap mereka dari (golongan) orang-orang jahat “.
63. “(Yang) kita jadikan mereka ejekan atau apakah terplaing penglihatan-penglihatan (kita) dari mereka?”.
64. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar pertengkaran ahli neraka.
65. Katakan lah; “aku hanya seorang pengancam, dan tidak ada sebarang Tuhan malainkan Allah, yang tunggal, yang maha kuasa”.
66. “Tuhan bagi langit-langit dan bumi dan barang yang antara keduanya, yang gagah, yang pengampun”.
67. Katakan lah; “yang demikian itu khabar yang besar”,
68. “Yang kamu berpaling daripadanya”,.
69. Aku tidak mempunyai pengetahuan tentang golongan yang tertinggi, ketika mereka berbantahan.
70. Tidak diwahyukan kepada ku melainkan bahawa aku (ini) hanya seorang pengancam yang nyata.
71. (Ingatlah) tetakala Tuhan mu berkata kepada Melaikat “bahawa se nya aku hendak jadikan manusia dari tanah”.
72. “Maka apabila aku bereskan dia dan aku tiup padanya (sebahagian) dari ruh (bikinan) ku maka hendaklah kamu tunduk sujud baginya”.
73. Maka sujudlah Melaikat semua mereka sama sekali.
74. Kecuali iblis, ia sombong dan jadilah ia dari mereka yang kafir.
75. Ia berkata; “hai iblis ! apa yang menghalangi mu dari sujud kepada barang yang aku jadikan dengan kedua tangan ku ? apakah engkau sombong atau kah engkau dari (jenis) yang tinggi ?”.
76. Ia jawab; “aku lebih baik daripadanya, (kerana) engkau jadikan daku dari api dan engkau jadikan dia dari tanah”.
77. Ia berkata; “oleh itu, keluarlah daripadanya, kerana engkau terkutuk”.
78. “Dan sesungguhnya adalah  atas mu laknat ku hingga hari pembalasan”.
79. Ia berkata; “Hai Tuhan ku ! jika demikian, berilah tempoh bagi ku hingga hari mereka dibangkitkan”.
80. Ia berkata; “maka sesungguhnya engkau dari mereka yang diberi tempoh”.
81. “Hingga hari waktu yang termaklum.
82. Ia berkata; “oleh itu, demi kemuliaan mu ! sesungguhnya aku akan sesatkan mereka semua nya”.
83. “Kecuali, dari antara mereka, hamba-hamba mu yang dibersihkan”.
84. Ia berkata; “maka kebenaran, dan kebenaran aku katakan”,
85. “Sesungguhnya aku akan penuhkan jahanam dengan (jenis) mu dan dengan siapa-siapa yang turut mu dari antara mereka, sekelian”.
86. Katakan lah; aku tidak meminta apa-apa upah dari kamu atas (ejekan) itu, dan bukan lah aku dari mereka yang membikin-membikin sendiri.
87. “Tidak ada ia melainkan peringatan bagi makhluk”,
88. “Dan sesungguhnya kamu akan dapat tahu (kebenaran) khabar nya sesudah satu masa”.


{39}
AZ-ZUMAR (puak-puak) 1~75.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Penurunan kitab ini (adalah) dari Allah, yang gagah, yang bijaksana.
2. Sesungguhnya kami telah turunkan kepada mu kitab itu dengan (mengandung)  kebenaran, oleh itu, sembah lah Allah dalam keadaan mengikhlaskan ibadah (hanya) baginya.
3. Sesungguhnya kepunyaan Allah lah agama yang bersih, tetapi orang-orang yang menganggap, selain daripadanya, beberapa tuhan, (berkata); “kami tidak sembah mereka melainkan supaya mereka hampirkan kami satu kehampiran kepada Allah”, sesungguhnya Allah akan menghukum diantara mereka dalam apa yang mereka berselisihan padanya, sesungguhnya Allah tidak memimpin seseorang yang pendusta, yang sangat kufur.
4. Jika Allah mahu mengambil anak, nescaya ia pilih dari apa yang ia jadikan, apa yang ia kehendaki. Maha suci ‘ia ! ialah  Allah, yang tunggal, yang amat berkuasa.
5. Ia jadikan langit-langit dan bumi dengan (mengandung) kebenaran, ia putarkan malam atas siang, dan ia putarkan siang atas malam, dan ia mudahkan (perjalanan) matahari dan bulan tiap-tiap satu (daripadanya) berjalan buat satu tempoh yang ditentukan. Sungguh !  ialah yang gagah, yang sangat mengampuni.
6. Ia jadikan kamu dari satu jiwa sahaja, kemudian, ia jadikan daripadanya jodohnya, dan ia turunkan untuk kamu, dari binatang ternak, delapan pasang, ia jadikan kamu  dalam perut ibu-ibu kamu satu kejadian, sesudah satu kejadian, dalam kegelapan yang tiga. Itulah Allah, Tuhan kamu, kepunyaan nya lah semua kerajaan, tidak ada Tuhan melainkan Dia, maka kemanakah dipalingkan kamu !.
7. Jika kamu kufur, maka sesungguhnya Allah terkaya dari kamu, tetapi ia tidak reda kepada kekufuran hambanya, dan jika kamu syukur, ia reda kepada (kesyukuran) itu buat kamu, dan suatu jiwa yang menangung, tidak memikul dosa jiwa yang lain, kemudian, kepada Tuhan kamulah tempat kembali kamu, lalu ia khabarkan kepada  kamu apa yang kamu telah kerjakan, (kerana) sesungguhnya ia mengetahui isi di dada-dada.
8. Dan apabila kesusahan menyentuh manusia, ia berdoa kepada Tuhan nya dalam keadaan  kembali kepadanya, kemudian, apabila ia beri kepadanya satu nikmat daripadanya, ia lupa akan siapa yang ia berdoa kepadanya dahulu, dan ia adakan bagi Allah sekutu-sekutu untuk menyesatkan (manusia) dari jalan nya.  Katakan; “bersenang-senang lah dengan kekufuran mu sebentar, sesungguhnya engkau (adalah) dari penduduk neraka”.
9. Atau adakah orang yang berbakti diwaktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharap rahmat Tuhan nya itu (sama dengan lain nya) ? Katalah: “adakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu ?” tidak mengingat melainkan orang-orang yang mempunyai fikiran.
10. Sampaikan lah; “hai hamba-hamba ku yang beriman ! berbaktilah kepada Tuhan  kamu, buat mereka yang kerjakan didunia ini, (dibalas) kebaikan dan bumi Allah ini luas, tidak disempurnakan bagi orang-orang yang sabar itu, ganjaran mereka , melainkan dengan tidak berhitung”.

11. Katalah; “sesungguhnya aku diperintah supaya aku berbakti kepada Allah dengan mengikhlaskan ibadat hanya kepadanya”.
12. “Dan aku diperintah supaya aku jadi muslim yang pertama”.
13. Katalah: “aku takut, jika aku, derhaka kepada Tuhan ku, azab hari yang besar.
14. Katakan; “Allah lah aku sembah dengan mengikhlaskan ibadat ku hanya kepadanya”.
15. (Tuhan murka dengan berkata); “Tetapi bolehlah kamu sembah selain daripadanya, apa yang kamu kehendaki”.  Katalah;  “bahawa se nya orang-orang yang rugi itu ialah mereka yang kerugian diri-diri mereka dan ahli mereka dihari kiamat, sungguh ! yang demikian itu kerugian yang nyata”.
16. Adalah bagi mereka tompokan-tompokan dari api dari sebelah atas mereka dan tompokan-tompokan dari apa yang dari sebelah bawah mereka, yang demikian, Allah ancam dengan nya akan hamba-hamba nya; “hai hamba-hamba ku ! hendaklah kamu berbakti kepada ku”.
17. Dan orang-orang yang menjauhi berhala-berhala daripada menyembah nya dan kembali kepada Allah, adalah bagi mereka khabar yang mengirangkan. Oleh itu, girang kan lah hamba-hamba ku.
18. Yang mendengar perkataan, lalu menurut yang sebaik-baik nya, merekalah orang-orang yang dipimpin oleh Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang mempunyai fikiran-fikiran.
19. Maka apakah (bisa lepas) orang yang telah pantas jatuh atasnya hukum azab ? maka apakah engkau bisa menyelamatkan orang yang dineraka ? .
20. Tetapi orang-orang yang berbakti kepada Tuhan mereka, adalah bagi mereka mahligai-mahligai yang disebelah atasnya (lagi) mahligai-mahligai yang didirikan yang padanya megalir sungai-sungai, sebagai perjanjian Allah, (kerana) Allah tidak menyalahi janji.

21. Tidak kah engkau lihat bahawa Allah turunkan air dari langit, lalu ia salurkan dia disumber-sumber dibumi, kemudian ia keluarkan dengan nya tumbuh-tumbahan yang bermacam-macam warnanya, kemudian ia layu, lantas engkau lihat dia jadi kuning, kemudian ia jadi barang yang hancur ? sesungguhnya ditentang itu ada peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran-fikiran.
22. Maka apakah orang yang Allah luaskan didadanya kepada (memeluk) Islam, iaitu ia (berjalan) atas Nur  dari Tuhan nya, (sama dengan yang beku hatinya) ? maka kecelakaan (adalah) bagi mereka yang beku hati-hati nya dari mengingat Allah, mereka itu (adalah) dalam kesesatan yang nyata.
23. Allah telah turunkan sebaik-baik perkataan, (iaitu) kitab yang sebahagian nya menyerupai sebahagian nya, yang diulang-ulang kan, yang seram  lantaran nya kulit-kulit badan  orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka, kemudian jadi lemas kulit-kulit mereka dan hati-hati mereka kepada mengingat Allah, yang demikian itu pimpinan Tuhan, yang ia pimpin dengan nya siapa yang ia kehendaki, dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidaklah ada baginya sebarang pimpinan.
24. Maka apakah orang yang pelihara dirinya  daripada kejahatan azab pada hari kiamat, (sama dengan orang-orang yang zalim) ? dan dikata kepada mereka yang zalim; “rasalah apa yang kamu telah usahakan”.
25. Orang-orang yang dahulu dari mereka telah dustakan (Rasul-Rasul), lantaran itu, datang kepada mereka azab dari jurusan yang mereka tidak sadar.
26. Maka Allah telah rasakan kepada mereka kehinaan dipenghidupan yang rendah (ini), tetapi sesungguhnya azab akhirat itu terlebih besar, jika mereka tahu.
27. Dan sesungguhnya kami telah adakan bagi manusia, dalam Quran ini, tiap-tiap perumpamaan, supaya mereka ingat. 
28. (Ialah) Quran bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan, supaya mereka berbakti. 
29. Allah mengadakan perumpamaan; “seorang laki-laki yang ditentangnya ada beberapa sekutu yang berserikat dan seorang laki-laki yang ikhlas kepada seorang (sahaja)” adakah dua orang itu sama dalam perbandingan ? sekelian puji kepunyaan Allah ! tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
30. Sesungguhnya engkau akan mati, dan sesungguhnya mereka akan mati.

31. Kemudian, sesungguhnya kamu, dihari kiamat, disisi Tuhan kamu, berbantahan.