Sunday, January 26, 2020

Juzud 16


Juzud ke 16.
AL-KALF 75~110 
MARYAM 1~98 
TAHA 1~135


AL-KALF 75~110
75. Ia berkata; “bukankah aku telah katakan kepada mu, bahawa engkau tidak akan bisa sabar bersama ku ? “
76. Ia berkata; “jika aku bertanya kepada  mu tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabat, sesungguhnya engkau telah cukup berikan kepada ku ilmu”.
77. Lalu mereka berdua berjalan, sehingga tetakala mereka sampai disatu desa, mereka minta makan kepada penduduk nya, tetapi mereka itu enggan menerima mereka sebagai tamu, lalu mereka berdua dapati disitu satu tembok yang hampir mahu runtuh, maka ia luruskan nya. Ia berkata; “kalau engkau mahu, engkau bisa ambil upah tentang itu”.
78. Ia berkata; “inilah perpisahan antara ku dengan dikau, aku akan terangkan kepada mu maksud kejadian yang engkau tidak bisa sabar atasnya”.
79. Adapun perahu itu, adalah ia kepunyaan orang-orang miskin yang berusaha dilaut, maka aku mahu cacatkan dia kerana dibelakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap perahu dengan paksa. 
80. “Adapun anak itu, adalah dua ibu bapa nya orang-orang yang beriman, maka kami khuatir bahawa ia akan menyebabkan kepada mereka berdua, kederhakaan dan kekufuran”.

81. “maka kami mahu, supaya Tuhan mereka, gantikan bagi mereka (anak) yang lebih baik daripadanya tentang bakti dan yang lebih dekat tentang penghubung keluarga”.
82. “Ada pun tembok itu, adalah kepunyaan dua anak yatim di kota,  dan adalah dibawahnya satu perbendaharaan bagi mereka berdua, dan adalah bapa mereka seorang yang soleh, maka Tuhan mu mahu supaya mereka cukup umur dan keluarkan perbendaharaan mereka, sebagai satu rahmat dari Tuhan mu, dan tidaklah aku lakukan itu dari kemahuan ku (sendiri), itulah maksud kejadian yang engkau tidak bisa sabar atasnya”.
83. Dan mereka akan beratkan kepada mu tentang dia tentang Dzulqarnain. Katakan lah; “aku akan baca kan kepada kamu satu sebutan dari hal dia”.
84. Sesungguhnya kami telah tangguhkan dia dibumi dan kami beri kepadanya jalan dari tiap-tiap sesuatu.
85. Lalu ia ambil satu jalan.
86. Sehingga tetakala ia sampai ditempat terbenam matahari, ia dapatinya terbenam di air yang hitam dan ia dapati disisinya satu kaum. Kami berkata; “ya Dzulqarnain ! (terserah) mahu pun engkau menyeksa atau pun engkau adakan diantara mereka kebaikan”.
87. Berkata; “Adapun orang yang menganyanyai, maka kami akan seksa dia, kemudian ia dikembalikan kepada Tuhan nya, lalu ia azab dia dengan satu azab yang sangat”.
88. “Dan ada pun orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya ada balasan yang baik dan kami akan berkata kepadanya dari perintahan kami (dengan omongan) yang mudah”.
89. Kemudian ia ambil satu jalan (lain).
90. Sehingga tetakala ia sampai ditempat terbit matahari, ia dapatinya terbit pada satu kaum yang tidak kami adakan bagi nya tutupan daripadanya.

91. Demikianlah (kejadian), dan sesungguhnya kami mengetahui dengan sebenar-benar nya apa-apa (kekuatan) yang ada pada nya.
92. Kemudian ia ambil satu jalan (lain).
93. Sehingga tetakala ia sampai dianara dua gunung, ia dapati disekeliling dua gunung itu, satu kaum yang hampir tidak mengerti omongan.
94. Mereka berkata; “ya  Zulkarnain ! sesungguhnya yajud dan majud itu orang-orang perosak dibumi, maka mahukah (engkau terima) kami beri  kepada mu ofti dengan syarat engkau adakan antara kami dan mereka itu satu tembok?”
95. Ia berkata; “apa yang Tuhan ku tetapkan bagi ku padanya, adalah lebih baik, oleh kerana itu tolonglah akan daku dengan sungguh-sungguh, nanti aku adakan antara kamu dan mereka satu pembatasan”.
96. “Berilah kepada ku keping-keping besi”, hingga sesudah ia ratakan antara dua pinggir gunung itu, ia berkata; “tiuplah” hingga sesudah ia jadikan api, ia berkata; “berikan lah kepada ku tembaga yang sudah dilebur supaya aku tuangkan atasnya”.
97. “Maka mereka tidak bisa mendakinya dan tidak bisa mereka bikin lubang padanya”.
98. Ia berkata; “ini satu rahmat dari Tuhan ku, tetapi apabila datang janji Tuhan ku, ia akan jadikan rata dengan bumi, dan adalah janji Tuhan ku itu benar”.
99. Dan kami akan tinggalkan sebahagian dari mereka dihari itu, beradu dengan sebahagian (lain), dan akan ditiup sengkala, lalu kami kumpulkan mereka sungguh-sungguh.
100. Dan kami unjukkan neraka pada hari itu kepada orang-orang kafir buat dilihat.

101. (Iaitu) orang-orang yang mata-mata mereka terhalang daripada memperhatikan peringatan ku, dan adalah mereka tidak bisa mendengar.
102. Maka apakah orang-orang kafir itu sangka, bahawa mereka boleh jadikan hamba-hamba ku sebagai penolong-penolong ? sesungguhnya kami telah sediakan jahanam bagi  orang-orang kafir sebagai tempat tinggal.
103. Katakan lah; “mahukah kami beritahu kepada kamu, orang-orang yang paling rugi tentang amal-amal (mereka) ?.
104. “(Iaitu) orang-orang yang sesat  usahanya dipenghidupan  yang rendah (ini), pada hal mereka sangka, bahawa mereka berbuat kebaikan”.
105. Merekalah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan kepada pertemuan dengannya, lantatran itu gugurlah amal-amal mereka, maka kami tidak akan diberikan timbangan bagi mereka dihari kiamat.
106. Yang demikian itu balasan mereka, ialah jahanam, lantaran mereka tidak percaya dan mereka menjadikan ayat-ayat ku dan Rasul-Rasul ku sebagai ejekan.
107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, adalah bagi mereka syurga-syurga firdaus sebagai tempat tinggal.
108. Keadaan mereka kekal padanya, mereka tidak ingin pindah dari situ.
109. Katakan lah; “jika adalah laut (sebagai) tinta bagi kalimah-kalimah Tuhan ku, nescaya akan habis (air) laut itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan ku, walau pun kita adakan bantuan (lagi) sebanyak itu”.
110. Katakan lah; “tidak lain aku ini, melainkan manusia seperti kamu, diwahyukan  kepada ku, bahawa tidak ada Tuhan kamu,  melainkan Tuhan yang satu, maka barang siapa percaya akan pertemuan Tuhan nya, hendaklah ia kerjakan amal soleh dan janganlah ia sekutukan  seorang pun dalam beribadat kepada Tuhan nya”.


{19}  
Maryam (1-98)
Dengan nama Allah, pemurah, panyayang.

1. Kaaf Haa Yaa ‘Ain Shaad (yang cukup, yang memimpin, yang berkuasa, yang sangat mengetahui, yang benar).
2. (Ini) sebutan rahmat Tuhan mu akan hambanya, Zakaria.
3. (Ingatlah) tetakala ia seru Tuhan nya dengan satu seruan yang perlahan.
4. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! telah lemah tulangku dan telah penuh uban dikepala (ku), dan bukan lah aku, hai Tuhan ku ! orang yang sial tentang berdoa kepada mu. 
5. “Dan sesungguhnya aku khuatir (perbuatan) kaum keluarga ku dibelakang ku, dan adalah isteri ku mandul, oleh kerana itu, berilah kepada ku dari kurnia mu seorang pengurus”.
6. “Yang bisa mewarisi akan daku dan bisa mewarisi kaum keluarga Yaakub, dan jadikan lah dia, hai Tuhan ku ! seorang yang  diredhai”.
7. Ya Zakaria ! sesungguhnya kami girangkan mu dengan seorang anak yang nama nya Yahya, yang dahulu dari ini belum pernah kami adakan yang senama dengan nya.
8. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! bagaimana kah bisa ada bagi ku seorang anak pada hal adalah isteri ku mandul, dan sesungguhnya aku (sendiri) telah mencapai setua-tua umur”.
9. Ia menjawab; “demikianlah !” berkata Tuhan mu; “ini mudah bagi ku, kerana sesungguhnya aku telah jadikan mu dahulu, sedang kan engkau belum jadi sesuatu”.
10. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! adakan lah satu tanda”.  Ia berfirman; “tanda mu, bahawa engkau tidak akan beromong dengan manusia selama tiga malam, sedangkan engkau sihat”.

11. Lalu ia keluar pergi kepada kaum nya dari tempat sembahayang nya, maka ia isyaratkan kepada mereka; “hendaklah kamu sucikan (Tuhan) diwaktu pagi dan petang”.
12. “Hai Yahya ! peganglah kitab itu dengan sungguh-sungguh”. Dan kami berikan kepadanya hukum selagi ia kanak-kanak.
13. Dan (kami beri kepadanya) rahmat dari sisi kami, dan kesucian, dan adalah ia seorang yang berbakti !.  
14. Dan (adalah ia) taat kepada ibu bapanya dan tidaklah ia sombong, (tidak) derhaka.
15. Dan keselamatan (bercucur) atasnya pada hari ia dizahirkan dan pada hari ia meniggal dan pada hari ia akan dibangkitkan dengan keadaan hidup.
16. Dan ingatlah Mariam yang tersebut dalam kitab,  ketika ia berjauh diri dari keluarganya kesatu tempat sebelah timur.
17. Iaitu ia adakan satu perlindungan diantaranya dengan mereka, maka kami kirim kepadanya ruh dari kami, lalu ia menjelma dihadapan nya sebagai seorang manusia betul-betul.
18. Ia berkata; “sesungguhnya aku berlindung diri kepada (Tuhan) pemurah daripada mu, jika adalah engkau seorang berbakti”.
19. Ia berkata; “aku ini tidak lain, melainkan  urusan Tuhan mu, untuk memberi kepada mu seorang anak yang suci”.
20. Ia berkata; “bagaimanakah aku bisa mempunyai anak, pada hal belum pernah seorang pun menyentuh akan daku dan belum pernah aku menjalang ?”.

21. Ia jawab; “bagitulah !” Tuhan mu berkata; “itu mudah atas ku, dan (kami berbuat demikian) kerana kami hendak jadikan dia sebagai satu tanda untuk manusia dan sebagai satu rahmat dari kami dan adalah itu satu perkara yang sudah ditetapkan”.
22. Maka ia mengandung dia, lalu ia pergi dengan kandungan nya itu kesatu tempat yang jauh.
23. Maka keadaan hampir melahirkan itu memaksa dia pergi kepangkal pohon kurma, ia berkata; “alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini, dan jadi satu benda yang yang dilupakan orang ?”
24. Maka ia seru dia dari dekatnya, (katanya); “janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhan mu telah adakan dekat mu satu anak sungai yang kecil.
25. “Dan goncanglah batang kurma itu kepada mu, nanti ia gugurkan atas mu kurma yang masak”.
26. “Lantaran itu, makan dan minumlah dan jangan lah kamu bersusah hati, lantas kalau engkau lihat seseorang manusia, maka katakanlah; “aku bernazar diam kerana (Tuhan) pengasih. Oleh sebab itu, tidak akan aku berkata-kata kepada sesiapa pun manusia pada hari ini.
27. Lalu ia bawa dia kepada kaum nya dengan mengendung dia, mereka berkata; “ya Mariam ! sesungguhnya engkau telah berbuat satu perkara yang luar biasa”.
28. “Hai saudara perempuan Harun ! bukan lah bapa mu orang yang tidak baik, dan tidak (pula) ibu mu seorang perempuan jahat”.
29. Maka ia isyaratkan kepadanya, mereka berkata; “bagaimanakah kami bisa beromong dengan anak kecil yang dalam buaian?”.
30. Ia berkata; “sesungguhnya aku ini hamba Allah, ia telah beri kepada ku kitab, dan ia telah jadikan daku nabi”.

31. “Dan ia jadikan daku orang yang berbakti dimana sahaja aku berada, dan ia wajibkan daku sembahayang dan zakat selama aku hidup”.
32. “Dan (ia jadikan daku) berbakti kepada ibuku, dan tidak ia jadikan daku orang yang sombong, celaka.
33. “Dan keselamatan (bercurah) atas ku pada hari aku didzahirkan dan pada hari aku akan mati dan pada hari aku akan dibangkitkan dengan keadaan hidup”. 
34. Ia itu Isa anak Mariam, (Allah firmankan) perkataan benar yang ditentang nya mereka berselisihan.
35. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak. Maha suci ia  ! apabila ia putuskan satu perkara, hanya ia berkata; “jadilah” lantas jadi ia.
36. “Dan sesungguhnya Allah itu Tuhan ku dan Tuhan kamu, maka sembahlah dia, ini jalan yang lurus”.
37. Tetapi berselesihan golongan-golongan itu diantara mereka. Lantaran itu, kecelakaan dari menghadiri hari yang benar kelak, adalah bagi orang-orang yang kufur.
38. Alangkah terang nya mereka mendengar dan melihat pada hari yang mereka akan datang kepada kami, tetapi orang-orang zalim dihari ini dalam kesesatan yang terang.
39. Dan ancamlah mereka (dengan) hari penyesalan tetakala diputuskan perkara, kerana mereka lalai dan mereka tidak beriman.
40. Sesungguhnya kamilah mewarisi bumi dan apa-apa yang ada diatasnya, dan kepada kamilah mereka akan dikembalikan.

41. Dan ingatlah (hal) Ibrahim yang tersebut dalam kitab, sesungguhnya adalah ia seorang yang sangat benar, seorang nabi.
42. (Ingatlah) tetakala ia berkata kepada bapanya; “hai bapa ku ! mengapakah engkau sembah apa yang tidak mendengar dan tidak melihat dan tidak bisa menolong mu sedikit pun ?
43, “Hai bapa ku ! sesungguhnya telah datang pada ku sebahagian daripada pengetahuan yang belum pernah datang kepada mu, lantaranitu, turutlah akan daku, supaya aku unjukkan kepada mu satu jalan yang lurus”.
44. “Hai bapaku ! janganlah engkau taat kepada syaitan, kerana sesungguhnya adalah syaitan itu pendeharka kepada (Tuhan) pemurah”.
45. “Hai bapaku ! sesungguhnya aku takut, bahawa akan mengenai mu azab dari (Tuhan) pemurah, maka dengan sebab itu, engkau akan jadi kawan bagi syaitan.
46. Ia bertanya; “apakah engkau tidak  suka kepada tuhan-tuhan ku, hai Ibrahim ? kalau engkau tidak mahu berhenti, tentu aku akan rejam mu, dan tinggalkan lah daku (buat) satu masa”.
47. Ia berkata; “keselamatan atas mu ! aku akan mintakan ampun bagi mu kepada Tuhan ku, kerana sesungguhnya adalah ia sangat muliakan daku”.
48. “Dan aku akan menjauhkan diri dari kamu dan dari apa yang kamu seru selain daripada Allah dan aku akan seru Tuhan ku, mudah-mudahan  tidak aku kecewa dalam seruan kepada Tuhan ku”.
49. Maka tetakala ia menjauhkan diri dari mereka dan dari apa-apa yang mereka sembah, selain dari Allah, kami berikan kepada nya Ishak dan Yaakub, dan tiap-tiap seorang (dari mreka) kami jadikan nabi.
50. Dan kami berikan kepada mereka sebahagian dari rahmat kami, dan kami jadikan bagi mereka pujian baik yang tinggi.

51. Dan ingatlah (hal) Musa yang tersebut dalam kitab, sesungguhnya adalah ia orang yang dipilih, dan adalah ia seorang Rasul, seorang nabi. 
52. Dan kami panggil dia dari pinggir gunung sebelah kanan, dan kami dekatkan dia, sambil beromong.
53. Dan kami berikan kepada nya dari rahmat kami, saudaranya, Harun, sebagai nabi.
54. Dan ingatlah (hal) Ismail yang tersebut dalam kitab. Sesungguhnya adalah ia benar dalam janjinya, dan adalah ia seorang Rasul, seorang nabi.
55. Dan adalah ia menyuruh ahli nya bersembahayang dan berzakat, dan adalah ia seorang yang diredai disisi Tuhan nya.
56. Dan ingatlah (hal) Idris yang  tersebut dalam kitab, sesungguhnya adalah ia seorang yang sangat benar, seorang nabi.
57. Dan kami telah tempatkan dia disatu tempat yang tinggi.
58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah beri nikmat atasnya, iaitu nabi-nabi dari turunan Adam, dan dari (turunan) mereka yang kami bahterakan bersama Nuh dan dari turunan Ibrahim dan Ismail, dan (adalah mereka itu) dari orang-orang yang kami telah beri petunjuk dan kami pilih, apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Tuhan) pemurah, mereka tunduk bersujud dan menangis.
59. Maka datang sesudah mereka, satu turunan yang mensia-sia kan sembahayang dan menuruti hawa nafsu,  oleh kerana itu, mereka akan menemui kesesatan.
60. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan beramal soleh, maka mereka ini, akan masuk kedalam syurga dan tidak dianyanyai sedikit jua pun.

61. (Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang (Tuhan) pemurah telah janjikan kepada hamba-hamba nya pada hal dia itu tidak kelihatan, sesungguhnya adalah janji nya akan didatangi.
62. Mereka tidak akan dengar didalam nya omongan sia-sia, tetapi omongan yang baik, dan ada bagi mereka rezeki mereka padanya, pagi dan petang.
63. Itulah dia syurga yang kami akan wariskan kepada orang yang berbakti dari hamba-hamba kami.
64. “Dan tidak kami turun, melainkan dengan perintah Tuhan mu, kepunyaan nya lah apa yang dihadapan kita dan yang dibelakang kita dan yang diantara itu, dan tidak lah Tuhan mu itu lupa”.
65. Tuhan bagi langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya, lantaran itu, sembahlah dia dan sabarlah dalam beribadat kepadanya, bukankah tidak engkau dapati yang senama dengan nya ? 
66. Dan manusia berkata; “apabila aku mati apakah aku akan dibangunkan dengan hidup ?”.
67. Dan tidaklah manusia fikirkan, bahawa kami telah jadikan dia dahulu pada hal ia tidak ada sama sekali ?
68. Maka demi mu ! sesungguhnya kami akan bangkitkan mereka berserta syaitan-syaitan, kemudian sesungguhnya kami akan hadirkan mereka berlutut dikeliling jahanam.
69. Kemudian, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, seorang yang sangat derhaka kepada Rahman.
70. Kemudian, sesungguhnya kami amat mengetahui mereka yang lebih patut masuk padanya.

71. Dan tidak (seorang pun) daripada kamu, melainkan akan datang kepada nya adalah (yang demikian itu) satu kemestian yang ditetapkan oleh Tuhan mu.
72. Kemudian, kami akan selamatkan orang-orang yang berbakti, dan kami akan biarkan mereka yang menganiyai (diri sendiri) itu berlutut padanya.
73. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami yang nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada mereka yang beriman; “golongan manakah lebih baik tempat tinggalnya dan lebih bagus majlis nya ?”.
74. Dan kami telah binasakan sebelum mereka, beberapa golongan yang lebih bagus perkakas rumah tangga nya dan bangunan badan nya.
75. Katakan lah; “barang siapa adalah ia didalam kesesatan, biarkan lah (Tuhan) pemurah memanjangkan baginya satu tempoh; hingga apabila mereka lihat apa yang dijanjikan kepada mereka – mahu pun azab atau pun kiamat – maka  mereka akan mengetahui siapa dia orang yang lebih jelek keadaan nya dan lebih lemah tentera nya.
76. Dan Allah akan menambah pimpinan bagi mereka yang  telah mengambil jalan pertunjuk, dan amal- amal baik yang tinggal itu, lebih baik ganjaran nya  pada sisi Tuhan mu dan lebih baik kesudahannya.
77. Maka tidaklah engkau fikirkan (bagaimana kejahatan) orang yang kufur kepada ayat-ayat kami dan ia berkata; “sesungguh nya aku akan diberi harta dan anak”.
78. Apakah ia mengetahui  urusan ghaib, atau kah ia telah membikin satu perjanjian dengan (Tuhan ) pemurah ?.
79. Tidak sekali-sekali kami akan menulis apa yang ia kata, dan kami akan panjangkan azab bagi nya dengan sungguh-sungguh.
80. Dan kami akan mewarisi (harta benda) yang ia katakan itu, dan ia akan datang kepada kami sendiri.

81. Dan mereka apabila lain dari Allah beberapa tuhan supaya (tuahn-tuhan) itu jadi pelindung bagi mereka.
82. Tidak sekali-kali ! bahkan tuhan-tuhan itu akan ingkari peribadatan mereka, dan mereka akan jadi musuh bagi mereka.
83. Tidak kah engkau lihat, bahawa senya  kami telah kirim syaitan-syaitan atas orang-orang kafir (untuk) menggangu mereka dengan sungguh-sungguh ?.
84. Oleh sebab itu, janganlah engkau bersegera atas mereka. Sesungguhnya tidak lain melainkan kami menghitung untuk mereka sungguh-sungguh.
85. Ialah hari yang kami akan kumpulkan (padanya) orang-orang yang kami akan kumpulkan (padanya)  orang-orang yang berbakti kepada (Tuhan) pemurah, bergolong-golangan.
86. Dan kami akan heret orang-orang yang derhaka itu ke naraka dalam keadaan dahaga.
87. Mereka tidak mempunyai (hak) safaat, kecuali orang yang telah mengadakan pengakuan di sisi (Tuhan) pemurah.
88. Dan mereka berkata; “(Tuhan) pemurah mengadakan anak bagi (dirinya)”.
89. “sesungguhnya kamu telah adakan satu perkara yang sangat besar”.
90. Hampir langit-langit itu pecah oleh kerana nya, dan terbelah bumi ini, dan runtuh gunung-gunung nya berkeping-keping.

91. (Ialah) lantaran mereka mengadakan anak bagi (Tuhan) pemurah.
92. Pada hal tidak pantas bagi (Tuhan) pemurah bahawa ia mengadakan  anak (untuk dirinya).
93. Tidak ada apa pun dilangit-langit dan bumi, melainkan akan datang kepada (Tuhan)  pemurah sebagai hamba.
94. Sesungguhnya ia telah liputi mereka dan telah hitung mereka benar-benar.
95. Dan tiap-tiap (seorang diri) mereka akan mengadapnya pada hari kiamat dengan sendiri.
96. Sesungguh nya orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu (Tuhan) pemurah akan adakan bagi mereka percintaan.
97. Maka kami mudahkan dia dengan bahasa mu, tidak lain melainkan supaya engkau gemarkan dengan (isi) nya akan orang-orang  yang berbakti dan engkau ancam dengan nya akan kaum berkeras kepala.
98. Dan tidak sedikit golongan yang kami telah binasakan sebelum mereka, adakah  engkau dapati seorang dari mereka atau engkau dengar suara bagi mereka ?


{20} 
 TAHA (Hai Manusia)  1~135.
Dengan nama Allah, pemurah, pengasih.

1. Taahaa.
2. Tidak kami turunkan kepada mu Quran, supaya engkau jadi susah.
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang  takut.
4. Diturunkan dari (Tuhan) yang menjadikan bumi dan  langit-langit yang  tinggi.
5. (Ialah Tuhan) pemurah, bersemayam diatas arash.
6. Kepunyaan nya lah apa-apa yang dilangit-langit dan dibumi dan diantara kedua-duanya dan dibawah bumi.

7. Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka sesungguhnya ia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi.
8. (Ialah) Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, kepunyaan nya lah  nama-nama yang sangat baik.
9. Sudahkah sampai kepada mu cerita Musa ?
10. (ingatlah) tetakala ia lihat api, lalu ia berkata kepada ahli rumahnya; “berhentilah ! kerana sesungguhnya aku melihat api, supaya aku bawa kan untuk kamu sedikit daripadanya, atau dengan api itu  aku dapat satu keterangan”.

11. Tetakala ia datang kepadanya, diseru “ya manusia”.
12. “Sesungguhnya aku Tuhan mu, maka tanggalkan lah dua kasut mu, kerana sesungguhnya engkau berada dilembah  sunyi yang bernama Thuwa”.
13. “Dan aku telah pilih mu (jadi Rasul), oleh itu, dengarlah apa yang akan diwahyukan.
14. “Sesungguhnya akulah Allah, tidak ada Tuhan melainkan daku, oleh itu sembahlah akan daku dan dirikan lah sembahayang buat mengingat ku”.
15. “Sesungguhnya kiamat itu akan datang hampir aku  hilangkan rahsia nya supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia usahakan.
16. “Oleh yang demikian, janganlah  engkau  dipalingkan daripada (mempercayai)nya, oleh orang yang tidak  percaya kepada nya serta menurut hawa nafsunya, maka dengan sebab itu, engkau akan binasa”.
17. “Apa itu ditangan kanan mu, hai Musa ?”.
18. Jawabnya; “ialah tongkat ku, aku beratkan atasnya, dan aku gugurkan dengan nya (daun-daun) atas kambing (ternak) ku, dan adalah bagiku padanya beberapa guna yang lain”.
19. Firman nya; “campak kan lah dia, han Musa !”
20. Lalu ia pun campakkan dia. Maka tiba-tiba  (jadilah) ia seekor ular yang berjalan.

21. Firman nya; “ambilah dia, dan jangan engkau takut, kami akan kembalikan dia kepada keadaan nya yang pertama”.
22. “ Dan kepitlah tangan mu kesayap (ketiak) mu nescaya keluar ia (bersifat) putih dengan tidak tercela, (sebagai) tanda yang lain”.
23. Kerana kami hendak  unjukkan kepada mu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) kami yang sangat besar”.
24. “Pergilah kepada Firaun, kerana sesungguhnya ia  telah melewati batas”.
25. Ia berkata; “ Hai Tuhan ku, luaskan bagi ku dadaku”.
26. “Dan mudahkan lah untuk ku, urusan ku”.
27. “Dan bukalah simpulan dari lidahku”.
28. “Supaya mereka faham perkataan ku”.
29. “Dan jadikanlah untuk ku seorang menteri dari keluarga ku”.
30. “(Ialah) Harun, saudaraku”.

31. “Kuatkan lah dengan dia akan urusan ku”.
32. “Dan sekutukan lah dia dalam urusanku
33. “Supaya kami beribadat banyak kepada mu
34. “Dan (supaya) kami ingat banyak kepada mu”.
35. “Sesungguhnya adalah engkau melihat akan kami”.
36. Firman nya; “sesungguhnya telah diberikan kepada mu permintaan mu, hai Musa !”.
37. Dan sesungguhnya kami telah mengurnia atas mu pada kali yang lain”.
38. “Tetakala kami wahyu kan kepada ibu mu sesuatu yang diwahyukan”.
39. “Iaitu, taruh lah dia diapi dan lepaskan lah dia dilaut itu”, maka hendaklah laut tadi sampaikan dia kepantai supaya diambil dia oleh Musa ku dan musuhnya, “dan aku telah letakkan pada mu percintaan daripada ku, dan supaya, engkau dipelihara dihadapan ku”.
40. “(Ingatlah) tetakala saudara perempuan mu pergi lalu berkata; “mahukah aku unjukkan kepada kamu seorang yang bisa pelihara dia ? maka kami kembalikan mu kepada  ibu mu supaya dingin matanya dan supaya ia tidak berdukacita, dan engkau telah bunuh satu jiwa lalu kami  selamatkan mu daripada dukacita, dan kami kenakan pada mu beberapa percubaan, maka engkau tinggal diantara orang-orang Madyan beberapa tahun, kemudian engkau datang diwaktu yang ditetapkan, hai Musa”.

41. “Dan aku telah pilih – mu bagi diri – ku”.
42. “Pergilah engkau dan  saudara  -- mu dengan ayat-ayat  -- ku dan janganlah kamu lemah pada mengingatku”.
43. “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, kerana sesungguhnya ia telah melewati batas”.
44. “Maka hendaklah kamu berdua berkata kepadanya, perkataan yang lembut, supaya ia ingat atau takut”.
45. Mereka berdua berkata; “hai Tuhan kami ! sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera (seksa) atas kami atau ia akan melewati batas”.
46. Firmannya; “Jangan kamu berdua takut ! kerana sesungguhnya aku berserta kamu berdua, aku mendengar dan aku melihat”.
47. Lantaran itu hendaklah kamu berdua datangi dia lalu berkatalah;  “bahawa sesungguhnya kami  ini utusan Tuhan mu, oleh itu lepaskan lah bani israel bersama kami, dan janganlah engkau seksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepada mu dengan satu keterangan dari Tuhan mu, dan sejahtera adalah atas orang yang menurut pertunjuk kan”.
48. “Sesungguh nya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab itu adalah atas orang yang mendustakan dan berpaling”.
49. Ia berkata; “Kalau bagitu siapakah Tuhan kamu berdua,  hai Musa?”.
50. Ia menjawab; “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada  tiap-siap sesuatu, kejadian masing-msing, kemudian ia telah unjukkan jalan”.

51. Ia berkata; “kalau bagitu, bagaimanakah keadaan kaum-kaum yang telah lalu ?”
52. Ia jawab; “pengetahuan nya (adalah) disisi Tuhan ku didalam sebuah kitab, tidak keliru Tuhan ku dan tidak ia lupa”.
53. Yang telah dijadikan bagi kamu bumi sebagai hamparan, dan telah adakan bagi kamu punya beberapa jalan, dan  ia telah turunkan air dari langit, lalu kami terbitkan dengan (air) itu beberapa jodoh dari tumbuh-tumbuhan yang macam-macam.
54. Makanlah dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu, kerana sesungguhnya pada yang demikian itu adalah beberapa tanda (kekuasaan Tuhan)  bagi mereka yang mempunyai fikiran.
55. Daripada nya lah kami jadikan kamu, dan kepdanya lah kami akan kendalikan kamu, dan daripadanya lah kami akan keluarkan kamu sekali lagi.
56. Dan sesungguhnya kami telah unjuk kan  kepada nya tanda-tanda kami sekeliannya, tetapi ia dustakan dan ia enggan.
57. Ia berkata; “adakah (patut) engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan seher mu hai Musa ?!”.
58. “Lantaran itu, sesungguhnya kami akan adukan kepada mu seher itu, maka adakan lah antara kami dan engkau satu tempoh (pertemuan) disatu tempat, yang kami dan engkau tidak boleh menyalahi nya”.
59. Ia berkata; “tempoh perjanjian kami itu, hari pembalasan, dan (hendaklah) dikumpulkan manusia waktu perayaan (waktu matahari sepenggalahan naik)”.
60. Maka Firaun berpisah, lalu kumpul kan tipu dayanya, kemudian ia datang.

61. Musa berkata kepada mereka; “chelaka kamu ! janganlah kamu melencung dusta atas nama Allah, kerana dengan sebab itu, ia akan binasakan kamu dengan satu azab, dan sesungguhnya kecewalah orang yang melancung”.
62. Maka mereka berunding urusan diantara mereka, dan mereka rahsiakan perundingan itu.
63. Mereka berkata; “Sesungguhnya dua orang ini sebenarnya dua ahli-ahli seher yang hendak  keluarkan kamu dari bumi kamu dengan seher mereka dan (hendak) menghapuskan agama kamu yang sangat utama”.
64. Lantaran itu, persatukan lah daya upaya kamu, kemudian datanglah dengan berbaris, dan sesungguhnya berbahagialah orang yang menang pada hari ini”.
65. Mereka berkata; “hai Musa ! apakah engkau hendak memulai atau kah kami lebih dahulu memulai ?”.
66. Ia berkata; “bahkan mulalah kamu”, tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang kapadanya, lantaran seher mereka seolah-seolah berjalan.
67. Maka Musa merasa takut dalam hatinya.
68. Kami berkata; “jangan engkau takut, kerana sesungguhnya engkau lah yang paling tinggi”.
69. “Dan campak kan lah apa yang ditangan kanan mu, nescaya ia telan apa-apa yang mereka buat, kerana sesungguhnya apa-apa yang mereka kerjakan, (adalah) daya upaya tukang seher, sedang tukang seher tidak bisa daya, biar dimana (pun) ia datang”.
70. Maka menyungkur sujud ahli-ahli seher itu mereka berkata; “kami percaya kepada Tuhan bagi Harun dan Musa”.

71. Ia berkata; “kamu telah beriman kepadanya sebelum aku izin kamu ! sesungguhnya iaitu ketua kamu yang mengajarkan seher kepada kamu. Maka sesungguhnya aku akan potong tangan-tangan dan kaki–kaki kamu berselang dan sesungguhnya aku akan palang kamu dibatang-batang kurma, dan sesungguhnya kamu akan ketahui siapa diantara kita yang lebih pedih seksanya dan lebih kekal”.
72. Mereka berkata; “kami tidak akan utamakan mu daripada  tanda-tanda (kebenaran) yang telah  datang kepada kami, dan daripada (Tuhan) yang jadikan kami. Oleh itu, hukum kan lah bagaimana  yang engkau hendak hukum, hanyalah engkau bisa menghukum dipenghidupan yang rendah ini”.
73. “Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya ia ampunkan kesalahan-kesalahan kami dan (dosa-dosa kami) mengerjakan seher yang engkau paksa kami atas nya,  dan Allah itu lebih baik dan lebih kekal”.
74. Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhan nya pada hal ia berdusta, maka sesungguhnya adalah baginya jahanam yang ia tidak akan mati padanya dan tidak akan hidup.
75. Dan barang siapa datang kepada (Tuhan)nya pada hal ia mukmin telah kerjakan perbuatan-perbuatan yang baik, maka mereka itu akan dapat darjat-darjat yang tinggi.
76. (Iaitu) syurga-syurga kekal yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya, dan yang demikian itu ganjaran orang yang berserah diri (syurga).
77. Dan sesungguhnya kami telah wahyukan kepada Musa, bahawa bawalah hamba-hamba ku berjalan malam, lantas adakan bagi mereka jalan yang kering dilaut itu, jangan engkau takut tertangkup dan janganlah takut (tenggelam).
78. Lalu Firaun turut mereka dengan tenteranya, lantas mereka ditangkup oleh sesuatu yang menangkup dari laut.
79. Dan firaun telah sesatkan kaumnya dan tidak ia pimpin.
80. Hai anak-anak Israel ! sesungguhnya kami telah selamatkan kamu daripada  musuh kamu, dan kami telah janjikan kamu (datang)  kesebelah kanan gunung itu, dan kami telah turunkan atas kamu Man dan salwa.

81. Makanlah sebahagian dari barang-barang baik yang kami beri kepada kamu, dan janganlah kamu melewati batas padanya, kerana akan menimpa kamu kermukaan ku, dan barang siapa ditimpa kemurkaan ku, maka sesungguhnya binasalah ia.
82. Dan sesungguhnya aku pengampun (dosa) orang yang taubat dan beriman dan beramal baik, kemudian terpimpin.
83. Dan apa yang menyebabkan engkau datang lebih dahulu daripada kaum mu, hai Musa ! .
84. Ia menjawab “mereka itu mengiringi akan daku, dan aku bersegera kapada mu, hai Tuhan ku ! supaya engkau reda”.
 85. Ia berfirman; “tetapi sesungguhnya kami telah adakan percubaan (pada) kaum mu sesudah engkau (berangkat), dan disesatkan mereka oleh samiri (puak assamirah)”.
86. Maka kembalilah Musa kepada kaumnya dengan marah (dan) dukacita. Ia berkata; “hai kaum ku ! bukankah Tuhan kamu telah berikan kepada kamu satu perjanjian yang baik ? apakah telah panjang masa perpisahan ku  dari kamu ? atau kah (memang) kamu hendak supaya  kemurkaan dari Tuhan menimpa kamu, maka kamu salahi perjanjian kaum kepada  ku ?”.
87. Mereka menjawab; “kami tidak menyalahi janji (kepada) mu dengan kemahuan kami, tetapi kami dipaksa mambawa beberapa banyak dari perhiasan kaum itu, lalu kami campak kan dia (dikau), kerana bagitulah samari memberi (perintah nya)”.
88. “Lalu ia bikinkan untuk mereka sebuah anak sapi – satu badan – yang bersuara. Lalu mereka itu berkata (kepada kami); “inilah dia tuhan kamu dan tuhan bagi musa, tetapi ia lupa !”.
89. Maka tidaklah mereka perhatikan, bahawa sesungguhnya (anak sapi itu) tidak bisa menjawab perkataan mereka dan tidak berkuasa memberi bahaya dan tidak menafaat kepada meraka ?.
 90. Dan sesungguhnya Harun telah berkata kepada mereka sebelum itu; “hai kaum ku tidak lain melainkan kamu diuji dengan (anak sapi), pada hal Tuhan  kamu, ialah Tuhan pemurah, maka turutlah akan daku dan taatlah kepada perintah ku”.

91. Mereka (yang terpengaruh) itu berkata; “kami akan tetap atas keadaan ini hingga Musa kembali kepada kami”.
92. Musa berkata; “hai Harun ! apakah  yang menyebabkan mu sewaktu engkau lihat  mereka sesat”.
93. “Bahawa engkau tidak turut contoh-contoh ku ? apakah (dengan sengaja) engkau telah  derhaka kepada perintah ku ?”.
94. Ia menjawab; “hai anak ibu ku ! janganlah  engkau ragut janggug ku  dan janganlah engkau tarik rambut kepala ku, sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata; “engkau telah adakan perpecahan dalam bani Israel  dan  engkau tidak pelihara perkataan ku”.
95. (Musa) berkata; “bagaimana urusan mu, hai Samiri ?”.
96. Ia jawab; “aku lihat sesuatu yang mereka tidak lihat, oleh yang demikian, aku gengam segengam sahaja dari jejak Rasull itu, lantas aku buang dia, kerana bagitulah aku diperintah oleh nafsuku”.
97. (Musa) berkata; “kalau bagitu nyahlah ! tetapi sesungguhnya (sebagai balasan) bagi mu dalam penghidupan (dunia) bahawa engkau akan berkata; ‘tidak ada persentuhan’ dan buat mu, dijanjikan satu tempat yang engkau tidak akan diluputkan daripadanya, dan lihatlah kepada tuhan mu yang tetap engkau berbakti kepadanya.  Sesungguhnya kami akan bakar dia dan kami akan taburkan dia dilaut dengan sungguh-sungguh taburan”.
98. “Tuhan kamu tidak lain melainkan Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan dia, yang pengetahuan nya luas ditiap-tiap suatu”.
99. Demikianlah kami ceritakan kepada mu sebahagian dari cabaran-cabaran (umat) yang telah lewat, dan sesungguhnya kami telah berikan kepada  mu dari sisi kami sebuah peringatan.
100. Barang siapa berpaling dari (Quran) itu, maka sesungguhnya ia akan memikul (balasan) dosa yang buat dihari kiamat.

101.  Sedang mereka akan kekal dalam (balasan dosa) dan eloklah pikulan tersebut bagi mereka pada hari kiamat.
102. (Iaitu) hari yang akan ditiup sangka-kala , dan kami akan kumpulkan dihari itu, orang-orang  berdosa dalam keadaan lebam mata mereka.
103. Mereka berbisik-bisik  diantara mereka; “kamu tidak tinggal (didunia) melainkan sepuluh (hari)”.
104. Kami lebih tahu apa yang mereka katakan ketika orang yang lebih jujur perjalanan nya dari antara mereka , berkata; “kamu tidak tinggal, melaiinkan sehari sahaja”.
105. Dan mereka akan bertanya kapada  mu, dari hal gunung, maka jawablah; “Tuhan ku akan hancurkan dia seremuk-remuknya”.
106. “Lalu ia akan jadikan (bekasnya) itu bumi yang rata”.
107. Tidak akan engkau lihat pada nya tempat yang rendah dan tidak yang tinggi.
108. Dihari itu mereka  akan turut penyeru yang tidak ada kebengkokan baginya, dan akan lemah suara-suara kerana (menghormati Tuhan) pemurah, maka tidak akan bisa engkau mendengar melainkan suara yang lemas.
109. Dihari itu tidak berguna sefaat, kecuali orang yang rahman  memberi izin baginya dan ia reda perkataan nya.
110. Ia mengetahui apa yang dihadapan mereka dan apa  yang dibelakang mereka, sedang mereka tidak melewati dia dengan pengetahuan.

111. Dan akan tunduk muka-muka bagi (Tuhan) yang hidup, berdiri dengan sendirinya, dan sesungguhnya rugilah orang yang telah  kerjakan  kezaliman.
112. Dan barang siapa mengerjakan sebahagian dari (amal-amal) soleh, pada hal ia beriman, maka tidak mesti ia takut dianiayai dan tidak akan ditelan haknya.
113. Dan bagitulah kami turunkan dia sebagai Quran bahasa Arab, dan kami telah terangkan padanya sebahagian dari ancaman supaya mereka berbakti, atau (supaya) ia adakan bagi mereka suatu peringatan.
114. Kerana maha tinggi Allah, raja yang benar ! dan janganlah engkau terburu-buru dengan Quran  sebelum habis diwahyukan kepada mu, dan katakanlah; “Hai Tuhan ku ! tambahlah ilmu bagi ku”.
115. Dan sesungguhnya kami telah beri (suatu perintah) kepada Adam sebelum ini, lalu ia lupa, tetapi tidak kami dapati dia sengaja.
116. Dan (ingatlah) tetakala kami berkata kepada  melaikat; “sujudlah kepada Adam”. Lalu mereka sujud, kecuali iblis, ia enggan.
117. Lalu kami berkata, hai Adam ! sesungguhnya  (iblis) ini musuh bagimu dan bagi isteri mu, maka janganlah ia (jadi sebab yang) mengeluarkan kamu berdua dari syurga, kerana engkau akan jadi susah”.
118. “Kerana sesungguhnya (dikurniakan) bagi mu bahawa engkau tidak akan lapar padanya  dan tidak akan bertelanjang”.
119. “Dan sesungguhnya (dikurniakan) bagimu bahawa engkau tidak akan dahaga padanya dan tidak akan merasa panas”.
120. Lalu syaitan membisik kepada nya, (iaitu) ia berkata; “hai Adam ! mahukah aku unjuk kan kepada mu pohon kekalan dan kerajaan yang tidak akan binasa ?”.

121. Lalu mereka berdua makan (buah) dari (pohon) itu, lantas kelihatan bagi mereka kemaluan-kemaluan mereka, dan mulai mereka menutup atas (kemaluan) keduanya dengan daun (dari) kebun syurga itu, dan derhaka lah adam kepada Tuhan nya dan sesatlah ia.
122. Kemudian Tuhan nya pilih dia, lantas ampunkan dia dan pimpin (dia).
123. Ia  berfirman; “turunlah kamu berdua daripada (syurga) itu bersama-sama, dalam keadaan sebahagian dari kamu jadi musuh bagi sebahagian, jika datang kepada kamu satu pertunjuk kan daripada ku,  maka barang siapa menurut perkataan ku itu tidaklah ia akan  sesat dan tidaklah ia akan celaka”.
124. “dan barang siapa barpaling dari peringatan ku, maka adalah bagi nya penghidupan yang  yang sempit, dan kami akan  kumpulkan dia pada hari kiamat dalam keadan buta”.
125. Ia berkata; “Hai Tuhan ku ! mengapakah engkau kumpulkan daku dalam keadaan buta, pada hal (dahulunya) orang yang celek ?”.
126. Ia jawab: “bagitulah ! telah datang kepada mu ayat-ayat kami, tetapi engkau lupakan dia, dan bagitulah dihari ini, engkau dilupakan”.
127. Dan bagitulah kami balas orang yang melewati batas dan tidak beriman kepada  ayat-ayat Tuhan nya, dan sesungguhnya azab akhirat itu lebih pedih dan lebih kekal.
128. Maka apakah tidak menunjukkan jalan bagi mereka bagitu banyak yang kami telah binasakan dari (manusia) karun-karun yang sebelum mereka, pada hal mereka berjalan ditempat-tempat kediaman mereka (yang binasa) itu ? sesungguhnya didalam yang tersebut, ada beberapa tanda bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
129. Dan sekiranya tidak terdahulu satu kalimah dari Tuhan mu dan satu tempoh yang ditentukan, nescaya (azab) telah mengenai mereka.
130. Oleh itu, hendaklah engkau sabar atas apa yang mereka katakan dan berbaktilah dengan memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam nya, dan berbaktilah disebahagian dari waktu-waktu malam dan dipingir-pingir siang, supaya engkau reda. 

131. Dan janganlah tujukan dua mata mu kepada (nikmat-nikmat)  yang kami berikan dia kepada beberapa golongan dari mreka (iaitu) perhiasan hidup yang rendah ini, untuk kami menjawab mereka padanya, sedang kurnia Tuhan mu, lebih baik dan kekal.
132. Dan perintah lah umat mu bersembahayang dan hendaklah engkau bersabar atas (mengerjakan Sembahayang) itu, kami tidak minta kepada mu rezeki.
133. Dan mereka berkata; “alangkah baiknya kalau ia bawakan  kepada kami satu tanda (kebenaran) dari Tuhannya ?” bukan kah telah datang kepada mereka keterangan yang (termuat) dalam kitab-kitab yang dahulu ?.
134. Dan sekiranya kami binasakan mereka dengan satu seksaan sebelum (Quran) ini,  nescaya mereka berkata; “ hai Tuhan kami, mengapakah engkau tidak kirim kepada kami seorang Rasul supaya kami turut ayat-ayat mu sebelum kami jadi hina dan rendah ?”.
135. Katakan lah; “tiap-tiap (dari kita) menunggu. Maka tunggulah ! kerana kamu akan ketahui siapa orang-orang yang mempunyai  jalan  yang lurus dan supaya yang terpimpin”.