Sunday, January 26, 2020

Juzud 19



AL-FURQAN  21~77
ASY-SYU'ARA' 1~127
AN-NAML (semut)  1~59

Al-Furqan 21~77
21. Dan orang-orang yang tidak takut kepada pertemuan dengan kami, berkata; “mengapakah tidak diturunkan kepada kita melaikat, atau kita lihat Tuhan kita?” sesungguhnya mereka telah bertakbur dalam diri-diri mereka dan mereka telah melewati batas satu perlewatan yang besar.
22. Pada hari yang mereka akan lihat melaikat, tidak ada dihari  itu khabaran baik bagi orang-orang yang berdusta, dan mereka akan berkata ! “halangan yang tidak bisa dilalui”. 
23. Dan kami menghadap kepada apa yang mereka telah kerjakan dari amal (baik), lalu kami jadikan dia debu yang berterbangan.
24. Ahli-ahli syurga dihari itu lebih baik tempat ketetapan nya dan lebih bagus tempat istirahatnya.
25. Dan (ingatlah) hari  yang langit akan pecah belah dengan (menerbitkan) mega dan diturunkan –diturunkan melaikat sungguh-sungguh.
26. Kerajaan yang sebenarnya dihari itu kepunyaan (Tuhan) pemurah, dan adalah ia buat orang-orang kafir satu hari yang payah.
27. Dan (ingatlah) hari yang orang zalim mengigit dua tangan nya, sambil berkata; “alangkah baiknya kalau aku telah ambil satu jalan berserta Rasul !”.
28. “Hai kecelakaan ku ! alangkah baik ya kalau si anu itu aku tidak jadikan sahabat baik !”.
29. “Sesungguhnya ia telah sesatkan daku daripada peringatan, sesudah ia datang kepada ku”, kerana adalah syaitan itu penyesat manusia.
30. Dan Rasul berkata; “hai Tuhan ku ! sesungguhnya kaum ku telah jadikan Quran ini (suatu yang) tidak diperdulikan”.

31. Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari orang-orang yang berdusta, dan cukuplah Tuhan mu sebagai pemimpin dan penolong.
32. Dan orang-orang yang kufur itu berkata; “mengapakah tidak diturunkan kepadanya Quran itu sejumlah sekali ?” bagitulah kerana dengan (cara) itu kami hendak tetapkan hati mu, dan kami telah cerai-beraikan dia sungguh-sungguh.
33. Tidak mereka bawakan kepada mu satu perumpamaan melainkan kami bawakan kepada mu kebenaran dan sebaik-baik penerangan.
34. Mereka yang akan diheret kejahanam atas muka-muka itu sangat jelek kedudukan dan sangat sesat jalan.
35. Dan sesungguhnya kami telah beri kitab kepada Musa dan kami telah jadikan saudaranya, Harun, berserta nya sebagai  menteri.
36. Lantas kami berkata; “pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan keterangan-keterangan kami”,  lalu kami binasakan mereka sebenar-benar kebinasaan.
37. Dan kaum Nuh, tetakala mereka dustakan utusan-utusan (kami). Kami karamkan mereka dan kami jadikan mereka satu contoh bagi manusia, dan kami sediakan bagi orang-orang yang zalim itu azab yang pedih.
38. Dan Aad dan Samud dan penduduk-penduduk Rass dan beberapa banyak umat diantara itu.
39. Dan bagi masing-masing, kami telah unjukkan perbandingan-perbandingan, dan masing-masing kami telah binasakan habis.
40. Dan sesungguhnya mereka telah melewati negeri yang dihujani hujan jelek,. Maka apakah tidak mereka melihat dia ? tetapi adalah mereka tidak percaya kepada  bangkitan. 
41. Dan apabila mereka melihat mu, tidak mereka jadikan mu melainkan ejekan; “inikah dia orang yang Allah jadikan Rasul ?”.
42. “Sesungguhnya hampir ia sesat kami dari tuhan-tuhan kami, sekiranya tidak kami sabar atas (menyembah)nya, dan akan mereka ketahui, ketika mereka melihat azab, siapa yang sangat sesat jalan. 43. Tidak kah engkau fikirkan (bagaimana jelek nya) orang yang jadikan hawa nafsu nya sebagai tuhan ? Maka apakah bisa engkau jadi pemelihara atasnya ?.
44. Apakah engkau sangka kebanyakan dari mereka mendengar atau mengerti ? mereka tidak lain melainkan seperti binatang-binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalan.
45. Tidakkah engkau lihat kepada (kekuasaan) Tuhan mu, bagaimana ia hamparkan teduh, pada hal jika ia mahu, nescaya ia jadikan dia tetap ? kemudian, kami jadikan matahari tanda atasnya.
46. Kemudian, kami tarik dia kepada kami sedikit-sedikit.
47. Dan ia lah yang telah jadikan untuk kamu, malam (sebagai) pakaian, dan tidur (sebagai) istirehat, dan ia jadikan siang (sebagai) bangkitan.
48. Dan ia lah yang kirim angin-angin (sebagai) khabaran baik dihadapan rahmat nya, dan kami telah turunkan dari langit air pembersih.
49. Untuk kami hidupkan dengan nya bumi yang mati, dan (untuk) kami memberi  minum dia kepada  sebahagian dari (makhluk) yang kami jadikan (iaitu) beberapa banyak binatang ternak dan manusia.
50. Dan sesungguhnya kami telah edarkan (hujan) itu diantara mereka supaya mereka kenang, tetapi kebanyakan manusia tidak mahu melainkan melupakan budi.

51. Dan jika kami mahu, nescaya kami bangkitkan ditiap-tiap negeri seorang pengacam.
52. Oleh itu, janganlah engkau tunduk kepada kafir-kafir, dan perangilah mereka dengan (Quran) ini sungguh-sungguh peperangan.
53. Dan  ia’ lah yang campurkan dua laut, ini yang tawar sangat dan itu masin yang sangat pahit, dan ia jadikan antara keduanya, satu batas dan halangan yang tidak bisa dilalui.
54. Dan ia’ Lah yang jadikan manusia dari air, lalu ia jadikan dia (mempunyai) keluarga dan perhubungan khawin, kerana adalah Tuhan mu itu berkuasa.
55. Terapi mereka menyembah selain dari Allah, apa-apa yang tidak memberi menafaat kepada mereka dan tidak memberi mudarat kepada mereka, dan adalah orang-orang kafir itu membantu (syaitan) atas melawan Tuhan nya.
56. Dan tidak kami utus mu melainkan sebagai pengemar dan pengancam.
57. Khabarkanlah; “aku tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran atas (menyaksikan Quran) itu, kecuali siapa yang mahu mengambil jalan kepada Tuhan nya”.
58. Dan berserah dirilah kepada yang hidup, yang tidak mati, dan berbaktilah dengan memujinya dan cukup ia mengetahui dosa-dosa hamba-hamba nya.
59. Yang menjadikan langit-langit dan bumi dan apa-apa yang diantara keduanya dalam enam hari, kemudian ia bersemayam atas arash itu, (iaitu Tuhan) pemurah, tanyalah (yang demikian) itu kepada orang yang mengetahui.
60. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “sujud lah kepada Rahman”, mereka bertanya; “apa Rahman itu ?  apakah kami mesti sujud kepada sesuatu yang engkau suruh kami ?” dan (suruhan itu) menambah mereka liar. 

61. Maha banyak kebaikan (Tuhan) yang telah jadikan dilangit beberapa tempat peredaran benteng-benteng, dan ia telah jadikan padanya pelita dan bulan yang memberi nur.
62. Dan ia’ lah yang telah menjadikan malam dan siang berganti-ganti, buat orang yang mahu ingat atau mahu berteima kasih
63. Dan hamba-hamba (Tuhan) pemurah, ialah mereka yang bejalan dibumi dengan merendah diri, dan apabila diajak omong oleh orang-orang bodoh, mereka ucapkan (perkataan yang) sejahtera.
64. Dan (ialah) mereka yang bermalam dengan sujud dan berdiri (beribadat) kepada Tuhan mereka.
65. Dan (ialah) mereka yang berkata; “hai Tuhan kami ! palingkan lah dari kami azab jahanam, kerena sesungguhnya azab nya itu adalah kebinasaan yang kekal”.
66. Sesungguhnya (neraka) itu tempat ketetapan dan tempat yang jelek.
67. Dan (ialah) mereka yang apabila  berbelanja, tidak membazir dan tidak loket, tetapi adalah (belanja) berdiri diantara itu.  
68. Dan (ialah) mereka yang tidak menyeru tuhan yang lain berserta Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, melainkan dengan (jalan) yang benar, dan tidak berzina, dan barang siapa berbuat demikian, ia akan bertemu dosa.
69. (Iaitu) digandakan seksaan baginya pada hari kiamat, dan ia akan kekal didalam nya dengan terhina.
70. Kecuali orang yang taubat dan beriman da mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah akan tukarkan kejahatan-kejahatan nya mereka dengan kebaikan-kebaikan, kerana  adalah Allah itu pengampun, penyayang.

71. Dan barang siapa yang bertaubat dan mengerjakan (amal) soleh, maka sesungguhnya (bererti) ia bertaubat benar-benar kapada Allah.
72. Dan (ialah)mereka yang tidak memberi persaksian palsu, dan apabila melewati suatu yang sia-sia, mereka lalu dengan cara orang-orang yang mulia.
73. Dan (ialah) mereka yang apabila di ingatkan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah mereka tunduk, buat mendengarnya, sebagai orang-orang tuli dan buta.
74. Dan (ialah) mereka yang berkata; hai Tuhan kami ! jadikan lah dari isteri-isteri kami dan anak cucu kami, pendingin mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang berbakti.
75. Mereka itu akan dibalas dengan darjat yang tinggi lantaran dengan kesabaran mereka, dan akan disambut padanya dengan  penghormatan dan kesejahtaraan.
76. Hal keadaan mereka kekal padanya, (adalah) ia tempat ketetapan dan tempat tinggal yang baik.
77. Katakan lah; “Tuhan ku tidak perdulikan kamu, sekiranya tidak ada seruan kamu, tetapi sesungguhnya kamu telah dustakan maka adalah (azab) itu kekal”.

{26}  
Asy-syu’ara’ (1~227).
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Thaa Siim Miim.
2. Yang demikian, (ialah) ayat-ayat bagi kitab yang nyata.
3. Bisa jadi engkau (hidup) binasa diri mu lantaran mereka tidak beriman.
4. Kalau kami mahu, nescaya kami turunkan atas mereka dari langit satu mukzizat, lalu jadilah tengkuk-tengkuk mereka tunduk kepadanya.
5. Dan tidak datang kepada mereka satu peringatan yang  baharu dari (Tuhan) pemurah, melainkan adalah mereka berpaling daripadanya.
6. Maka sesungguhnya mereka telah dustakan, tetapi akan datang kepada mereka khabar-khabar bagi perkara yang mereka pernah memperolok-olok kan nya.
7. Dan tidak kah mereka lihat kebumi, berapa (banyak) kami telah tumbuhkan padanya daripada macam-macam jenis yang berguna ? .
8. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda, tetapi adalah kebanyakan mereka tidak beriman.
9. Dan sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang gagah, panyayang.
10. Dan (ingatlah) tetakala Tuhan mu seru Musa, bahawa; “datanglah kepada kaum yang zalim itu”.
11. “(iaitu) kaum firaun, tidak kah mereka mahu berbakti ?”.
12. Ia berkata; “Hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku takut mereka mendustakan daku”.
13. “Dan sempit dada ku dan tidak pintas lidah ku, oleh itu, utuslah kepada Harun”.
14. “Dan mereka ada mempunyai (tuntutan) dosa atas ku, maka aku takut bahawa mereka akan bunuh ku”.
15.Ia berfirman; “tidak sekali-sekali! Maka pergilah kamu berdua dengan ayat-ayat kami. Sesugguhnya kami mendengar bersama kamu”.
16. “Maka hendaklah kamu berdua datangi firaun dan berkatalah (kepadanya), bahawa sesungguhnya kami utusan-utusan Tuhan bagi sekelian makhluk”.
17. “Bahawa hendaklah engkau lepaskan bani Israel berserta kami”.
18. Ia berkata; “bukankah kami telah pelihara mu diantara kami selagi engkau kecil, dan engkau tinggal pada kami beberapa tahun  dari umur mu ?”.
19. “Dan engkau telah membuat perbuatan mu yang engkau telah lakukan, dan (adalah) engkau daripada orang-orang yang tak mengenang budi !”.
20. Ia jawab; “aku telah buat (perbuatan) itu diwaktu itu, pada hal aku seorang dari orang-orang yang sesat”.

21. “lalu aku lari dari kamu ketika aku takut kepada kamu, lantas Tuhan ku beri kepada ku hukum, dan ia jadikan ku seorang daripada Rasul-Rasul”.
22. “Dan yang demikian itu (apakah) satu budi yang engkau telah limpahkan atas ku, (iaitu) engkau telah perhambakan bani Israel?”.
23. Firaun bertanya; “dan apa (yang dikatakan) Tuhan bagi sekelian makhluk ?”
24. Ia jawab; “Tuhan bagi langit-langit dan bumi dan barang yang diantara keduanya, jika kamu (mahu) percaya”.
25. Ia berkata kepada orang-orang yang sekelilingnya; “tidak kah kamu dengar?”.
26. Ia berkata; “Tuhan kamu dan Tuhan bagi bapa-bapa kamu yang dahulu-dahulu”.
27. ia berkata; “sesungguhnya utusan kamu yang diutuskan kepada kamu betul-betul gila”.
28. Ia berkata; “(iaitu) Tuhan yang menguasai timur dan barat dan barang yang diantara kedua-dua nya, jika kamu berakal”.
29. Ia berkata; “sesungguhnya jika engkau bertuhan kepada yang lain dari ku, nescaya benar-benar aku akan jadikan mu daripada orang-orang yang dipenjara”.
30. Ia berakata; “apakah sekali pun aku unjukkan kepada nya mu suatu (keterangan) yang nyata?”.

31. Ia jawab; “kalau bagitu unjuk kan lah dia, jika adalah engkau daripada orang-orang yang benar”.
32. Lalu ia campakkan tongkat nya maka tiba-tiba ia (jadi) ular yang betul-betul.
33. Dan ia keluarkan tangan nya, maka tiba-tiba (adalah) ia putih bagi orang-orang yang melihat.
34. Ia berkata kepada orang-orang yang sekeliling nya; “sesungguhnya  (Musa) ini benar-benar seorang sihir yang pandai”.
35. “Ia hendak keluarkan kamu dari bumi kamu dengan sihir nya.  Oleh itu, apakah fikiran kamu?”.
36. Mereka jawab; “berilah tempoh baginya dan saudaranya, dan kirimlah pengumpul-pengumpul dikota-kota”.
37. “Supaya mereka bawa kepada  mu tiap-tiap ahli sihir yang pandai’.
38. Lalu dikumpulkan ahli-ahli sihir diwaktu yang ditetapkan pada hari yang maklum.
39. Dan orang-orang ditanya; “apakah kamu akan berkumpul?”.
40. “Supaya kita turut ahli-ahli sihir, jika mereka lah orang-orang yang menang”.

41. Maka tetakala datang ahli-ahli sihir, mereka bertanya kepada firaun; “sesungguhnya apakah kami akan dapat ganjaran, jika kami orang-orang yang menang ?”.
42. Ia jawab; “betul ! dan sesungguhnya kamu diwaktu itu (adalah) dari orang-orang yang dihampiri”.
43. Musa berkata kepada mereka; “campaklah apa-apa yang kamu hendak campak”.
44. Lalu mereka campak tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka sambil mereka berkata; “demi kekuasaan firaun ! sesungguhnya  kami lah yang akan menang”.
45. lalu Musa campak kan tungkat nya, maka tiba-tiba ia telan apa-apa yang mereka adakan dengan  dusta.
46. Lantas ahli-ahli sihir itu rebah dangan sujud.
47. Mereka berkata; “kami beriman kepada Tuhan bagi sekelian makhluk”.
48. “Tuhan bagi Musa dan Harun”.
49. Ia berkata; “kami telah beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu. Sesungguhnya ia ketua kamu yang ajarkan sihir kepada kamu, maka nanti kamu akan ketahui.  Sesungguhnya aku akan potong tangan-tangan dan kaki-kaki kamu berselang, dan aku akan palang kamu sekelian”.
50. Mereka jawab; “tidak keberatan ! (kerana) sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, akan kami kembali”.

51. “Sesungguhnya kami berharap, bahawa Tuhan kami akan mengampuni dosa-dosa kami, lantaran adalah kami orang-orang yang beriman lebih dahulu”.
52. Dan kami, wahyukan kepada Musa; “bahawa  berjalanlah pada waktu malam dengan membawa hamba-hamba ku, (kerana) sesungguhnya kamu akan dikejar”.
53. Lalu firaun kirim pengumpul-pengumpul dikota-kota .
54. “Sesungguhnya mereka itu golongan yang kecil”.
55. “Dan sesungguhnya mereka membikin kita murka”.
56. “Dan sesungguhnya kita sekelian (mesti) berjaga-jaga”.
57. Lalu kami keluarkan mereka dari kebun-kebun dan mata air.
58. Dan (dari) perbendaharaan dan darjat yang mulia.
59. Demikian lah, dan kami jadikan dia warisan bagi bani Israel.
60. Lalu mereka bertemu mereka waktu matahari naik.

61. Maka tetakala dua golongan itu kelihatan satu kepada yang lain, pengikut-pengikut Musa berkata; “sesungguhnya kita akan tertawan”.
62. Ia berkata; “tidak sekali-kali ! (kerana) sesungguhnya Tuhan ku ada berserta ku, ia akan unjuk kan ku jalan”.
63. Lalu kami beri wahyu kepada Musa; “bahawa pukul lah laut itu dengan tongkat mu”. Lantas terbelah, maka tiap-tiap belahan (adalah) seperti gunung yang besar.
64. Dan kami hampirkan kesan (golongan) yang lain.
65. Dan kami selamatkan Musa dan orang-orang yang berserta nya sekelian.
66. Kemudian kami tengelamkan (golongan) yang lain.
67. Sesungguhnya d(kejadian) itu ada satu tanda, tetapi adalah kebanyakan mereka tidak (mahu)  beriman.
68. Dan sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang gagah, penyayang. 
69. Dan bacakan lah kepada mereka khabaran Ibrahim.
70. Tetakala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya; “apakah yang kamu sembah ?”

71. Mereka jawab; “kami sembah berhala-berhala dan kami akan tetap menyembahnya”.
72. Ia bertanya; “apakah mereka mendengar (panggilan) kamu apabila kamu memanggil ?”
73. “Atau bisakah mereka memberi manfaat kepada kamu atau memberi mudarat?”.
74. Mereka jawab; “tetapi kami dapati bapa-bapa kami berbuat demikian”.
75. Ia berkata; “tidak kah kamu  fikirkan apa yang kamu sembah ?”.
76. “Kamu dan bapa-bapa kamu yang lebih-lebih dahulu ?”
77. “Maka sesungguhnya mereka itu musuh ku, kecuali Tuhan bagi sekelian makhluk”.
78. “Yang telah jadikan daku, lalu ia memimpin ku”.
79, “Dan yang ia’ lah memberi ku makan dan memberi ku minum”.
80. Dan apabila aku sakit, maka ia sembuhkan daku”.

81. Dan yang akan mematikan daku, kemudian akan menghidupkan daku”.
82. “Dan yang aku harap akan menutup bagi ku kesalahan ku dihari pembalasan”.
83. Hai Tuhan ku ! berilah kepada ku hukum, dan  humbankan lah akan daku dengan orang-orang yang baik-baik”.
84. Dan jadikan lah bagiku lidah kebenaran pada orang-orang yang akhir.
85. Dan jadikan lah akan daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga yang (berisi) nikmat.
86. Dan ampun kan lah bagi bapa ku, (kerana) sesungguh nya adalah ia daripada orang-orang yang sesat.
87. Dan  janganlah engkau bikin malam akan daku pada hari mereka dibangkitkan.
88. (iaitu) hari yang harta tidak bisa memberi manfaat dan tidak anak-anak.
89. Kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.
90. Dan dihampirkan syurga bagi orang-orang yang berbakti.

91. Dan dinampakkan neraka bagi orang-orang yang sesat.
92. Dan dikatakan kepada mereka; “mana dia benda yang kamu sembah”.
93. “Selain dari Allah ? ada kah bisa mereka menolong kamu atau bisa kah mereka dapat pertolongan?”.
94. Maka mereka dihumbankan padanya, kepala dahulu, mereka dan orang-oranng yang sesat.
95. Dan (juga) tentera iblis semua.
96. Mereka berkata, padahal mereka didalamnya bertengkaran;
97. “Demi Allah, sesungguhnya adalah kami (didunia) dalam kesesatan yang nyata”.
98. “Kerana kami samakan kamu dengan Tuhan bagi sekelian makhluk”.
99. “Dan tidak sesatkan kami melainkan orang-orang yang berdusta”.
100. “Lantaran itu, kami tidak mempunyai penolong-penolong”.

101. “Dan tidak pula sahabat yang kasih”.
102. “Maka sesungguhnya alangkah baiknya kalau kami dapat sekali kembali, supaya jadilah kami dari orang-orang yang beriman !”.
103. Sesungguhnya dalam (yang tersebut) itu ada satu tanda, tetapi adalah kebanyakan mereka tidak mahu beriman.
104. Dan sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang gagah, penyayang.
105. Kaum Nuh telah dustakan Rasul-Rasul.
106. Tetakala berkata kepada mereka saudara mereka, Nuh; “tidakkah kamu mahu berbakti ?”.
107. “Sesungguhnya aku Rasul yang kepercayaan untuk kamu”,
108. “Lantaran itu, berbaktilahh kepada Allah dan taatlah kepada ku.
109. “Dan aku tidak minta umpah dari kamu atas (ejek kan) itu. Balasan untuk ku tidak lain melainkan (tergantung) atas Tuhan bagi sekelian makhluk”.
110. “lantaran itu, berbaktilah kepada Allah dan  taatlah kepada ku”.

111. Mereka berkata; “apakah kami (mesti) beriman kepada mu, pada hal engkau diikuti oleh orang-orang yang hina ?”.
112. Ia jawab; “tetapi aku tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang mereka  kerjakan”.
113. “Tidak ada perhitungan mereka melainkan (terserah) kepada Tuhan ku, jika kamu (mahu) sadar”.
114. “Dan bukanlah aku orang yang (boleh) mengusir mukmin”.
115. Aku (ini) tidak lain melainkan seorang pengancam yang nyata”.
116. Mereka berkata; “jika engkau tidak (mahu) berhenti, hai Nuh ! nescaya adalah engkau daripada orang-orang yang direjam”.
117. Ia bermunajat; “Hai Tuhan ku ! sesungguhnya kaum ku telah dustakan daku”.
118. “Lantaran itu, adakan lah satu putusan antara ku dan antara mereka, dan selamatkalah akan daku dan orang-orang mukmin yang berserta ku”.
119. Maka kami selamatkan dia dan orang-orang yang berserta nya didalam kapal yang penuh.
120. Kemudian, sesudah itu, kami tenggelamkan mereka yang ketingalan.

121. Sesungguhnya ditentang (yang tersebut) itu ada satu tanda, tetapi adalah kebanyakan mereka tidak (mahu) beriman.
122. Dan sesungguh nya  Tuhan mu itu ialah yang gagah, penyayang.
123. (Kaum) Aad  telah dustakan Rasul-Rasul.
124. Tetakala berkata kepada mereka saudara mereka, Hud; “tidakkah (mahu) kamu berbakti ?”
125. “Sesungguhnya aku, utusan yang dipercayai untuk kamu”.
126. “Lantaran itu, berbaktilah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.
127. “Dan aku tidak minta upah dari kamu buat (ajakan) itu, upahan ku tidak lain melainkan atas (tanggungan) Tuhan bagi sekelian makhluk.
128. “Adakah (patut) kamu dirikan ditiap-tiap tempat tinggi satu tanda yang (dengan nya) kamu berlaku sia-sia?”.
129. “Dan (patutkah) kamu adakan mahligai-mahligai seolah-olah kamu akan kekal?”
130. “Dan (patutkah) apabila membalas, kamu pembalasan sebagai orang-orang kejam dan bengis?”.

131. “Oleh itu, takutlah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.
132. “Dan berbaktilah kepada (Tuhan) yang telah kurniakan kepada kamu (pemberian-pemberian) yang kamu (sendiri) tahu”.
133. (Iaitu) ia kurniakan kepada kamu binatang-binatang ternak dan anak buah (anak-anak).
134. “Dan kebun-kebun dan mata air”.
135. “Sesungguhnya aku takut akan mengenai kamu azab hari yang besar”.
136. Mereka berkata; “sama sahaja buat kami, mahu pun engkau beri nasihat atau pun engkau tidak dari orang-oranng yang menasihat”.
137. “(Yang demikian) ini tidak lain melainkan perangai orang-orang yang dahulu”.
138. “Dan kami tidak akan diazab”.
139. Pendeknya mereka dustakan dia, lalu kami binasakan mereka, sesungguhnya ditentang itu ada satu pelajaran tetapi adalah kebanyakan mereka tidak (mahu) beriman.
140. Dan sesungguhnya Tuhan mu ialah yang gagah, penyayang.

141. (Kaum) Samud telah dustakan Rasul-Rasul.
142. Tetakala saudara mereka, Saleh, berkata kepada mereka; “tidakkah mahu kamu berbakti?”
143. Sesungguhnya aku  (ini) seorang Rasul yang dipercayai (dikirim) untuk kamu”.
144. Maka takutlah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.
145. “Dan aku tidak meminta kepada kamu upah atas (pengurusan) itu. Upahan bagiku tidak lain melainkan atas (tanggungan) Tuhan bagi sekelian makhluk”.
146. “Apakah (kamu sangka) akan dibiarkan kamu dalam (keadaan) disini dengan aman?”
147. “Dikebun-kebun dan mata air”.
148. Dan (diantara) tanaman-tanaman dan kurma dan mayang nya lemah lembut?”.
149. “Sedang kamu dengan pandai membikin rumah-rumah digunung-gunung”.
150. “Oleh itu, takutlah kepada  Allah dan taatlah kepada ku”.

151. “Dan jangan lah kamu taat kepada perintahan orang-orang yang melewati batas
152. Yang membikin rumah dibumi dan tidak memperbaiki”.
153. Mereka jawab; “sesungguhnya engkau tidak lain melainkan dari orang-orang yang diberi ilmu sihir”.
154. “Engkau tidak lain melainkan manusia  seperti kami, maka unjukkan lah satu  mukzizat, jika adalah engkau dari orang-orang yang benar”. 
155. Ia berkata; “ini satu unta betina, ia mempunyai  giliran minum dan kamu mempunyai giliran minum dan kamu mempunyai giliran minum dihari yang tertentu”.
156. “Dan janganlah kamu sentuh dia dengan kejahatan, kerana nanti azab hari yang besar akan mengenai kamu”.
157. Lalu mereka sembelih dia, maka jadilah mereka orang-orang yang menyesal.
158. Lalu turun azab atas mereka, sesungguhnya ditentang itu ada satu pelajaran, tetapi adalah kebanyakan dari mereka tidak (mahu) beriman.
159. Dan sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang gagah, panyayang.
160. Kaum Lut telah mendustakan Rasul-Rasul.

161. Tetakala saudara mereka, (nabi) Lut berkata kepada mereka; “tidakkah mahu kamu berbakti?”.
162. “Sesungguhnya aku (ini) Rasul yang dipercayai untuk kamu”.
163. “Maka takutlah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.
164. “Dan aku tidak minta dari kamu upah atas (pimpinan) itu, upahan buatku tidak lain melainkan atas (tanggungan) Tuhan bagi sekelian makhluk”.
165. “Adakah (patut) kamu mendatangi manusia yang laki-laki?”
166. “dan  (patutkah) kamu tinggalkan isteri-isteri kamu yang Tuhan kamu jadikan untuk kamu ? bahkan kamu (ini) kaum yang melewati batas”.
167. Mereka berkata;  “sesungguhnya jika engkau tak mahu berbakti, ya Lut, nescaya jadilah engkau daripada  orang-orang yang dikeluarkan”.
168. Ia berkata; “sesungguhnya aku dari orang-orang yang sangat benci kepada perbuatan kamu”.
169. “Hai Tuhan ku ! selamatkan daku dan pengikut ku daripada apa yang mereka kerjakan”.
170. Lalu kami selamatkan dia dan pengikut-pengikut nya sekelian.

171. Kecuali seorang perempuan tua dalam golongan yang tinggal
172. Kemudian kami binasakan orang-orang lain.
173. Dan kami hujani atas mereka hujan (azab), maka jeleklah hujan bagi mereka yang diancam.
174. Sesungguhnya ditentang itu ada satu pelajaran, tetapi adalah kebanyakan mereka tidak (mahu) beriman.
175. Dan sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang gagah, penyayang.
176. Penduduk Aikah telah dustakan Rasul-Rasul.
177. Tetakala berkata kepada mereka Syuaib; “tidak kah kamu mahu berbakti?”.
178. “Sesungguhnya aku (ini) Rasul yang dipercayai untuk kamu”.
179. “Maka takutlah kepada Allah dan taat lah kepada  ku”.
180. “Dan  aku tidak minta kepada kamu upah atas (pimpinan) itu. Upahan buat ku tidak lain melainkan atas (tanggungan) Tuhan yang mempunyai sekelian makhluk”.

181. “Cukupkan lah sukatan, dan janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang merugikan”.
182. “Dan timbanglah dengan neraca yang adil”.
183. “Dan janganlah kamu kurangi hak-hak manusia, dan janganlah kamu  maharajalela dibumi dengan merosak”.
184. “Dan berbaktilah kepada (Tuhan) yang telah jadikan kamu dan umat-umat yang dahulu”.
185. Mereka berkata; “sesungguhnya engkau tidak lain melainkan dari orang-orang yang diberikan ilmu sihir”.
186. Dan engkau (ini) tidak lain melainkan manusia seperti kami, dan sesungguhnya  kami  sangka mu dari orang-orang yang dusta”.
187. “Maka gugurkan lah atas kami beberapa keping dari langit, jika adalah  engkau dari orang-orang yang benar”.
188. Ia berkata; “sesungguhnya Tuhan ku terlebih mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
189. Pendeknya mereka dustakan dia, lalu mengenai mereka azab hari mega (panas terik dan hujan api) sesungguhnya adalah ia azab hari yang besar.
190. Sesungguhnya ditentang itu ada satu pelajaran, tetapi adalah kebanyakan dari mereka tidak (mahu) beriman.

191. Dan sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang gagah, penyayang.
192. Dan sesungguhnya (Quran) itu pemberian (Tuhan) pengurus sekelian makhluk.
193. Dibawa turun dia oleh ruh yang dipercayai.
194. Kepada hatimu, supaya jadilah engkau daripada orang-orang yang mengancam.
195. Dengan  bahasa Arab yang terang.
196. Dan sesungguhnya ia (tersebut) dikitab-kitab orang-orang dahulu.
197. Apakah hal ulama bani Israel tahu akan dia itu, tidak cukup jadi satu tanda (kebenaran nya) bagi mereka ?
198. Dan sekiranya kami turunkan dia atas sebahagian dari orang-orang yang bukan Arab.
199. Lalu ia bacakan dia kepada mereka, nescaya tidak (juga) mereka akan beriman kepadanya.
200. Demikian lah kami masukkan dia dihati orang-orang yang derhaka itu.
201. Mereka tidak akan beriman kepada nya hingga  lihat azab yang pedih.
202. Iaitu akan datang (azab) kepada mereka dengan mendadak sedang mereka tidak sadar.
203. Lalu mereka akan berkata; “apakah kita akan diberi tempoh?”
204. Maka adakah (patut) mereka minta lekas datangnya azab kami ?
205. Maka bagaimana fikiran mu jika kami beri kesenangan kepada mereka beberapa tahun.
206. Kemudian, datang kepada mereka (azab) yang dijanjikan  kepada mereka ?
207. Tidak akanmemberi faedah kepada mereka kesenangan yang diberikan kepada mereka.
208. Tetapi kami tidak binasakan suatu negeri melainkan adalah bagi nya beberapa pengancam.
209. Satu peringatan ! kerana tak pernah kami melakukan kezaliman.
210. Dan tidak dibawa turun dia oleh syaitan-syaitan.
211. Dan tidak sayugianya (yang demikian) bagi mereka, dan mereka tidak bisa.
212. Sesungguhnya mereka itu dijauhkan daripada mendengarnya.
213. Maka janganlah engkau seru berserta Allah seorang tuhan yang lain, kerana dengan  itu, jadilah engkau daripada orang-orang yang diseksa.
214. Dan ancamlah keluarga mu yang paling dekat.
215. Dan rendahkah lah sayap mu bagi orang-orang yang mengikut mu, daripada mukmin.
216. Dan jika mereka derhaka kepada mu, maka katalah; “sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu kerjakan”.
217. Dan berserahlah kepada yang gagah, penyayang.
218. Yang melihat mu ketika engkau berdiri (sembahayang).
219. Dan (melihat) hal berbolak-balek (mata) mu dalam (golongan) orang-orang yang sujud.
220. (kerana) sesungguhnya ialah yang mendengar, yang mengetahui.
221. Mahukah aku beritahu kepada kamu atas siapa turun syaitan-syaitan? .
222. Mereka turun atas tiap-tiap pendusta yang berdosa.
223. Mereka sampaikan pendengaran itu, pada hal kebanyakan dari mereka berdusta.
224. Dan ahli-ahli seher itu di ikuti oleh orang-orang yang sesat.
225. Tidak kah engkau lihat, bahawa se nya mereka mengembara ditiap-tiap lembah ?
226. Dan bahawa se nya mereka berkata apa yang mereka tidak berbuat.
227. Kecuali orang-orang yang beriman, dan beramal soleh, dan banyak menyebut Allah, dan membalas sesudah dianiyai, dan orang-orang yang menzalimi itu akan dapat tahu ketempat kembali dan mereka akan kembali.



{27}  
AN-NAML (semut) 1~93.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Thaa Aiin, yang demikian itu ayat-ayat dari Quran dan kitab yang nyata.
2. Sebagai pimpinan dan  pengemar bagi mukmin.
3. Yang mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, sedang mereka, kepada akhirat, mereka yakin.
4. Sesungguhnya orang-orang yang tidak (mahu) beriman  kepada akhirat, kami nampak kan baik bagi mereka amal-amal mereka, maka dengan sebab itu, mereka mengambara dalam kesesatan.
5. Mereka itu ialah orang-orang yang akan dapat azab yang jelek, sedang diakhirat, merekalah orang-orang yang sangat rugi.
6. Dan sesungguhnya diwahyukan kepada mu Quran (ini) dari sisi (Tuhan) yang bijaksana, yang mengetahui.
7. (Ingatlah) tetakala Musa berkata kepada ahli rumahnya; “sesungguhnya aku telah lihat api. Aku akan bawa kepada kamu khabar daripadanya, atau aku akan bawa kepada kamu sedikit api, supaya kamu bisa bergengang”.
8. Maka tetakala ia sampai kesitu, diseru; “bahawa diberkati apa-apa  yang dapati itu dan apa-apa yang dikelilingnya, dan maha suci Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk”.
9. “Hai Musa ! sesungguhya akulah Allah, yang gagah, yang bijaksana”.
10. “Dan campakkan lah tongkat mu”.  Maka ketika ia lihat dia begerak seolah-olah dia ular, ia berpaling lari dan tidak kembali. “Hai Musa ! jangan engkau takut, kerana sesungguhnya orang-orang yang dijadikan Rasul tidak (syugianya) takut disisiku”.

11. “Kecuali orang yang telah berbuat kezaliman, kemudian ia ganti kebaikan sesudah kejelekan, tetapi sesungguhnya aku, pengampun, panyayang”.
12. Dan masukkan lah tangan mu disaku (baju) mu, nescaya ia akan keluar (bersifat) putih yang tidak jelek, (termasuk) dalam sembilan mukzizat (yang diunjukkan) kepada firaun dan kaumnya, sesungguhnya mereka adalah  kaum yang derhaka”.
13. Maka tetekala datang kepada mereka ayat-ayat kami yang nyata, mereka berkata; “Ini satu sihir yang terang”.
14. Dan  mereka engkari nya dengan anyanyai dan sombong, pada hal hati-hati mereka mempercayai nya, lantaran itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mursik.
15. Dan sesungguhnya kami telah beri pengetahuan kepada Daud dan Sulaiman, dan mereka berkata; “sekelian pujian kepunyaan Allah yang telah muliakan kami atas kebanyakan dari hamba-hamba nya yang mukmin”.
16. Dan Sulaiman mewarisi Daud, dan ia berkata; “Hai manusia ! kami telah diajar omongan ungas, dan telah diberikan kepada kami tiap-tiap suatu, (yang perlu), sesungguhnya ini ialah satu kurnia yang terang”.
17. Dan dikumpulkan bagi Sulaiman tenteranya dari jin dan manusia dan ungas, tetapi mereka dibahagi-bahagi.
18. Hingga apabila mereka sampai dilembah semut, berkata se ekor semut; “hai semut-semut ! masuklah ketempat-tempat kediaman kamu, supaya tidak dianjak-anjak kamu oleh Sulaiman dan tenteranya dalam  keadaan mereka tidak sadar”.
19. Maka ia tertawa dengan tersenyum dari (mendengar) perkataan (semut) itu, dan ia berkata; “hai Tuhanku ! berilah kepadaku hidayah supaya aku bersyukur nikmat mu yang engkau berikan kepada ku dan ibubapa ku, dan supaya aku beramal soleh yang engkau redai, dan masuk kan lah akan daku, dengan rahmat mu, didalam golongan hamba-hamba mu yang baik-baik”.
20. Dan ia periksa ungas, lalu ia berkata; “mengapa aku tidak lihat hud-hud ? apakah ia dari mereka yang tidak hadir?”.

21. “Sesungguhnya aku akan seksa dia seksa yang sangat  atau aku akan sembeleh dia, kecuali ia datang kepada ku dengan alasan yang nyata”.
22. Maka ia berhenti tidak jauh, lalu ia berkata; “aku dapat tahu apa  yang  engkau tidak tahu, dan aku bawa kepada mu dari (negeri) Saba, khabar yang yakin.
23. Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi tiap-tiap suatu, dan adalah bagi nya singahsana yang besar”.
24. Dan aku dapati dia dan kaum nya menyembah matahari, tidak Allah, kerana syaitan hiaskan bagi mereka amal-amal mereka, lalu ia halangi mereka dari jalan (Allah), lantaran itu, mereka tidak terpimpin”.
25. “Supaya tidak mereka sujud kepada Allah yang keluarkan sesuatu yang tersembunyi dilangit-langit dan bumi, dan tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu dzahir”.
26. “Allah itu, tidak ada sebarang Tuhan melainkan dia, yang mempunyai Arash yang besar”.
27. Ia berkata; “nanti kami lihat, apakah engkau benar atau kah engkau dari orang-orang yang  berdusta”.
28. “Pergilah dengan suratku ini, lalu campakkan kepada mereka, kemudian engkau berpaling dari mereka, tetapi lihat apa yang mereka jawab”.
29. Ia berkata; “hai manusia ! sesungguhnya telah dicampakkan kepada ku satu surat yang mulia”.
30. “Sesungguhnya iaitu dari Sulaiman, dan sesungguhnya iaitu dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang”.
31. “Bahawa janganlah kamu berlaku sombong kepada ku, dan datanglah kepada ku dengan menyerah diri”.
32. Ia berkata; “hai manusia ! berilah fikiran kepada ku dalam urusan ku, (kerana) aku tidak memutuskan satu urusan hingga kamu saksikan”.
33. Mereka jawab; Kita mempunyai kekuatan dan mempunyai keberanian yang sangat, tetapi urusan itu (terserah) kepada mu, maka fikirkan lah apa yang engkau hendak perintahkan”.
34. Ia berkata; “bahawa sesungguhnya raja-raja, apabila masuki disatu negeri, mereka rosakkan dia, dan orang-orang nya yang mulia, mereka jadikan hina, dan bagitulah mereka akan berbuat”.
35. “Dan aku akan kirimkan kepada mereka satu hadiah,  maka aku akan tunggu, dengan (balasan) apakah akan kembali urusan-urusan (kita)?”.
36. Maka tetakala datang (ketua utusan) kepada Sulaiman, ia berkata; “apakah kamu hendak sokongku dengan harta ? kerana apa yang Allah beri kepada ku lebih baik daripada apa yang ia beri kepada kamu, tetapi kamu berkirim dengan hadiah kamu”.
37. “Kembalilah kepada mereka, kerana sesungguhnya kami akan datangi mereka dengan tentera-tentera yang mereka tidak akan berdaya  menghadapinya, dan kami akan keluarkan mereka daripadanya dalam keadaan terhina, sedang mereka merendah diri”.
38. Ia berkata; “hai pegawai-pegawai ! siapakah dari kamu bisa membawa singah-sana nya sebelum mereka datang kepada ku dalam keadaan meyerah diri ?”
39. Berkata seorang yang sangat gagah dari jin; “aku akan bawa dia kepada mu sebelum engkau berpisah dari tempat mu, kerana sesungguhnya aku atas (mengerjakan) itu kuat, bisa dipercayai”.
40. Berkata seorang (jin) yang disisinya ada pengetahuan dari kitab (Allah); “aku bisa bawa dia kepada mu sebelum pandangan mu kembali kepada mu”.  Tetakala ia melihat dia ada disisinya, ia berkata; “ini dari kurnia Tuhan ku, buat memberi percubaan kepada ku, adakah aku menerima kasih atau aku melupakan budi, sedang barang siapa menerima kasih, maka tidak lain melainkan ia terima kasih buat dirinya, dan barang siapa melupakan budi, maka sesungguhnya Tuhan ku itu kaya, pemurah”.

41. Ia berkata; “ubahlah buat dia singah sana nya(supaya) kita lihat adakah ia kenal atau adakah ia dari mereka yang tidak kenal”.
42. Maka tetakala dia datang ditanya; “apakah bikin singgah sana mu ?” ia jawab; “seolah-olah nya dia”, dan “kami telah beri ilmu sebelum  (datang) nya dan adalah kami orang-orang yang menyerah diri”.
43. Dan ia halangi dia daripada apa yang ia pernah menyembah selain dari Allah, kerana sesungguhnya adalah ia dari kaum yang kafir.
44. Dikata kepadanya; “masuklah kemahligai itu”. Maka tetakala ia lihat  dia, ia sangka kolam, dan ia sing-sing kan (pakaian) dari dua kakinya. Ia berkata; “sesungguhnya iaitu mahligai yang dikilatkan dengan kaca” ia berkata; “hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku telah menganyanyai diriku, tetapi aku (sekarang) menyerah bersama Sulaiman, kepada Allah, pengurus bagi sekelian alam.
45. Dan sesungguhnya kami telah utus kepada (kaum) Samud, saudara mereka, Saleh; “hendaklah kamu sembah Allah”, tetapi tiba-tiba mereka (jadi) dua golongan yang berentangan.
46. Ia berkata; “hai kaum ku ! mengapa kamu bersegera kepada kejahatan sebelum (kepada) kebaikan ? alangkah baiknya kalau kamu meminta ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat ! “
47. Mereka berkata; “kami merasa kesialan dengan mu dan dengan orang-orang yang berserta mu”. Ia berkata; “nasib kamu itu (tertulis) disisi Allah, tetapi kamu kaum yang dikenakan fitnah”.
48. Dan adalah dikota itu sembilan orang yang membikin rusuh dibumi dan tidak membikin kebaikan.
49. Mereka berkata; “hendaklah kamu bersumpah dengan (nama) Allah bahawa sesungguhnya kita akan bunuh dia dan pengikutnya, kemudian sesungguhnya kita berkata kepada warisnya bahawa kita tidak menyaksikan kematian keluarga nya itu, dan sesungguhnya kita (adalah) orang-orang yang benar”.
50. Dan mereka betul-betul mengatur tipu daya, dan kami (pun) mengatur betul-betul (balasan) tipu daya, pada hal mereka tidak sadar.

51. Maka lihatlah bagaimana akibat tipu daya mereka ! (iaitu) bahawa se nya kami binasakan mereka dan kaum mereka sekelian nya.
52. Maka itulah dia rumah-rumah mereka dalam keadaan kosong dengan sebab mereka berlaku zalim.  Sesungguhnya ditentang itu (adalah) satu pelajaran bagi kaum yang (mahu) mengetahui.
53. Dan kami telah selamatkan mereka yang beriman, kerana adalah mereka orang-oranng yang berbakti.
54. Dan (ingatlah) Lut, tetakala ia berkata kepada kaum nya; “adakah (patut) kamu kerjakan fahisyah (zina,homosexual dan sejenisnya) pada hal  kamu mempunyai pemandangan ?”.
55. “Sesungguhnya (patutkah) kamu mendatangi laki-laki dengan berahi, tidak perempuan ? bahkan kamu satu kaum yang jahil”.
56. Maka tidak ada jawab kaum nya melainkan mereka berkata; “keluarkan lah golongan Lut dari desa kamu, kerana sesungguhnya mereka itu manusia yang belaku suci (ejekan)”.
57. Maka kami selamatkan dia dan pengikut-pengikut nya, kecuali isterinya, kami telah takdirkan dia dari mereka yang tinggal.
58. Dan kami hujani atas mereka hujan (azab), maka jeleklah hujan (atas) orang-orang yang diancam.
59. Katalah; “sekelian puji kepunyaan Allah dan (mudah-mudahan) sejahtera atas hamba-hamba nya yang ia pilih”. Apakah Allah lebih baik ataukah apa yang mereka sekutukan ?