Monday, January 27, 2020

Juzuk 0

Juzuk khatam terjemahan;

Juzuk 1  [GS] [BS] [PDF]   
1.1. AL-FATIHAH, 
1. 1.2. AL-BAQARAH, 1~141. 
.
Juzuk 2  [GS] [BS] [PDF]  
2.2. AL-BAQARAH, 142~251. 
.
Juzuk 3  [GS] [BS] [PDF]  
3.2. AL-BAQARAH, 253~286 . 
3.3. AL-IMRAN (Keluarga Imran) 1~91.
.
Juzuk 4  [GS] [BS] [PDF]  
4.3. AL-IMRAN 92~200.
4.4. AL-NISA 1~23. 
.
Juzuk 5  [GS] [BS] [PDF]  
5.4. AL-NISA 24~147.  
.
Juzuk 6  [GS] [BS] [PDF]  
6.4. AL-NISA 148~177.
6.5. AL-MAIDAH 1~82.  
.
Juzuk 7  [GS] [BS] [PDF]  
7.5. AL-MAIDAH 83~120. 
7.6. AL-AN'AM 1~110.   
.
Juzuk 8  [GS] [BS] [PDF]  
8.6. AL-AN'AM 111~165.  
8.7. AL-A'RAF (Benteng Tinggi) 1~87.  
.
Juzuk 9  [GS] [BS] [PDF]      
9.7. AL-A'RAF (Benteng Tinggi) 88~206. 
9.8. Al-ANFAL  (Rampasan) 1~40.
.
Juzuk 10  [GS] [BS] [PDF]  
10.8. Al-ANFAL  (Rampasan) 41~75.   
10.9. AL-BARAAH’ (pemutus perhubungan) 1~93.
.
Juzuk 11  [GS] [BS] [PDF]  
11.9. AL-BARAAH 94~129.   
11.10. YUNUS  1~109.  
11.11. HUD  1~5.
.
Juzuk 12  [GS] [BS] [PDF]  
12.11. HUD 6~123.   
12.12. YUSUF 1~52.
.
Juzuk 13  [GS] [BS] [PDF]  
13.12. YUSUF 53~111.   
13.13. AR-RA'D 1~43.  
13.14. IBRAHIM 1~52. 
13.15. AL-AIJR (Batu Gunung) 1~1.
.
Juzuk 14  [GS] [BS] [PDF]  
14.15. AL-AIJR (Batu Gunung) 2~99.   
14.16. AN-NAHL (lebah) 1~128.
.
Juzuk 15  [GS] [BS] [PDF]  
15.17. BANI ISRAEL 1~111.  
15.18. AL-KAHF  1~74. 
.
Juzuk 16  [GS] [BS] [PDF]  
16.18. AL-KALF  75~110. 
16.19. MARYAM  1~98. 
16.20. TAHA 1~135.   
.
Juzuk 17  [GS] [BS] [PDF]  
17.21. AL-ANBIAYAH 1~112. 
17.22. AL-HAJJ, 1~78.
.
Juzuk 18
  [GS] [BS] [PDF]   

18.23. Al-Mu'minun 1~118.  

18.24. AN-NUR  1 ~ 64 
18.25. AL-FURQAN  1-20.  
.
Juzuk 19  [GS] [BS] [PDF]  
19.25. AL-FURQAN  21~77. 

19.26. ASY-SYU'ARA' 1~227. 
19.27. AN-NAML (semut)  1~59
.
Juzuk 20  [GS] [BS] [PDF]   
20.27. AN-NAML  60~93.  

20.28. AL-QASAS  1-88.  

20.29. AL-ANKABUT  1~44.
.
Juzuk 21  [GS] [BS] [PDF]  
21.29. AL-ANKABUT 45~69.  

21.30. AN-RUM 1~60.  
21.31. LUQMAN  1~34 
21.32. AS-SAJADAH  1~30.   
21.33. AL-AHZAB  1~30
.
Juzuk 22  [GS] [BS] [PDF]   
22.33. AL-AHZAB 31~73.   
22.34. SABA’  (1~54) 
22.35. FATIR (pencipta) 1~45
22.36. YASIN (Hai manusia) 1~21 ayat. 
.
Juzuk 23  [GS] [BS] [PDF]   
23.36. YASIN 22~83. 
23.37. AS-SAFFAT (Yang berbaris) 1~182.  

23.38. SAD (1~88) 
23.39. AZ-ZUMAR (puak-puak) 1~31.
.
Juzuk 24  [GS] [BS] [PDF]   
24.39. AZ-ZUMAR 32~75. 
24.40. AL-MU’MIN  1~85
24.41. FUSSILAT (dijelaskan) 1~46.
.
Juzuk 25  [GS] [BS] [PDF]    
25.41. FUSSILAT 47~54 
25.42. ASY-SYURA  1~53.  
25.43. AZ-ZUKHRUF (Perhiasan) 1~89. 
25.44. AD-DUKHAN (asap) 1~59.  
25.45. AL-JATHIYAH (yang berlutut) 1~37. 
.
Juzuk 26  [GS] [BS] [PDF]   
26.46. AL-AHQAF (bukit-bukit pasir) 1~35. 
26.47. MUHAMMAD (Nabi Muhammad)  1~38. 
26.48. AL-GATH (Kemenangan) 1~29. 
26.49. AL-HUJJURAT (bilik-bilik) 1~18. 
26.50. QAF 1~45 
26.51. AZ-ZARIYAT (pembangkit debu) 1~30. 
 .
Juzuk 27  [GS] [BS] [PDF]  
27.51. AZ-ZARIYAT 31~60.  
27.52. AT-TUR (gunung) 1~49. 
27.53. AN-NAJM (bintang) 1~62.  
27.54. AL-QAMAR (bulan) 1~55. 
27.55. AR-RAHMAN (pemurah) 1~78.
27.56. AL-WAQI'AH (kejadian yang besar), 1~96.  
27.57. AL-HADID (besi) 1~29. 
.
Juzuk 28
  [GS] [BS] [PDF]   

28.58. AL-MUJDILAH 1~22. 

28.59. AL-HASYR (pengusiran) 1~24 .
28.60. AL-MUMTAHANAH (perempuan yang diuji) 1~13.  
28.61. AS-SAFF (barisan) 1~14.  
28.62. AL-JUMU’AH (Hari Jumaat) 1~ 11. 

28,63. AL-MUAFIQUN (orang-orang munafik) 1~11 
28.64. AT-TAGHABUN  (ternyata kecurangan) 1~18.  
28.65. AT-TALAQ (perceraian) 1~12.  
28.66. AT-TAHRIM (mengharamkan) 1~12. 
.
Juzuk 29
  [GS] [BS] [PDF]   

29.67, AL-MULK (kerajaan) 1~30. 

29.68. AL-QALAM (kalam) 1~52. 
29.69. AL-HAQQAH (yang tentu datang) 1~ 52 .
29.70. AL-MA’ARIJ (jalan-jalan naik) 1~44 . 
29.71. NUH (nabi Nuh) 1~28. 

29.72. AL-JINN (jin)  1~28. 
29.73. AL-MUZZAMMIL (yang berselimut) 1~20. 
29.74. AL-MUDDATHATHIR (yang berselubung) 1~56.  

29.75. AL-QIYAMAH (kiamat) 1~40.  
29.76. AL-INSAN (manusia) 1~ 31.
29.77. AL-MURSALAT (yang dikirim) 1~50.
.
Juzuk 30  [GS] [BS] [PDF]  
30.78. AL-NABA  1~40. 
30.79. AN-NAZI’AT (yang beralih cepat) 1~46.
30.80. ABASA (bermasam muka).
30.81. AT-TAKWIR (mengulung), 1~29.
30.82. AL-INFITAR (terbelah) 1~19.
30.83. AL-MUTAFFIFIN (pencorong-pencorong) 1~36.
30.84. AN-INSYIQAQ (pecah belah) 1~25.
30.85. AL-BURUJ (benteng-benteng) 1~22.
30.86. AT-TARIQ (bintang menembus) 1~17.
30.87. AL-A’LA (yang paling tinggi) 1~19.
30.88. AL-GHASYIYAH (kejadian yang dasyat) 1~26.
30.89. AL-FAJR (fajar) 1~30.
30.90. AL-BALAD (negeri) 1~20.
30.91. AST-SYAMS (matahari) 1~15.
30.92. AL-LAIL (malam) 1~21. 
30.93. ADH-DHUHA (waktu dhuha). 1~11 .
30.94. AL-INSYIRAH (kelapangan) 1~8.
30.95. AT-TIN (buah tin) 1~8.
30.96. AL-‘ALAQ (darah sekepal) 1~19.
30.97. AL-QADR (kemuliaan) 1~5.
30.98. AL-BAIYINAH (bukti) 1-8.
30.99. AZ-ZALZALAH (gempa) 1~8.
30.100. AL-‘AADIYAT (yang berlari). 1~11.
30.101. AL-QARI’AH (pengegar) 1~11.
30.102. AT-TAKATHUR (berlebih-lebihan). 1~8.
30.103. AL-‘ASR (masa) 1~3.
30.104. AL-HUMAZAH (pencela) 1~9.
30.105. AL-FIL (gajah) 1~5. 
30.106.QURISY (bangsa quris) 1~4.
30.107.AL-MA’UN (pertolongan). 1~7. 
30.108. AL-KAUTHAR (terlalu banyak) 1~3. 
30.109. AL-KAFIRUN (orang-orang kafir) 1~6. 
30.110. AN-NASR (pertolongan) 1~3. 
30.111. AL-LAHAB (julangan) 1~5. 
30.112. AL-IKHLAS (tulus) 1~4.
30.113. AL-FALAQ (cuaca subuh) 1~5.
30.114. AN-NAS (manusia) 1~ 6. 
.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Sumber][Tafsir dalam jawi]





Juzuk 30



AL-NABA (khabaran) 1~40
AN-NAZI’AT (yang beralih cepat) 1~46.
ABASA (bermasam muka).
AT-TAKWIR (mengulung), 1~29.
AL-INFITAR (terbelah) 1~19.
AL-MUTAFFIFIN (pencorong-pencorong) 1~36.
AN-INSYIQAQ (pecah belah) 1~25.
AL-BURUJ (benteng-benteng) 1~22.
AT-TARIQ (bintang menembus) 1~17.
AL-A’LA (yang paling tinggi) 1~19.
AL-GHASYIYAH (kejadian yang dasyat) 1~26.
AL-FAJR (fajar) 1~30.
AL-BALAD (negeri) 1~20.
AST-SYAMS (matahari) 1~15.
AL-LAIL (malam) 1~21. 
ADH-DHUHA (waktu dhuha). 1~11 
AL-INSYIRAH (kelapangan) 1~8.
AT-TIN (buah tin) 1~8.
AL-‘ALAQ (darah sekepal) 1~19.
AL-QADR (kemuliaan) 1~5.
AL-BAIYINAH (bukti) 1-8
AZ-ZALZALAH (gempa) 1~8.
AL-‘AADIYAT (yang berlari). 1~11.
AL-QARI’AH (pengegar) 1~11
AT-TAKATHUR (berlebih-lebihan). 1~8.
AL-‘ASR (masa) 1~3.
AL-HUMAZAH (pencela) 1~9.
AL-FIL (gajah) 1~5. 
QURISY (bangsa quris) 1~4.
AL-MA’UN (pertolongan). 1~7. 
AL-KAUTHAR (terlalu banyak) 1~3. 
AL-KAFIRUN (orang-orang kafir) 1~6. 
AN-NASR (pertolongan) 1~3. 
AL-LAHAB (julangan) 1~5. 
AL-IKHLAS (tulus) 1~4.
AL-FALAQ (cuaca subuh) 1~5.
AN-NAS (manusia) 1~ 6.

  
{78}
AL-NABA (khabaran) 1~40.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Dari hal apakah mereka bertanya-tanyaan ?
2. Adakah  dari hal khabaran yang besar ?
3. Yang mereka berselisihan padanya ?
4. Tidak bagitu !  (tetapi) mereka akan ketahui
5. Lagi, tidak bagitu ! (tetapi) mereka akan ketahui.
6. Bukankah kami telah jadikan bumi itu terbentang ?
7. Dan gunung-gunung itu sebagai pancangan nya ?
8. Dan kami telah jadikan kamu berpasangan-pasangan
9. Dan kami telah jadikan tidur kamu itu (untuk) berhenti lelah.
10. Dan kami telah jadikan malam itu (sebagai) pakaian.
11. Dan kami telah jadikan siang itu tempat penghidupan.
12. Dan kami telah jadikan disebelah atas kamu itu tujuh yang besar
13. Dan kami telah jadikan satu pelita yang amat terang.
14. Dan kami telah turunkan dari mega-mega yang berat akan air yang bercucuran.
15. Kerana kami hendak keluarkan dengan (air) itu biji-biji tumbuh-tumbuhan.
16. Dan kebun-kebun yang subur.
17. Sesungguhnya hari keputusan itu adalah satu masa yang  tertentu.
18. Dihari yang ditiup sangkala, lalu kami sekalian datang berduyun-duyun.
19. Dan akan dibuka langit, maka jadilah ia beberapa pintu.
20. Dan akan dihapuskan gunung-gunung jadilah ia fatamorganalah ia.
21. Sesungguhnya neraka itu adalah tempat yang disediakan.
22. Tempat kembali bagi orang-orang yang durhaka.
23. Yang akan diam padanya beberapa abad lama nya.
24. Tidak akan mereka merasa padanya dingin dan tidak minuman.
25. Kecuali air yang mendidih dan air luka dan nanah.
26. Sebagai balasan yang pantas.
27. (Kerana) sesungguhnya mereka tidak percaya kepada perhitungan (amal).
28. Dan mereka telah dustakan sungguh-sungguh akan perintah-perintah kami
29. Pada hal tiap-tiap suatu, kami telah kumpulkan didalam kitab (amal)
30. “Oleh sebab itu, rasalah, maka kami tidak akan tambah bagi kamu melainkan azab (lagi)”.
31. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti akan mendapat kesenagan.
32. Kebun-kebun dan angur-angur.
33. Dan perawan-perawan muda yang sebaya.
34. Dan piala yang penuh (minuman).
35. Tidak akan mereka mendengar padanya perkataan yang sia-sia dan tidak dusta.
36. Sebagai pembalasan dari Tuhan mu, pemberian yang cukup.
37. Tuhan yang mempunyai langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya, pemurah,  pada  hal mereka tidak berhak berkata-kata kepada nya.
38. Dihari yang akan berdiri ruh dan melaikat berbaris-baris, pada hal mereka tidak akan berkata-kata kecuali siapa yang diizinkan oleh (Tuhan) pemurah, serta ia berkata benar.
39. Yang demikian lah hari yang benar, lataran itu, siapa yang mahu, biarlah ia pilih tempat kembali kepada Tuhan nya.
40. Sesungguhnya kami ancam kamu dengan azab yang hampir (datang),  dihari yang seorang akan melihat apa yang dua tangan nya telah kerjakan, dan  orang kafir akan berkata; “alangkah baiknya kalau aku dahulunya sebagai tanah !”.


{79}
AN-NAZI’AT (yang beralih cepat) 1~46.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah (bintang-bintang) yang  beralih dengan  cepat.
2. Dan (bintang-bintang) yang selalu berpindah-pindah.
3. Dan (bintang-bintang) yang  beredar dengan lekas.
4. Lantas (bintang-bintang) yang berlumba-lumba beredar.
5. Lantas (bintang-bintang) yang mengatur urusan.
6. (Ingatlah) hari yang  akan gegar keras suatu yang bergegar.
7. Lalu di iringi oleh suatu yang mengiring.
8. Hati-hati (manusia) dihari itu, ketakutan yang sangat
9. Pandangan-pandangan nya tunduk merendah.
10. Mereka berkata; “apakah kita akan dikembali kepada keadaan yang  pertama”
11. Apakah apabila kita telah jadi tulang yang buruk ?
12. Meraka berkata; “yang demikian, kalau bagitu, satu kembalinya yang merugikan”.
13. Maka ia itu tidak lain melainkan (dengan) satu suara.
14. Maka tiba-tiba mereka (akan ada)  dimuka bumi.
15. Sudahkah datang kepada mu khabar Musa ?
16. Tetakala Tuhan nya menyeru dia dilembah yang suci (bernama) thuwa.
17. “Pergilah kepada firaun, kerana ia telah derhaka melebihi batas”.
18. Maka katakan lah (kepadanya); “mahukah engkau jadi bersih ?”
19. “Dan (mahukah) aku akan pimpin mu kepada Tuhan mu supaya engaku takut ?”
20. Lalu (Musa)  unjukkan kepadanya mukzizat (nya) yang amat besar.
21. Tetapi (firaun) dustakan dan derhaka.
22. Kemudian ia berpaling, pada hal ia berusaha.
23. Iaitu ia kumpulkan rakyatnya  lantas ia seru.
24. (Iaitu) ia berkata; “akukah Tuhan kamu yang paling tinggi”.
25. Lantaran itu, Allah seksa dia, seksaan akhirat dan dunia.
26. Sesungguhnya ditentang itu, adalah satu pelajaran bagi orang yang mahu takut.
27. Apakah kamu makhluk yang amat payah (dijadikan), ataukah langit itu, pada hal ia telah diberikan dia ?
28. Ia telah tinggikan pendirian nya, lalu ia sempurnakan nya.
29. Dan ia gelapkan malam nya, dan ia dzahirkan cahaya siang nya.
30. Dan bumi itu, sudah demikian, ia hamparkan.
31. Ia keluarkan daripadanya air nya dan tumbuh-tumbuhan nya.
32. Sedang gunung-gunung itu, ia  panjangkan,
33. Sebagai makanan bagi kamu dan bagi binatang-binatang ternak kamu.
34. Maka apabila datang keributan yang besar.
35. Dihari yang manusia akan sadar kepada apa yang ia telah kerjakan.
36. Dan akan ditunjukkan neraka kepada orang  yang mahu melihat.
37. Maka ada pun orang yang derhaka melewati batas.
38. Dan melebihkan penghidupan yang sangat rendah.
39. Maka sesungguhnya neraka itu ialah tempat kembali (nya).
40. Dan ada pun orang yang takut  kepada kebesaran Tuhan nya, dan menegah diri daripada hawa  nafsu (nya).
41. Maka sesungguhnya syurga itu ialah tempat kembali (nya).
42. Mereka akan  bertanya kepada mu  darihal kiamat, bilakah kejadian nya?
43. Maka dimanakah engkau dari sebutan nya ?
44. Kepada Tuhan mu lah terserah pengetahuan (ditentang) itu.
45. Engkau hanya seorang pengancam akan orang yang (mahu) takut kepadaa (kiamat) itu.
46. Dihari yang mereka melihat (kiamat) itu, (mereka akan merasa) seolah-olah mereka tidak pernah diam (didunia) melainkan satu malam atau siangnya (sahaja).


{80}
ABASA (bermasam muka).
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Ia bersama muka dan berpaling
2. Lantaran datang kepada nya orang buat itu,
3. Pada hal apakah yang memmberi mu tahu, barang kali ia akan jadi bersih ?
4. Atau ia akan ingat, lantas peringatan itu memberi manfaat kepada nya ?
5. Ada pun orang yang tidak memperdulikan (itu)
6.  Maka engkau menghadap kepada nya.
7. Pada hal apakah rezeki mu kalau ia tidak jadi  bersih.
8. Tetapi ada pun orang yang berjalan datang kepada mu
9. Pada hal ia takut
10. Maka engkau tidak perdulikan dia.

11. Jangan demikian ! kerana  sesungguhnya (ajaran-ajaran Quran) itu satu peringatan.
12. Maka siapa-siapa yang mahu, biarlah ia ingat kepadanya.
13. Didalam kitab-kitab yang  dimuliakan.
14. Yang ditinggikan yang disucikan
15. Ditangan-tangan utusan-utusan.
16. Yang mulia, yang berbakti
17. Celaka manusia ! alangkah besar kekufuran nya !
18. Dari apakah ia dijadikan dia ?
19. Dari setitis mani ia jadikan dia, lalu atur sifat-sifat nya.
20. Kemudian ia mudahkan jalan (keluar)nya.

21. Kemudian, ia matikan dia, lalu ia jadikan dia terkubur.
22. Kemudian,  bila ia kehendaki ia akan bangkitkan dia.
23. Belum sekali-kali ! belum (manusia) tunaikan apa yang Allah perintah dia.
24. Maka cubalah manusia lihat kepada makanan nya.
25. Kami telah curah air satu curahan nya.
26. Kemudian kami hancurkan tanah itu sungguh-sungguh.
27. Lalu kami tumbuhkan padanya biji-biji makanan
28. Dan anggur dan sayuran.
29. Dan zaiton dan kurma.
30. Dan kebun-kebun yang subur.

31. Dan buah-buahan dan rumput-rumput.
32. Untuk jadi bekalan bagi kamu dan bagi binatang-binatang ternak kamu.
33. Maka apabila datang suara pertempuran besar
34. Dihari yang (tiap-tiap) orang lari dari saudaranya.
35. Dan  (dari) ibunya dan bapanya
36. Dan (dari)  isteri nya dan anak-anak nya.
37. Bagi tiap-tiap seorang dari mereka, dihari itu,  ada satu urusan yang muliakan dia.
38. Beberapa muka dihari itu bercahaya-cahaya.
39. Tertawa dan bersuka-suka.
40. Dan beberapa muka dihari itu (terlihat) atas dukacita.
41. Yang ditindih oleh kegelapan
42. Mereka itu ialah orang-orang kafir yang derhaka.


{81}
AT-TAKWIR (mengulung), 1~29.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Apabila matahari itu digulung.
2. Dan apabila bintang-bintang itu gugur.
3. Dan apabila gunung-gunung itu dihapuskan.
4. Dan apabila unta-unta yang bunting itu dibiarkan.
5. Dan apabila bintang-bintang buas itu dikumpulkan
6. Dan apabila laut itu membuak.
7. Dan apabila ruh-ruh itu disatukan
8. Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup.
9. Dengan dosa apakah dia dibunuh ?
10. Dan apabila surat-surat amal dibentang.
11. Dan apabila langit itu dicabut.
12. Dan apabila neraka itu dinyalakan
13. Dan apabila syurga itu dihamparkan
14. (Tiap-tiap) jiwa akan ketahui apa (amal) yang ia sudah sediakan.
15. Maka tidak bagitu ! aku menarik perhatian kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali.
16. Yang beredar, yang berlindung kembali.
17. Dan (perhatikanlah) malam apabila hampir habis.
18. Dan (perhatikanlah) waktu subuh apabila mulai kelihatan.
19. Sesungguhnya ia itu perkataan seorang utusan yang mulia.
20. Yang mempunyai kekuatan disisi aras, yang tinggi darjat(nya)
21. Yang ditaati disana, yang dipercayai.
22. Dan kenalan kamu itu bukan gila.
23. Dan sesungguhnya  ia pernah melihat dia dipihak atas yang nyata.
24. Dan ia itu tidak tertuduh tentang (urusan) azab.
25. Dan ia itu bukan perkataan syaitan yang terkutuk.
26. Lantaran itu, kemanakah kamu hendak pergi ?
27. Ia itu, tidak lain melainkan satu peringatan untuk makhluk.
28. (Iaitu) bagi siapa-siapa dari antara kamu yang hendak berlaku urusan.
29. Tetapi tidak akan kamu mahu melainkan jika dikehendaki oleh Allah, yang mempunyai sekelian alam. 


{82}
AL-INFITAR (terbelah) 1~19.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Apabila langit itu terbelah.
2. Dan apabila bintang-bintang itu gugur.
3. Dan apabila laut itu membuak.
4. Dan apabila (isi) kubur itu dibongkar
5. (Tiap-tiap) satu jiwa akan tahu apa yang ia sudah kerjakan dan tinggalkan.
6. Hai manusia ! apakah yang menipu mu buat (derhaka) kepada Tuhan mu, pemurah.
7. Yang telah jadikan mu dan sempurnakan kejadian mu dan  bereskan pendirian badan mu ?
8. (Pada hal) atas apa sahaja rupa yang ia kehendaki, ia bisa susun mu.
9. Bukan sahaja bagitu ! bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.
10. Pada hal sesungguhnya atas kamu ada (melaikat)  penjaga
11. Yang mulia, yang menulis (amal-amal kamu).
12. Yang mengetahui apa yang kamu kerjakan.
13. Sesungguhnya orang-orang yang baik-baik itu akan berada dalam kenikmatan.
14. Dan sesungguhnya orang-orang yang jahat-jahat itu akan berada dalam neraka.
15. Yang  mereka akan masuk kepada nya dihari pembalasan.
16. Dan mereka tidak akan keluar daripadanya.
17. Dan sudahkah engkau ketahui apa (yang dikatakan) hari pembalasan  ?
18. Lagi, sudahkah engkau ketahui apa (yang dikatakan) hari pembalasan ?
19. (Ialah) hari yang tidak siapa pun dapat menolong siapa-siapa, kerana semua urusan dihari itu (adalah) kepunyaan Allah.


{83}
AL-MUTAFFIFIN (pencorong-pencorong) 1~36.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Kecelakaan (disediakan) untuk pencorong-pencorong.
2. Yang apabila menerima sukatan dari orang-orang (lain), mereka minta cukup.
3. Tetapi apabila menyukat atau menimbang untuk orang-orang (lain), mereka kurangi.
4. Tidak kah mereka menyangka, bahawa mereka akan dibangktikan.
5. Buat hari yang besar.
6. Hari yang manusia bangkit buat (menghadap) Tuhan yang mempunyai sekelian alam ?
7. Janganlah bagitu ! kerana sesungguhnya tulisan (amal) orang-orang yang derhaka itu adalah di sijjin .
8. Dan sudahkah engkau tahu apa yang dikatakan sijjin itu ?
9. (Iaitu) kitab  yang tertulis.
10. Kecelakaan dihari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
11. (Iaitu) orang-orang yang mendustakan  hari pembalasan.
12. Dan tidak mendustakan (hari) itu, melainkan tiap-tiap orang yang melewati batas, yang derhaka.
13. Yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami ia berkata; “dongengan-dongengan orang-orang dahulu”.
14. Tidak sekali-sekali ! bahkan apa yang mereka telah usahakan itu telah menutup hati-hati mereka.
15. Bahkan, sesungguhnya mereka, dihari itu, terdinding daripada (rahmat) Tuhan mereka.
16. Kemudian, sesungguhnya mereka itu akan masuk neraka.
17. Kemudian, akan dikatakan; “inilah (tempat) yang kamu  dustakan”.
18. Ingatlah ! sesungguhnya tulisan (amal) orang-orang yang baik-baik itu adalah di(kitab) ‘illiyyin.
19. Sudahkah engkau tahu apa yang dikatakan ‘illiyyin ?
20. (Iaitu) kitab yang tertulis.
21. Yang disaksikan oleh (melaikat) Al-Mukarabun.
22. Sesungguhnya orang-orang yang baik-baik itu adalah didalam kenikmatan.
23. Dari atas pelamin-pelamin mereka melihat.
24. Engkau bisa dapat lihat  dimuka-muka mereka, cahaya nikmat.
25. Mereka diberi minum dari minuman yang terpilih, yang  termenteri.
26. Menterinya  (dari)  kasturi dan ditentang itulah hendaknya berlumba-lumba oleh orang-orang yang berlumba-lumba.
27. Dan campuran nya adalah dari air yang terpilih.
28. (Iaitu) mata air yang daripadanya diminum oleh mereka yang dihampiri (oleh Allah).
29. Sesungguhnya orang-orang yang derhaka itu bisa tertawakan orang-orang yang beriman.
30. Dan apabila mereka lalui mereka itu, mereka berkelipan-kelipan mata.
31. Dan apabila mereka kembali ke Illahi mereka, kembalilah mereka dengan sukacita.
32. Dan apabila mereka lihat mereka itu,  mereka berkata; “sesungguhnya mereka itu orang-orang sesat”.
33. Pada hal mereka itu tidak diutus untuk menjadi pengawal atas mereka.
34. Maka pada hari ini, mereka yang beriman tertawakan orang-orang kafir.
35. Dari atas pelamin-pelamin mereka melihat.
36. Bukan kah tidak dibalas kafir-kafir itu melainkan apa yang mereka telah kerjakan ?


{84}
AN-INSYIQAQ (pecah belah) 1~25.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Apabila langit itu hancur.
2. Lantaran ia turut (perintah) Tuhan nya, kerana (memang) patut ia (turut).
3. Dan apabila bumi itu dipanjangkan
4. Dan ia keluarkan apa-apa yang didalam nya, dan kosonglah ia.
5. Lantaran ia turut (perintah) Tuhan nya, kerana (memang) patut ia (turut).
6. Hai manusia !  sesungguhnya engkau telah bekerja bersungguh-sungguh (menuju) kepada Tuhan mu, maka (engkau) akan bertemu dia.
7. Lantaran itu ada pun orang yang diberi suratnya dari sebelah kanan nya.
8. Maka akan diperiksa perhitungan nya dengan pemeriksaan yang mudah
9. Dan ia akan pergi kepada ahli nya dengan sukacita.
10. Dan ada pun orang yang diberi suratnya dari belakang nya
11. Maka ia akan berteriak menyebut-yebut kecelakaan (nya)
12. Dan ia akan masuk diapi yang bernyala-nyala.
13. Kerana sesungguhnya adalah ia bersuka ria  (ketika berada) pada ahli nya.
14. Kerana sesungguhnya ia menyangka, bahawa ia tidak akan kembali.
15. Tidak bagitu ! bahkan sesungguhnya Tuhan nya itu melihat akan dia.
16. Lagi, tidak bagitu ! aku bersumpah dengan tanda menyerah dipingir langit.
17. Dan (diperhatikan) malam dan apa yang dikumpulkan olehnya.
18. Dan (perhatikan lah) bulan apabila sempurna terang nya.
19. Sesungguhnya kamu akan melalui selapis sesudah selapis.
20. Oleh itu, mengapakah mereka tidak mahu beriman ?
21. Dan apabila dibacakan quran kepada mereka, tidak mahu mereka tunduk.
22. Bahkan orang-orang yang kafir itu mendustakan.
23. Pada hal Allah lebih mengetahui apa-apa yang mereka kumpulkan (dihati-hati mereka).
24. Lantaran itu, ancamlah mereka dengan azab yang pedih.
25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal baik itu adalah bagi mereka pahala yang tidak putus.


{85}
AL-BURUJ (benteng-benteng) 1~22.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah langit yang mempunyai benteng-benteng.
2. Dan (perhatikan lah) hari yang dijanjikan.
3. Dan (perhatikan lah) yang menyaksikan dan yang disaksikan.
4. Celakalah orang-orang (yang membikin) parit.
5. (Dari) api yang bernyala-nyala.
6. Ketika mereka duduk difikiran nya.
7. Dan mereka jadi saksi atas perbualan mereka (sendiri) kepada orang-orang mukmin.
8. Pada hal mereka tidak menyeksa (yang mukmin) itu melainkan lantaran mereka itu beriman kepada Allah, yang gagah, yang terpuji.
9. Yang mempunyai kerajaan dilangit-langit dan bumi, dan Allah itu penyaksi atas tiap-tiap suatu.
10. Sesungguhnya orang-orang yang menyusahkan  mukmin dan mukminat, kemudian mereka tidak bertaubat, maka adalah bagi mereka azab jahanam, dan adalah bagi mereka azab bakaran.
11. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, akan mendapat syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, yang demikian itulah kemenangan yang besar.
12. Sesungguhnya balasan Tuhan mu itu sangat (pedih).
13. Sesungguhnya ialah yang memulakan dan (akan) mengembalikan.
14. Dan ialah Pengampun, Panyayang.
15. Yang mempunyai aras, yang terpuji.
16. Yang sangat berkuasa membuat apa yang ia kehendaki.
17. Sudahkah datang kepada mu khabar tentera-tentera.
18. Firaun dan Samud ?
19. Tetapi orang-orang kafir itu tetap mendustakan.
20. Pada hal Allah mengepung dari balakang mereka.
21. Bahkan ia itu Quran yang mulia
22. Yang (tersimpan) dalam Lauhul Mahfuzh.


{86}
AT-TARIQ (bintang menembus) 1~17.
Dengan nama Allah, Pemurah Penyayang.

1. Perhatikan lah langit dan bintang-bintang di al-tariq  (cekerawala).
2. Sudahkah engkau tahu apa (yang dikatakan) al-tariq ?
3. (Iaitu) bintang yang (cahayanya) menembus.
4. Tidak ada satu pun jiwa melainkan atasnya adalah satu penjaga.
5. Maka cobalah manusia lihat dari apa yang dijadikan dia !
6. Dijadikan dia daripada air yang terpancar,
7. Yang keluar dari solbi (tulang lelaki) dan tarib (tulang dada).
8. Sesungguhnya Allah berkuasa atas mengembalikan nya.
9. Dihari yang dibuka rahsia.
10. Maka tidak ada baginya kekuatan dan tidak ada penolong.
11. Perhatikan lah langit yang mempunyai air.
12. Dan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan.
13. Sesungguhnya ia itu perkataan yang benar.
14. Dan bukan ia itu (perkataan) sia-sia.
15. Sesungguhnya mereka itu membikin tipu daya
16. Dan aku akan membalas tipu daya.
17. Lantaran itu, biarkan lah orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sebentar.


{87}
AL-A’LA (yang paling tinggi) 1~19.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Anggaplah kesucian nama Tuhan mu yang maha tinggi
2. Yang telah jadikan, lalu sempurnakan.
3. Dan yang telah  tentukan, lalu unjukkan
4. Dan yang telah tumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
5. Lalu jadikan dia kering yang berubah warnanya.
6. Nanti kami akan bacakan kepada mu, sesudah itu, tidak bakal engkau lupa.
7. Kecuali apa yang  dikehendaki oleh Allah, kerana sesungguhnya ia mengetahui apa yang terang dan barang yang tersembunyi.
8. Dan kami akan mudahkan mu kepada (agama) yang mudah.
9. Oleh sebab itu, ingat kan lah, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi menafaat.
10. Akan ternasihat orang yang takut.
11. Dan akan menjauhi dari orang yang celaka.
12. Yang akan  terpegang diapi yang amat besar
13. Kemudian, tidak bakal ia mati didalam nya dan tidak (pula) akan hidup.
14. Sesungguhnya berbahagialah orang yang bersihkan dirinya.
15. Dan ingat nama Tuhan nya serta sembahayang
16. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia.
17. Pada hal akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (hal) ini ada dikitab-kitab yang dahulu. 
19. (Iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa.


{88}
AL-GHASYIYAH (kejadian yang dasyat) 1~26.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Sudahkah datang kepada mu khabar kejadian yang dashat ?
2. Beberapa jiwa dihari itu, yang tunduk (terhina).
3. Yang berkerja, yang berpenat lelah.
4. Akan terpegang dapati yang sangat panas
5. Akan diberi minum dari mata air yang mendidih.
6. Mereka itu tidak akan dapat makanan melainkan dari duri.
7. Yang tidak menggemuk kan dan tidak mengenyangkan.
8. Beberapa jiwa dihari itu yang bersenang-senang.
9. Yang sentosa lantaran usaha nya.
10. Disyurga yang tinggi.
11. Yang tidak akan mereka dengar padanya perkara yang isa-sia.
12. Yang didalamnya ada mata  air yang mengalir
13. Yang didalamnya ada tempat-tempat peraduan yang ditinggikan.
14. Dan piala-piala yang sedia terletak.
15. Dan bantal-bantal sandaran yang teratur berbaris.
16. Dan hamparan-hamparan yang terbentang.
17. Maka tidakkah mahu mereka melihat kepada unta, bagaimana dijadikan ?
18. Dan (melihat) kepada langit bagaimana ditinggikan ?
19. Dan (melihat) kepada gunung-gunung, bagaimana ditegapkan.
20. Dan (melihat) kepada bumi, bagaimana dihamparkan.
21. Maka ingatlah, kerana engkau itu hanya seorang pengingat.
22. Bukan engkau seorang yang berkuasa atas mereka.
23. Tetapi siapa-siapa yang berpaling dan menolak.
24. Maka Allah akan seksa dia dengan sebesar-besar azab.
25. (Kerana)  sesungguhnya kepada kamilah kembali mereka.
26. Kemudian, atas (tanggungan) kamilah perhitungan (amal) mereka.


{89}
AL-FAJR (fajar) 1~30.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah fajar.
2. Dan (perhatikanlah) malam yang sepuluh
3. Dan (perhatikanlah) genap dan ganjil
4. Dan (perhatikanlah) malam apabila ia berjalan
5. Bukankah ada padanya satu perhatian bagi yang berakal.
6. Tidakkah engkau fikirkan bagaimana Tuhan mu lakukan kepada Aad.
7. (Iaitu kaum) Iram yang mempunyai kemegahan ?
8. Yang  belum pernah diadakan bandingan dinegeri-negeri itu ?
9. Dan (kaum) Samud yang membawa batu gunung yang  besar kelembah itu.
10. Dan Firaun yang mempunyai bina yang teguh ?
11. Yang melewati batas dinegeri-negeri itu ?
12. Iaitu mereka telah lakukan banyak kedurhakaan padanya.
13. Lalu Tuhan mu curahkan  atas mereka cemati azab(nya).
14. Sesungguhnya Tuhan mu tetap ditempat pengawasan
15. Tetapi ada pun manusia, apabila diberi percubaan kepadanya oleh Tuhan nya, iaitu ia muliakan dia dan ia beri nikmat kepadanya, maka ia berkata; “Tuhan ku telah muliakan daku”.
16. Dan ada pun apabila (Tuhannya) memberi kepada nya percubaan, iaitu ia kurangkan rezeki nya, maka ia berkata; “Tuhan ku telah hinakan daku”.
17. Tidak !  bahkan tidak kamu muliakan anak yatim
18. Dan tidak kamu gemar mengemarkan atas memberi makan orang-orang miskin.
19. Dan kamu makan sungguh-sungguh harta waris nya (orang).
20. Dan terlalu sangat kamu tamak kepada harta
21. Tidak !  apabila dihancurkan bumi kelak sehancur-hancur nya.
22. Dan datang (perintah) Tuhan mu sedang melaikat (akan hadir) berbaris-baris.
23. Dan dihari itu akan dihadirkan (neraka) jahanam, (maka) dihari itu manusia akan ingat pada hal dimana (akan berguna) peringatan baginya !?
24. Ia akan berkata; “alangkah baiknya kalau aku sudah bersedia untuk penghidupan ku (disini) !
25. Maka dihari itu, tidak akan siap pun dapat mengazab seperti azali nya !
26. Dan tidak ada siapa pun dapat mengingat seperti ingatan nya !
27. Hai jiwa yang tetap yakin !
28. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan reda (dan) diredai.
29. Iaitu masuklah didalam (golongan) hamba-hamba ku,
30. Dan masuklah kesyurga ku.


{90}
AL-BALAD (negeri) 1~20.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Aku menarik perhatian sungguh-sungguh kenegeri ini,
2. Pada hal engkau jadi barang hal dinegeri ini.
3. Dan (diperhatikan) satu benih dan suatu yang peranak kan nya.
4. Sesungguhnya kami telah jadikan manusia didalam kepayahan.
5. Adakah ia sangka, bahawa tidak ada siapa-siapa yang berkuasa atasnya ?
6. Ia berkata; “aku telah belanjakan harta yang banyak”.
7. Adakah ia sangka, bahawa tidak ada siapa-siapa yang melihat dia ?
8. Bukan kah kami telah jadikan baginya dua mata ?
9. Dan satu lidah dan dua bibir ?
10. Dan kami telah unjukkan kepadanya dua jalan
11. Tetapi ia tidak menempuh jalan yang payah itu ?
12. Sudahkah engkau tahu apa dia jalan yang payah itu ?
13. (Iaitu) merdeka kan hamba.
14. Atau memberi makan dihari kelaparan.
15. Kepada anak yatim yang sekeluarga.
16. Atau kepada orang meskin yang sangat kepayahan.
17. Kemudian (tidak) ia jadi dari golongan mereka beriman dan berpesan-pesan pada (mengerjakan) kesabaran dan berpesan-pesan pada mengasihani.
18. Mereka ini ialah orang-orang pihak kanan.
19. Dan mereka yang tidak percaya kepada perintah-perintah kami itu, ialah orang-orang yang celaka.
20. Atas mereka api yang ditutup rapat.


{91}
AST-SYAMS (matahari) 1~15.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah matahari dan cahaya terang nya.
2. Dan bulan, apabila mengikuti dia.
3. Dan siang, apabila menampak kan dia
4. Dan malam, apabila menutup dia
5. Dan langit serta yang mendirikan dia
6. Dan bumi serta yang menghamparkan dia
7. Dan satu jiwa serta yang menyempurnakan dia
8. Lalu menunjukkan kepadanya (jalan) kejahatan nya dan (jalan) kebaikan nya.
9. Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dia.
10. Dan celakalah orang yang menipu dia.
11. Samud, dengan sebab derhakanya, ia mendustakan.
12. (Iaitu) diwaktu berbangkit orang yang paling celaka diantaranya.
13. Lalu Rasul-Allah (Saleh) berkata kepada mereka; “(jaga-jaga) unta Allah dan minuman nya”  
14. Tetapi mereka dustakan dia, lalu mereka bunuh (unta) itu, maka Tuhan mereka curahkan azab atas mereka dengan sebab dusta mereka, hingga ia ratakan kebinasaan itu.
15. Sedang ia tidak hiraukan buat perbuatan nya itu.


{92}
AL-LAIL (malam) 1~21.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan malam, apabila ia kelam
2. Dan (perhatikanlah) siang, apabila terang.
3. Dan (perhatikan lah) yang menjadikan lelaki dan perempuan.
4. Sesungguhnya usaha kamu itu bermacam-macam
5. Lantaran itu, ada pun orang yang menderma dan berbakti.
6. Dan mengakui kebaikan
7. Maka kami akan mudahkan dia kejalan yang mudah.
8. Dan ada pun orang yang bakhil dan merasa terkaya.
9. Dan mendustakan kebaikan
10. Maka kami akan mudahkan dia kejalan yang payah.
11. Dan hartanya tidak akan menolong dia apabila ia terjerumus.
12. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah (hal) menunjukkan jalan lurus itu.
13. Dan sesungguhnya kepunyaan kamilah akhirat dan dunia
14. Oleh itu, aku ancam kamu dengan api yang bernyala-nyala.
15. Yang tidak akan terpegang padanya melainkan orang yang paling celaka
16. Yang mendustakan, dan berpaling belakang
17. Dan akan dijauhkan dia daripada orang yang paling berbakti.
18. Yang mendermakan hartanya kerana mahu jadi bersih.
19. Pada hal tidak ada padanya budi seorang yang patut dibalas
20. Tetapi kerana hendak mencari keredaan Tuhan nya yang maha tinggi.
21. Dan (Tuhan nya) akan reda (kepadanya).


{93}
ADH-DHUHA (waktu dhuha). 1~11  
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan dhuha.
2. Dan malam, apabila senyap sepi.
3. Tuhan mu tidak buang mu dan tidak marah
4. Dan sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagi mu daripada permulaan.
5. Dan sesungguhnya Tuhan mu akan memberi kepada mu hingga engkau reda.
6. Bukan kah Allah dapati mu yatim, lalu ia pilihara ?
7. Dan ia dapati mu bingong, lalu ia pimpin ?
8. Dan ia dapati mu miskin, lalu ia beri kecukupan ?
9. Oleh sebab itu, ada pun anak yatim, maka janganlah engkau hinakan
10. Dan ada pun orang yang bertanya maka janganlah engkau tengking.
11. Dan ada pun nikmat Tuhan mu, maka hendaklah engkau dermakan.


{94}
AL-INSYIRAH (kelapangan) 1~8.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Bukan kah kami telah lapangkan bagi mu dada mu ? 
2. Dan kami telah turunkan beban mu daripada mu ?
3. Yang mendonggak kan belakang mu ?
4. Dan kami telah tinggikan sebutan bagi mu ?
5. Kerana sesungguhnya, beserta kesukaran (rohani) itu ada satu keluasan
6. Sesungguhnya berserta kepayahan (jasmani) itu, ada satu kelapangan.
7. Lantaran  itu, apabila engkau telah selesai, maka berdiri tegap.
8. Dan kepada Tuhan mu lah hendaknya engkau berkemahuan.


{95}
AT-TIN (buah tin) 1~8.
Dengan nama Allah, Permurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah tin dan zaitun.
2. Dan gunung sina.
3. Dan negeri yang aman ini.
4. Sesungguhnya kami telah jadikan manusia atas sebaik-baik pendirian.
5. Kemudian kami jatuhkan dia dilapisan serendah-rendah nya.
6. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka ini akan mendapat ganjaran yang tidak putus.
7. Maka sesudah itu, apakah yang dapat mendustakan mu ditentang agama ?
8. Bukan kah Allah seadil-adil hukum ?


{96}
AL-‘ALAQ (darah sekepal) 1~19.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Bacalah dengan nama Tuhan mu yang telah jadikan
2. Ia telah jadikan manusia daripada sekepal darah
3. Bacalah, kerana Tuhan mu itu yang amat mulia
4. Yang mengajar dengan (perantaraan) kalam
5. Ia telah ajar manusia apa yang mereka tidak tahu
6. Siang ! sesungguhnya manusia itu suka melewati batas.
7. Lantaran ia melihat diri nya cukup
8. Sesungguh nya kepada Tuhan mu lah tempat kembali
9. Tidak kah engkau fikirkan (bagaimana jeleknya) orang yang melarang
10. Seorang hamba (Allah) apabila ia bersembahayang ?
11. Tidakkah engkau fikirkan (bagaimana baiknya) jika ia (berjalan) atas pimpinan ?
12. Atau ia menyuruh (manusia) berbakti ?
13. Tidak kah engkau fikirkan (bagaimana jelek nya) jika ia dustakan dan berpaling ?
14. Tidakkah ia ketahui, bahawa se nya Allah melihat ?
15. Ingat ! sesungguhnya jika ia tidak berhenti, nescaya kami sentak jambul nya
16. Jambul yang dusta, yang derhaka
17. Maka biarlah ia panggil kaum nya.
18. Nanti kami panggil tentera (kami) yang gagah
19. Ingatlah ! jangan engkau taat kepadanya, tetapi hendaklah engkau sujud dan berhampir diri.


{97}
AL-QADR (kemuliaan) 1~5.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Sesungguhnya kami elah turunkan dia dimalam kemuliaan.
2. Dan sudahkah engkau tahu apa dia malam kemuliaan itu ?
3. Malam kemuliaan itu lebih utama daripada seribu bulan.
4. Turun melaikat dan ruh padanya dengan izin Tuhan mereka (dengan membawa pokok-pokok) dari tiap-tiap perintah.
5. Sejahtera ia ! hingga  terbit fajar.


{98}
AL-BAIYINAH (bukti) 1-8
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Orang-orang kafir, dari ahli kitab dan musrikin, tidak berpisah, hingga datang bukti itu kepada mereka.
2. (Iaitu) seorang Rasul dari Allah yang membaca lembaran-lembaran yang suci.
3. Yang ada padanya(isi) kitab-kitab (agama) yang lurus.
4. Dan tidak bercerai-berai orang-orang (kafir) yang diberi kitab, melainkan sesudah datang kepada mereka bukti itu.
5. Pada hal tidak diperintahkan mereka melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama kerananya, dengan menjauhi kesesatan dan (supaya) mereka mendirikan sembahayang dan memberi zakat kerana yang demikian itu lah agama kelurusan.
6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dari ahli kitab dan musrikin, (tempatnya) dineraka jahanam, yang mereka akan kekal padanya, mereka itu ialah sejahat-jahat maklhuk.
7. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan pekerjaan yang  baik-baik, mereka itu ialah sebaik-baik mahkhluk.
8. Balasan mereka, disisi Tuhan mereka, ialah syurga-syurga tempat ketetapan, yang mengalir padanya sungai-sungai yang mereka akan kekal padanya selama-lamanya, Allah reda kepada mereka, dan mereka reda kepada nya yang demikian itu  untuk orang yang takut kepada Tuhan nya.  


{99}
AZ-ZALZALAH (gempa) 1~8.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang,

1. Apabila  digempakan bumi itu sekeras-keras nya,
2. Dan bumi mengeluarkan isi-isi nya.
3. Dan  manusia berkata; “mengapa dia (bagini) ?”.
4. Dihari itu, ia akan ceritakan khabar-khabar nya. 
5. (Iaitu) bahawa Tuhan mu telah perintahkan dia.
6. Dihari itu, manusia akan pergi berpecah-pecah untuk dilihatkan kepada mereka akan amal-amal mereka.
7. Maka barang siapa kerjakan kebaikan setimbang debu, nescaya ia lihat dia.
8. Dan  barang siapa kerjakan kejahatan setimbang debu, nescaya ia lihat dia.


{100}
AL-‘AADIYAT (yang berlari). 1~11.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan yang berlari termengah-mengah.
2. Yang lantas memercik kan api
3. Yang lantas menyerang diwaktu subuh.
4. Yang lantas membangkitkan  debu di(waktu) itu
5. Yang lantas menyerbu di(waktu) itu ditengah-tengah kumpulan (musuh).
6. Sesungguhnya manusia itu tak suka menerima kasih kepada Tuhan nya.
7. Dan sesungguhnya ia panyaksi atas yang demikian
8. Dan sesungguhnya ia jadi bakhil lantaran sayang kepada harta.
9. Tidakkah (mahu) ia mengetahui (bagaimana keadaan) apabila dibongkar apa-apa yang dikubur-kubur.
10. Dan zahirkan apa-apa yang didalam dada-dada ?
11. Sesungguhnya Tuhan mereka, amat mengetahui (hal-hal) mereka dihari itu.


{101}
AL-QARI’AH (pengegar) 1~11
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Pengegar
2. Apakah pengegar itu ?
3. Dan apakah yang membikin mu tahu apa (dia) pengegar itu ?
4. (Iaitu) dihari yang adalah manusia seperti rama-rama bertibaran.
5. Dan adalah gunung-gunung itu seperti bulu yang dihamburkan (berterbangan).
6. Oleh sebab itu, barang siapa berat timbangan (kebaikan)nya.
7. Maka ia itu didalam kehidupan (akhirat) yang sentosa.
8. Dan ada pun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya.
9. Maka tempat kembalinya itu ialah jurang yang dalam.
10. Dan apakah yang membikin mu tahu apa dia ?
11. (Iaitu) api yang panas.


{102}
AT-TAKATHUR (berlebih-lebihan). 1~8.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Kamu telah dilalaikan oleh berlebih-lebihan
2. Hingga kamu melawat kubur-kubur
3. Tidak sekali-kali (bahkan) kamu akan ketahui.
4. Dan, tidak sekali-kali (bahkan) kamu akan ketahui.
5. Tidak sekali-kali ! (alangkah baiknya) kalau kamu ketahui dengan pengetahuan yang yakin !
6. Sesungguhnya kamu akan melihat neraka itu
7. Dan, sesungguhnya kamu akan lihat dia dengan pengelihatan yang yakin.
8. Kemudian, sesungguhnya kamu akan diperiksa dihari itu dari hal nikmat.


{103}
AL-‘ASR (masa) 1~3.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah masa 
2. Sesungguhnya  manusia itu didalam kerugian
3. Kecuali orang yang beriman dan beramal, baik dan berpesan-pesan pada (menjalankan) kebenaran dan berpesan-pesan pada menjalanan kesabaran.


{104}
AL-HUMAZAH (pencela) 1~9.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Kecelakaan adalah bagi pencela, penghina
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung dia
3. Yang menyangka bahawa harta nya memelihara dia
4. Tidak sekali-kali ! sesungguhnya ia akan dicampakkan dalam huthamah
5. Dan sudahkah engkau tahu apa dia huthamah itu ?
6. (Iaitu) api Allah yang dinyalakan
7. Yang menjulang kehati-hati
8. Sesungguhnya (neraka itu) akan ditutup atas mereka
9. Dengan palang-palang yang panjang (melintang).


{105}
AL-FIL (gajah) 1~5.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Tidakkah engkau tahu bagaimana tuhan mu telah berbuat kepada orang-orang yang mempunyai gajah  ?
2. Bukan kah daya upaya mereka itu ia telah jadikan sia-sia ? 
3. Dan ia telah kirim untuk (membinasakan) mereka itu burung yang berduyung-duyung ?
4. yang melempar mereka dengan batu azab ? 
5. Lalu jadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat ?


{106}
QURISY (bangsa quris) 1~4.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Lantaran (Allah) melindungi quris
2. (Iaitu) melindungi mereka didalam pelarian musim dingin dan musim panas.
3. Maka hendaklah mereka menyembah (Allah) Tuhan bagi rumah itu.
4. Yang mengenyangkan mereka daripada kelaparan dan mengamankan mereka daripada ketakutan.


{107}
AL-MA’UN (pertolongan). 1~7.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Tahukah engkau orang yang mendustakan Deen ?
2. Iaitu, ialah orang yang menengking anak yatim.
3. Dan tidak mengemarkan (manusia) atas memberi makan orang meskin.
4. Maka kecelakaan akan didapati oleh orang-orang yang sembahayang.
5. Yang  lalai daripada sembahayag mereka
6. Yang riyak.
7. Dan enggan memberi pertolongan.


{108}
AL-KAUTHAR (terlalu banyak) 1~3.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Kami telah beri kepada  mu terlalu banyak
2. Oleh  sebab itu, hendaklah engkau sembahayang kerana Tuhan mu dan hendaklah engkau berkorban.
3. Sesungguhnya orang yang benci kepada mu itulah orang yang keputusan.


{109}
AL-KAFIRUN (orang-orang kafir) 1~6.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Katalah; “hai orang-orang kafir !”
2. “Aku tidak sembah apa yang kamu sembah”.
3. “Dan tidak (pula) kamu menyembah apa yang aku sembah”.
4. “Dan aku bukan penyembah sebagaimana (cara) kamu menyembah”.
5. “Dan kamu (juga) bukan penyembah sebagaimana (cara) aku menyembah”.
6. “Untuk kamulah agama kamu, dan untuk ku lah agama ku”.


{110}
AN-NASR (pertolongan) 1~3.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan.
2. Dan engkau lihat manusia masuk keagama Allah berduyung-duyung.
3. Maka hendaklah engkau berbakti dengan memuji Tuhan mu, dan hendaklah engkau minta (kan) ampun daripadanya, kerana sesungguhnya iaitu adalah sangat pengampun.


{111}
AL-LAHAB (julangan) 1~5.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Rugilah hendaknya dua tangan Abu lahab ! dan (sebenarnya) telah rugi dia.
2. Tidak memberi faedah kepadanya hartanya dan (tidak) apa yang ia usahakan.
3. Ia akan masuk diapi yang berjulang-julang.
4. Dan (juga) isterinya, pembawa kayu bakaran
5. Yang dilehernya ada tali dari sabut.


{112}
AL-IKHLAS (tulus) 1~4.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Katalah; “ialah Allah yang tunggal”.
2. “Allah lah tempat sekelian (makhluk) bergantung”.
3. “Tidak ia beranak, dan tidak diperanakan dia”.
4. “Dan tidak ada siapa pun sebaya dengan nya”.


{113}
AL-FALAQ (cuaca subuh) 1~5.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Katalah; “aku berlindung dengan  Tuhan bagi cuaca subuh”.
2. “Daripada kejahatan berang yang  ia telah jadikan”.
3. “Dan daripada kejahatan malam apabila kelam”.
4. “Dan daripada kejahatan orang-orang yang meniup-niup disimpulan-simpulan”.
5. “Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia jalankan kedengkian nya”.

 

{114}
AN-NAS (manusia) 1~ 6.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Katalah; “aku berlindung dengan pemelihara manusia”.
2. “Raja bagi manusia”.
3. “Tuhan  bagi manusia”.
4. “Daripada kejahatan pembisik yang menunggu peluang”.
5. “Yang membisik-bisik dihati-hati manusia”.
6. “Dari jin dan manusia”.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah][Sumber]