Sunday, January 26, 2020

Juzuk 25


FUSSILAT 47~54
ASY-SYURA  1~53
AZ-ZUKHRUF (Perhiasan) 1~89.
AD-DUKHAN (asap) 1~59. 
AL-JATHIYAH (yang berlutut) 1~37. 


FUSSILAT 47~54
47. Kepadanya lah (terserah)  pengetahuan saat itu, dan tidak keluar buah-buah dari kelopak-kelopak nya, dan tidak mengandung seorang perempuan dan tidak ia mendzahirkan, melainkan dengan pengetahuan nya, dan pada hari yang ia seru mereka; “dimanakah sekutu-sekutu ku ?”  mereka jawab; “kami telah khabarkan kepada mu, (bahawa)  diantara kami tidak ada seorang pun panyaksi”.
48. Dan hilang diri mereka apa-apa yang mereka seru dahulu, dan mereka yakin, bahawa tidak ada bagi mereka satu pun jalan terlepas.
49. Manusia (yang kafir) itu tidak jemu meminta kebiakan, tetapi jika kesusahan mengenai diri, maka (ia)  putus asa, putus harapan.
50. Dan jika kami rasakan kepada nya satu rahmat dari kami, sesudah kesusahan yang mengenai nya, nescaya berkata; “ini buat ku, dan aku tidak percaya akan terjadinya hari kiamat, dan jika (diandaikan) aku kembali kepada Tuhan ku, (maka) sesungguhnya (adalah) bagi ku disisinya (pemberian-pemberian) yang baik”.  Tetapi kami sesungguhnya  akan  beritahu kepada mereka yang kafir itu apa-apa yang mereka telah kerjakan, dan sesungguhnya kami akan usahakan kepada mereka azab yang keras.

51. Dan apabila kami beri nikmat atas manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi apabila mengenai dia kesusahan, maka ia mempunyai permintaan yang panjang (lebar).
52. Katakan; “khabarkan lah kepada ku, jika adalah (Quran) itu dari sisi Allah, kemudian kamu kufur kepada nya, (maka) siapakah yang lebih sesat dari orang yang dalam perselisihan yang jauh?”.
53. Kami akan unjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)  kami disekitar jagat (setiap penjuru) dan di diri-diri mereka, hingga tertanya bagi mereka, bahawa se nya (Islam) itu benar, dan tidakkah cukup Tuhan mu (bagi mereka), bahawa se nya ia atas tiap-tiap suatu menyaksikan ?
54. Ketahuilah, sesungguhnya mereka dalam ragu-ragu tentang perjumpaan Tuhan mereka, ketahuilah, sesungguhnya ia mengepung tiap-tiap  suatu.


{42}
ASY-SYURA  1~53.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Haa Miim.
2. Ain Siin Qaaf.
3. Demikian lah mewahyukan kepada mu dan kepada mereka yang dahulu dari mu, Allah yang gagah, yang bijaksana.
4. Kepunyaan nya lah apa-apa yang dilangit dan apa-apa yang dibumi, dan ialah yang tinggi, yang besar.
5. Hampir langit-langit itu terbelah dari sebelah atasnya, sedang melaikat berbakti dengan memuji Tuhan mereka, dan mereka mintakan ampun bagi orang-orang yang dibumi. Ketahuilah, sesungguhnya Allah itu ialah pengampun, penyayang.
6. Dan orang-orang yang mengadakan penolong-penolong selain daripadanya, Allah (jadi) pengurus atas mereka, dan tidak lah engkau (jadi) pengurus atas mereka.
7. Dan bagitulah kami wahyukan kepada mu Quran bahasa Arab, supaya engkau ancam (dengan nya) ibu negeri dan mereka yang dikelilingnya, dan engkau ancam (mereka dengan ) hari berkumpul yang tidak ada ragu-ragu padanya, segolongan disyurga dan segolongan dineraka.
8. Dan jika Allah kehendaki, nescaya ia jadikan mereka umat yang satu, tetapi ia masukkan dalam rahmat nya siapa yang ia kehendaki, sedang orang-orang yang zalim itu, tidak ada bagi mereka pengawal dan tidak penolong.
9. Atau adakah (patut)  mereka mengadakan pengawal-pengawal selain dia ? maka Allah itu ialah pengawal, dan ialah menghidupkan orang-orang yang mati, dan ia yang berkuasa atas tiap-tiap suatu.
10. Dan apa-apa suatu yang kamu berselisihan (faham) padanya, maka (kembalikan lah) hukumnya kepada Allah. (Katalah); “Allah itu ialah Tuhan ku, kepadanya lah aku berserah diri, dan kepadanya lah aku kembali”.

11. (Ia) yang membikin langit-langit dan bumi, ia telah jadikan bagi kamu, dari jenis kamu pasangan-pasangan, dan dari binatang-binatang ternak pasangan-pasanagn, ia banyakkan kamu padanya, tidak ada suatu pun sama dengan nya, dan ialah pendengar, penglihat.
12. Kepunyaan nya lah anak-anak  kunci (rezeki di) langit-langit dan bumi, Ia luaskan rezeki bagi siapa yang ia kehendaki, dan ia sampitkan, (kerana) sesungguhnya ia mengetahui  tiap-tiap suatu.
13. Ia telah terangkan bagi kamu dari (urusan-urusan  agama, apa yang ia wajibkan dia kepada Nuh, dan yang kami  wahyu kepdamu, dan apa yang kami wajibkan dia kepada Ibrahim dan Musa dan Isa (iaitu)  bahawa hendaklah kamu dirikan agama dengan tetap, dan janganlah kamu bercerai berai padanya.  Buat atas musrikin (agama) yang engkau seru mereka kepadanya, Allah memilih buat ke(agama) itu siapa  yang ia kehendaki, dan ia pimpin kepada  nya siapa yang kembali kepadanya.
14. Dan mereka tidak bercerai berai melainkan sesudah datang kepada mereka pengetahuan, lantaran perdengkian diantara mereka, dan sekiranya tidak (kerana) kalimah (takdir) yang telah terdahulu dari Tuhan mu, buat satu masa yang tertentu, nescaya diberi hukum (kebinasaan) antara mereka, dan sesungguhnya mereka yang diwarisi kitab sesudah mereka itu, (adalah) dalam keraguan-keraguan yang sangat ditentang nya.
15. Oleh yang demikian, maka ajaklah dan berdirilah lurus sebagaimana engkau diperintahkan, dan jangnlah engkau turut kehendak-kehendak nafsu mereka, dan katalah; “aku beriman kepada apa sahaja kitab yang Allah telah turunkan, dan aku diperintah supaya lakukan keadilan diantara kamu. Allah itu Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kamilah amal-amal kami, dan bagi kamulah amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah akan kumpulkan antara kita, dan kepadanya lah tempat kembali”.
16. Dan orang-orang yang membantah pada (agama) Allah sesudah diterima dia (oleh manusia), bantahan mereka tidak berharga disisi Tuhan mereka, dan (adalah) atas mereka kemurkaan, dan (adalah) bagi mereka azab yang sangat.
17. Allah lah yang turunkan kitab itu dengan (berisi) kebenaran dan neraca (keadilan), dan engkau tidak tahu barang kali saat itu sudah dekat.
18. Orang-orang yang tidak percaya kepada (kiamat), minta kedatangan nya dengan lekas, tetapi mereka yang beriman, takut kepada (hari) itu, kerana mereka tahu bahawa se nya ia itu benar, ketahuilah sesungguhnya orang-orang yang meminta tentang kiamat, (adalah) dalam kesesatan yang jauh.
19. Allah itu lemah-lembut kepada hamba-hamba nya, ia mengurnia  kepada siapa yang ia kehendaki, pada hal ialah ayang kuat, yang gagah.
20. Barang siapa hendak ketaman akhirat, kami tembah untuknya pada ketaman nya, dan barang siapa mahu ketaman dunia, kami akan beri kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tidaklah ada baginya bahagian diakhirat.

21. Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengaturkan untuk mereka, sebagai agama, suatu yang Allah tidak izinkan ? dan sekiranya tidak kerana kalimah takdir, nescaya telah diberi keputusan diantara mereka, dan sesungguhnya orang-orang  yang zalim itu (adalah) bagi mereka azab yang pedih.
22. Engkau akan lihat orang-orang zalim itu takut kepada (amal-amal)  yang mereka telah usahakan, sedang (balasan nya)  itu akan mengenai mereka, tetapi orang yang beriman dan beramal soleh (akan berada)  dikebun-kebun yang amat subur dishurga-syurga.  Mereka akan dapat apa yang mereka kehendaki disisi Tuhan mereka, yang demikian ialah  kurnia yang besar.
23.  Yang demikain itu, ialah (khabar girang)  yang Allah gembirakan (dengannya) akan hamba-hamba nya yang beriman dan beramal soleh, katalah; “aku tidak minta kepada kamu upahan atas (menyampaikan)nya, kecuali percintaan (kepada ku)  lantaran kerabat” dan barang siapa  kerjakan kebaikan, kami akan tambah kebaikan baginya  dalam (kebaikan) itu, sesungguhnya Allah pengampun, penerima kasih.
24. Ataukah mereka akan berkata; “ia berdusta atas nama Allah ?” oleh itu, jika Allah kehendaki, nescaya ia menterai atas hati mu (dengan kesabaran), dan Allah hapuskan barang yang batal, dan ia buktikan kebenaran itu dengan firman-firman nya, sesungguhnya ia mengetahui isi dada-dada.
25. Dan ialah (Tuhan) yang menerima taubat dari hamba-hamba nya, dan ia memaafkan kejahatan-kejahantan, dan ia mengetahui apa yang kamu kerjakan.
26. Dan ia memperkenankan (permintaan) orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan ia memberi tambahan kepada mereka dari kurnianya, sedang orang-orang kafir itu (adalah) bagi mereka azab yang keras.
27. Dan jika  Allah mewahkan rezeki bagi hamba-hamba nya, nescaya mereka  melewati batas dibumi, tetapi ia turunkan dengan ukuran, apa yang ia kehendaki, sesungguhnya ia terhadap hamba-hamba nya sadar, melihat.
28. Dan Ia’ lah yang turunkan hujan sesudah mereka putus harap, dan ia tibaran rahmat nya, dan pengawal yang terpuji.
29. Dan sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) nya, (ialah) kejadian langit-langit dan bumi dan  apa-apa  yang ia tibarkan pada kedua-dua nya dari makhluk-makhluk merayap, dan ia berkuasa atas mengumpulkan mereka , apabila ia kehendaki.
30. Dan apa-apa yang  mengenai kamu dari kecelakaan, maka (adalah) dengan sebab usaha tangan-tangan kamu, pada hal ia ampunkan (sebahagian) banyak.

31. Dan kamu tidak bisa melepaskan (diri) dibumi, dan tidak ada bagi kamu pengawal dan tidak penolong selain dari Allah.
32. Dan sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)nya ialah kapal-kapal dilaut seperti gunung-gunung.
33. Jika ia kehendaki,  ia matikan angin, maka jadilah (kapal-kapal)  itu diam dimuka (laut). Sesungguhnya (adalah) pada yang demikian, beberapa pelajaran bagi tiap-tiap penyabar, penerima kasih.
 34. Atau ia binasakan nya dengan sebab usaha mereka, pada hal ia ampunkan (sebahagian banyak).
35. Dan supaya  orang-orang yang membantah tentang kekuasaan kami mengenai, bahawa mereka tidak mempunyai jalan terlepas.
36. Dari itu, apa-apa suatu yang dianugerahkan kepada kamu, maka (adalah) ia bakal penghidupan yang rendah ini, tetapi apa-apa yang disisi Allah, lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan mereka.
37. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kekejian-kekejian, dan apabila mereka marah, mereka mengampuni.
38. Dan (bagi) orang-orang yang memperkenankan (ajakan) Tuhan mereka dan menepati sembahayang, sedang urusan mereka, (adalah) dengan rombakan (musyawarat) diantara mereka  dan mereka membelanjakan sebahagian dari (harta) yang kami kurniakan kepada mereka.
39. Dan (bagi) orang-orang yang apabila ditimpa kezaliman, mereka membalas.
40. Sedang balasan bagi satu kejahatan, (adalah) satu kejahatan yang sebanding dengan nya, tetapi barang siapa mengampun dan membereskan, maka ganjaran nya, (adalah) atas (tanggungan) Allah, sesungguhnya  Allah tidak cinta kepada orang-orang yang zalim.
41. Dan sesungguhnya orang-orang yang membalas sesudah dianiayai itu tidak ada jalan buat dapat-dapatkan mereka.
42. Tidak  ada jalan melainkan atas orang-orang yang menzalimi manusia,  dan membikin kerosakan dibumi dengan tidak benar, adalah bagi mereka azab yang pedih.
43. Dan orang yang sabar dan mengampun, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian (adalah) dari perkara-perkara yang digemari.
44. Dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidaklah ada baginya penolong selain daripadanya, dan engkau akan lihat orang-orang zalim itu berkata, tetakala mereka melihat azab; “adakah kiranya jalan  buat kembali ?”.
45. Dan engkau akan lihat mereka dibawa kepada nya dalam keadaan tunduk, lantaran hina, sambil melihat dengan keriangan yang tersembunyi, dan mereka yang beriman berkata; “sesungguhnya orang-orang yang rugi itu ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka dan ahli mereka dihari kiamat”. Ketahui lah sesungguhnya orang-orang yang zalim itu dalam azab yang kekal.
46. Dan tidak ada bagi mereka pembela-bela yang bisa menolong mereka selain Allah, sedang siapa-siapa yang disesatkan oleh Allah, tidaklah ada baginya satu pun jalan.
47. Perkenankan lah (ajakan) Tuhan kamu sebelum datang dari Allah hari yang tidak ada baginya penolakan tidak ada bagi kamu dihari itu tempat berlindung, dan tidak ada bagi kamu (alasan) mengengkari.
48. Tetapi jika mereka berpaling, maka tidaklah kami utus mu kepada mereka sebagai pengawal. Tidak ada kewajiban atas mu melainkan menyampaikan, dan sesungguhnya apabila kami rasakan kepada manusia satu rahmat dari kami, mereka girang dengan nya, tetapi jika mengenai mereka satu kesusahan dengan sebab perbuatan tangan-tangan mereka sendiri, maka  sesungguhnya manusia itu tidak menerima kasih.
49. Bagi Allah lah milik langit-langit dan bumi. Ia jadikan apa yang ia kehendaki, ia beri kepada siapa yang kehendaki, (anak-anak) perempuan, dan ia beri kepada siapa yang ia kehendaki, (anak-anak) laki-laki.
50. Atau ia jodohkan mereka laki-laki dan perempuan, dan ia jadikan mandul siapa yang ia kehendaki. Sesunggunya ia yang mengetahui, yang berkuasa.
51. Dan tidak (terdapat) bagi seorang manusia bahawa Allah berkata-kata kepadanya melainkan dengan wahyu, atau dari belakang tirai, atau ia kirim utusan, lalu (utusan) itu mengkhabarkan, dengan izinnya, apa-apa yang ia kehendaki, sesungguhnya ia yang tinggi, yang bijaksana.
52. Dan bagitulah kami wahyukan kepada mu satu jiwa dari urusan kami, pada hal engkau tidak tahu apa (dia)  kitab dan apa (dia)  iman, tetapi kami jadikan dia nur yang kami pimpin dengan nya siapa yang kami kehendaki dari hamba-hamba kami, dan sesungguhnya engkau memimpin (manusia) kejalan yang lurus.
53. Jalan Allah yang kepunyaan nya lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, sungguh, kepada Allah lah sampai semua urusan.


{43}
AZ-ZUKHRUF (Perhiasan) 1~89.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Haa Miim.
2. Demi kitab yang menerangkan !.
3. Sesungguhnya  kami jadikan dia Quran bahasa Arab  supaya kamu mengerti.
4. Dan sesungguhnya (Quran)  itu di ibu kitab disisi kami, tinggi, mengandung kebijaksanaan.
5. Maka apakah (pantas) kami hentikan dari kamu pemberian peringatan sama sekali, lantaran kamu kaum yang melewati batas ? .
6. Dan beberapa banyak nabi-nabi kami telah utuskan kepada orang-orang dahulu.
7. Dan tidak datang seorang pun nabi kepada mereka melainkan adalah mereka memperolok-olok kan dia.
8. Maka kami telah binasakan (kaum) yang lebih teguh kekuatan (nya) dari mereka ini, dan telah lewat contoh orang-orang dahulu.
9. Pada hal jika engkau tanya mereka;  “siapakah yang jadikan langit-langit dan bumi”, nescaya mereka berkata; “telah jadikan itu (Tuhan)  yang gagah, yang mengetahui”.

10. (Ia’ lah)  yang jadikan bagi kamu bumi sebagai hamparan, dan ia jadikan untuk kamu padanya beberapa jalan supaya kamu terpimpin.
11. Dan (Ia’ lah) yang turunkan air dari langit dengan ukuran, lalu kami hidupkan dengan (air)  itu negeri yang mati, demikianlah kamu akan dikeluarkan.
12. Dan (Ia’ lah) yang jadikan jodoh-jodoh sekelian nya, dan ia jadikan untuk kamu apa-apa yang bisa kamu kenderai, dari kapal dan binatang-binatang ternak.
13. Supaya kamu duduk dengan beres atas belakang (kenderaan) itu, kemudian kamu ingat nikmat Tuhan kamu, apabila kamu sudah duduk atasnya, dan kamu menyebut; “maha suci (Tuhan) yang mudahkan (kenderaan) ini buat kami, pada hal tidak berdaya kami pada mengadakan nya !”.
14. “Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami lah kami akan kembali”.
15. Dan mereka sandarkan kepada nya sebahagian dari hamba-hamba nya. Sesungguhnya manusia itu nyata-nyata tak mengenang budi.
16. Ataukah (pantas) ia mempunyai anak-anak perempuan dari makhluk yang ia jadikan, sedang untuk kamu ia pilihkan anak-anak laki-laki ?.
17. Pada hal apabila seorang dari mereka diberi khabar (mendapat) apa yang ia jadikan sekutu bagi (Tuhan) pemurah, jadilah  mukanya hitam, dan ia berdukacita sangat.
18. Atau (pantaskah dikatakan anak Allah) orang yang dipelihara dalam perhiasan, sedangkan ia dalam pertengkaran tak bisa memberi keterangan ?
19. Dan  mereka anggap  melaikat yang jadi hamba-hamba (Tuhan) pemurah itu perempuan-perempuan. Adakah mereka saksikan pembikinan (malaikat) itu ? akan ditulis persaksian mereka, dan mereka akan diperiksa.
20. Dan mereka berkata; “jika (Tuhan) pemurah kehendaki, nescaya kami tidak sembah mereka itu”.  Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang (kehendak) Allah itu, mereka tidak lain melainkan berdusta.

21. Atau pernahkah kami beri kepada mereka sebuah kitab, sebelum (Quran)  ini, lalu mereka berpegang dengan nya ?
22. Bahkan mereka berkata; “sesungguhnya  kami dapati bapa-bapa kami atas satu cara (agama) dan kami terpimpin atas jejak-jejak mereka”.
23. Dan bagitulahh tidak kami utus sebelum mu seorang pengancam kesatu negeri, melainkan orang-orang terkemukanya berkata; “kami dapati bapa-bapa kami atas satu  cara (agama), dan kami mengikut jejak-jejak mereka”.
24. Ia berkata; “apakah (bagitu juga) walau pun aku datangkan kepada kamu (agama)  yang lebih lurus dari apa yang kamu dapati bapa-bapa kamu padanya ?” mereka jawab; “sesungguhnya kami tidak suka beriman kepada (agama) yang kamu diutus buat menyempitkan nya”.
25. Lalu kami seksa mereka. Maka lihatlah bagaimana kesudahan (nasib) orang-orang yang mendustakan.
26. Dan (ingatlah) tetakala Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya; “sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah”.
27. “Kecuali (Tuhan) yang jadikan daku, kerana sesungguhnya ia akan memimpin akan daku”.
28. Dan ia jadikan dia kalimah yang tetap pada turunan nya, supaya mereka kembali.
29. Bahkan aku biarkan mereka dan bapa-bapa mereka bersenang-senang hingga datang kepada mereka kebenaran dan seorang Rasul yang menerangkan.
30. Tetapi tetakala datang kepada mereka kebenaran itu. Mereka berkata; “ini satu seher, dan sesungguhnya kami tidak mahu percaya kepadanya”. 
31. Dan mereka berkata; “mengapakah tidak diturunkan Quran ini kepada seorang besar dari dua negeri ini ?”.
32. Apakah mereka (yang berhak) membahagi kurnia Tuhan mu ? kami telah bahagi diantara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan yang rendah (ini), dan kami telah tinggikan sebahagian dari mereka beberapa darjat daripada sebahagian, supaya sebahagian dari mereka dapat menggunakan sebahagian, dan kurnia Tuhan mu itu lebih baik dari apa-apa yang mereka kumpulkan.
33. Dan sekiranya tidak lantaran manusia akan jadi satu umat sahaja, nescaya jadikan bagi orang yang kufur kepada (Tuhan) pemurah itu, bumbung rumah nya dari perak, demikian juga tangga-tangga yang mereka naik atasnya.
34. Dan bagi rumah-rumah mereka pintu-pintu (dari perak), demikian juga yang mereka bertelekan atasnya.
35. Dan perhiasan, kerana semua itu tidak lain melainkan banda-benda kesenangan hidup yang rendah, sedang (kesenangan) akhirat di sisi Tuhan mu, (adalah)  bagi orang-orang yang berbakti.
36. Dan barang siapa berpaling dari mengingat (Tuhan) pemurah, nescaya kami tentukan baginya seorang syaitan, maka jadilah ia teman yang tak berpisah baginya.
37. Dan mereka itu menghalangi mereka dari jalan (yang lurus) , sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang terpimpin.
38. Hingga apabila ia datang kepada kami, ia berkata; “alangkah baiknya kalau telah ada antara ku dan antara mu sejauh timur dan barat, kerana (engkau) sejahat-jahat teman !”.
39. “Dan tidak memberi menafaat kepada kamu (penjelasan)  pada hari ini, kerana kamu telah menzalimi (diri-diri sendiri), sesungguhnya kamu bersekutu dalam azab”.
40. Maka apabila engkau hendak membikin  orang-orang tuli itu mendengar, ataukah engkau hendak memimpin orang-orang buta dan orang-orang yang didalam kesesatan yang nyata ?

41. Tetapi mahu pun kamu halangkan mu, maka sesungguhya kami akan seksa mereka.
42. Atau pun kami  unjukkan kepada mu  (suatu) yang kami ancamkan kepada mereka, kerana kami berkuasa atas mereka.
43. Oleh itu, berpeganglah kepada apa yang diwahyukan kepada mu. Sesungguhnya  engkau (berada) atas jalan yang lurus.
44. Dan sesungguhnya (yang diwahyukan) itu satu, peringatan bagi mu dan bagi kaum mu, dan kamu akan diperiksa.
45. Dan tanyalah orang-orang yang kami utus sebelum mu dari Rasul-Rasul kami, adakah kami jadikan selain (Tuhan)  pemurah tuhan-tuhan yang mereka  (buluh) sembah ?.
46. Dan sesungguhnya kami telah utus Musa dengan (mambawa)  keterangan-keterangan kami kepada firaun dan golongan nya, lalu ia berkata; “sesungguhnya aku (adalah) urusan (Tuhan)  pememilihara sekelian alam”.
47. Tetapi tetakala ia unjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)  kami, tiba-tiba mereka tertawakan dia.
48. Dan tidak kami unjukkan kepada mereka satu tanda (kekuasaan) melainkan (adalah) ia lebih besar daripada saudaranya (yang terdahulu), dan kami kenakan kepada mereka azab supaya mereka kembali.
49. Dan mereka  berkata; “hai ahli seher ! berdoalah kepada tuhan mu untuk kami (minta) apa yang ia janjikan kepada mu, sesungguhnya kami akan terpimpin”.
50. Tetapi tetakala kami angkat azab itu dari mereka, tiba-tiba  mereka memungkiri janji.

51. Dan Firaun menyeru pada kaum nya, ia berkata; “hai kaum ku ! bukankah kerajaan Mesir (ini)  kepunyaan ku dan ini sungai-sungai yang mengalir dibawah (kekuasaan) ku ? maka tidakkah kamu melihat ?”.
52. “Bahkah, bukankah aku lebih baik daripada orang ini yang hina dan hampir tidak bisa menerangkan (kebenaran nya)?.
53. “Maka mengapakah tidak dipakaikan atasnya gelang-gelang dari emas, atau datang melaikat bersertanya sebagai pengawal ?”.
54. Maka ia tindas kaumnya, lalu mereka taat kepadanya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang derhaka.
55. Maka tetakala mereka membikin kami murka, kami balas mereka, lalu kami tenggelamkan mereka semua.
56. Maka kami jadikan mereka orang-orang yang terdahlulu, dan contoh bagi orang-orang yang dibelakang.
57. Dan tetakala ini Mariam dijadikan contoh, tiba-tiba dengan sebab itu kaum mu bersorak.
58. Dan mereka berkata; “adakah tuhan-tuhan  kita lebih baik atau kah dia ?”,  mereka tidak limparkan (perkataan) itu kepada mu melainkan sebagai bantahan, bahkan mereka itu kaum yang suka bertengkaran”.
59. Ia itu tidak lain melainkan seorang hamba yang kami anugerahi atas nya dan kami jadikan dia contoh bagi bani Isreal.
60. Dan jika kami kehendaki, nescaya (bisa) kami jadikan dari kamu, melaikat yang mengantikan kamu dibumi.

61. Dan sesungguhnya ia itu satu tanda bagi kiamat. Maka janganlah kamu ragu-ragu padanya, dan turutlah akan daku, ini satu jalan yang lurus.
62. Dan janganlah kamu dipalingkan oleh syaitan, (kerana) sesugguhnya ia itu musuh yang nyata bagi kamu.
63. Dan tetakala datang Isa dengan keterangan-keterangan,  ia berkata; “sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan (membawa)  kebijaksanaan, dan buat menerangkan kepada kamu sebahagian daripada (perkara-perkara) yang kamu berselisihan padanya. Dari itu, takutlah kepada Allah dan taatlah kepada ku”.
64. “Sesungguhnya Allah, ialah Tuhan ku dan Tuhan kamu.  Oleh itu, sembahlah akan dia, ini satu jalan yang lurus”.
65. Lalu berselisehan golongan-golongan itu diantara mereka, maka kecelakaan dari azab hari yang pedih, (adalah) bagi mereka yang zalim.
66. Bukan kah mereka tidak menunggu melainkan kedatangan hari kiamat kepada mereka dengan mendadak, pada hal mereka sadar ?
67. Sahabat-sahabat rapat pada hari sebahagian nya musuh bagi sebahagian, kecuali orang-orang yang berbakti.
68. “Hai hamba-hamba ku (yang berbakti) tidak ada ketakutan bagi kamu pada hari ini dan tidak akan kamu berdukacita”.
69. (Ialah) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami, dan adalah mereka penyerah diri.
70. “Masuklah kesyurga, kamu dan isteri-siteri kamu dalam keadaan digirangkan”.

71. Akan diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas dan piala-piala dan adalah di(syurga) itu apa-apa yang dikehendaki oleh nafsu-nafsu dan dirasai enak oleh pandangan-pandangan”, dan didalam nya kamu akan kekal.
72. Dan itulah syurga yang diberikan kepdda kamu dengan sebab (amal)  yang kamu telah kerjakan”.
73. Adalah untuk kamu didalam nya buah-buahan yang banyak yang daripadanya kamu makan”. 
74. Sesungguhnya (kafir-kafir) yang derhaka itu kekal dalam azab jahanam.
75. Tidak diringankan seksaan daripada mereka, sedangkan mereka didalam (seksaan) itu putus asa.
76. Pada hal kami  tidak mengenai mereka, tetapi mereka sendirilah penganiayai-penganiayai (diri).
77. Dan mereka memanggil; “hai Malik (melaikat penjaga neraka)  ! hendaklah  Tuhan mu hukumkan (kematian) atas kami”, ia jawab; “sesungguhnya kamu akan tinggal tetap”.
78. Sesungguhnya kami telah unjukkan kepada kamu kebenaran, tetapi kebanyakan dari kamu membenci kebenaran”.
79. Bahkan, mereka telah putuskan satu urusan. Maka kami akan (balas) memutuskan.
80. Apakah mereka menyangka bahawa se nya kami tidak mendengar niat-niat mereka dan omongan-omongan rahsia mereka,  tidak bagitu ! urusan-urusan kami disisi mereka menulis.

81. Katakan lah; “jika (Tuhan) pemurah mempunyai anak, maka aku lah orang yang pertama menyembahnya”.
82. Maha suci Allah yang mempunyai langit-langit dan bumi, Tuhan bagi Arash, daripada (sifat) yang mereka sifatkan !
83. Maka biarkanlah mereka mendalam dan bermain-main hingga mereka bertemu hari mereka yang dijanjikan kepada mereka.
84. Dan ialah yang (jadi) Tuhan dilangit dan (jadi) Tuhan dibumi, dan ialah yang bijaksana, yang mengetahui.
85. Dan maha tinggi (Tuhan) yang baginya lah kerajaan langit-langit dan bumi dan barang yang antara kedua-dua nya ! dan disisi nya lah (ada) pengetahuan (tentang) kiamat, dan kepadanya  lah kamu akan dikembalikan.
86. Dan siapa-siapa yang mereka sembah, selain daripadanya, tidak memiliki sefaat, kecuali mereka yang menyaksikan kebenaran dan mereka tahu.
87. Pada hal jika engkau bertanya kepada mereka siapakah yang jadikan mereka, nescaya mereka berkata; “ALLAH”. Maka kemanakah mereka dipalingkan ?
88. Perhatikan lah perkataan nya; “hai Tuhan ! sesungguhnya mereka itu kaum yang tidak mahu beriman”.
89. Oleh itu, ampunkan lah mereka dan katalah; “selamat (berpisah)’, kerana mereka akan ketahui.


{44}
Ad-Dukhan (asap) 1~59.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Haa Miim.
2. Demi kitab yang menerang kan !
3. Sesungguhnya kami turunkan dia dimalam yang diberi berkat. Sesungguhnya adalah kami mengancam.
4. Padanya dipisahkan tiap-tiap urusan yang bijaksana.
5. Sebagai perintah dari sisi kami, (kerana)  sesungguhnya kami  lah yang mengutus.
6. Sebagai rahmat dari Tuhan mu, (kerana) sesungguhnya ialah yang mendengar, yang mengetahui.
7. Tuhan bagi langit-langit dan bumi dan barang yang diantara keduanya, jika (betul) kamu mengaku.
8. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Ia menghidupkan, dan Ia mematikan, Tuhan kamu dan Tuhan bagi bapa-bapa kamu yang dahulu.
9. Tetapi mereka bermain-main dalam keraguan-keraguan.
10. Oleh itu, tunggulah hari yang yang langit akan membawa asap yang nyata.

11. Yang akan mengenai orang-orang itu, ini satu azab yang pedih.
12. “Hai Tuhan kami ! lepaskanlah azab itu dari kami, sesunggunya kami (akan) beriman”.
13. Dari manakah mereka dapat peringatan, pada hal telah datang kepada mereka seorang Rasul yang menerangkan.
14. Kemudian, mereka berpaling daripada nya dan mereka berkata; “(dia) diajar, (dia) gila”.
15. Sesungguhnya  kami akan hindarkan azab itu sedikit, (tetapi)  sesungguhnya kamu akan kembali.
16. (Ingatlah) hari yang kami akan lakukan (padanya) satu perlakukan yang keras, sesungguhnya kami akan membalas.
17. Dan sesungguhnya kami telah atur percubaan, sebelum mereka (terhadap) kaum firaun dan telah datang kepada mereka seorang utusan yang mulia.
18. “Bahawa hendaklah kamu serahkan kepda ku hamba-hamba Allah, kerana sesungguhya aku Rasul yang dipercayai untuk kamu”.
19. “Dan bahawa janganlah kamu menyombong kepada  Allah, sesungguhnya aku membawa kepada kamu keterangan yang nyata”.
20. “Dan sesungguhnya aku berlindung dengan Tuhan ku dan Tuhan kamu, dari perejaman kamu akan daku”.

21. “Dan kalau kamu tidak mahu beriman kepada ku, tinggalkan lah akan daku”.
22. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya; “hai  Tuhan ku ! mereka itu (adalah) kaum yang durhaka”.
23. “Maka bawalah berjalan hamba-hamba ku pada malam, sesungguhnya  kamu akan di ikuti”.
24. “Dan hendaklah engkau biarkan laut itu tetap (terbelah), sesungguhnya mereka satu tentera yang akan dikaramkan”.
25. Tidak sedikit mereka tinggalkan dari kebun-kebun dan mata-mata air.
26. Dan tanaman-tanaman dan tempat kediaman yang bagus.
27. Dan nikmat yang mereka bersenang-senang padanya.
28. Bagitulah (urusan itu), dan kami wariskan dia kepada kaum yang lain.
29. Maka mereka tidak ditangisi oleh langit dan (tidak oleh) bumi, dan mereka tidak diberi tempoh.
30. Dan sesungguhnya kami telah selamatkan bani Isreal dari  azab yang menghina.
31. dari firaun, sesungguhnya adalah ia orang yang sombong dari mereka yang melewati batas.
32. Dan sesungguhnya dengan pengetahuan, kami telah pilih mereka atas sekelian manusia.
33. Dan kami telah kenakan kepada mereka beberapa urusan yang ada padanya percubaan.
34. Sesungguhnya mereka ini berkata;
35. “Tidak ia melainkan kematian kita yang pertama, dan tidaklah kita akan dibangkitkan”.
36. “Maka datangkan lah bapa-bapa kami, jika (sungguh) kamu itu orang-orang yang benar”.
37. Adakah mereka lebih utama ataukah kaum Tubba  dan orang-orang yang dahulu dari mereka ? kami telah binasakan merka, (kerana) sesungguhya adalah mereka orang-orang yang derhaka.
38. Dan tidak kami jadikan langit-langit dan bumi dan apa-apa yang diantara keduanya (atas jalan) bermain-main.
39. Tidak kami jadikan kedua-duanya itu melainkan dengan (mengandung) rahmat, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
40. Sesungguhnya hari keputusan itu (adalah) waktu mereka sekelian bertemu
41. (Iaitu) hari yang seorang keluarga yang hampir tidak bisa melepaskan suatu dari keluarganya yang hampir, dan tidak lah mereka akan ditolong.
42. Kecuali orang yang dirahmati oleh Allah, (kerana) sesungguhnya ia itu ialah maha kuasa, penyayang.
43. Sesungguhnya pohon zakun itu,
44. makanan orang yang sangat berdosa,
45. (iaitu) seperti minyak yang mendidih diperut-perut.
46. seperti dedehan air yang sangat panas.
47. “bawalah dia, lalu seretlah dia ketengah jahanam”.
48. “kemudian tuanglah diatas kepalanya dari azab dedehan”.
49. “rasalah ! sesungguhnya engkaulah yang maha kuasa, yang mulia”.
50. “sesungguhnya inilah dia (neraka) yang kamu ragu-ragu padanya”.
51. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) ditempat yang aman.
52. Dikebun-kebun dan mata-mata air.
53. Mereka pakai sutera yang tipis dan tebal, hal keadaan mereka (duduk) berhadap-hadapan.
54. Bagitulah (kami ganjari), dan kami gandingkan mereka dengan bidadari-bidadari.
55. Mereka minta padanya tiap-tiap (macam) buah-buahan dengan aman.
56. Mereka tidak akan merasa padanya kematian, hanya kematian yang pertama, dan ia pilihara mereka daripada azab jahanam.
57. Sebagai kurnia dari Tuhan mu, yang demikianlah kemenangan yang besar.
58. Maka kami mudahkan dia dengan bahasa mu, tidak lain melainkan, supaya mereka ingat.
59. Maka tunggulah ! sesungguhnya mereka (pun) menunggu.


{45}
AL-JATHIYAH (yang berlutut) 1~37.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Haa Miim.
2. Penurunan kitab itu (adalah) dari Allah yang maha  kuasa, yang  bijaksana.
3. Sesungguhnya  dalam (kejadian)  langit-langit dan bumi, (ada) beberapa tanda bagi orang-orang  yang beriman.
4. Dan pada kejadian kamu dan pada apa-apa yang ia tibarkan dari binatang, (ada)  beberapa tanda bagi kaum yang yakin
5. Dan (pada) pergantian malam dan siang dan (pada) apa-apa pemberian yang Allah turunkan dari langit,  lalu ia hidupkan bumi dengan nya, sesudah matinya dan (pada) perubahan angin-angin (ada) beberapa  tanda bagi kaum yang mengerti. 
6. Yang demikian, (adalah) firman-firman Allah yang kami bacakan dia kepada  mu dengan betul. Maka kepada perkataan manakah, selain dari firman Allah dan mukzizat-mukzizat nya, mereka mahu beriman ?
7. Kecelakaan lah bagi tiap-tiap pendusta, yang banyak berdosa.
8. Yang mendengarkan firman-firman Allah yang dibacakan kepadanya, kemudian tetap ia menyombong, seolah-seolah ia tidak medengar nya. Oleh itu,  ancamlah dia dengan azab yang pedih.
9. Dan apabila ia mengetahui sedikit sahaja dari firman-firman kami, ia jadikan nya ejekan, mereka itu (adalah) bagi mereka azab yang menghina.
10. Dihadapan mereka  ada jahanam, dan tidak bisa menolong mereka apa-apa yang mereka telah usahakan, dan tidak apa-apa yang mereka jadikan pengawal, selain Allah, dan bagi mereka (adalah) selain Allah, dan bagi mereka (adalah) azab yang besar. 

11. (Quran) ini satu pimpinan, dan orang-orang yang tidak percaya kepada firman-firman Tuhan mereka, (adalah) bagi mereka itu satu seksaan dari azab yang pedih.
12. Allah lah yang telah mudahkan bagi kamu akan laut, supaya bisa berjalan padanya kapal-kapal dengan izin nya, dan supaya kamu bisa mencari (sebahagian) dari kurnia nya, dan supaya kamu berterima kasih.
13. Dan ia telah mudahkan bagi kamu apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa  yang dibumi semuanya (sebagai rahmat) daripadanya, sesungguhnya pada  yang demikian ada beberapa pelajaran bagi kaum yang mahu memikirkan.
14. Katakan lah  kepada orang-orang yang beriman supaya mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut kepada hari-hari (pembalasan) Allah, kerana ia akan membalas (tiap-tiap) satu kaum menurut apa yang pernah mereka usahakan.
15. Barang siapa berbuat baik maka (adalah) untuk (kebaikan) dirinya, dan barang siapa berbuat jahat, maka (untuk kecelakaan) atas dirinya, kemudian kepada Tuhan kamulah kamu akan dikembalikan.
16. Dan sesungguhnya kami telah berikan kepada bani Israel kitab dan hukum-hukum dan kenabian, dan kami berikan kepada mereka sebahagian dari (pemberian-pemberian) yang baik-baik, dan kami muliakan mereka atas umat-umat (yang lain).
17. Dan kami telah berikan kepada mereka keterangan-keerangan tentang urusan itu, tetapi  mereka tidak berselisihan itu, tetapi mereka tidak berselisihan melainkan sesudah datang kepada mereka pengetahuan kerana kedengkian diantara mereka, sesungguhnya Tuhan mu  akan memutuskan diantara mreka  pada hari kiamat, tentang apa-apa  yang mereka berselisihan padanya.
18. Kemudian kami jadikan mu menurut satu perjalanan dari urusan (agama), oleh kerana itu, turutlah dia , dan janganlah engkau turut kemahuan-kemahuan orang-orang yang tidak tahu.
19. Sesungguhnya mereka tidak akan bisa melepaskan daripada  mu sesikit pun dari (azab) Allah, dan sesungguhnya orang-orang zalim itu sebahagian mereka penolong bagi sebahagian tetapi Allah penolong  bagi orang-oranng yang berbakti.
20. (Quran) ini (adalah) undang-undang bagi  manusia, dan pimpinan dan rahmat bagi kaum yang yakin.

21. Atau apakah orang-orang yang telah berbuat kejahatan, menyangka bahawa kami akan anggap mereka sama seperti orang-orang yang beriman dan berbuat (amal) yang baik-baik (semasa) hidup mereka dan mati mereka ? jelek apa yang mereka tetapkan itu !
22. Kerana Allah telah jadikan langit-langit dan bumi dengan (berdasar) keadilan, dan untuk dibalas tiap-tiap jiwa menurut apa  yang ia telah usahakan sedangkan mereka tidak dianiayai.
23. Maka  sudahkah engkau fikirkan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan nya, dan Allah biarkan dia sesat pada hal ia mengetahuinya, dan ia menterai atas pendengaran nya dan hatinya, dan ia adakan atas matanya satu tutupan ? lantaran itu siapakah  yang bisa memimpin dia selain Allah ? maka tidakkah mahu kamu fikirkan ?
24. Dan mereka berkata; “ tidak ada hidup kita melainkan hidup yang dekat (ini), kita tidak ada, dan kita hidup, dan tidak akan membinasakan kita melainkan masa”, pada hal mereka mempunyai pengetahuan ditentang itu, tidak lain melainkan mereka menyangka-nyangka.
25. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami yang nyata-nyata, tidak ada hujjah mereka, melainkan mereka berkata; “bawalah bapa-bapa kami jika adalah kamu itu orang-orang yang benar”.
26. Katakan lah; “Allah yang menghidupkan kamu, kemudian ia akan matikan kamu, kemudian ia akan kumpulkan kamu dihari kiamat yang tidak ada ragu-ragu  tentang nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. 
27. Dan bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, dan pada hari terjadinya kiamat, pada hari itu, akan rugi orang-orang yang mendustakan.
28. Dan engkau akan lihat tiap-tiap  umat berlutut, tiap-tiap umat akan dipanggil kepada (memeriksa) kitab (amal)nya, (sambil dikatakan); “hari ini kamu akan dibalas (menurut) apa-apa yang pernah kamu kerjakan”.
29. Ini kitab kami yang mengomongkan terhadap kamu dengan benar, sesungguhnya adalah kami mencatat apa-apa yang pernah kamu kerjakan.
30. Maka ada pun orang-orang yang beriman dan berbuat (amal) yang baik-baik, akan dimasukkan mereka oleh Tuhan mereka dalam rahmatnya, yang demikian itu, ialah kejayaan yang nyata.
31. Dan adapun orang-orang yang tidak percaya (akan dikata); “bukankah ayat-ayat ku telah dibacakan  kepada kamu, tetapi kamu menyombong, kerana adalah kamu satu kaum yang derhaka ?”.
32. Dan apabila dikatakan; “sesungguhnya janji Allah benar, dan hari kiamat , tidak ada ragu-ragu ditentang nya”, kamu berkata; “kami tidak tahu apa (dia)  hari kiamat, tidak lah kami percaya (kepadanya) melainkan dengan agak-agak dan tidaklah kami yakin (kepadanya)”.
33. Dan tentu (akan) nyata bagi mereka kejahatan-kejahatan yang mereka telah kerjakan dan (akan) mengampung mereka apa-apa yang mereka pernah perolok-olok kan nya.
34. Dan akan dikatakan; “hari ini kami tidak hiraukan kamu (tinggal dalam azab) sebagaimana kamu tidak hiraukan pertemuan kamu pada hari ini, dan tempat kembali kamu adalah neraka, dan tidak ada bagi kamu penolong-penolong”.
35. Yang demikian itu, kerana kamu jadikan ayat-ayat Allah sebagai ejekan, dan (kerana)  kamu ditipu oleh penghidupan yang rendah”.  Maka oleh itu, dihari ini, maereka tidak dikeluarkan daripadanya, dan tidak lah akan diminta mereka kembali kepada ketaatan.
36. Maka bagi Allah lah (sekelian)  pujian, pemilihara langit-langit dan pemilihara bumi, pemilihara sekelain makhluk.
37. Dan baginya lah kebesaran (yang ada) dilangit-langit dan bumi, dan ialah yang gagah, yang bijaksana.