AL-MULK (kerajaan) 1~30
AL-QALAM (kalam) 1~52.
AL-HAQQAH (yang tentu datang) 1~ 52
AL-MA’ARIJ (jalan-jalan naik) 1~44
NUH (nabi Nuh) 1~28.
AL-MUDDATHATHIR (yang berselubung) 1~56
AL-JINN (jin)
1~28.
AL-MUZZAMMIL (yang berselimut) 1~20AL-MUDDATHATHIR (yang berselubung) 1~56
AL-QIYAMAH (kiamat) 1~40.
AL-INSAN (manusia) 1~ 31.
AL-MURSALAT (yang dikirim) 1~50.
AL-INSAN (manusia) 1~ 31.
AL-MURSALAT (yang dikirim) 1~50.
{67}
AL-MULK (kerajaan) 1~30.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Maha tinggi (Tuhan) yang digengaman nya lah sekalian kerajaan ! dan ia, atas
tiap-tiap suatu, berkuasa.
2. Yang
jadikan kematian dan kehidupan untuk memberi percubaan kepada kamu siapakah
dari kamu yang berlebih bagus amal(nya) dan ialah yang gagah, pengampun.
3. Yang
telah jadikan tujuh langit bersusun-susun, engkau tidak dapat melihat pada
pembikinan (Tuhan) pemurah itu ketiadaan beres, maka ulang kan lah pemandangan.
Adakah engkau lihat cacat ?
4.
Kemudian ulangkan lah penglihatan dua kali, nescaya kembali pemandangan itu
kepada mu dengan merendah dan hampa.
5. Dan
sesungguh nya kami telah hiasi langit yang dekat ini dengan pelita-pelita, dan
kami jadikan dia lontaran-lonaran terhadap syaitan-syaitan, dan kami sediakan
untuk mereka azab bakaran.
6. Dan
adalah bagi orang-orang yang kufur kepada Tuhan mereka, azab jahanam, dan
alangkah jelek tempat kembali itu !.
7.
Apabila dicampakkan mereka kedalam nya, mereka akan dengan suara yang bengis,
sedang ia mendidih.
8. Hampir
(neraka) itu bercerai sendiri lantaran berang nya, tiap-tiap kali dicampakkan
kepada nya satu puak, penunggu-penunggu nya berkata kepada mereka; “tidakkah
datang kepada kamu seorang pengancam?”.
9. Mereka
jawab; “betul, telah datang kepada kami seorang pengancam, lalu kami dustakan,
dan kami berkata ; “Allah tidak turunkan apa-apa, kamu tidak lain melainkan
didalam kesesatan yang besar”.
10. Dan
mereka berkata; “jika kami telah dengar dan telah gunakan akal kami, nescaya
tidaklah kami didalam (golongan) ahli neraka”.
11. Iaitu
mereka mengaku akan dosa mereka, maka kecelakaan lah bagi ahli neraka.
12.
Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhan merkea dibelakang penglihatan
manusia, adalah bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar.
13. Dan
rahsia kan lah perkataan kamu itu atau baringkan lah akan dia, sesungguhnya ia
mengetahui isi-isi dada-dada.
14.
Tidakkah (Tuhan) yang menjadikan itu tahu, sedang ialah yang lurus, yang sadar
!.
15. Ialah
yang telah dijadikan bumi mudah digunakan untuk kamu, maka berjalanlah diatas segala
penjuru-penjurunya, dan makan lah rezeki nya, dan kepadanya lah tempat kembali.
16.
Apakah kamu merasa selamat daripada siapa yang dilangit akan membikin kamu
ditelan oleh bumi, lantas tiba-tiba ia menggegar ?.
17. Atau
apakah kamu merasa selamat siapa yang
dilangit akan mengirim kepada kamu angin pembawa batu kelikir ? tetapi kamu
akan ketahui bagaimana ancaman ku !.
18. Dan
sesungguhnya orang-orang yang dahulu daripada mereka, telah dustakan (Rasul-Rasul),
maka (lihatlah) bagaimana kah kemurkaan ku !.
19. Dan
tidakkah mereka melihat kepada burung-burung diatas mereka (terbang)
berbaris-baris dan mengucup yang tidak menahan mereka melainkan (Tuhan) pemurah
?, sesungguhnya ia melihat tiap-tiap suatu.
20. Atau
siapakah dia orang yang jadi tentera bagi kamu (buat) menolong kamu selain (Tuhan) pemurah ?, orang-orang kafir itu tidak lain melainkan
didalam keadaan tertipu.
21. Atau
siapakah dia orang yang akan memberi rezeki kepada kamu jika ia tahan
pemberian nya ? tetapi mereka melewati batas didalam kesombongan
dan (didalam) berpaling.
22. Maka
apakah orang yang berjalan meniup atas muka nya itu lebih terpimpin atau kah
orang yang berjalan beres atas jambatan yang lurus ?
23.
Katakan: “ialah (Tuhan) yang mengadakan kamu dan menjadikan untuk kamu pendengaran dan
penglihatan-penglihatan dan hati-hati, sesdikit sekali kamu bersyukur !” .
24.
Katakan; “ialah (Tuhan) yang jadikan
kamu dibumi, dan kepadanya lah kamu akan dikumpulkan”.
25.
Tetapi mereka akan bertanya; “bilakah (sampai nya) perjanjian ini, jika adalah
kamu (ini) orang-orang yang benar ?”.
26.
Jawablah; “pengetahuan (tentang itu) hanya disisi Allah, dan aku (ini) tidak
lain melainkan seorang pengancam yang menerangkan”.
27. Maka
tetakala mereka lihat (azab) itu dekat, jadi jelek muka-muka mereka yang kafir,
dan dikatakan; “inilah barang yang kamu
pernah minta (dilekaskan)”.
28.
Katakan; “berilah tahu kepada ku jika Allah binasakan ku dan orang-orang yang
beserta ku, atau ia rahmati kami, maka
siapakah yang dapat melepaskan orang-orang kafir daripada azab yang pedih ?”.
29.
Katakan; “ialah (Tuhan) pemurah, kami telah beriman kepadanya, dan kepadanya
lah kami berserah diri, maka kamu akan ketahui siapa dia didalam kesesatan yang
terang”.
30.
Katakan; “berilah tahu kepada ku, jika air kamu mendalam, maka siapakah yang
bisa membawa kepada kamu air yang bermata?”.
{68}
AL-QALAM
(kalam) 1~52.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Nun,
perhatikan lah kalam dan sesuatu yang mereka tulis (atasnya).
2.
Bukankah engkau, dengan nikmat Tuhan mu, (bukan) orang gila.
3. Dan
sesungguhnya adalah bagi mu ganjaran yang tidak putus.
4. Dan
sesungguhnya engkau (diciptakan) atas perangai yang besar.
5. Maka
engkau akan melihat, dan mereka (pun) akan melihat,
6. Siapa
diantara kamu yang gila.
7.
Sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari
jalan nya, dan ialah yang lebih mengetahui orang-orang yang terpimpin.
8. Maka
janganlah engkau turut (kemahuan) orang-orang yang mendustakan.
9. Dan
mereka suka kalau engkau berlaku longgar, maka mereka (pun) akan berlaku longgar.
10. Dan
janganlah engaku turut (kemahuan) tiap-tiap penyumpah yang hina.
11.
Pencela, yang kesana kemari dengan (fitnah) ancaman.
12.
Penghalang kebaikan, yang melewati batas, yang berdusta.
13. Yang
kaku kasar, yang selain itu, penuh dengan kejahatan.
14.
Lantaran adalah ia mempunyai harta dan anak buah.
15.
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami, ia berkata; “dongangan orang-orang
dahulu”.
16. Kami
akan tandakan dia atas belalai nya
(batang hudung).
17.
Sesungguhnya kami telah beri percubaan kepada mereka sebagaimana kami telah
beri percubaan kepada orang-orang yang punya kebun, tetakala mererka bersumpah,
bahawa besok pagi-pagi mereka akan petik habis buah-buah kebun itu.
18. Dan
mereka tidak kecualikan.
19. Maka
dikelilingi (kebun) itu oleh satu pengeliling dari Tuhan mu, pada hal mereka
sedang tidur.
20. Maka
jadilah ia seperti malam yang gelita.
21. Maka
pada pagi-pagi mereka berseru-seruan;
22.
“Bahawa pergilah keladang kamu jika kamu hendak mengatam”.
23. Maka
pergilah mereka didalam keadaan berbisek
24.
“Bahawa pada ini hari janganlah seorang
miskin pun masuk kekebun itu buat menganggu kamu”.
25. Dan
pergilah mereka dengan niat menghampakan, pada hal mereka mampu (menolong).
26.
Tetapi tetakala mereka lihat (kebun) itu, mereka berkata; “sesungguhnya kita
sesat (jalan).
27.
“(Tidak), bahkan kita orang-orang yang dihampakan”.
28.
Berkata orang yang adil dari antara mereka; “bukankah aku telah berkata kepada
kamu; “alangkah baiknya kalau kamu berbakti?”.
29.
Mereka mengucap; “maha suci Tuhan kita ! sesungguhnya adalah kita orang-orang
yang menganyayai (diri sendiri)”.
30. Lalu
mulai sebahagian daripada mereka bercela-celaan terhadap sebahagian.
31.
Mereka menyeru; “wahai kecelakaan kita ! sesungguhnya kita adalah orang-orang
yang melewati batas”.
32.
“Mudah-mudahan Tuhan kita gantikan kepada kita (kebun) yang lebih baik dari itu, sesungguhnya
kepada Tuhan kitalah kita kembali”.
33. Bagitulah
azab itu ! tetapi azab akhirat lebih besar jika mereka tahu.
34.
Sesungguhnya bagi orang-orang yang berbakti (adalah) syurga kenikmatan disisi
Tuhan mereka.
35.
Apakah kami akan jadikan muslimin itu seperti orang-orang yang durhaka ?
36. Apa
(yang terjadi) bagi kamu ? bagaimana kamu menghukum ?
37.
Ataukah ada bagi kamu sebuah kitab yang kamu baca padanya.
38.
Bahawa se nya ada disitu untuk kamu apa yang kamu ingini ?.
39. Atau
adakah bagi kamu perjanjian-perjanjian teguh yang mengikat kami hingga hari
kiamat, iaitu bahawa se nya kamu akan (berhak) mendapat apa yang kamu hukumkan
?.
40.
Tanyalah mereka, siapakah diantara mereka penolong ditentang itu ?
41. Atau
adakah bagi mereka sekutu-sekutu ? maka hendaklah mereka bawa sekutu-sekutu
mereka itu jika (betul) mereka orang-orang yang benar.
42.
Dihari yang disinsing (kain) dari betis
dan diseru mereka kepada sujud, tetapi mereka
tidak berdaya.
43. Hal
keadaan pandangan-pandangan mereka tunduk, sedang mereka ditimpa kehinaan. Pada
hal didunia pernah dipanggil mereka kepada sujud, sedang mereka dialam
sejahtera.
44. Maka
biarkanlah akan daku berserta siapa yang
mendustakan ini omongan. Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dengan
cara yang mereka tidak tahu.
45. Dan
aku hulurkan (waktu) bagi mereka, sesungguhnya
dia (yang) aku (atur itu) teguh.
46. Atau apakah engkau minta upah kepada mereka,
lalu mereka (merasa) diberati dengan pembayaran ? .
47. Atau
adakah disisi mereka urusan ghaib, lalu mereka tulis ?
48. Maka
sabarlah terhadap hukum Tuhan mu, dan janganlah engaku jadi seperti orang yang
diperut ikan itu, tetakala ia menyeru, pada hal ia sangat murka.
49.
Sekiranya tidak diburu dia oleh nikmat dari Tuhan nya, nescaya tercampaklah
ditanah lapang didalam keadaan tercela.
50. Lalu
Tuhan nya pilih dia, iaitu jadikan dia daripada orang-orang yang baik.
51. Dan
sesungguhnya hampir orang-orang kafir itu menumbangkan mu dengan pandangan-pandangan mereka,
tetakala mereka mendengar Quran, dan mereka berkata; “sesungguhnya ia itu
seorang gila”.
52. Pada
hal (Quran) itu tidak lain melainkan peringatan bagi makhluk yang berakal.
{69}
AL-HAQQAH (yang tentu datang) 1~ 52.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Yang
tentu datang !
2. Apa
yang tentu datang itu ?
3. Dan
apa yang membikin mu tahu apa dia yang
tentu datang itu ?
4.
(Kaum-kaum) Samud dan Aaad telah dustakan hari kiamat itu.
5. Oleh
itu, ada pun (kaum) Samud, maka telah
dibinasakan mereka dengan pekikan.
6. Dan
ada pun (kaum) Aad, maka dibinasakan mereka
dengan angin sangat dingin yang melampaui batas.
7. Ia
timpakan dia atas mereka tujuh malam dan lapan hari terusan-terusan, maka
engkau dapat melihat padanya kaum itu gugur mati seolah-seolah mereka batang
kurma yang kosong tengahnya.
8. Maka
adakah engkau lihat bagi mereka sia-sia ?
9. Dan
telah datang Firaun dan orang-orang yang
sebelum nya dan penduduk negeri-negeri yang terbalik dengan sebab (mengerjakan)
maksiat.
10. Iaitu
mereka derhaka kepada utusan Tuhan mereka, lalu ia seksa mereka satu seksaan
yang bersangatan.
11.
Sesungguhnya kami, tetakala naik air, kami muatkan kamu didalam kapal itu.
12. Untuk
kami jadikan dia peringatan bagi kamu, dan (supaya) diterima dia oleh telinga
yang suka menerima.
13. Maka
apabila ditiup disengkala satu tiupan.
14. Dan
diangkat bumi dan gunung-gunung, lalu diremukkan kedua-duanya satu remukan.
15. Maka
pada hari itu terjadilah kejadian itu.
16. Dan
terbelah langit, maka (adalah) ia pada hari itu lemah.
17.
Dan melaikat-melaikat (adalah)
dipenjuru-penjuru atasnya, dan menanggung aras Tuhan mu diatas mereka, pada hari itu, lapan
Melaikat.
18. Pada
hari itu, kamu akan dihadapkan didalam keadaan tidak terembunyi (lagi) dari
(urusan-urusan) kamu suatu yang tersembunyi.
19. Maka
ada pun orang yang diberi surat (perhitungan) disebelah kanan nya, akan
berkata; “marilah ! bacalah surat ku (ini)”.
20.
“Sesungguhnya (memang) aku percaya, bahawa aku akan bertemu perhitungan ku
(yang baik)”.
21. Maka
(adalah) ia dalam penghidupan yang diredai.
22.
Disyurga yang tinggi.
23. Pemetikan
itu dekat.
24.
(Dikata); “makan dan minumlah kamu dengan gembira dengan sebab (amal) yang kamu telah sediakan dihari-hari yang telah
lalu”.
25. Dan
ada pun orang yang diberi suatu (perhitungan nya) disebelah kirinya, akan
berkata; “alangkah baik nya kalau aku tidak diberi surat ku (ini) !”.
26. “Dan
aku tidak tahu apa (dia) perhitungan ku !”.
27.
“Alangkah baiknya kalau (kematian) itu adalah pemberes !.
28. Harta
ku tidak melepaskan daripada ku (azab Tuhan).
29.
Hilang daripada ku kekuasaan ku.
30.
(Dikata); “ambillah dia, lantas belengulah dia”.
31.
“Kemudian masuk kan lah dia dijahanam”,
32.
“Kemudian bebanlah dia dengan rantai yang panjang nya tujuh puluh hasta”.
33.
“(kerana) sesungguhnya adalah ia tidak
beriman kepada Allah yang maha besar”.
34. “Dan
tidak ia gemarkan (manusia) pada memberi
makan orang meskin”.
35.
“Lantaran itu, pada hari ini, tidak ada bagi nya sahabat kerebat disini”.
36. “Dan
tidak ada makanan (baginya) melainkan
dari darah campur nanah”.
37. “Yang
tidak memakan dia melainkan orang-orang yang berdusta”.
38.
Tetapi tidak ! aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat.
39. Dan
dengan apa yang kamu tidak lihat !
40.
Sesungguhnya (Quran) itu perkataan
pesuruh yang mulia.
41. Dan
bukan lah ia perkataan ahli seher, sedikit pun tidak kamu beriman !.
42. Dan
bukan perkataan tukang tenung, sedikit pun tidak kamu ingat .
43.
(iaitu) penurunan dari Tuhan bagi sekelian alam.
44. Dan
jika ia memalsukan sebahagian daripada omongan atas (nama) kami.
45.
Nescaya kami ambil daripada nya dengan kekerasan.
46.
Kemudian nescaya kami akan putuskan urat jiwa daripadanya.
47. Maka
tidak seorang pun daripada kamu dapat menghalangi (seksaan kami) daripadanya.
48. Dan
sesungguhnya (hal) itu suatu peringatan
bagi orang-orang yang berbakti.
49. Dan
sesungguhnya kami ketahui bahawa se nya diantara kamu (ada) orang-orang yang
mendustakan
50. Dan
sesungguhnya (yang demikian) itu satu penyesalan atas orang-orang kafir.
51. Dan
sesungguhnya (Quran) itu kebenaran yang diyakini.
52.
Lantaran itu, anggaplah kesucian nama Tuhan mu yang maha besar.
{70}
AL-MA’ARIJ (jalan-jalan naik) 1~44.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Bertanya
seorang yang bertanya tentang azab yang akan sampai.
2.
(Dijawab); “buat orang-orang kafir, tidak ada baginya sebarang penolak”.
3.
“Daripada Allah yang mempunyai
jalan-jalan naik”.
4. Naik
melaikat dan ruh-ruh kepada nya didalam sehari kadar nya lima puluh ribu tahun.
5. Oleh
itu, sabarlah satu kesabaran yang bagus.
6.
Sesungguhnya mereka pandang dia jauh.
7. Tetapi
kita pandang dia dekat.
8. Iaitu pada
hari yang jadilah langit itu seperti keledak minyak.
9. Dan
jadilah gunung-gunung itu seperti bulu.
10. Dan
seorang keluarga yang hampir tidak akan bertanya kepada seorang keluarga (nya).
11. Pada
hal mereka diperlihatkan kepada mereka, berharap orang yang kafir kalau bisa ia
tebus diri nya daripada azab hari itu dengan anak-anak nya.
12. Dan
(dengan) isteri nya dan saudara laki-laki nya.
14. Dan (dengan) siapa-siapa yang dibumi
semuanya, kemudian ia selamatkan dia.
15. Tidak
sekali-sekali ! sesungguhnya (neraka) itu nyalaan.
16. Yang
menanggalkan kulit kepada.
17. Yang
memanggil orang yang membelakang dan berpaling.
18. Dan
mengumpul dan menyimpan.
19.
Sesungguhnya manusia itu dijadikan (sifat) loba – kikir.
20.
Mengeluh apabila kesusahan menimpa dia.
21. Dan
kikir apabila keuntungan mengenai dia.
22.
Kecuali orang yang sembahayang.
23. Yang
berkekalan atas sembahayang.
24. Dan
yang diharta-hata mereka ada hak yang maklum,
25. Bagi
yang meminta dan yang tidak mampu
26. Dan
membenarkan hari pembalasan.
27. Dan
yang khuatir kepada azab Tuhan mereka.
28.
Kerana sesungguhnya azab (dari) Tuhan mereka tidak dapat dipercayai.
29. Dan
yang memelihara kemaluan-kemaluan mereka.
30. Kecuali
terhadap isteri-isteri mereka atau siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan
kanan mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak tercela.
31.
Tetapi berang siapa mahu lain daripada itu
maka (adalah) mereka orang-orang melewati batas.
32.
Dan yang memelihara amanat-amanat mereka
dan janji mereka.
23. Dan
yang menunaikan persaksian-persaksian mereka.
34. Dan
yang memilihara sembahayang mereka.
35.
Mereka itu dimuliakan disyurga-syurga.
36. Maka
mengapakah orang-orang kafir itu datang bersegera kejurusan mu.
37.
Berpuak-puak dari kanan dan kiri ?
38. Apakah
tiap-tiap seorang dari mereka ingin hendak dimasukkan (dalam) syurga kenikmatan
?
39. Tidak
sekali-kali ! sesungguhnya kami jadikan mereka daripada apa yang mereka tahu.
40. Maka
tidak ! aku bersumpah dengan Tuhan bagi beberapa timur dan beberapa barat,
sesungguhnya kami berkuasa.
41. Atas
mengganti (kejadaian) yang lebih baik daripada mereka, dan tidak kami lemah.
42. Oleh
itu, biarkan lah mereka mendalam dan bermain-main hingga mereka bertemu hari
yang dijanjikankepada mreka.
43.
(Iaitu) hari yang mereka akan keluar daripada kubur-kubur dengan bersegera
seolah-olah mereka pergi kepada berhala-berhala.
44.
Didalam keadaan pandangan-pandangan mereka tunduk, ditimpa oleh kerendahan,
yang demikian itu lah hari yang mereka
dijanjikan.
{71}
NUH (nabi Nuh) 1~28.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sesungguhnya
kami telah utus Nuh kepada kaum nya, bahawa ancamlah kaum mu sebelum datang kepada
mereka azab yang pedih.
2. Ia
berkata; “hai kaum ku ! sesungguhnya aku
bagi kamu, pangancam yang menerangkan”.
3.
“Bahawa hendaklah kamu sembah Allah dan takut kepada nya dan taat kepadaku”.
4.
“Nescaya ia ampunkan bagi kamu dari dosa-dosa kamu, dan ia akan biarkan kamu
hingga satu ajal yang ditentukan, sesungguhnya ajal (dari) Allah, apabila
datang, tidak dapat diundurkan, jika kamu tahu”.
5. Ia
berkata; “hai Tuhan ku! Aku seru kaum ku malam dan siang”.
6.
“Tetapi ajaklah ku tidak menambah kepada mereka melainkan lari”.
7. “Dan
sesungguhnya tiap-tiap kali aku seru mereka (keagama ku) supaya engkau beri
ampun bagi mereka, mereka sumbatkan jari-jari mereka ditelinga-telinga mereka,
dan mereka berselimut dengan pakaian mereka, dan berkekalan mereka, dan mereka
menyombong sangat”.
8.
“Kemudian, sesungguhnya aku telah seru mereka dengan seruan yang nyaring”.
9. “Kemudian,
sesungguhnya aku telah terang-terangkan (ajakan) bagi mereka, dan aku telah
rahsiakan sungguh-sungguh (ajakan) bagi mereka”
10. “Maka
aku berkata; “mintalah ampun kepadaTuhan
kamu, kerana sesungguhnya adalah ia pengampun”.
11. “Ia
akan curahkan (air) langit atas kamu dengan sungguh-sungguh curahan”.
12. “Dan
ia akan membantu kamu dengan harta
dan anak buah, dan ia akan adakan
bagi kamu syurga-syurga, dan ia akan adakan bagi kamu sungai-sungai”.
13.
“Mengapa kamu tidak berharap (mengadakan) penghormatan besar bagi Allah”.
14. “Pada
hal ia telah jadikan kamu (dalam) beberapa giliran ?”.
15.
“Tidaklah kamu fikirkan bagaimana Allah jadikan tujuh langit bersusun-susun”.
16. “Dan
ia jadikan bulan padanya sebagai cahaya,
dan ia jadikan matahari sebagai pelita ?”.
17. “Dan
Allah tumbuhkan kamu dari bumi sungguh-sungguh tumbuhan”.
18. “Kemudian
ia akan kembalikan kamu kepadanya dan ia akan keluarkan kamu sungguh-sungguh
(daripadanya)”.
19. “Dan
Allah telah jadikan untuk kamu bumi itu sebagai hamparan”.
20.
“Supaya kamu jalani daripadanya beberapa
jalan yang lurus?”.
21.
Berkata Nuh; “Hai Tuhan ku !
sesungguhnya mereka telah derhaka kepada ku dan mereka turut orang yang
hartanya dan anak buahnya tidak menambah bagi nya melainkan kerugian”.
22. “Dan
mereka membikin tipu daya yang sangat besar”.
23. “Dan
mereka berkata; “janganlah kamu tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan lah
kamu tinggalkan, wadd dan jangan suwwa, dan jangan yaghuts, yu’uq dan nasr”.
24. “dan
sesungguhnya mereka telah sesatkan
banyak (manusia), dan jangan lah engkau tambah (bagi) orang-orang yang anyanyai
itu melainkan kesesatan”.
25.
Lantaran dosa-dosa mereka, ditenggelamkan mereka, lalu dimasukkan mereka ke neraka,
maka mereka tidak mendapat untuk mereka pembantu-pembantu selain dari Allah.
26. Dan
berkata Nuh; “hai
Tuhan ku ! janganlah engkau tinggalkan
diatas bumi ini, dari orang-orang kafir, seorang pun penduduk”.
27. “Kerana jika engkau
tinggalkan mereka nescaya mereka sesatkan hamba-hamba mu dan mereka tidak akan
menzahirkan (anak) melainkan yang berdosa yang sangat kufur”.
28. “Hai Tuhan ku !
tutupkan lah bagi ku, dan (ampunkanlah)
bagi ibu bapa ku dan bagi orang yang masuk rumah ku sebagai mukmin, dan bagi
mukmin dan mukminat, dan janganlah engkau tambah (bagi) orang-orang yang zalim
itu melainkan kebinasaan”.
{72}
AL-JINN (jin)
1~28.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Khabarkan
lah; “diwahyukan kepada ku, bahawa se nya segolongan dari jin mendengarkan”,
lalu mereka berkata; “sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang anih”.
2. Yang
memimpin kejalan lurus, lalu kami beriman kepadanya, dan tidak akan kamu
menyekutukan siapa pun dengan Tuhan kami.
3. Dan
bahawa se nya maha tinggi kebesaran
Tuhan kita , ia tidak mempunyai isteri dan tidak anak.
4. Dan
bahawa se nya jiwa yang jahat dari antara kita pernah berkata terhadap Allah,
perkataan yang melewati sempadan.
5. Dan
bahawa se nya kita sangka, bahawa manusia dan jin tidak katakan dusta atas nama
Allah.
6. Dan
bahawa se nya ada beberapa laki-laki dari manusia berlindung dengan beberapa
laki-laki dari jin, maka mereka itu menambah kepada mereka ini perlewatan
batas.
7. Dan
bahawa se nya mereka itu menyangka sebagaimana kamu menyangka, bahawa Allah
tidak akan bangkitkan siapa pun.
8. Dan
bahawa se nya kami telah raba-raba langit, maka kami dapati dia dipenuhi dengan
penjagaan yang keras dan panah-panah
api.
9. Dan
bahawa se nya kita pernah duduk dibeberapa tempat daripada (langit) itu untuk
menndengarkan, maka sekarang, barang siapa cari-cari pendengaran nescaya ia
akan mendapat panah api yang bersedia.
10. Dan
bahawa se nya kita tidak ketahui bahaya kah dikehendaki buat siapa –siapa yang
dibumi, atau kah Tuhan mereka kehendaki buat mereka kebaikan.
11. Dan
bahawa se nya sebahagian dari kita (jiwa-jiwa) yang baik, dan sebahagian dari
kita (pula) tidak bagitu, adalah kita (mempunyai) beberapa jalan yang
berlainan.
12. Dan
bahawa se nya kami yakin bahawa kami tidak akan terluput dari Allah dibumi, dan
kami tidak akan terluput daripadanya dengan lari.
13. Dan
bahawa se nya tetakala kami mendengar pimpinan (Quran) itu, kami percaya
kepadanya, kerana barang siapa beriman kepada nya, maka tidak (usah) ia takut
kekurangan (ganjaran) dan tidak penganyayaan.
14. Dan
bahawa se nya diantara kita (ada) yang muslimin, dan diantara kita (ada) yang
condong dari kebenaran, oleh itu, barang siapa jadi muslimin, maka (bererti)
mereka telah pilih jalan yang lurus.
15. Dan
ada pun mereka yang condong dari jalan yang benar, maka adalah mereka kayu
bakaran bagi jahanam !.
16. Dan
bahawa kalau mereka berdiri tegap dijalan (yang lurua) nescaya kami beri minum
mereka air yang merah (rezeki yang banyak).
17. Untuk
kami beri percubaan kepada mereka pada (pemberian) itu, dan barang siapa
berpaling dari mengingat Tuhan nya, nescaya ia masukkan dia didalam azab yang
berat.
18. Dan
bahawa se nya anggota-anggota sujud itu kepunyaan Allah, maka janganlah kamu
seru siapa pun beserta Allah.
19. Dan
bahawa se nya tetakala berdiri Abdullah beribadat kepadanya, hampir-hampir
mereka itu berkerumun buat menggangu dia.
20.
Katalah; “tidak lain aku seru melainkan Tuhan
ku, dan tidak aku sekutukan dengan dia siapa pun”.
21.
Katalah; “sesungguhnya aku tidak
memiliki mudarat buat kamu dan tidak
manfaat”.
22.
Katalah; “sesungguhnya aku tidak bisa dilepaskan oleh siapa pun dari (kehendak)
Allah, dan aku tidak dapat, selain daripadanya, tempat perlindungan”.
23.
“Kecuali menyampaikan dari Allah dan pengurusan-pengurusan nya, dan barang siapa derhaka kepada Allah dan Rasul nya,
maka sesungguhnya (adalah) bagi nya api jahanam didalam keadaan ia kekal
padanya selamanya”.
24.
Hingga apabila mereka lihat apa yang
dijanjikan kepada mereka, maka mereka akan dapat tahu siapa yang lemah pembantu
(nya) dan (siapa) yang sedikit bilangan (nya).
25.
Katakan lah; “aku tidak tahu apakah sudah dekat apa yang diancamkan kepada kamu
atau kah Tuhan ku jadikan bagi nya satu tempoh yang panjang”.
26.
“(Ialah) yang mengetahui perkara azab maka ia tidak terangkan perkara ghaib nya
kepada siapa pun”.
27.
“Kecuali siapa yang ia redai dari Rasul, maka sesungguhnya ia adakan didepan
nya dan dibelakang nya penjagaan”.
28.
“Supaya terbukti baginya, bahawa sesungguhnya mereka itu telah sampaikan pesanan-pesanan
Tuhan mereka, pada hal pengetahuan nya meliputi apa-apa yang ada disisi mereka,
dan ia telah hitung tiap-tiap suatu satu persatu”.
{73}
AL-MUZZAMMIL (yang berselimut) 1~20.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Hai
orang-orang yang berselimut !.
2.
Berdirilah pada malam, kecuali sedikit.
3 (iaitu)
setenggahnya atau kurangkan sedikit daripadanya.
4. Atau
lebihkan atasnya, dan bacalah Quran dengan sungguh-sungguh tertib.
5.
Sesungguhnya kami akan turunkan kepada mu perkataan yang berat.
6.
Sesungguhnya (bangun) waktu-waktu malam itu adalah lebih sangat bekas (nya) dan
lebih teguh bacaan (nya).
7.
Sesungguhnya pada waktu siang, engkau mempunyai urusan yang panjang.
8.
Dan sebutlah nama Tuhan mu, dan
beribadatlah kepadanya dengan sungguh-sungguh ibadat.
9.
(Iaitu) Tuhan bagi musrik dan maghrib, tidak ada sebarang Tuhan (yang
sebenarnya) melainkan dia, maka jadi kan lah dia penanggung (mu).
10. Dan sabarlah atas apa-apa yang mereka katakan,
dan jauhi lah mereka dengan penjauhan yang bagus.
11. Dan
biarkan lah akan daku beserta orang-orang yang mempunyai nikmat yang mendustakan
dan berilah tempoh sedikit kepada mereka.
12.
Sesungguhnya disisi kami ada belangu-belangu dan neraka.
13. Dan
(ada) makanan yang kesat (dileher) dan azab yang pedih.
14.
(Iaitu) pada hari yang bumi dan gunung bergetar keras, dan jadilah
gunung-gunung itu longgok kan debu.
15.
Sesungguhnya kami kirim kepada kamu seorang pesuruh yang menyampaikan atas
(perbuatan jahat) kamu, sebagaimana kami telah utuskan seorang Rasul kepada
Firaun.
16.
Tetapi firaun derhaka kepada Rasul itu, lalu kami seksa dia satu seksaan yang
berat.
17. Maka
bagaimana kah bisa kamu meyelamatkan diri-diri kamu, jika kamu kufur, pada hari
yang menjadikan anak-anak muda itu tua ? .
18. (Hari
yang) langit akan pecah belah dengan sebab nya, adalah janji nya itu
ditunaikan.
19.
Sesungguhnya ini satu peringatan, maka barang siapa mahu, nescaya ia mengambil
jalan kepada Tuhan nya.
20.
Sesungguhnya Tuhan mu tahu, bahawa engkau berdiri sembahayang kurang daripada
dua pertiga malam dan (engkau sembahayang) setengah nya dan sepertiga nya
bersama segolongan daripada orang-orang yang berserta mu, dan Allah menetapkan
ukuran malam dan siang, ia tahu bahawa kamu tak bisa mengiranya dengan betul, lalu
ia ampunkan kamu, maka bacalah apa yang mudah (dibaca) daripada Quran, ia
ketahui bahawa akan ada diantara kamu orang-orang yang sakit dan yang lain
(pula) akan berpergian dibumi mencari sebahagian dari kurnia Allah, dan yang
lain (lagi) akan berperang dijalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (dibaca)
daripadanya, dan dirikan lah sembahayang dan keluarkan lah zakat, dan pinjamkan
lah kepada satu pinjaman yang baik, kerana apa-apa yang kamu sediakan untuk
diri-diri kamu dari kebaikan, nescaya kamu dapati disisi Allah lebih baik dan
lebih besar ganjaran, dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah itu
pengampun, panyayang.
{74}
AL-MUDDATHATHIR (yang berselubung) 1~56.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Hai
orang-orang berselubung !
2.
Berdirilah, lalu ancamlah
3. Dan
akan Tuhan mu hendaklah engaku besarkan,
4. Dan
akan pakaian mu hendaklah engkau bersihkan
5. Dan
akan maksiat hendaklah engkau jauhi
6. Dan
janganlah engkau memberi kerana hendak mendapat balasan banyak.
7. Dan
kerana Tuhan mu hendaklah engaku sabar
8. Maka
apabila ditiup pada sengkala
9. Maka
yang demikian, dihari itu, hari yang payah
10. Yang,
atas orang-orang kafir, tidak mudah
11.
Biarlah aku sendiri beserta orang yang aku jadikan
12.
Kerana aku telah jadikan baginya harta yang banyak.
13. Dan
anak buah yang hadir
14. Dan
aku telah luaskan baginya sungguh-sungguh keluasan
15.
Kemudian, ia ingin sangat aku tambah
16. Tidak
sekali-kali ! (kerana) sesungguhnya adalah ia menentang ayat-ayat kami
17. Aku
akan paksakan kepadanya satu kenaikan (yang payah).
18.
Sesungguhnya ia fikir-fikir dan ia tetapkan
19. Maka
dilaknati dia ! bagaimana bisa ia tetapkan ?
20.
Kemudian, dilaknati dia ! bagaimana bisa ia tetapkan ?
21. Kemudian,
ia fikir-fikir.
22.
Kemudian, ia masamkan muka, dan ia keduk kan muka.
23.
Kemudian, ia membelakang dan menyombong
24. Lalu
ia berkata; “ini tidak lain melainkan seher yang dipelajari”.
25. “Ini
tidak lain melainkan perkatan manusia”.
26. Aku
akan masukkan dia ke saqar (neraka).
27. Dan
apakah yang membikin mu tahu apa(dia)
saqar ?
28. Ia
tidak membiarkan, dan ia tidak melepaskan
29. Yang
sangat kelihatan bagi manusia
30. Yang
atas nya (ada) sembilan belas (penjaga).
31. Dan
kami tidak jadi kan penjaga neraka itu melainkan melaikat, dan kami tidak
jadikan bilangan mereka melainkan sebagai percubaan bagi orang-orang yang
kafir, supaya orang-orang yang diberi kitab itu jad ia yakin, dan supaya
orang-orang yang beriman itu bertambah iman, dan supaya tidak ragu-ragu mereka
yang diberi kitab dan mukminun, dan supaya mereka yang dihatinya ada penyakit
dan orang-orang kafir berkata; “apakah yang dikehendaki oleh Allah dengan ini,
sebagai satu perumpamaan ?” demikianlah Allah menyesatkan supaya yang ia
kehendaki, dan ia pimpin siapa yang ia kehendaki, dan tidak ada yang mengetahui
tentera Tuhan mu melainkan dia, dan ia
itu tidak lain melainkan satu peringatan bagi manusia.
32. Tidak
sekali-kali ! demi bulan !
33. Dan
(dibumi) malam tetakala ia undur !
34. Dan
(demi) subuh apabila ia menerangi !
35.
Sesungguhnya (adalah)ia satu daripada perkara-perkara yang benar.
36.
Sebagai pengancam bagi manusia.
37.
(Iaitu) bagi siapa daripada kamu yang mahu maju atau mundur.
38.
Tiap-tiap jiwa terikat dengan apa yang ia telah usahakan.
39.
Kecuali orang-orang (golongan) kanan.
40. Di
Syurga-syurga bertanya-tanyaan.
41. Dari
hal orang-orang kafir.
42. “Apa
yang memasukkan kamu kedalam saqar ?”
43.
Mereka jawab; “kami tidak termasuk didalam golongan orang-orang yang
sembahayang”.
44. “Dan
kami tidak memberi makan orang miskin”.
45. “Dan
adalah kami mencela bersama orang-orang yang mencela”.
46. “Dan
adalah kami mendustakan hari pembalasan”.
47.
“Hingga datang kepada kami perkara yang
yakin”.
48. Maka
tidak berguna bagi mereka permintaan tolong orang-orang yang mintakan
pertolongan.
49. Maka
mengapakah mereka berpaling daripada peringatan itu.
50.
Seolah-olah mereka keldai-keldai yang kabur dengan ketakutan.
51. Yang
lari dari singa ?
52.
Bahkan tiap-tiap seorang dari mereka hendak sampai dia diberi suatu yanbg
terbuka
53. Tidak
sekali-kali ! bahkan mereka tidak takut kepada akhirat.
54. Tidak
sekali-kali ! sesungguhnya (Quran) itu (adalah) satu peringatan.
55. Maka
barang siapa mahu, biarlahia jadikan dia
peringatan.
56.
Tetapi mereka tidak akan ingat melainkan jika dikehendaki oleh Allah, ialah
yang berhak ditaati dan yang berhak mengampuni.
{75}
AL-QIYAMAH (kiamat) 1~40.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Tidak
! aku bersumpah dengan hari kiamat
2. Dan
tidak ! aku bersumpah dengan jiwa yang selalu menegur dirinya.
3. Adakah
manusia manyangka, bahawa tidak akan (bisa) kami kumpulkan tulang-tulang nya ?
4. Bahkan
kami berkuasa atas meratakan jari-jari nya.
5. Tetapi
manusia itu hendak mendurhaka dimasa yang didepan nya.
6. Ia
bertanya; “bilakah (tibanya) hari kiamat ?”
7. Maka
apabila pemandangan itu berang serta takut
8. Dan
bulan itu jadi gelap
9. Dan
dikumpulkan matahari dan bulan
10.
Manusia akan berkata pada hari itu; “kemana tempat berlari?”.
11. Tidak
sekali-kali ! tidak ada sebarang tempat perlindungan.
12. Kepada
Tuhan mu lah, pada hari itu, tempat ketetapan.
13.
Diberitahu kepada manusia, pada hari itu, apa yang ia telah kerjakan dan (apa yang)
ia telah tinggalkan.
14.
Tetapi manusia itu sangat mengerti akan diri nya.
15. Walau
pun ia majukan alasan-alasan pembelaan nya.
16.
Jangan lah engkau gerakkan lidah mu dengan nya lantaran hendak cepat
menangkapnya.
17.
Sesungguhnya mengumpulkan nya dan (membikin mu) membacanya itu adalah atas
tanggungan kami.
18. Oleh
itu, jika kami habis mambacanya, hendaklah engkau ikuti bacaan nya.
19. Kemudian
sesungguhnya atas tanggungan kamilah penerangan nya.
20. Tidak
sekali-kali ! bahkan kamu cinta kepada dunia.
21. Dan
kamu tinggalkan akhirat.
22.
Beberapa muka dihari itu berseri-seri.
23.
Kepada Tuhan nya, ia melihat
24. Dan
beberapa muka dihari itu sangat masam.
25. Ia
yakin, bahawa akan dilakukan terhadapnya satu perkara yang meremuk kan tulang belakang.
26.
Jangan bagitu ! apabila sampai (ruh)
kepada kerongkongan.
27. Dan
ditanya; “siapakah pejampi ?”
28. Dan
ia yakin, bahawa se nya (keadaan) itu (ialah) perpisahan.
29. Dan
berbelit kepayahan (ini) dengan kepayahan (itu)
30.
(Maka) kepada Tuhan mu pada hari itu, tempat kembali
31.
Kerana ia tidak membenarkan dan ia tidak sembahayang.
32.
Tetapi ia mendustakan dan ia berpaling,
33.
Kemudian, ia pergi kepada ahli nya dengan keadaan berlingkung sombong.
34.
Kecelakaan buat mu, lantas kecelakaan !
35.
Kemudian, kecelakaan buat mu, lantas kecelakaan.
36.
Adakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan percuma !
37. Bukan
kah (asalnya) ia setitik dari mani yang dipancarkan ?
38.
Kemudian ia jadi seketul darah, lalu ia jadikan (dia makhluk), lalu ia bereskan
?
39. Lalu
ia jadikan daripada (manusia) itu sepasang; laki-laki dan perempuan ?
40. Tidak
kah (Tuhan) yang demikian berkuasa atas menghidupkan bangkai-bangkai ?
{76}
AL-INSAN
(manusia) 1~ 31.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Bukankah
telah lewat atas manusia satu ketika daripada masa dimana ia bukan suatu benda
yang dapat disebut ?
2.
Sesungguhnya kami telah jadikan manusia daripada setitik (mani) yang bergiliran, yang kami beri percubaan
kepada nya, iaitu kami jadikan dia mendengar, melihat.
3.
Sesungguhnya kami unjukan kepada nya jalan (yang lurus), mahu pun ia berterima
kasih atau pun ia melupakan budi.
4.
Sesungguhnya kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu rantai-rantai dan
belengu-belengu dan api yang bernyala.
5.
Sesungguhnya orang-orang yang berbahagia, akan minum dari piala yang campuran nya
(adalah) kapur.
6. (Iaitu) suatu mata air yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang berbahagia) dalam keadaan mereka salurkan dia kemana-mana.
6. (Iaitu) suatu mata air yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang berbahagia) dalam keadaan mereka salurkan dia kemana-mana.
7. Mereka
sempurnakan kewajiban-kewajiban dan mereka takut kepada satu hari yang azab nya
berterbangan.
8. Dan
mereka beri makan makanan yang sedang dicinta, kepada orang meskin, dan anak
yatim, dan orang tawanan.
9. “Kami
tidak beri makan kepada kamu melainkan kerana Allah, kami tidak ingin dari kamu
balasan dan tidak terima kasih”.
10.
“Sesungguhnya kami takut kepada satu hari yang bermasam muka, yang sangat
bengis, yang (datang) dari Tuhan kami”.
11. Maka
Allah selamatkan mereka daripada kesusahan hari itu, dan ia berikan kepada
mereka kesegaran dan kegembiraan.
12. Dan
ia balas mereka, dengan sebab mereka sabar, syurga dan sutra.
13. Hal
keadaan mereka padanya duduk bersinar atas ranjang-ranjang yang berhias, pada
hal tidak mereka lihat padanya matahari dan tidak dingin yang keras.
14. Dan
hampir atas mereka teduh-teduh nya, dan dimudahkan sangat pemetikan buah-buahan
nya.
15.Dan
diedarkan kepada mereka bacaan-bacaan dari perak dan piala-piala yang adalah ia
(dari) kaca-kaca.
16.
(Iaitu) kaca-kaca dari perak yang (besarnya) telah diukur oleh mereka seberes-beresnya.
17. Dan
mereka diberi minum padanya minuman dipiala yang campuran nya jahe (sejenis halia).
18.
(Iaitu) satu mata air, didalam nya dinamakan salsabil.
19. Dan
melayani mereka anak-anak muda laki-laki yang kekal, apabila lihat mereka,
engkau akan sangka mereka mutiara yang bertaburan.
20. Dan
apabila engkau lihat disana, engkau akan lihat nikmat dan kerajaan yang besar.
21.
Sebelah atas mereka sutera halus yang hijau dan sutera tebal, dan dihiasi
mereka dengan gelang-gelang dari perak, dan Tuhan mereka beri mereka minuman
yang suci.
22.
“Sesungguhnya ini adalah balasan untuk kamu, dan adalah usaha kamu itu
diucapkan terima kasih”.
23.
Sesungguhnya kamilah yang turunkan besar-besar atas mu Quran itu.
24. Maka
sabarlah pada menjalankan hukum Tuhan mu, dan janganlah engkau turuti kemahuan
orang yang berdusta atau yang kafir.
25. Dan
sebutlah nama Tuhan mu pagi dan siang.
26. Dan
disebahagian daripada malam, sujudlah kepadanya, dan berbaktilah kepada nya
dimalam yang panjang.
27.
Sesungguhnya mereka cinta kepada dunia dan mereka meninggalkan dibelakang mereka satu hari yang berat.
28. Kami
telah jadikan mereka dan kami telah teguhkan kejadian mereka, tetapi jika kami
kehendaki, nescaya kami gantikan mereka dengan orang-orang yang sebanding
mereka sebenar-benar pengantian.
29.
Sesungguhnya (surah) ini satu peringatan, maka barang siapa mahu, nescaya
(bisa) ia ambil jalan (yang menyampaikan) kepada Tuhan nya.
30.
Tetapi tidak kamu berkemahuan melainkan jika dikehendaki oleh Allah,
sesungguhnya Allah itu adalah mengetahui, bijaksana.
31. Ia
masukkan siapa yang ia kehendaki kedalam rahmat nya, sedang orang-orang yang
zalim itu ia sediakan untuk mereka azab yang pedih.
{77}
AL-MURSALAT (yang dikirim) 1~50.
Dangan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1.
Perhatikan lah (angin-angin) yang dikirim (dengan mambawa) kebaikan.
2. Lantas
(diperhatikan angin-angin) yang meniup dengan keras.
3.
Dan (diperhatikan angin-angin) yang
menyebarkan sebaran hujan.
4. Lantas
(diperhatikan lah angin-angin) yang
sungguh-sungguh membezakan.
5. Lantas
(diperhatikan lah angin-angin) yang memberi peringatan.
6.
Sebagai (memberi) kesempatan atau (memberi) ancaman.
7.
Sesungguhnya apa yang diancamkan kepada
kamu itu akan terjadi.
8. Maka
apabila benteng-benteng itu dihapuskan cahayanya.
9. Dan
apabila langit itu dilubangi.
10. Dan
apabila gunung-gunung itu dicabut dari akar-akar nya.
11. Dan
apabila Rasul-Rasul itu ditentukan waktu mereka.
12.
Kehari manakah ditakhirkan mereka ?
13.
Kehari putusan.
14. Dan
apakah yang memberitahu kepada mu apa (dia) hari keputusan itu ?
15.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendukacitakan.
16.
Bukankah kami telah binasakan orang-orang dahulu ?
17.
Kemudian, kami iringi mereka (dengan) orang-orang yang dibelakang ?
18.
Bagitulah kami berbuat terhadap orang-orang
derhaka itu.
19.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
20. Bukan
kah kami telah jadikan kamu daripada air yang
hina ?
21. Iaitu
kami taruh dia ditempat ketatapan yang teguh ?
22.
Hingga satu masa yang maklum ?
23.
Lantas kami tentukan (bentuknya), kerana (kamilah) sebaik-baik pembentuk.
24.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
25. Bukan
kah kami telah jadikan bumi itu
pengandung (kamu) ?
26.
(Selagi kamu) hidup dan (sudah kamu) mati ?
27. Dan
kami telah jadikan padanya gunung-gunung yang tegap, yang tinggi, dan kami beri
kamu minum air yang enak ?
28.
Kecelakaan padanya hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
29.
“Pergilah kepada apa yang pernah kamu dustakan”.
30.
“Pergilah kepada teduh yang mempunyai tiga cabang”.
31. Yang
tidak mudahi dan tidak menghindarkan daripada nyalaan (neraka).
32.
Sesungguhnya (neraka) itu melontar renjekan api seperti balak (besarnya).
33.
Seolah-olah (renjekan) itu unta-unta yang kuning.
34.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
35. Ini
(dia) hari yang mereka tidak (bisa) berkata-kata.
36. Dan
tidak di izinkan kepada mereka buat membela diri.
37.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
38.
(Adalah) ini hari keputusan, kami kumpulkan kamu dan orang-orang dahulu.
39. Oleh
itu, jika kami mempunyai dia upaya, maka hadapkan lah dia upaya kamu kepada ku.
40.
Kecelakaan pada hari tiu (adalah) bagi orang-orang mendustakan.
41.
Sesungguhnya orang-orang yang bergakti, (adalah) dinaungan-naungan dan
(dekat) mata-mata air.
42. Dan
(mendapat) buah-buahan dari (jenis) apa
yang mereka ingini.
43.
(Dikatakan); “makanlah dan minumlah se enak-enak nya dengan sebab (amal) yang
telah kami kerjakan”.
44.
“Sesungguhnya bagitulah kami mambalas orang-orang yang berbuat kebaikan”.
45.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
46. (Dikatakan);
“makanlah dan bersenang-senanglah sedikit, sesungguhnya kami orang-orang yang
berdusta”.
47.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi
orang-orang yang mendustakan.
48.
Kerana apabila dikatakan kepada mereka’ “rukuklah”, mereka tidak (mahu) rukuk.
49.
Kecelakaan pada hari itu (adalah) bagi orang-orang yang mendustakan.
50. Maka
kepada perkataan apakah, selain dari (Quran) itu, mereka hendak beriman ?