AL-ANKABUT 44~69
AN-RUM 1~60.
LUQMAN 1~34.
AS-SAJADAH 1~30.
AL-AHZAB 1~30.
AL-AHZAB 1~30.
Al-Ankabut 44~69
45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada mu dari kitab,
dan dirikan lah sembahayang, (kerana)
sesungguhnya sembahayang (bisa) menghalangi (manusia) dari kejelekan dan
kemungkaran, dan sesungguhnya mengingat Allah, lebih besar, dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.
46. Dan janganlah kamu bantah ahli Al-Kitab
melainkan dengan (bantahan) yang
terlebih baik, kecuali orang-orang yang menganiyai diri antara mereka
dan katalah; “kami telah beriman kepada
apa yang diturunkan kepada kami
dan (yang) diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami dan Tuhan kamu itu satu, dan
kepadanya lah kami berserah diri”.
47. Dan bagitulah kami telah turunkan kitab
kepada mu, maka orang-orang yang kami telah beri kitab, percayai kepadanya, dan
dari antara mereka itu ada yang percaya kepadanya, dan tidak mengingkari
ayat-ayat kami melainkan orang-orang yang (sangat) kufur.
48. dan
tidak pernah, sebelum ini, engkau membaca suatu kitab, dan tidak (pernah) engkau
tulis dia dengan tangan kanan mu , jika demikian, nescaya (patut) ragu-ragu
orang-orang yang membatalkan (mengingkari).
49.
Bahkan iaitu ayat-ayat yang nyata didada orang-orang yang diberi ilmu, dan
tidak akan mengingkari ayat-ayat kami melainkan orang-orang yang zalim.
50. Dan ia berkata; “ mengapakah tidak diturunkan
atasnya mukzizat-mukzizat dari Tuhan nya
?” jawablah; “mukzizat-mukzizat itu tidak lain melainkan disisi Allah, dan aku
(ini) tidak lain dari pengancam yang nyata”.
51. Dan
apakah tidak cukup buat mereka, bahawa kami telah turunkan atas mu kitab yang
dibacakan kepada mereka ? sesungguhnya didalam nya (adalah) rahmat dan
peringatan bagi kaum yang (mahu) beriman.
52.
Katakan lah; “cukup Allah jadi saksi antara ku dan antara kamu, ia mengetahui
apa yang ada dilangit-langit dan (di) bumi, sedang mereka beriman kepada yang
batil dan kufur kepada Allah itu, ialah orang-orang yang rugi”.
53. Dan
mereka minta kepada mu kedatangan azab dengan lekas, pada hal sekiranya tidak
ada ajal yang ditentukan, nescaya telah datang kepada mereka dengan
sekoyong-koyong, sedang mereka tidak sadar.
54.
Mereka minta kepada mu kedatangan azab
itu dengan segera, pada hal sesungguhnya dijahanam itu mengepung orang-orang
kafir.
55.
(Ialah) dihari yang azab itu akan mengenai mereka dari atas mereka dan dari
bawah kaki-kaki mereka, dan ia akan berkata;
“rasalah (balasan bagi) apa yang kamu kerjakan”.
56. Hai
hamba-hamba ku yang beriman ! sesungguhnya
bumi ku luas, maka akan dakulah hendaknya kamu menyembah.
57.
Tiap-tiap jiwa akan merasa kematian kemudian kepada kamilah akan dikembalikan
kamu.
58. Dan
orang-orang yang beriman dan melakukan (pekerjaan) yang baik-baik, sesungguhnya
kami akan dudukkan mereka dibahagian-bahagian yang tinggi dari syurga mengalir
padanya sungai-sungai dalam keadaan kekal padanya, alangkah bagus ganjaran
orang-orang yang bekerja (baik) !.
59.
(Ialah) mereka yang sabar, dan kepada Tuhan merekalah mereka berserah diri.
60. Dan tidak sedikit binatang yang tidak
menjinjing rezekinya, Allah memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu, dan
ia’lah pendengar.
61. Pada
hal jika engkau bertanya kepada mereka; “siapakah yang menjadikan langit-langit
dan bumi dan memudahkan (perjalanan) matahari dan bulan ?” nescaya mereka
jawab; “Allah”. Maka bagaimanakah dipalingkan mereka ?
62. Allah
memberi rezeki dengan luas kepada siapa yang ia kehendaki dari hamba-hambanya,
dan ia menyampaikan (rezeki) baginya, sesungguhnya Allah amat mengetahui
tiap-tiap sesuatu.
63. Dan
jika engkau bertanya kepada mereka; “siapakah yang turunkan air dari langit
lalu menghidupkankan dengan nya, akan bumi sesudah matinya?” nescaya mereka
jawab; “Allah”, ucapkan lah; “Alahamdulillah!” tetapi kebanyakan mereka tidak
mengerti.
64. Dan
kehidupan didunia ini tidak lain melainkan sia-sia dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah
kehidupan (yang sebenarnya) jika adalah mereka itu mengetahui.
65. Maka
apabila mereka naik bahtera, mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan
agama baginya, tetapi apabila ia telah selamatkan mereka kedarat, tiba-tiba
mereka menyekutukan (Dia).
66. Yang
berakibat mereka kufur kepada (nikmat keselamatan) mereka bersenang-senang,
tetapi nanti mereka akan tahu (ganjaran mereka).
67. Dan
tidak kah mereka perhatikan, bahawa kami telah jadikan (negari mereka) satu
tempat yang terhormat, yang aman, sedang dikeliling mereka, manusia bercolekkan-bercolekan
? maka apakah (patut) mereka beriman kepada yang batil, sedang kepada nikmat
Allah mereka kufur ?.
68. Dan
bukankah tidak ada siapa-siapa yang lebih zalim daripada orang yang membikin dusta atas nama Allah,
atau mendustakan kebenaran, ketika sampai kepada nya ? bukan kah dijahanam itu
ada tempat kediaman bagi orang-orang kafir ?
69. Dan orang-orang yang bekerja keras di(agama)
kami, sesungguhnya kami akan pimpin mereka dijalan-jalan kami, dan sesungguhnya
Allah berserta orang-orang yang berbuat kebaikan.
{30}
AN-RUM (1~60).
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Alif Laam Miim.
2. Tetakala
dikalahkan bangsa Rom.
3.
Didekat bumi (Arab), tetapi mereka itu, sesudah kalah, akan mengalahkan.
4. Dalam
beberapa tahun, bagi Allah lah urusan itu sebelum nya dan sesudahnya, dan
dihari itu, akan bersukacita orang-orang mukmin.
5. Dengan
pertolongan Allah, ia’ menolong sesiapa yang ia’ kehendaki kerana ia itu gagah,
panyayang.
6.
(Ialah) sebagai perjanjian Allah, ia tidak menyalahi janji-janji nya, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
7. Maka
mengetahui sesuatu yang dzahir dari penghidupan dunia, pada hal dalam
urusan akhirat, mereka lalai.
8. Dan
tidak kah mereka (mahu) berfikir ditentang diri-diri mereka ? Allah tidak
jadikan langit-langit dan bumi dan barang yang diantara keduanya melainkan
dengan mengandung kebenaran dan buat
satu masa yang ditentukan, tetapi kebanyakan dari manusia sungguh tidak percaya kepada
pertemuan dengan Tuhan nya.
9. Dan
tidakkah mereka (mahu) berjalan-jalan dibumi, lalu melihat bagaimana akibat
orang-orang yang sebelum mereka ? adalah mereka itu lebih sangat kuat dari mereka,
dan mereka itu telah membongkar bumi, dan telah makmur kan dia lebih dari apa
yang mereka telah makmurkan, dan telah datang kepada mereka itu Rasul-Rasul
mereka dengan keterangan-keterangan, maka tidak lah sekali-kali Allah menganiayai
mereka itu, tetapi adalah mereka itu menganiayai diri-diri mereka sendiri.
10. Kemudian, kejahatan lah akibat orang-orang yang
kerjakan kejahatan, lantaran mereka dustakan ayat-ayat Allah, dan adalah mreka akan (ayat-ayat) itu memperolok-olok
kan.
11. Allah
memulai pembikinan (makhluk), kemudian ia akan ulangi dia (lelaki), kemudian
kepadanya lah kamu akan dikembalikan.
12. Dan
pada hari berdiri saat, putuslah harapan orang-orang yang berdosa.
13. Dan
tidaklah ada bagi mereka, dari sekutu-sekutu mereka, penolong-penolong, dan
adalah mereka, dengan sebab-sebab sekutu-sekutu itu, jadi kafir.
14. Dan
pada hari berdiri saat, pada hari itu terpecahlah mereka.
15. Iaitu
ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan (pekerjaan) yang baik-baik,
maka mereka, disatu kebun yang segar, akan dimuliakan.
16. Dan
ada pun orang-orang yang kufur dan mendustakan ayat-ayat kami dan pertemuan
akhirat, maka mereka didalam azab dikekalkan.
17. Maka
anggaplah kecucian Allah ketika kamu berpetang dan waktu kamu berpagi.
18. Dan
baginya lah sekelian puji dilangit-langit dan dibumi dan diwaktu petang ketika
kamu bertengahari.
19. Ia’
mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan ia’ mengeluarkan yang mati dari
yang hidup, dan ia’ hidupkan bumi sesudah matinya, dan bagitulah akan
dikeluarkan kamu.
20. Dan setengah daripada ayat-ayat nya bahawa
ia’ jadikan kamu dari tanah, kemudian, tiba-tiba kamu (jadi) manusia yang bertaburan.
21. Dan
sebahagian dari ayat-ayat nya bahawa ia jadikan bagi kamu, dari jenis kamu,
jodoh-jodoh yang kamu bersenang-senang kepada nya, dan ia jadikan diantara kamu percintaan dan
kasih sayang, sesungguhnya ditentang itu, ada ayat-ayat bagi kaum yang (mahu)
berfikir.
22. Dan
sebahagian dari ayat-ayat nya pembikinan langit-langit dan bumi dan berlainan
bahasa kamu dan warna kamu, sesungguhnya ditentang itu, ada beberapa ayat bagi
orang-orang yang tahu.
23. Dan
sebahagian daripada ayat-ayatnya (ialah) tiduran kamu dimalam dan disiang dan
pencarian kamu dari kurnianya, sesungguhnya ditentang itu, ada beberapa ayat
bagi kaum yang (mahu) mendengar.
24. Dan
sebahagian daripda ayat-ayat nya (ialah) ia unjukkan kepada kamu kilat itu
sebagai menakutkan dan memberi harapan, dan ia turunkan air dari langit, lalu ia hidupkan dengan dia bumi sesudah matinya,
sesungguhnya ditentang yang demikian itu, ada ayat-ayat bagi kaum yang (mahu) mengerti.
25. Dan
setengah daripada ayat-ayat nya (ialah) berdirinya langit dan bumi dengan
perintahnya, kemudian, apabila ia panggil kamu satu panggilan (buat keluar)
dari bumi, tiba-tiba kamu akan keluar.
26. Dan
kepunyaan nya lah apa-apa yang dilangit-langit dan dibumi, semua taat
kepadanya.
27. Dan
ia’ lah yang memulai pembikinan, kemudian, ia akan ulangkan dia semula, sedang
iaitu lebih mudah baginya, dan baginya lah sifat yang paling tinggi
dilangit-langit dan (d)bumi, dan ia’lah yang gagah, bijakasana.
28. Ia
adakan perumpamaan bagi kamu dari diri kamu, (iaitu) adakah bagi kamu
sekutu-sekutu dari (hamba-hamba) yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu,
pada barang yang kami kurniakan kepada kamu, hingga kamu (sama) dengan mereka
d(barang) itu, yang kamu takuti sebagaimana kamu takut (orang yang sejenis
dengan) diri-diri kamu ? bagitulah kami terangkan-terangkan ayat-ayat bagi kaum
yang (mahu) mengerti.
29.
Tetapi orang-orang yang zalim menurut hawa nafsu mereka dengan tidak ada
pengetahuan, maka siapakah yang bisa memberi pertunjuk kepada orang yang
disesatkan oleh Allah ? dan tidaklah ada
bagi mereka penolong-penolong.
30. Maka hadapkan lah diri mu dengan lurus kepada
agama itu, (iaitu) bikinan Allah yang ia bikin manusia (setuju) atasnya, jangan
ada penukaran dibikinan Allah, ialah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui.
31. Dalam
keadaan kamu kembali kepadanya, dan berbaktilah kepadaNya, dan dirikan lah
sembahayang, dan janganlah kamu jadi dari (golongan) musrikin.
32.
(Iaitu) dari orang-orang yang berpecah belahkan agama mereka dan jadilah mereka
beberapa golongan yang tiap-tiap puak bergirang dengan (agama) yang ada disisi
masing-masing.
33. Dan
apabila kesukaran mengenai manusia, mereka seru Tuhan mereka dalam keadaan
bersih diri kepadaNya, kemudian, apabila ia rasakan bagi mereka rahmat
daripadanya, tiba-tiba segolongan dari
mereka menyekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.
34. Yang
berakibat mereka kufur kepada apa yang kami berikan kepada mereka. “maka
bersenanglah, tetapi akan kamu ketahui”.
35. Atau
adakah pernah kami turunkan kepada mereka satu keterangan, lalu ia ucapkan
(bolehnya) sesuatu yang mereka sekutukan dia (dengan Allah) ?
36. Dan
apabila kami rasakan kepada manusia satu rahmat, mereka bergirang dengan nya,
dan jika mengenai mereka satu kejelekan dengan sebab dikerjakan oleh tangan-tangan
mereka, tiba-tiba mereka putus harapan.
37. Dan
tidak kah mereka perhatikan, bahawa Allah meluaskan rezeki bagi siapa yang ia
kehendaki dan ia menyempitkan,
sesungguhnya ditentang itu ada beberapa ayat bagi kaum yang (mahu) beriman.
38. Maka berilah kepada keluarga yang dekat, haknya dan miskin
dan anak jalan, yang demikian itu baik bagi orang-orang yang mahukan keredaan
Allah, dan merekalah orang-orang yang dapat kejayaan.
39. Dan
suatu riba yang kamu berikan supaya jadi tambahan diharta-harta manusia, maka
tidaklah ia jadi tambahan (bagi ganjaran kamu) disisi Allah, tetapi suatu zakat
yang kamu keluarkan kerana mahukan keredaan Allah, maka mereka itu ialah
orang-orang yang dapat ganjaran berganda-ganda.
40. Allah lah yang jadikan kamu, kemudian, ia’ beri
rezeki kepada kamu, kemudian, ia’ akan matikan kamu, kemudian ia’ akan hidupkan
kamu. Adalah dari orang-orang yang kamu sekutukan dengan Allah itu siapa-siapa
yang kamu sekutukan dengan Allah itu , siapa-siap yang bisa berbuat suatu dari
yang demikian ? maha suci ia dan maha tinggi dari apa yang mereka sekutukan !.
41. Telah
dzahir kerosakan dibumi dan (d)laut dengan sebab usaha tangan-tangan manusia,
yang akhirnya Allah rasakan kepada mereka (ganjaran dari) sebahagian yang
mereka kerjakan, supaya mereka kembali.
42.
Katalah; “hendaklah kamu berjalan dibumi, lalu lihat bagaimana akibat
orang-orang dahulu yang kebanyakan nya (adalah) musrikin”.
43. Maka
hadapkan lah diri mu kepada agama yang lurus sebelum datang dari Allah satu
hari yang tak dapat ditolak, dihari itu mereka terpisah-pisah.
44.
Barang siapa kufur, maka kufurnya jadi bincana atasnya, dan barang siapa
beramal baik, maka (bererti) mereka sediakan (kebahagiaan) untuk diri mereka.
45.
Supaya ia ganjaran orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kurnia nya,
kerana sesungguhnya ia’ tidak cinta kepada orang-orang kafir.
46. Dan
sebahagian dari ayat-ayat Nya, ialah bahawa ia’ kirim angin-angin sebagai,
pembawa khabar yang mengirangkan,
dan kerana ia hendak rasakan kepada
kamu, sebahagian dari rahmatnya, dan supaya berjalan bahtera dengan
perintahnya, dan supaya kamu dapat mencari kurnianya, dan supaya kamu
bersyukur.
47. Dan
sesungguhnya kami telah kirim sebelum mu Rasul-Rasul kepada kaum-kaum mereka,
iaitu mereka datang kepada mereka itu dengan keterangan-keterangan, lantas kami
seksa orang-orang yang berdosa, kerana adalah kewajiban kami menolong mukmin.
48. Allah
lah yang mengirim angin-angin, yang mengerak kan mega, lalu ia bentang (mega)
itu dilangit sebagaimana ia kehendak, dan ia jadikan dia beberapa keping, lalu
engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila ia kenakan (hujan)
itu kepada siapa yang ia kehendaki dari hamba-hamba nya tiba-tiba mereka bergirang.
49. Dan
sesungguhnya dahulu daripada diturunkan
(hujan) atas mereka, sebelum itu, adalah mereka orang-orang yang putus harapan.
50. Maka lihatlah kepada bekas-bekas rahmat Allah,
bagaimana ia hidupkan bumi sesudah matinya, sesungguhnya ia’ lah yang akan
menghidupkan orang-orang yang telah mati, kerana ia’ amat berkuasa atas
tiap-tiap suatu.
51. Dan
jika kami kirim angin, lalu mereka lihat (tanaman) itu menguning nescaya tetap
mereka kufur sesudah itu.
52. Maka
sesungguhnya engkau tidak bisa membikin orang-orang yang tuli mendengar panggilan,
apabila mereka berpaling mundur.
53. Dan
tidaklah bisa engaku memalingkan orang-orang yang buta dari kesesatan mereka,
tidak bisa engkau membikin dengan melainkan
orang yang (mahu) beriman kepada ayat-ayat kami, lantas mereka menyerah
diri.
54. Allah
lah yang jadikan kamu dari kelemahan, kemudian sesudah kelemahan, ia’ jadikan
kekuatan, kemudian sesudah kekuatan, ia’ jadikan kelemahan dan tua, ia’
menjalankan apa yang ia’ kehendaki,
kerana ia’ lah yang amat mengetahui, yang amat kuasa.
55. Dan
pada hari berdiri saat itu, bersumpah orang-orang yang derhaka, (bahawa) mereka tidak tinggal melainkan sebentar,
bagitulah pernah mereka terpaling.
56. Dan
orang-orang yang diberi ilmu dan iman berkata; “sesungguhnya menurut kitab Allah, bahawa kamu tinggal
hingga hari bangkitan, maka inilah dia hari bangkitan, tetapi adalah kamu tidak
tahu.
57. Maka
dihari itu tidak berguna bagi orang-orang yang zalim, alasan mereka untuk
melepaskan diri, dan tidak pula mereka akan disuruh bertaubat.
58. Dan
sesungguhnya kami telah adakan, buat manusia, didalam Quran ini, tiap-tiap
perumpamaan, dan jika engkau datang kepada
mereka dengan satu ayat, nescaya
orang-orang yang kufur itu berkata; “kamu tidak lain melainkan orang-orang yang
merosak”.
59. Bagitulah
Allah mentarai atas hati-hati mereka yang tidak (mahu) mengerti.
60. Oleh
yang demikian , sabarlah, kerana sesungguhnya perjanjian Allah itu benar, dan
janganlah orang-orang yang tidak yakin mengoncangkan mu.
{31}
LUQMAN (1~34).
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Yang demikian itu ayat-ayat dari kitab yang
bijak sana.
2.
Sebagai pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.
4. Yang
mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, dan mereka beriman kepada akhirat.
5. Mereka
itu atas jalan pertunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka lah orang-orang yang
nyata.
6. Dan sebahagian dari manusia ada yang membeli omongan kosong untuk menyesat (manusia) dari
jalan Allah dengan tidak mempunyai pengetahuan, dan ia jadikan (ayat-ayat
Allah) itu ejekan, adalah bagi mereka azab yang menghina.
7. Dan
apabila dibaca kepada nya ayat-ayat kami, berpalinglah ia dengan sombong,
seolah-olah ia tidak dengar dia, seolah-olah di dua telinganya ada tutupan yang
berat, maka ancamlah dia dengan azab yang pedih.
8.
Sesunggunya orang-orang beriman dan beramal soleh itu, adalah untuk mereka
syurga-syurga kenikmatan.
9. Hal
keadaan mereka kekal padanya, sebagai perjanjian Allah yang benar, dan ia’ lah
yang gagah, yang bijaksana.
10. Ia’ telah jadikan langit-langit dengan tidak
bertiang yang bisa kamu melihatnya, dan ia’ adakan dibumi gunung-gunung supaya
(bumi) itu tidak mengoncang kamu, dan ia’ tibarkan padanya tiap-tiap binatang merayap, dan kami’
turunkan air dari langit, lalu kami’ tumbuhkan padanya tiap-tiap jenis yang
baik.
11. Ini
(semua) bikinan Allah, maka unjuk kan lah kepada ku’ apakah yang dibikinkan
oleh mereka yang lain daripada nya’, bahkan orang-orang yang zalim itu didalam
kesesatan yang nyata.
12. Dan
sesungguhnya kami’ telah beri kebijaksanaan kepada Lokman (iaitu) bahawa syukurlah
kepada Allah, kerana barang siapa syukur, maka syukurnya tidak lain melainkan
untuk dirinya, dan barang siapa kufur, maka Allah itu kaya, terpuji.
13. Dan
(ingatlah) tetakala Lokman berkata kepada anaknya, sedang ia menasihatkan dia;
“hai anak ku ! janganlah engaku sekutukan (sesuatu) dengan Allah, kerana
sesungguhnya syirik itu satu penganiayaan (diri) yang besar.
14. Dan
kami wajibkan (manusia) taat kepada ibubapanya, ibunya telah kandung dia dalam
keadaan lemah bertambah lemah, sedang putus susunya adalah dalam dua tahun,
(kami perintah) “hendaklah engkau syukur kepada ku’ dan ibubapa mu, kepada ku’ lah
tempat kembali.
15. “Dan
jika mereka berdua ajak mu sungguh-sungguh supaya engkau sekutukan dengan daku’
sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengertian ditentang nya, maka janganlah engkau taat kepada mereka,
tetapi bergaul lah dengan mereka
d(urusan) dunia dengan cara yang sopan, dan turutlah jalan orang yang kembali
kepada ku’, kemudian kepada ku’ lah tempat kembali kamu, maka aku’ akan
khabarkan kepada kamu (balasan) bagi apa yang telah kamu kerjakan”.
16. Hai
anak ku ! sesungguhnya jika adalah (amal-amal) itu seberat biji sawi, biar ia
didalam batu gunung yang besar atau dilangit-langit atau didalam bumi, nescaya
akan unjuk kan dia, kerana Allah itu halus, amat mengetahui”.
17. “Hai
anakku ! dirikan lah sembahayang, dan suruh lah (manusia) berubat kebajikan,
dan laranglah (mereka) dari kemungkaran, dan sabarlah atas sesuatu (kesusahan)
yang mengenai mu, (kerana) sesungguhnya yang demikian itu, (adalah) dari
perkara-perkara yang diberatkan (oleh Allah)”.
18. “Dan
janganlah engkau palingkan pipi mu buat
manusia, dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan sombong, (kerana)
sesungguhnya Allah tidak cinta kepada tiap-tiap penyombong, chungap (membangga
diri)”.
19. “Dan
bersidanglah didalam jalan mu, dan rendahkan suara mu, (kerana) sejelek-jelek
suara ialah suara keldai”.
20. Tidak kah kamu lihat, bahawa Allah telah
mudahkan untuk kamu apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa dibumi, dan ia
telah turunkan atas kamu
nikmat-nikmatnya yang dzahir dan yang batin, tetapi sebahagian dari manusia ada
yang membantah tentang (kekuasaan) Allah dengan tidak mempunyai ilmu dan tidak
pertunjukkan dan tidak kitab yang memberi penerangan ?.
21. Dan
apabila dikatakan kepada mereka; “turutlah apa yang diturunkan oleh Allah”, mereka berkata; “bahkan kami menurut agama yang kami dapati
bapa-bapa kami pada (penganut)nya”. Apakah (mereka turut sahaja) walau pun
syaitan mengajak mereka kepada azab neraka ?
22. Dan
barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang tegoh, dan kepada Allah lah
(terserah) akibat dari urusan-urausan.
23. Dan
barang siapa kufur, maka janganlah kufurnya itu mendukacitakan mu, kepada kamilah tempat kembali mereka,
lalu kami akan unjukkan kepada mereka (balasan)
bagi apa yang mereka telah kerjakan, (kerana) sesungguhnya Allah
mengetahui isi dada-dada.
24. Kami
senangkan mereka sebentar, kemudian kami akan paksa mereka kepada azab yang
tebal.
25. Dan
jika engkau tanya kepada mereka ; “siapa yang jadikan langit-langit dan bumi ?”
nescaya mereka menjawab; “Allah!”
ucaplah; “sekelian puji kepunyaan Allah !” tetapi kebanyakan mereka
tidak mengetahui.
26.
Kepunyaan Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan (d)bumi, (kerana) sesungguhnya
ia’ lah yang kaya, yang terpuji.
27. Dan
jika sesungguhnya pohon-pohon dibumi jadi kalam, dan laut itu dibantu oleh
tujuh laut, selain daripadanya, (jadi tinta), nescaya tidak habis kelimah
Allah, sesunggunya Allah itu gagah, bijaksana.
28.
Membikin kamu dan membangkitkan kamu tidak lain melainkan seperti (membikin)
satu jiwa, sesungguhnya Allah mendengar, melihat.
29.
Tidakkah engkau lihat, bahawa se nya Allah memasukkan malam pada siang dan
memasukkan siang pada malam, dan ia mudahkan (perjalanan) matahari dan bulan ?
tiap-tiap suatu tempoh yang ditentukan, dan sesunggunya Allah mengetahui apa
yang kamu kerjakan.
30. Yang demikian itu (terjadi) lantaran Allah lah
(Tuhan) yang sebenarnya, dan sesungguhnya apa-apa yang mereka seru, selain dari dia, ialah yang
batil, dan sesungguhnya Allah itu ialah yang tinggi, yang besar.
31. Tidak
kah engkau lihat, bahawa bahtera itu berjalan dilaut dengan nikmat Allah buat
ia unjukkan kepada kamu sebahagian dari ayat-ayat nya, sesungguhnya ditentang
itu ada beberapa ayat buat tiap-tiap penyabar,
penerima kasih.
32. Dan
apabila mereka ditempoh ombak yang seperti gunung-gunung, mereka seru Allah
dengan mengikhlaskan ketaatan kepada Nya, tetapi tetakala ia sudah selamatkan
mereka kedarat, maka sebahagian dari mereka berlaku cermat, dan tidak
mengingkari ayat-ayat kami melainkan tiap-tiap pemungkir janji, pelupa budi.
33. Hai
manusia ! berbaktilah kepada Tuhan kamu, dan takutlah kepada satu hari yang
(padanya) tidak bisa bapa melepaskan (apa-apa) dari anaknya, dan tidak pula
anak bisa melepaskan apa-apa dari bapanya, sesungguhnya perjanjian Allah itu
benar, maka janganlah kamu ditipu oleh penghidupan yang rendah, dan janganlah
kamu ditipu terhadap Alah oleh penipu.
34.
Sesungguhnya Allah itu disisiNya lah ada pengetahuan (tentang) kiamat, dan ia’
turunkan hujan, dan ia’ mengetahui apa yang ada dalam kandungan-kandungan, dan
tidak ada jiwa yang mengetahui apa yang ia akan kerjakan besok, dan tidak ada
jiwa tahu dibumi manakah ia akan mati, sesungguhnya Allah itu yang mengetahui,
yang awas.
{32}
AS-SAJADAH (1~30).
Dengan
nama Allah, pengasih, penyayang.
1. Alif Laam Miin
2.
Penurunan kitab (ini), tidak ada ragu-ragu padanya, dari Tuhan bagi makhluk.
3. Apakah
mereka mahu berkata; “ia bikin Quran itu ?” bahkan ialah yang benar dari Tuhan
mu buat engkau ancam satu kaum yang tidak pernah datang kapada mereka seorang
pangancam sebelum mu, supaya mereka dapat pertunjuk kan.
4. Allah
lah yang menjadikan langit-langit dan
bumi dan apa-apa diantaranya dalam enam hari, kemudian ia bersemayam diatas Arash,
tidak ada bagi kamu, selain daripadanya, pengurus dan tidak penolong, maka
tidak kah (mahu) kamu ingat ? .
5. Ia’
mengatur urusan dari langit kebumi, kemudian naik (urusan) itu kepada nya’
dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun dari apa yang kamu hitung.
6. Ia’
lah yang mengetahui barang ghaib dan hadir, yang gagah, penyayang.
7. Yang
membaguskan bikinan tiap-tiap suatu, dan ia telah mulai pembikinan manusia itu
dari tanah.
8.
Kemudian, ia’ jadikan turunan (manusia)
itu dari mani, dari air yang lemah.
9. Kemudian,
ia’ sempurnakan (kejadian)nya, dan ia tiupkan padanya sebahagian dari roh nya,
dan ia jadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan-penglihatan dan hati-hati,
(tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.
10. Dan mereka berkata; “sudah kami sesat dibumi,
apakah kami akan berada dikejadian yang baharu ?” bahkan mereka kufur kepada
pertemuan dengan Tuhan mereka.
11.
Katalah; “akan diambil (roh-roh) kamu dengan sempurna oleh malaikat-maut yang
diserahi buat kamu, kemudian, kepada Tuhan kamulah akan dikembalikan kamu”.
12. Dan
(alangkah hebatnya) jika engkau lihat ketika orang-orang derhaka itu tunduk
kan kepala-kepala mereka disisi Tuhan
mereka (sambil berkata); “hai Tuhan kami
! kami telah melihat dan telah mendengar, maka kembalilah kami, nescaya kami
kerjakan amal soleh, kerana sesungguhnya kami telah yakin”.
13. Dan
jika kami kehendaki, nescaya kepada tiap-tiap jiwa, kami beri hidayatnya,
tetapi telah terbit perkataan daripada ku dengan benar bahawa aku akan penuhkan
dijahanam dengan jin dan manusia itu semuanya.
14. Maka
(kami berkata); “rasalah (seksaan)
dengan sebab kamu lupakan pertemuan hari ini, sesungguhnya kami biarkan kamu,
dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.
15. Hanya
akan beriman kepada ayat-ayat kami orang-orang yang apabila diperangi kan
kepada mereka (ayat-ayat) itu, mereka tunduk sujud, dan mereka berbakti dengan
memuji Tuhan mereka, dan mereka tidak sombong.
16.
Rengang rusuk-rusuk mereka dari tempat-tempat tidur, dalam keadaan menyeru
Tuhan mereka dengan takut dan dengan menaruh harapan, dan sebahagian dari apa yang
kami kurniakan itu, mereka belanjakan.
17. Maka
tidak ada jiwa yang tahu apa yang disembunyikan bagi mereka dari (benda-benda)
pendingin mata, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
18. Maka
apakah orang yang telah beriman itu sama seperti orang yang telah derhaka ? mereka tidak beriman !
19.
Adapun orang yang beriman dan beramal
soleh, maka untuk mereka ialah syurga-syurga tempat kediaman, sebagai sajian
dengan sebab apa yang mereka telah kerjakan.
20. Dan
ada pun orang-orang yang derhaka maka tempat kembali mereka ialah neraka, tiap-tiap kali mereka hendak keluar
daripadanya, dikembalikan mereka kepadanya, dan dekatkan kepada mereka ;
”rasalah azab neraka yang pernah kamu dustakan dia”.
21. Dan sesungguhnya
kami akan rasakan kepada mereka sebahagian daripada azab yang dekat, sebelum
azab yang besar, supaya mereka kembali. Dan
bukankah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang diingatkan dia dengan
ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya ? sesungguhnya kami akan
balas orang-orang yang derhaka itu.
23. Dan
sesungguhnya kami telah beri kepada Musa kitab itu, maka janganlah engkau
ragu-ragu tentang bertemu dengannya, dan kami jadikan dia satu pimpinan bagi
bani Israel.
24. Dan
kami jadikan dari mereka, ketua-ketua yang memimpin dengan perintah kami,
tetakala mereka telah sabar, dan adalah mereka yakin kepada ayat-ayat kami.
25.
Sesungguhnya Tuhan mu, ia’ lah yang akan memberi keputusan diantara mereka
dihari kiamat ditentang apa yang mereka berselisihan padanya.
26. Dan
tidak kah jadi pertunjuk bagi mereka, beberapa umat yang kami telah binasakan sebelum mereka. Pada hal
mereka berjalan ditempat-tempat kediaman mereka itu ? sesungguhnya ditentang itu ada beberapa ayat.
Maka apakah mereka tidak (mahu)
mendengar ?
27. Dan
tidak kah mereka perhatikan bahawa se nya kami
mengalirkan air kepada bumi yang keras kering, lalu kami tumbuhkan
dengan (air) itu tumbuhan-tumbuhan yang
bisa dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri ? maka
apakah mereka tidak berpenglihatan ?.
28. Dan
mereka akan bertanya; “bilakah (sampainya) hari kemenangan ini, jika memang
kamu itu orang-orang yang benar ?”.
29.
Katalah; “dihari kemenangan itu, tidak bukan bagi orang-orang kafir, iman
mereka dan tidak pula mereka diberi tempoh”.
30. Maka
berpalinglah dari mereka dan tunggulah, kerana sesungguhnya mereka (juga)
menunggu.
{33}
AL-AHZAB (1~73).
AL-AHZAB (1~73).
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Hai Nabi-Nabi ! berbaktilah kepada Allah, dan
janganlah engkau taat kepada kafir-kafir dan munafik-munafik, sesungguhnya adalah
Allah mengetahui, bijaksana.
2. Dan
turutlah apa-apa yang diwahyukan kepada mu dari Tuhan mu, sesungguhnya Allah
itu adalah amat sadar kepada apa-apa yang kamu kerjakan.
3. Dan
bersarah dirilah kepada Allah, kerana cukuplah Allah sebagai pemilihara.
4. Allah
tidak jadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga nya, dan tidak ia jadikan
isteri-isteri kamu yang kamu dzahirkan
itu sebagai ibu-ibu kamu, dan ia tidak jadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak
(betul) kamu, yang demikian itu omongan-omongan
kamu dengan mulut-mulut kamu, dan Allah katakan yang benar, dan ia
memimpin kejalan (yang betul).
5.
Panggil lah mereka dengan (menggunakan) nama bapa-bapa mereka, kerana iaitu
lebih adil disisi Allah, tetapi jika kamu tidak tahu bapa-bapa mereka, maka
(mereka) saudara-saudara kamu diagama dan mula-mula kamu, dan tidak (terhitung
dosa) atas kamu ditentang suatu yang kamu keliru padanya, tetapi ditentang
suatu yang disengaja oleh hati-hati kamu, kerana adalah Allah itu pengampun,
penyayang.
6. Nabi
itu lebih hampir kepada mukmin daripada diri-diri mereka sendiri dan
isteri-isteri nya itu ibu-ibu mereka, dan ____________ itu sebahagian dari mereka lebih hampir
kepada sebahagian dikitab Allah daripada mukmin dan muhajirin, kecuali kalau
kamu mahu berbuat kebaikan kepada saudara-saudara (seagama) kamu, adalah yang
demikina itu tertulis dikitab Allah.
7. Dan
(ingatlah) tetakala kami ambil dari Nabi-Nabi, perjanjian mereka dan daripada
mu dan dari Nuh dan Ibrahim dan Musa dan Isa anak Mariam, dan kami telah ambil
dari mereka perjanjian yang teguh.
8. Untuk
ia memeriksa yang benar dari hal kebenaran mereka, dan ia telah sediakan bagi
kafir-kafir itu azab yang pedih.
9. Hai
orang-orang yang beriman ! ingatlah nikmat Allah atas kamu tetakala datang kepada
kamu tentera-tentera, lalu kami kirim kepada mereka angin dan tentera-tentera
yang kamu tidak dapat melihatnya, kerana Allah melihat apa yang kamu kerjakan.
10. (Iaitu) tetakala mereka datang kepada kamu dari
sebelah atas kamu dan dari sebelah bawah kamu, dan tetakala berpaling pemandangan-pemandangan,
dan sampai hati-hati itu ketengkorakan-kentengkorakan dan kamu adakan macam-macam
sangkaan terhadap Allah.
11.
Disitulah diuji mukmin dan digoncang mereka satu goncangan yang keras.
12. Dan
(ingatlah) tetakala orang-orang munapik dan orang-orang yang dihati nya ada
penyakit berkata; “Allah dan Rasul nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan
tipuan”.
13. Dan
(ingatlah) tetakala segolongan dari mereka (yang munapik) itu berkata; “hai
penduduk Basrah (Madinah), tidak ada tempat bagi kamu, maka kembalilah”, dan
segolongan dari mereka (juga) minta diri dari nabi dengan perkataan;
“sesungguhnya rumah-rumah kami itu kosong”, pada hal ia tidak kosong, mereka tidak
bermaksud melainkan lari.
14. Dan
jika diserang mereka dari segala jurusan nya, kemudian mereka diminta
mengadakan fitnah, nescaya mereka kerjakan, dan tidak akan mereka berhenti
melainkan sebentar.
15. Pada
hal sesungguhnya mereka telah berjanji kepada Allah sebelum ini, bahawa mereka
tidak akan berpaling belakang, sedang perjanjian (dengan) Allah itu akan
dituntut.
16.
Khabarkan; “tidak akan berfaedah bagi kamu pelarian, jika kamu lari dari
kematian atau (dari) terbunuh kerana diwaktu itu kamu tidak akan dibiarkan
bersenang-senang melainkan sebentar”.
17.
Tanyalah; “siapakah yang bisa melindungi kamu dari Allah jika ia mahu (kena)kan
azab kepada kamu atau ia mahukan rahmat bagi kamu ?”, dan mereka tidak
akan mendapat untuk mereka pengurus dan tidak penolong selain Allah.
18.
Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang, dari kamu, yang menghalangi dan
orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara nya; “marilah kepada kami”, dan
mereka tidak menghadiri peperangan melainkan sedikit.
19.
(Mereka) kikir atas kamu, maka apabila datang ketakutan, engkau bisa lihat
mereka memandang mu dalam keadaan mata-mata mereka beredar sepeti orang yang
pengsan hampir mati, tetapi apabila hilang ketakutan, mereka cakar kamu dan
lidah-lidah yang tajam, sedang (mereka)
sangat tamak atas harta (rampasan) mereka itu tidak beriman, maka Allah
telah gugurkan amal-amal mereka, dan adalah yang demikian mudah atas Allah.
20. Mereka sangka golongan-golongan itu belum pergi,
dan jika golongan-golongan itu datang, mereka suka kalau mereka didesa diantara
orang-orang badwi menanyakan khabar-khabar kamu, dan jika mereka ada diantara
kamu, tidak akan mereka berperang melainkan sedikit (dari mereka).
21. Sesungguhnya
adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik, bagi orang
yang percaya kepada Allah dan hari kemudian dan menyebut Allah (sebutan) yang
baik.
22. Dan
tetakala mukmin melihat golongan-golongan itu, mereka berkata; “ini lah dia apa
yang dijanjikan kepada kita oleh Allah dan Rasul nya, dan telah benar Allah dan
Rasul nya”, dan tidak menambah (penglihatanitu) kepada mereka melainkan iman
dan penyerahan diri.
23. Dari
(golongan) mukmin ada beberapa laki-laki yang benar dalam perjanjian mereka
kepada Allah, kerana sebahagian dari mereka mati, dan sebahagian dari mereka
mendengar, dan tidak sekali-kali mereka mengubah janji.
24. Untuk
Allah membalas orang-orang yang benar dengan sebab kebenaran mereka, dan
(untuk) ia azab munafikin, jika ia menghendaki, atau ia terima taubat mereka,
kerana sesungguhnya Allah itu adalah pengampun, penyayang.
25. Dan
Allah telah anihkan orang-orang yang kufur itu dengan (membawa) kejelekan
mereka (lantaran) tidak mencapai kebaikan, dan Allah telah selamatkan mukmin
(daripada) berperang, kerana adalah Allah itu kuat, gagah.
26. Dan
orang-orang dari ahli al-Kitab yang membantu (azab) itu ia turunkan dari
benteng-benteng, dan ia masukkan dihati-hati mereka ketakutan, sebahagiannya
kamu bunuh, dan sebahagian nya kamu tawan.
27. Dan
ia telah wariskan kepada kamu bumi mereka dan kampung-kampung mereka dan
harta-harta mereka, dan (juga) bumi yang belum kamu duduki, kerana adalah Allah
atas tiap-tiap suatu berkuasa.
28. Hai Nabi
! khabar kan lah kepada isteri-isteri mu; “jika kamu mahu penghidupan yang
rendah dan perhiasan nya, maka marilah aku beri bekal kepada kamu, dan aku bebaskan
kamu satu pembebasan yang bagus”.
29. “Dan
jika kamu hendak (keredaan) Allah dan Rasul nya dan kampung akhirat, maka Allah
telah sediakan bagi perempuan-perempuan yang berbuat kebaikan, dari antara
kamu, ganjaran yang besar”.
30. Hai isteri-isteri Nabi, barang siapa dari
kamu berbuat kejahatan yang nyata, akan
digandakan azab bagi nya dua kali, dan adalah yang demikian mudah bagi Allah.