Juzud 15
BANI ISRAEL 1~111
AL-KAHF 1~74
BANI ISRAEL 1~111
1. Maha suci Allah yang telah jalankan hambanya pada satu
malam dari Masjidil Haram ke Masjid
Al-Aksa yang kami berkati keliling nya, untuk kami perlihatkan kepada nya
tanda-tanda kami ! sesungguhnya ialah
yang mendengar, yang melihat.
2. Dan
kami beri kepada Musa, kitab itu, dan kami jadikan dia penunjuk bagi bani
Isaril (sambil kami berkata); “janganlah kamu jadikan selain daripada ku
sebagai penolong”.
3. “Hai
anak cucu orang yang kami angkat bersama Nuh !” sesungguhnya ia itu, seorang
hamba yang penerima kasih.
4. Dan
kami putuskan bagi bani Isaril dalam kitab itu; “sesungguhnya kamu akan adakan
kerosakan dibumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan sombong dengan
kesombongan yang besar”.
5. Maka
apabila datang perjanjian yang pertama
daripada dua itu, kami utus untuk menunjukkan kamu, hamba-hamba kami yang mempunyai
kekuatan yang sangat, lalu mereka maharajalela dicelah negari-negeri dan adalah
itu perjanjian yang telah dilakukan.
6.
Kemudian kami kembali kepada kamu kekuasaan atas mereka, dan kami bri kepada
kamu harta-harta dan anak-anak, dan kami jadikan kamu lebih banyak bilangan.
7. Jika
kamu berbuat kebaikan (bererti) kamu
berbuat kebaikan bagi diri-diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, adalah
itu bagi (kecelakaan) diri-diri (kamu) , Maka apabila datang perjanjian yang
akhir, (kami utus mereka) supaya mereka membusuk kan muka-muka kamu, dan supaya
mereka masuk ke dalam masjid itu, sebagaimana mereka telah masuk kedalam nya
pada pertama kali, dan supaya mereka binasakan (kamu) selagi mereka berkuasa.
8.
Mudah-mudahan Allah kamu mengasihani kamu, dan jika kamu kembali, kami akan
kembali (menyeksa), dan kami jadikan jahanam itu bagi orang-orang kafir sebagai
kurungan.
9.
Sesungguhnya Quran ini memimpin kepada (jalan) yang lebih lurus, dan
mengkhabarkan kepada mukmin yang beramal soleh, bahawa bagi mereka ada ganjaran
yang besar.
10. Dan
bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada
akhirat, kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.
11. Dan
manusia berdoa akan kejahatan seperti doa nya
akan kebaikan, kerana adalah
manusia itu terburu-buru.
12. Dan
kami jadikan malam dan siang itu dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu
terang untuk kamu cari kurnia dari Tuhan kamu dan supaya kamu tahu bilangan tahun dan perhitungan, dan
tiap-tiap sesuatu kami telah terangkan dengan nyata.
13. Dan tiap-tiap manusia kami akan gantungkan (catitan) amal-amal nya
ditengkuknya, dan kami akan keluarkan baginya pada hari kiamat satu kitab yang
akan ia bertemu dia dengan terbuka.
14. “Bacalah kitab mu, cukup diri mu pada hari
ini (sebagai) penghitungan atas mu”.
15. Barang
siapa dapat pertunjuk, maka sesungguhnya hanya ia dapat pertunjuk untuk
dirinya, dan barang siapa sesat, maka
sesungguhnya hanya ia sesat bagi
(kecelakaan)dirinya, kerana tidak bisa menanggung seorang penanggung akan
tangungan orang lain, dan tidaklah kami akan mengazab hingga kami utus seorang
Rasul.
16. Dan
jikalau kami mahu binasakan satu negeri, kami suruh orang-orang nya yang mampu,
tetapi mereka melewati batas padanya, lantaran itu, patut (turun) atas mereka
azab, lalu kami hancurkan nya sehancur-hancurnya.
17. Dan
beberapa banyak negeri yang telah kami binasakan sesudah Nuh, dan cukup Tuhan mu mengetahui
dan melihat dosa-dosa hamba-hamba nya.
18.
Barang siapa mahu lekas, kami akan lekaskan baginya pada nya apa yang kami
mahukan bagi orang-orang yang kami kehendaki, kemudian kami adakan baginya neraka yang ia akan masuk
padanya dengan keadaan tercela dan
terusir.
19. Dan
barang siapa mahukan akhirat dan ia berusaha baginya sungguh-sungguh, pada hal
ia beriman, maka mereka itu adalah usaha nya diganjar.
20.
Masing-masing kami tolong, mereka ini dan mereka itu, dari pemberian Tuhan
mu, kerana tidaklah ada pemberian Tuhan
mu itu terhalang.
21. Lihatlah
bagaimana kami lihatkan sebahagian dari mereka atas sebahagian, dan
sesungguhnya akhirat itu lebih besar darjat-darjat nya dan lebih besar
kelebihan nya.
22.
Janganlah engkau adakan bersama Allah, Tuhan yang lain, sebab nanti engkau jadi
tercela, terhina.
23. Dan
Tuhan mu telah perintah supaya engkau tidak sembah, melainkan akan dia, dan hendaklah
engkau berbuat baik kepada ibu bapa, jika salah seorang dari mereka itu atau
dua-dua nya sampai umur tua dalam peliharaan mu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka; “op” dan jangan lah engkau sentak mereka, tetapi berkatalah
kepada mereka perkataan yang mulia.
24. Dan
rendahkan lah diri mu terhadap mereka berdua kerana siang, dan kata kan lah; “hai Tuhan ku ! kasihani lah mereka berdua
sebagaimana mereka pelihara akan daku waktu kecil”.
25. Tuhan
kamu lebih mengetahui apa yang ada didiri-diri kamu, jika adalah kamu
orang-orang yang baik, maka sesungguhnya
adalah ia pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
26. Dan berilah kepada keluarga yang hampir dan
orang miskin dan orang pelarian, akan haknya, dan janganlah engkau boros
terlalu.
27.
Sesungguhnya orang-orang yang boros, adalah saudara-saudara syaitan-syaitan,
dan adalah syaitan itu tidak berterima kasih kepada Tuhan nya.
28. Dan jika engkau berpaling dari mereka, kerana
menunggukan rahmat dari Tuhan mu, yang engkau harapkan, maka berkatalah kepada
mereka perkataan yang lemah lembut.
29. Dan
jangan lah engkau jadikan tangan mu terbelengu ditengkuk mu, dan janganlah
engkau hulurkan dia sehabis-habis huluran, kerana nanti engkau jadi tercela dan
menyesal.
30. Sesungguhnya
Tuhan mu meluaskan rezeki bagi siapa yang ia kehendaki, dan ia sempitkan kerana
sesungguhnya ia mengetahui (dan) melihat
akan hamba-hamba nya.
31. Dan
janganlah kamu bunuh anak-anak kamu, lantaran
takut kepapaan, kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan
kepada mu, sesungguhnya membunuh mereka itu, adalah satu dosa yang besar.
32. Dan
janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya adalaha ia itu satu
kejahatan dan jelek perjalanan nya.
33. Dan
janganlah kamu bunuh diri yang Allah telah haramkan, kecuali dengan (jalan) kebenaran,
dan barang siapa dibunuh dengan kezaliman, maka sesungguh nya kami telah
jadikan ahli waris nya itu berkuasa,
tetapi janganlah ia melewati batas dalam membunuh nya, sesungguhnya adalah
ia orang yang ditolong.
34. Dan jangan lah kamu hampiri harta anak yatim,
melainkan dengan cara yang lebih baik, hingga sampai ia baliq, dan tunaikan lah
perjanjian, kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
35. Dan
sempurnakan lah sukatan, apabila menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang
lurus, yang demikian itu baik (bagi kamu) dan sebaik-baik kesudahan.
36. Dan
jangan lah engkau turut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu padanya, (kerana)
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati
- tiap-tiap satu daripadanya - akan
ditanya dari hal itu.
37. Dan
janganlah engkau berjalan dibumi dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau
tidak akan bisa menembus bumi, dan engkau tidak akan bisa melawan tinggi dengan
gunung-gunung.
38.
Tiap-tiap sesuatu dari (perbuatan-perbuatan)
itu, adalah kejahatan nya pada sisi Allah dibenci.
39. Yang
demikian itu, setengah daripada hikmat yang
Tuhan mu wahyu kan kepada mu, dan janganlah engkau adakan berserta Allah
satu Tuhan yang lain supaya engkau tidak dicampak kan di neraka, dengan keadaan
tercela dan terbuang.
40. Maka adakah Tuhan kamu telah pilaharakan buat
kamu akan anak-anak laki-laki, dan ia telah ambil melaikat itu sebagai
(anak-anak) perempuan-perempuan ? sesungguhnya kamu berkata satu omongan yang
besar.
41. Dan sesungguhnya telah
kami ulang-ulang kan dalam Quran ini (beberapa keterangan) supaya mereka ingat , tetapi tidak
menambahkan mereka, melainkan perpalingan.
42. Katakan lah; “jika ada
bersama nya beberapa tuhan”, sebagai kata mereka; “nescaya tuhan-tuhan itu akan
mencari jalan (pergi) kepada zat yang mempunyai aras”.
43. Maha
suci ia ! dan maha tinggi, tinggi yang sangat ! dari apa yang mereka katakan !.
44.
Langit yang tujuh dan bumi dan apa-apa yang ada padanya, mencucikan dia dan
tidak ada satu pun, melainkan berbakti dengan memuji dia, tetapi kamu tidak
mengerti cara mereka mencucikan, sesungguhnya adalah ia penyabar, pengampun.
45. Dan
apabila engkau membaca Quran, kami adakan antara mu dan antara orang-orang yang
tidak percaya kepada akhirat, satu hijab yang tertutup.
46. Dan
kami adakan atas hati-hati mereka tutupan-tutupan, supaya mereka mengerti dia,
dan ditelinga-telinga mereka bebanan, sehingga apabila engkau sebut dalam Quran
(nama) Tuhan mu sahaja mereka berpaling belakang dengan terburu-buru.
47. Kami
lebih pengetahui apa yang mereka
dengarkan tetakala mereka mendengar (omongan) mu, dan tetakala mreka beromong-omongan dengan rahsia, tetakala
orang-orang zalim itu berkata; “kamu tidak turut, melainkan kepada seorang yang
kena sihir”.
48.
Lihatlah bagaimana mereka adakan bagi mu perbandingan-perbandingan lantaran itu
mereka sesat, iaitu mereka tidak
mendapat (pertunjukan) jalan.
49. Dan
mereka berkata; “apakah apabila kita sudah jadi tulang dan barang yang reput,
maka kita akan dibangkitkan sebagai satu kejadian yang baru ?”.
50.
Katakanlah; “jadilah batu atau besi”.
51. “Atau
(jadilah) satu kejadian (lain) yang besar pada fikiran kamu”. Mereka akan
bertanya; “siapakah yang akan kembalikan kita ?” katakan lah; “yang telah
jadikan kamu pada permulaan kali”, maka
mereka akan gelengkan kepala-kepala mereka kepada mu dan mereka akan bertanya;
“kenapakah kejadian itu?” katakanlah; “mudah-mudahan ia itu lekas”.
52.
Ingatlah hari yang ia akan panggil kamu, maka kamu akan diperkenankan dengan
memuji kepadanya, dan kamu sangka, bahawa kamu tinggal hanya sebentar sahaja.
53. Dan
katakan lah kepada hamba-hamba ku, supaya mereka ucapkan (omongan) yang lebih
baik, sesungguhnya syaitan akan mengharu diantara mereka, sesungguhnya syaitan
itu, terhadap manusia, adalah satu musuh yang nyata.
54. Tuhan
kamu lebih mengetahui tentang kamu, jika ia kehendaki ia akan beri rahmat
kepada kamu, atau kalau ia mahu, ia akan azab kamu, dan tidak kami utus mu
sebagai seorang penjaga terhadap mereka.
55. Dan
Tuhan mu lebih mengetahui apa yang ada
dilangit-langit dan dibumi, dan sesungguhnya kamu telah lebihkan sebahagian
dari nabi-nabi atas sebahagian nya, dan kami telah berikan kepada Daud (kitab)
zabur.
56.
Katakan lah; “panggillah (berhala-berhala) yang kamu anggap (tuhan) selain dari
dia. Maka mereka tidak bisa hilangkan bahaya daripada kamu dan tidak (bisa
mereka) pindahkan (nya)
57. Berhala-berhala yang mereka seru itu, mencari
perantaraan ke tuhan mereka siapakah dari antara mereka terlebih dekat ? dan
mereka mengharap rahmat nya dan mereka takut akan azab nya, kerana sesungguhnya
azab Tuhan mu itu, adalah (yang patut) ditakuti.
58. Dan
tidak ada satu pun negeri, melainkan kami akan binasa kan dia sebelum hari
kiamat, atau kami akan azab (penduduk) nya dengan satu azab yang sangat, adalah
yang demikian itu, tertulis didalam kitab.
59. Dan
tidak ada yang menghalangi kami mengutus (Mohamad) dengan (membawa) tanda-tanda, melainkan
lantaran didustakan tanda-tanda itu oleh orang-orang dahulu, dan kami telah
berikan kepada samud, unta itu, sebagai satu tanda yang menerangkan tetapi
mereka zalimi (diri mereka) dengan dia, dan tidak kami adakan tanda-tanda itu,
melainkan buat menakutkan.
60. Dan
ingatlah tetakala kami wahyu kepada mu, bahawa sesungguhnya Tuhan mu meliputi
manusia dan tidak kami jadikan penglihatan yang kami unjukkan kepada mu itu,
melainkan sebagai percubaan, dan (bagitu
juga) pohon yang dilaknat dalam quran, dan
kami takutkan mereka, tetapi penakutkan itu tidak menambah, melainkan kesesatan yang besar.
61. Dan
ingatlah, tetakala kami berkata kepada Melaikat; “sujudlah kepada Adam” lalu
sujudlah mereka, melainkan iblis. Ia berkata; “apakah aku mesti bersujud kepada
orang yang engkau bikin (dari) tanah ?”
62. Ia
berkata (pula); “mahukah engkau terangkan kepadaku tentang orang yang engkau
telah muliakan atas ku ? jika engkau beri tempoh kepada ku sampai hari kiamat,
nescaya aku akan sesatkan anak cucunya, kecuali sedikit”.
63.
Berfirman Allah; “pergilah ! maka barang siapa mengikutmu dari antara mereka,
sesungguhnya jahanamlah balasan kamu, sebagai satu pembalasan yang sempurna”.
64. “Dan
ajaklah siapa yang engkau bisa dari antara mereka dengan suara mu, dan gerak kan lah atas mereka
tentera kuda mu dan tentera mu yang berjalan kaki, dan sekutui nya lah mereka
tentang harta-harta dan anak-anak, dan
janjikan lah kepada mereka”, pada hal syaitan tidak janjikan kepada mereka,
melainkan tipuan.
65.
“sesungguhnya hamba-hamba ku tidak ada bagi mu kekuasaan (mencelakakan) mereka,
dan cukup Tuhan mu sebagai pelindung”.
66. Tuhan
kamu ialah yang menjadikan bagi kamu kapal-kapal dilaut, supaya kamu mencari
kurnianya, kerana sesungguhnya adalah ia panyayang terhadap kamu.
67. Dan
apabila bahaya mengenai kamu dilaut, sia-sia lah apa-apa yang kamu seru,
melainkan dia, tetapi sesudah ia selamatkan kamu sampai didarat, kamu berpaliang,
kerana adalah manusia itu pelupa budi.
68. Maka apabila kamu merasakan aman daripada
(Allah) menimpakan sebagian daripada bumi atas kamu atau daripada ia kirim atas
kamu angin yang sangat, kemudian kamu
tidak dapati penolong bagi (diri-diri)
kamu ?
69. Atau
apakah kamu merasa aman daripada (Allah) kembalikan kamu pada nya sekali lagi, lalu ia kirimkan
atas kamu pembinasa dari angin, kemudian ia tenggelamkan kamu lantaran
kekufuran kamu, kemudian kamu tidak mendapat penolong buat melawan kami
ditentang itu ? .
70. Dan
sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri kenderaan
bagi mereka didarat dan dilaut, dan kami telah beri rezeki kepada mereka dari
yang baik-baik, dan kami telah lebihkan mereka sungguh-sungguh dari kebanyakan
(makhluk) yang telah kami jadikan.
71.
Ingatlah hari yang kami akan panggil
tiap-tiap manusia dengan (nama) iman mereka, maka barang siapa diberikan
kitabnya ditangan kanan nya, mereka akan baca kitab mereka, dan mereka yang
tidak dizalimi sedikit pun.
72. Dan
barang siapa adalah di(dunia) ini buta, maka diakhirat (juga) ia buta dan lebih
sesat perjalanan (nya).
73. Dan
sesungguhnya hampir mereka fitnahkan mu
tentang apa yang kami telah wahyukan kepada mu, suapya engkau ada-adakan yang
lain nya atas (nama) kami, dan kalau sudah bagitu, mereka akan jadikan mu
kawan.
74. Dan
jika tidak kami tetapkan mu, nescaya hampirlah engkau condong sedikit kepada
mereka.
75. Kalau
bagitu, nescaya kami akan rasakan kepada mu dua kali ganda (kesusahan) mati, kemudian
engkau tidak akan dapat penolong terhadap kami.
76. Dan
sesungguhnya hampir mereka hendak halau mu dari bumi (Mekkah) untuk
mengeluarkan mu daripadanya, dan kalau bagitu, mereka tidak akan tinggal
sesudah keluarkan mu, melainkan sebentar.
77.
(Bagitulah) keadaan orang-orang yang kami telah utuskan sebelum mu daripada Rasul-Rasul
kami, dan engkau tidak dapati perubahan bagi ketetapan kami.
78.
Hendaklah engkau dirikan sembahayang duduk gelincir matahari sampai
klam malam, dan (dirikanlah) sembahayang subuh, kerana sesungguhnya sembahayang subuh itu, disaksikan.
79. Dan
disebahagian waktu malam, hendaklah engkau sembahayang tahjud, sebagai sembahayang sunat untuk mu, supaya Tuhan mu akan
bangkitkan mu disatu tempat yang terpuji.
80. Dan
berdoalah; “Hai Tuhan ku ! masukkan daku
dengan cara yang baik, dan keluarkan daku dengan dara yang baik, dan jadikanlah
bagiku disisi mu, satu keterangan menolong”.
81. Dan
katakanlah; “telah datang kebenaran dan
telah lenyap kesalahan, sesungguhnya adalah kesalahan itu dilenyapkan”.
82. Dan
kami turunkan dari Quran itu sesuatu yang jadi penawar dan rahmat bagi mukmin,
tetapi tidak menambahkan (bagi) orang-orang zalim itu melainkan kerugian.
83. Dan
apabila kami beri nikmat kepada manusia, berplinglah ia, dan ia jauhkan
dirinya, dan apabila kejahatan mengenai dia, adalah ia orang yang sangat
berputus asa.
84.
Katakanlah; “tiap-tiap orang beramal menurut tabiatnya, tetapi Tuhan kamu lebih
mengetahui siapa yang lebih terpimpin perjalanan nya”.
85. Dan
mereka akan bertanya kepada mu tentang ruh, katakan lah; “ruh itu urusan Tuhan
ku, dan kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit”.
86. Dan
jika kami mahu, nescaya kami akan hilangkan apa yang kami telah wahyukan kepada mu, kemudian
engkau tidak akan dapat penolong tentang itu, terhadap kami.
87.
Tetapi satu rahmat dari Tuhan mu, sesungguhnya kurnia nya atas mu adalah besar.
88.
Katakanlah; “jika berkumpul manusia dan jin buat membikin seperti Quran ini,
mereka tidak akan bisa membikinkan nya, walau pun sebahagian dari mereka jadi
pembantu bagi sebahagian nya.
89. Dan
sesungguhnya kami telah ulang-ulangkan bagi manusia didalam Quran ini,
tiap-tiap perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali kekufuran.
90. Dan
mereka berkata; “kami tidak akan percaya kepada mu, sehingga engkau pancarkan
bagi kami mata air dari bumi”.
91. “Atau
(sehingga) engkau mempunyai kebun dari kurma dan anggur, lalu engkau
mengalirkan sungai-sungai dicelah-celahnya terpancar”.
92. “Atau
(sehingga) engkau gugurkan langit, sebagaimana engkau kenakan atas kami, dengan
berkeping-keping, atau (sehingga) engkau
bawa Allah dan melaikat berhadapan”.
93. “Atau
(sehingga) engkau mempunyai satu rumah dari emas, atau (sehingga) engkau naik keatas langit, dan
kami tidak akan percaya kepada kenaikan
mu sebelum engkau turunkan atas kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya”. Katakan lah; “maha suci Tuhan ku ! bukan kah
aku ini, tidak lain melainkan seorang manusia yang diutuskan ?”
94. Tidak
ada yang menegah manusia buat beriman tetakala datang kepada mereka pertunjuk,
kecuali perkataan mereka: “apa kah Allah
telah mengutus seorang manusia (sebagai) Rasul ?”.
95. Katakan lah; “kalau ada dibumi melaikat yang
berjalan-jalan (sebagai) penduduk nya, nescaya kami turunkan (juga) atas mereka
dari langit seorang malaikat yang
sebagai utusan”.
96.
Katakan lah; “cukuplah Allah sebagai saksi antara ku dan antara kamu,
sesungguhnya adalah ia mengetahui (dan) melihat (hal-hal) hamba-hamba nya.
97. Dan
barang siapa Allah pimpin, maka ia itu
terpimpin, dan barang siapa ia sesatkan,
maka engkau tidak akan dapati bagi mereka penolong-penolong selain dari dia,
dan kami akan kumpulkan mereka pada hari kiamat (dengan dihirit) atas muka-muka
mereka, hal keadaan mereka buta, bisu dan tuli, tempat tinggal mereka, ialah
jahanam, tiap-tiap kali ia padam, kami tambahkan atas mereka api
berjulang-julang.
98. Yang
demikian itu, balasan bagi mereka, lantaran mereka tidak percaya kepada
ayat-ayat kami, dan mereka berkata; “apakah kalau kita sudah jadi tulang dan
reput, kita akan dibangkitkan sebagai
satu kejadian yang baru ?”.
99. Dan
tidak mereka perhatikan, bahawa Allah yang membikin langit-langit dan bumi,
berkuasa membikin seperti mereka, dan ia adakan bagi mereka ajal yang tidak ada
syak padanya ? tetapi orang-orang zalim itu enggan, kecuali kekufuran.
100.
Katakan lah; “jikalau kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhan ku, nescaya
kamu tahan dia, lantaran takut (habis dengan) dibelanjakan, kerana adalah
manusia itu bakhil”.
101. Dan
sesungguhnya kami telah berikan kepada Musa sembilan tanda yang terang-terang,
maka tanyalah kepada bani israil tetakala ia datang kepada mereka, lalu firaun
berkata kepadanya “sesungguhnya aku sangka, hai Musa ! seorang yang ahli
sihir”.
102. Ia
berkata; “sesungguhnya engkau telah ketahui, bahawa tidak menurunkan tanda-tanda
itu, melainkan Tuhan bagi langit-langit dan bumi sebagai penerangan-penerangan
dan sesungguhnya aku bikin, hai firaun ! engkau akan binasa”.
103. Maka
ia mahu keluarkan mereka dari bumi itu, lalu kami tenggelamkan dia dan
orang-orang yang bersama-sama dia semua.
104. Dan
kami berkata sesudah itu, kepada bani
Israil; “tinggal lah dinegeri itu, hingga apabila datang perjanjian akhirat,
kami akan bangkitkan kamu dengan keadaan bercampur”.
105.
Dengan (berisi) kebenaranlah kami turunkan dia dan dengan (membawa)
kebenaranlah ia turun, dan tidak kami utus mu, melainkan sebagai pengemar dan
pengancam.
106. Dan
Quran itu, kami pecah-pecahkan dia, supaya engkau bacakan dia kepada manusia
dengan sabar dan kami turunkan dia dengan beransur-ansur.
107. Katakan lah; “percayalah kepada nya atau
janganlah kamu percaya, sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelumnya,
apabila dibacakan dia kepada mereka, mereka tundukkan muka-muka mereka sambil
bersujud.
108. Dan
mereka berkata; “maha suci Tuhan kami ! sesungguhnya perjanjian Tuhan kami,
akan diluruskan”.
109. Dan
mereka tunduk kan muka-muka mereka sambil menangis, dan mereka bertambah
khusuk.
110.
Katakan lah; “serulah Allah atau serulah Al-Rahman dengan apa sahaja kamu seru
dia, maka ia mempunyai nama-nama yang baik-baik, dan janganlah engkau keraskan
(bacaan) sembahayang mu dan jangan lah engkau perlahankan dia, tetapi carilah
satu jalan antara itu”.
111. Dan
katakan lah; “sekelian puji-pujian
kepunyaan Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak ada baginya sekutu dalam
kerajaan (nya), dan tidak ada baginya penolong
lantaran kelemahan, dan muliakan dia dengan sunguh-sungguh”.
{18}
AL-KAHF (1~110).
AL-KAHF (1~110).
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sekalian pujian kepunyaan Allah yang telah
turunkan atas hambanya kitab itu, dan ia tidak adakan padanya kebengkokan.
2.
Keadaan nya lurus, supaya ia ancam (manusia) dengan satu azab dari sisinya yang
sangat (pedih), dan supaya ia gemarkan mukminin yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa adalah bagi mereka balasan yang baik.
3. Hal
keadaan mereka tinggal padanya selamanya.
4. Dan
supaya ia ancam orang-orang yang berkata; “Allah mempunyai anak”.
5. Mereka
tidak mempunyai ilmu ditentang itu dan tidak (pula) bapa-bapa mereka, besar
(urusan) kalimah yang keluar dari mulut-mulut mereka, mereka tidak berkata
melainkan dusta.
6. Bisa
jadi engkau akan binasakan diri mu, dengan dukacita, lantaran perbuatan-perbuatan mereka, jika mereka tidak
mahu percaya kepada omongan Quran ini.
7.
Sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya,
kerana kami hendak memberi percubaan kepada mereka siapakah dari antara mereka
yang baik amal-amal nya ?!
8. Dan
sesungguhnya kami akan jadikan apa yang ada padanya sebagai tanah yang rata.
9. Apakah
engkau sangka, bahawa orang-orang gua atau masuk gua itu yang tertulis namanya
padanya itu (sahaja) sebahagian dari tanda-tanda kami yang ajaib ?
10. Ingatlah tetakala orang-orang muda itu pergi
kegua, lalu mereka berdoa; “hai Tuhan
kami ! berilah rahmat kepada kami dari sisi mu, dan sediakan lah pertunjukan
bagi kami dalam urusan kami”.
11. Maka
kami adakan atas kuping-kuping mereka (tutupan) didalam gua itu beberapa tahun
(lamanya).
12.
Kemudian kami bangunkan mereka untuk kami buktikan siapa, dari antara dua
golongan itu, yang lebih biasa menghitung masa mereka tinggal.
13. Kami
menceritakan kepada mu khabaran mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu
orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambah bagi mereka
pertunjukan.
14. Dan
kami kuatkan hati-hati mereka dengan kesabaran, tetakala mereka berdiri, lalu
mereka berkata; “Tuhan kami, pengurus bagi langit-langit dan bumi, kami tidak
akan seru Tuhan selain dari Dia, kerana kalau bagitu, bererti kami berkata satu
perkataan yang melewati batas”.
15. “Mereka itu, kaum kami, mereka anggap selain dari Dia beberapa tuhan, alangkah
baiknya kalau mereka bisa bawakan keterangan yang nyata buat (diri-diri) mereka
! bukan kah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan dusta
atas nama Allah ?”.
16. Dan
“jika kamu tinggalkan mereka dan apa-apa yang mereka sembah – melainkan Allah –
maka pergilah kegua itu, nescaya Tuhan kamu akan berikan kepada kamu dari rahmatnya, dan nescaya ia sediakan
bagi kamu satu jalan yang gampang buat urusan kamu”.
17. Dan
engkau akan lihat matahari apabila ia terbit, condong dari gua mereka disebalah
kanan, dan apabila ia terbenam, ia tinggalkan mereka disebelah kiri, sedang
mereka ada ditempat yang lurus daripada nya, yang demikian itu setengah dari
tanda-tanda Allah, barang siapa Allah pimpin, maka adalah ia orang yang dijalan
lurus, dan barang siapa Allah sesatkan, maka engkau tidak akan dapat penolong
yang menunjukkan (jalan) baginya.
18. Dan
engkau sangka mereka sadar, pada hal mereka tidur, dan kami balik-balikkan
mereka kesebelah kanan dan kesebelah kiri, sedang anjing mereka membentangkan
dua kaki depan nya dipintu gua, jika engkau lihat mereka, nescaya engkau akan
berpaling dari mereka sambil lari, dan nescaya engkau akan dipenuhi dengan
ketakutan tentang (keadaan) mereka.
19. Dan
demikianlah kami bangunkan mereka, supaya mereka bertanya antara mereka. Salah
seorang dari mereka bertanya; “berapa (lamakah) kamu tinggal ?” mereka jawab;
“kita tinggal satu hari atau setengah hari”.
Berkata mereka; “Tuhan kamu lebih mengetahui, berapa lama kamu tinggal”,
utuslah salah seorang dari antara kamu dengan (wang) perak kamu ini kekota, dan
hendaklah ia periksa, siapa dari antara (penduduk) kota itu yang makanan nya
lebih baik, maka hendaklah ia bawa kan untuk kamu sedikit makanan daripadanya,
dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah ia sadarkan siapa pun
ditentang kamu.
20. (kerana) sesungguhnya jika mereka mengetahui
kamu, nescaya mereka akan rejam kamu atau mereka akan kembalikan kami kedalam
agama mereka, dan kamu tidak akan berbahagia selamanya.
21. Dan demikianlah kami unjukkan mereka (kepada
manusia), supaya mereka mengetahui, bahawa perjanjian Allah itu benar, dan
bahawa hari kiamat itu, tidak ada syak tentang (ada)nya. Ingatlah, tetakala mereka berbantahan antara
mereka tentang urusasn mereka (yang digua itu), lalu mereka berkata; “dirikan
lah atas mereka itu satu pendirian. Tuhan mereka lebih mengetahui tentang
mereka”. Berkata orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka; “sesungguhnya
kami akan adakan atas mereka satu tempat sembahayang”.
22.
Mereka akan berkata; “(mereka) itu, tiga (orang) yang ke empatnya (ialah) anjing
mereka”. Dan (sebahagian dari) mereka berkata; “(mereka itu) lima (orang), dan
yang ke enam nya (ialah) anjing mereka”, dengan sangkaan-sangkaan tentang
utusan ghaib, dan (sebahagian dari) mereka berkata; “(mereka itu) tujuh (orang)
dan yang kelapan nya (ialah) anjing mereka”. Katakan lah; “Tuhan ku lebih
mengetahui tentang bilangan mereka. Tidak ada yang mengetahui akan (bilangan)
mereka, melainkan sedikit”, oleh kerana
itu, janganlah engkau berbantahan tentang mereka, melainkan dengan bantahan
yang terang, dan janganlah engkau bertanya darihal mereka kepada seorang pun dari mereka itu.
23. Dan
janganlah engkau berkata tentang suatu (pekerjaan); “aku akan kerjakan yang
demikian.
24.
Kecuali bahawa dikehendaki oleh Allah, dan ingatlah akan Tuhan ku akan memimpin
ku kejalan yang lebih dekat kenyataan nya daripada (jalan) ini”.
25. Dan
mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun, dan mereka tambah sembilan
(lagi).
26.
Katakanlah; “Allah lebih mengetahui berapa lama mereka tinggal”, baginya lah
barang yang ghaib dilangit-langit dan bumi. Alangkah terang pemandangan nya !
dan alangkah jelas pandangan nya ! tidak ada bagi mereka penjaga selain diri
dia, dan tidak ada seorang pun yang ia jadikan sekutu dalam hukum nya.
27. Dan
bacakan lah apa yang diwahyukan kepada mu dari kitab Tuhan mu, tidak ada yang
bisa mengubah kalimah-kalimah nya, dan engkau tidak akan dapati tempat lari
selain daripadanya.
28. Tahan lah diri mu bersama orang-orang yang
menyeru Tuhan mereka duduk pagi dan petang (kerana) menghendaki keredaan Allah,
dan janganlah dua mata mu berpaling dari mereka (kerana) menghendaki perhiasan
penghidupan yang rendah ini, dan janganlah engkau turut orang yang kami telah
lalaikan hati nya dari mengingat kami dan ia menurutkan hawa nafsu nya, kerana
adalah pekerjaan nya melewati batas.
29. Dan
katakan lah; “kebenaran itu dari Tuhan kamu, maka barang siapa mahu, bolehlah
ia beriman, dan barang siapa mahu, boleh ia tidak percaya”. Sesungguhnya kami telah sediakan bagi
orang-orang yang zalim itu api neraka yang pagarnya itu melewati mereka, dan
jika mereka minta air, akan diberikan kepada mereka air seperti logam yang
terlebur yang menghanguskan muka-muka mereka, jelek sekali minuman itu dan
buruk sekali (api nereka itu) bagi tempat duduk.
30.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya kami
tidak akan sia-siakan ganjaran orang yang memperbaiki amal nya.
31. Mereka
itu, bagi mereka (disediakan) syurga
yang kekal, yang mengalir padanya bebeapa sungai-sungai, dihiaskan mereka
padanya dengan gelang-gelang emas, dan mereka
pakai pakaian-pakaian hijau dari sutra
yang halus dan sutra sulaman emas, sambil bersandar atas tempat-tempat duduk yang tinggi, baik sekali
ganjaran itu, dan bagus (syurga itu) sebagai tempat duduk.
32. Dan
adakan bagi mereka satu perumpamaan, (iaitu) dua laki-laki yang kami adakan bagi salah seorang dari mereka dua kebun dari
angur-angur dan kami kelilingi dua-dua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan kami
adakan diselang-selang dua-dua nya itu tumbuh-tumbuhan.
33.
Dua-dua kebun itu, mendatangkan hasilnya, dan ia tidak kurangi sedikit pun
daripadanya, dan kami pancarkan dicelah-celah dua-dua kebun itu dengan sungai.
34. Dan
adalah baginya buah, maka ia berkata kepada kawan nya – pada hal ia sedang
beromong-omong dengan dia -- ; “aku orang yang lebih baik hartanya daripada mu
dan lebih gagah pengikut nya”.
35. Lalu
ia masuk kedalam kebun nya, sedangkan ia berlaku zalim terhadap dirinya, ia
berkata; “aku tidak sangka kebun ini
akan binasa selamanya”.
36. “Dan
aku tidak percaya, bahawa kiamat akan datang, dan jika (diandaikan) aku akan
dikembalikan kepada Tuhan ku, nescaya aku dapati tempat kembali yang lebih baik
dari ini”.
37.
Berkata kawan nya kepada nya pada hal ia sedang beromong-omong dengan nya; “apakah engkau tidak percaya kepada zat
yang telah menjadikan mu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian ia
sempurnakan mu jadi seorang laki-laki ?”.
38.
Tetapi (kepercayaan) ku, dialah Allah, Tuhan ku, dan aku tidak sekutukan
seorang pun dengan Tuhan ku”.
39. “Dan
mengapakah waktu engkau masuk kedalam kebun mu, engkau tidak berkata; “apa yang
dikehendaki oleh Allah (jadi), tidak ada daya upaya melainkan dengan
(pertolongan) Allah ? jika engkau anggap aku lebih sedikit daripada mu tentang
harta dan anak”.
40. “Maka
mudah-mudahan Tuhan ku memberi kepada ku lebih baik daripada kebun mu, dan (bisa jadi) ia kirim atas kebun
mu satu azab dari langit, sehingga ia
jadi gondol, licin !”.
41. “Atau
airnya jadi surut kering, lalu engkau tidak bisa mendapati dia”.
42. Dan
dibinasakan hartanya, lalu jadilah ia
orang yang membolok-balik kan, dua tapak tangan nya, lantaran apa yang ia telah belanjakan padanya, pada hal ia
gugur dengan bumbung nya, dan ia akan berkata; “alangkah baik nya kalau aku
tidak sekutukan seorang dengan Tuhan mu”.
43. Dan
tidak ada baginya satu pun golongan yang akan menolong dia, selain dari Allah,
dan tidaklah dapat ia membela dirinya.
44.
Disana kekuasaan itu hanya bagi Allah yang benar, ia sebaik-baik (pemberi)
ganjaran dan sebaik-baik (pemberi) balasan.
45. Dan
adakan lah bagi mereka bidalan bagi penghidupan yang rendah ini, (iaitu)
seperti air yang kami turunkan dia dari langit, lalu bercampur dengan dia
tumbuh-tumbuhan (di) bumi, lalu ia jadi kering yang ditiup oleh angin-angin dan
adalah Allah, atas tiap-tiap sesuatu berkuasa.
46. Harta
dan anak-anak itu, perhiasan penghidupan dunia, tetapi amal-amal soleh yang
tinggal (buahnya) itu, lebih baik pada sisi Tuhan mu tentang ganjaran nya, dan
lebih baik tentang harapan.
47. Dan (ingatlah) hari yang kami akan jadikan
gunung-gunung, dan engkau akan lihat bumi itu dzahir, dan kami kumpulkan
mereka, hingga kami tidak akan tingglkan seornag pun dari antara mereka.
48. Dan
mereka akan dibawa kehidupan Tuhan
mereka dengan berbaris. “Sesungguhnya kamu telah datang kepada kami,
sebagaimana kami telah jadikan kamu pada mula-mula nya, tapi kamu sangka,
bahawa kami tidak akan adakan perjanjian bagi kamu”.
49. Dan akan dibentangkan kitab itu, maka engkau
akan lihat orang-orang yang berdusta itu takut kepada apa yang ada padanya. Dan
mereka akan berkata; “celakalah kami !
kitab apakah ini ? ia tidak tinggalkan yang kecil dan tidak yang besar,
melainkan ia hitungnya”, dan mereka dapati apa yang mereka telah kerjakan itu
sedia (ditulis), dan Tuhan mu tidak menganiayai seorang pun.
50. Dan
ingatlah, tetakala kami berkata kepada melaikat-melaikat “sujudlah kepada
adam”, lalu mereka sujud, melainkan
iblis, adalah ia dari golongan jin, maka ia derhaka kepada perintah Tuhan nya,
lantaran itu, apakah patut kamu mahu jadikan dia dan keturunan nya sebagai
ikutan selain daripada Ku. Pada hal ia itu, bagi kamu, satu musuh ? Jelek
tukaran itu, bagi orang-orang yang zalim.
51. Aku
tidak jadikan mereka saksi atas kejadian langit-langit dan bumi, dan tidak juga
(atas) kejadian diri-diri mereka, dan aku tidak jadikan penyesat-penyesat
sebagai penolong.
52. Dan
(ingatlah) hari yang ia berfirman; “panggillah sekutu-sekutu ku yang kamu
adakan” lalu mereka panggil sekutu mereka, tetapi mereka itu tidak perkenankan
(panggilan) mereka itu, dan kami adakan antara mereka, satu tempat kebinasaan.
53. Dan
orang-orang yang derhaka itu akan melihat neraka, dan akan yakin, bahawa mereka
akan jatuh didalam nya, dan mereka tidak dapati tempat berpaling daripadanya.
54. Dan
sesungguhnya kami telah ulang-ulang kan dalam Quran ini, bagi manusia, dari
tiap-tiap perumpamaan, tetapi adalah manusia (makhluk) yang paling banyak bantahan.
55. Dan tidak menegah manusia daripada beriman
dan meminta ampun kepada Tuhan mereka duduk datang kepada mereka pertunjukkan,
melainkan (rupanya) lantaran hendak menunggu datangnya kehinaan yang telah
menimpa orang-orang yang dahulu atau kedatangan
azab berdepan-depan !.
56. Dan
tidak kami utus Rasul-Rasul, melainkan sebagai pengemar-pengemar dan
pengancam-pengancam, tetapi mereka yang tidak percaya, membantah dengan (cara)
yang salah, kerana mereka hendak menghilangkan kebenaran dengan (cara) itu, dan
mereka jadikan ayat-ayat ku dan ancaman yang didirikan kepada mereka, sebagai
permainan.
57. Dan
bukan kah tidak ada yang lebih menganyanyai
(diri) daripada orang yang sudah diingatkan kepadanya ayat-ayat Tuhan
nya, tetapi ia berpaling daripadanya dan lupa kepada apa yang telah dikerjakan
oleh dua tangan nya ? sesungguhnya kami telah adakan atas hati-hati mereka
tutupan-tutupan, supaya mreka tidak dapat mengerti, dan ditelinga-telinga
mereka (kami adakan) satu benda yang berat, maka diwaktu itu, tidaklah mereka
mahu terpimpin selamanya.
58.
Tetapi Tuhan mu, pengampun, yang mempunyai rahmat, jika ia mahu menyeksa mereka
lantaran apa yang mereka telah usahakan nescaya ia lekaskan bagi mereka, azab
itu tetapi adalah bagi mereka satu waktu tertentu yang mereka tidak akan dapat
tempat perlindungan selain daripada nya.
59. Dan
(penduduk) negari-negeri itu kami telah binasakan, tetakala mereka berlaku
zalim, dan buat membinasakan mereka, kami adakan satu waktu yang tertentu.
60. Dan
ingatlah tetakala Musa berkata kepada pelayan nya “aku tidak akan berhenti
hingga kau sampai dibatas (pertemuan) dua laut itu, atau (hingga) aku berjalan
satu masa yang panjang”.
61. Maka
tetakala mereka berdua sampai dipertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan
ikan mereka, maka ikan itu ambil jalan nya menebus kelaut.
62. Maka
tetakala mereka berdua sudah melewati nya, berkatalah ia kepada pelayan nya;
“bawalah makanan kita, sesungguhnya kita telah bertemu kepenatan dari
perjalanan kita ini”.
63. Ia
berkata; “tidak kah engkau fikirkan tetakala kita berlindung dibatu besar itu,
iaitu aku telah lupa akan ikan kita, dan tidak ada yang melupakan daku buat
menyebutnya, melainkan syaitan, lalu ia ambil jalan nya kelaut dengan cara yang
anih”.
64. Ia berkata;
“itulah dia apa yang kita kehendaki”,
lalu dua-dua nya kembali, dengan mengambil jalan waktu datang nya.
65. Lalu
mereka berdua dapati seorang hamba dari hamba-hamba kami yang kami telah beri
kepada nya satu rahmat dari sisi kami, dan kami telah ajar kepada nya satu ilmu
dari sisi kami.
66.
Berkata Musa kepadanya; “boleh kah aku ikut mu, dengan syarat engkau ajarkan
kepada ku sebahagian dari apa yang telah diajarkan kepada mu ?”
67. Ia
berkata; “sesungguhnya engkau tidak akan bisa sabar bersama ku”.
68.
“Kerana bagaimanakah engkau bisa sabar atas sesuatu yang engkau belum liputi
pengetahuan tentangnya ?”
69. Ia
berkata; “engkau nanti dapati akan daku, inshahAllah, orang yang sabar, dan aku
tidak akan derhaka kepada mu (dalam) urusan apa
sahaja”.
70. Ia
berkata; “maka sekiranya engkau ikut ku, janganlah engkau tanya kepada ku tentang sesuatu,
sebelum aku menceritakan nya kepada mu”.
71. Lalu
mereka berdua berjalan sehingga tetakala mereka sudah naik perahu, maka ia
lubangkan dia. “apakah (patut) engkau lubangi dia buat menenggelamkan
penumpang-penumpang nya ? sesungguhnya engkau telah adakan satu perahu yang
besar (salahnya)”.
72. Ia
berkata; “bukankah aku telah berkata kepada mu, bahawa engkau tidak akan bisa
sabar bersama ku ?”.
73. Ia
berkata; “janganlah engkau marah akan daku lantaran kelupaan ku dan jangan lah
engkau bebankan daku kepayahan dalam urusan ku”.
74. Lalu
mereka berdua berjalan, sehingga tetakala mereka bertemu seorang anak muda, ia
bunuh dia. Ia berkata; “patutkah engkau bunuh satu jiwa yang bersih dengan
tidak sebab ia bunuh orang-orang sesungguhnya engkau telah kerjakan satu
perbuatan yang munkar”.