Al-Mu'minun 1~118
AN-NUR (1 ~ 64).
AL-FURQAN (1-20).
Al-Mu'minun 1~118
2. Yang
khusuk didalam sembahayang mereka,
3. Dan
yang berpaling daripada perkara sia-sia,
4. Dan
yang mengeluarkan zakat,
5. Dan
yang memelihara kemaluan-kemaluan mereka,
6.
Kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan apa yang dimiliki oleh tangan-tangan
kanan mereka, maka tidaklah mereka tercela.
7. Tetapi
barang siapa mahu lain dari demikain, maka mereka itu ialah orang-orang yang
melewati batas.
8. Dan
yang menjaga amanat-amanat dan janji mereka.
9. Dan
yang memelihara sembahayang mereka.
10.
Mereka itu ialah orang-orang yang jadi warith.
11. Yang
akan mewarisi firdaus yang mereka akan kekal padanya.
12. Dan
sesungguhnya kami telah jadikan manusia dari air yang tersaring dari tanah.
13.
Kemudian, kami jadikan dia setitik mani ditempat ketetapan yang terpilihara.
14. Kemudian, kami jadikah mani itu sekepal darah,
lantas darah itu kami jadikan seketul daging, lantas daging itu kami jadikan
tulang-tulang, kemudian, kami liputi dengan daging, kemudian, kami jadikan dia
satu kejadian yang lain (sifatnya) maka maha
suci Allah, sebaik-baik pembikin !.
15. Kemudian,
sesungguhnya kamu sesudah itu, jadi bangkai-bangkai.
16.
Kemudian, sesungguhnya kamu, pada hari kiamat, akan dibangkitkan.
17. Dan
sesungguhnya kami telah jadikan diatas kamu tujuh jalan, dan tidaklah kami
lalai daripada makhluk (kami).
18. Dan
kami turunkan air dari langit dengan ukuran, dan kami duduk kan dia dibumi, pada hal kami berkuasa menghilangkan
nya.
19. Lalu
dengan air itu kami adakan untuk kamu kebun-kebun dari kurma dan angur, bagi
kamu dalam kebun-kebun itu ada beberapa banyak buah-buahan, dan dari
(kebun-kebun) itu kamu makan.
20. Dan
(kami adakan) pohon yang keluar dari thursina
(pohon zaiton) yang tumbuh dengan
mengandung minyak dan pemakan makanan bagi orang-orang ang makan.
21. Dan sesungguhnya dibinatang-binatang ternak
itu ada bagi kamu satu pelajaran, kami beri kamu minum (susu) dari perut-perut
nya, dan adalah bagi kamu pada nya beberapa menafaat, dan sebahagian daripadanya,
kamu makan.
22. Dan
diatasnya dan diatas kapal, kamu dikandarkan.
23. Dan
sesungguhnya kami telah utus Nuh
kepada kaum nya, lalu ia berkata; “hai kaum ku ! sembahlah Allah , tidak ada
bagi kamu Tuhan lain daripadanya. Maka apakah tidak mahu kamu berbakti ?”
24. Maka
golongan bangsawan yang kufur dari kaumnya itu berkata; “ia ini tidak lain
melainkan manusia seperti kamu. Ia hendak jadi ketua atas kamu, pada hal kalau
Allah mahu, nescaya bisa ia turunkan melaikat.
Kami tak pernah dengar (agama seperi) ini di(tarikh) bapa-bapa kami yang
dahulu-dahulu”.
25. “Ini
tidak lain melainkan seorang laki-laki yang ada padanya sifat gila, lantaran
itu, awasilah dia hingga satu masa”.
26. Ia
berkata; “hai Tuhan ku ! tolonglah akan daku, sebab mereka telah dustakan
daku”.
27. Maka
kami wahyukan kepadanya; “bikinlah kapal
itu dihadapan kami dan (dengan pimpinan) wahyu kami, maka apabila datang
perintah kami dan mendidih bumi, maka muatkan lah padanya dari tiap-tiap (jenis) dua sepasang dan ahli
mu, kecuali dari antara mereka orang yang telah ditentukan lebih dahulu atasnya
seksaan, maka janganlah engkau hadapkan omongan kepada ku tentang orang-orang yang
zalim itu.
28. “Maka
apabila orang-orang yang berserta mu telah berada dikapal itu, maka ucaplah;
‘sekelian pujian kepunyaan Allah yang telah selamatkan kami daripada kaum yang
zalim’ ”.
29. “Dan
berkatalah; “hai Tuhan ku ! turunkan lah akan daku ditempat turun yang
diberkati, kerana sesungguhnya engkau sebaik-baik yang menurunkan”.
30.
Sesungguhnya dalam (kejadian) itu ada beberapa pelajaran, kerana sesungguhya
kami memberi percubaan.
31.
Kemudian kami adakan, sesudah mereka, satu turunan yang lain.
32. Lalu
kami kirim kepada mereka seorang Rasul dari antara mereka (yang berkata);
“sembahlah Allah tidak ada bagi kamu Tuhan selain daripadanya. Maka tidakkah kamu mahu berbakti ?”.
33. Tetapi orang-orang bangsawan daripada kaumnya
yang kufur dan mendustakan pertemuan (hari) akhirat, pada hal kami telah beri
nikmat kepada mereka dipenghidupan dunia, (berkata); “ia ini tidak lain melainkan manusia seperti kamu, ia makan apa yang
kamu makan, dan ia minum apa yang kamu minum”.
34. “Dan
jika kamu taat kepada manusia yang seperti kamu, nescaya sesungguhnya kamu,
diwaktu itu, orang-orang yang rugi”.
35.
“Bukankah ia dijanjikan kamu, sesungguhnya kamu, apabila sudah mati dan jadi
tanah dan (tinggal) tulang, bahawa kamu akan dikeluarkan?”.
36. “Jauh
! jauh (kebenaran) bagi apa yang dijanjikan kepada kamu !”.
37.
“Tidak ada ia melainkan kehidupan kita (di)dunia, kita mati dan kita hidup, dan
tidaklah kita akan dibangkitkan”.
38.
“Iaitu tidak lain, kecuali seorang yang adakan satu dusta atas (nama) Allah,
dan tidak kami mahu beriman kepadanya”.
39. Ia
berakta ! “hai Tuhanku ! oleh sebab mereka telah dustakan daku, tolonglah akan
daku”.
40. Ia
berfirman; “dalam sedikit masa lagi mereka akan jadi orang-orang yang
menyesal”.
41. Lantas
azab yang menimpa mereka dengan adil, lalu kami jadikan mereka sampah sarap,
maka, kebinasaan lah (kami sediakan) bagi kaum yang zalim itu.
42.
Kemudian sesudah mereka, kami jadikan beberapa turunan yang lain.
43. Tidak
ada satu pun umat bisa mendahului ajalnya dan tidak bisa mereka terkemudian.
44.
Kemudian kami kirim Rasul-Rasul kami
satu persatu. Tiap-tiap kali satu umat didatangi oleh Rasul nya, mereka
dustakan dia. Lalu kami iringkan sebahagian dari mereka dengan sebahagian, dan
kami jadikan mereka buah mulut, maka kebinasaan
(kami sediakan) bagi kaum yang tidak beriman.
45.
Kemudian kami kirim Musa dan saudaranya, Harun, dengan (membawa)
mukzizat-mukzizat (dari) kami dan keterangan yang nyata.
46.
Kepada firaun dan keluarganya, lalu mereka menyombong, kerana adalah mereka kaum
yang berkuasa.
47. Iaitu
mereka berkata; “apakah (patut) kita beriman kepada dua manusia seperti kita
sedangkan kaum mereka jadi budak-budak kita ?”.
48. lalu
mereka dustakan kedua-duanya maka jadilah mereka dari orang-orang yang
dibinasakan.
49. Pada hal
sesungguhnya kami telah beri kepada Musa kitab (taurat) supaya mereka terpimpin.
50. Dan
kami jadikan anak Mariam dan ibunya satu mukzizat dan kami lindungkan mereka
berdua ditempat tinggi yang rata dan bermata air.
51. “Hai
Rasul-Rasul ! makanlah dari benda-bennda yang baik dan beramallah (amal) soleh,
kerana sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
52. “Dan
sesungguhnya (agama) ini agama kamu, agama yang tunggal, dan aku ini Tuhan
kamu, oleh itu berbaktilah kepada ku”.
53. Lalu
(pengikut-pengikut) mereka pecahkan urusan mereka diantara mereka (jadi)
beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergirang dengan pegangan masing-masing.
54. Maka
biarkan lah mereka (ya Muhamad) didalam kesesatan mereka hingga satu masa.
55.
Adakah mereka menyangka bahawa apa yang kami kurniakan kepada mereka dari harta
dan anak-anak itu, (bererti).
56. Kami
bersegera pada (memberi) kebaikan-kebaikan untuk mereka ? (tidak demikian) !
bahkan mereka tidak sadar.
57.
Sesungguhnya orang-orang yang berbimbing hati lantaran takut kepada Tuhan
mereka.
58. dan
orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Tuhan mereka.
59. Dan
orang-orang yang tidak menyegutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.
60. Dan
orang-orang yang mengerjakan apa yang mereka kerjakan pada hal hati-hati mereka
takut bahawa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.
61. Mereka
itu (semua ialah orang-orang yang) bersegera pada kebaikan-kebaikan dan kepada
nya mereka berlumba.
62. Dan kami tidak bertekan satu jiwa melainkan
sekadar kuasanya, dan disisi kami ada sebuah kitab yang berkata-kata dengan
benar, dan mereka tidak akan dianiayai.
63.
Tetapi hati-hati mereka dalam kesesatan ditentang ini, dan mereka ada mempunyai
amal-amal yang mereka kerjakan selain dari ini.
64.
Hingga apabila kami kenakan azab atas orang-orang kaya mereka, tiba-tiba mereka
berteriak meminta tolong.
65.
“Jangan lah kamu berteriak meminta tolong pada hari ini, kerana sesungguhnya
kamu tidak akan diberi pertolongan dari
(azab) kami”.
66.
“Sesungguh nya adalah ayat-ayat ku dibacakan kepada kamu, tetapi adalah kamu
berjalan mundur atas tumit-tumit kamu”.
67.
“Dengan sombong, sedang ketika beromong tentang (Quran) itu diwaktu malam, kamu
ucapkan perkataan kotor”.
68. Maka
apakah tidak mahu mereka mememperhatikan perkataan itu ? ataukah telah datang
kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada bapa-bapa mereka yang dahulu
?.
69.
Ataukah mereka tidak kenal Rasul mereka, lalu mereka ingkari dia ?
70. Ataukah mereka hendak berkata, ia mempunyai sifat
gila ? (tidak demikian) ! bahkan ia datang kepada mereka dengan (membawa)
kebenaran, sedang kebanyakan dari mereka tidak suka kepada kebenaran.
71. Dan
sekiranya kebenaran tunduk kepada hawa nafsu mereka, nescaya rosak langit-lanngit
dan bumi dan apa-apa yang ada pada nya. Bahkan kami beri kepada mereka
kehormatan mereka, tetapi dari kehormatan itu mereka berpaling.
72.
Ataukah engkau minta upah dari mereka ? (tidak) ! kerana upah dari Tuhan mu
lebih baik, dan ia lah sebaik-baik pengurnia.
73.
Tetapi sesungguhnya engkau ajak mereka kejalan yang lurus.
74. Dan
sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari kemudian, berpaling
dari jalan
(yang lurus) itu.
75. Dan
sekiranya kami kesihani mereka dan kami hilangkan kepayahan yang ada pada
mereka, nescaya mereka mengembara berpanajangan dalam kesesatan mereka.
76. Dan
sesungguhnya (pernah) kami kenakan azab kepada mereka, tetapi mereka tidak
merendah kepada Tuhan mereka dan tidak mereka mendoa kepadanya.
77.
Hingga apabila kami bukakan atas mereka satu pintu yang mempunyai azab yang
sangat, tiba-tiba mereka berputus harapan disitu.
78. Dan
ia lah yang ada kan untuk kamu pendengaran dan penglihatan-penglihatan dan
hati-hati, sedikit sekali kami bersyukur !.
79. Dan
ia lah yang jadikan kamu dibumi, dan kepadanyalah kamu akan dikumpulkan.
80. Dan
ia lah yang menghidupkan dan mematikan, dan kepadanyalah peredaran malam dan
siang, maka tidak kah mahu kamu mengerti ?
81.
Tetapi mereka berkata sebagaimana perkataan orang-orang dahulu.
82.
(Iaitu) mereka berkata; “adakah apabila kami sudah mati dan kami jadikan tanah
dan (tinggal) tulang, bahawa kami akan dibangkitkan ?”.
83. “Sesungguhnya
(hal) ini telah diancamkan kepada kami dan kepada bapa-bapa kami sebelum ini,
hal ini tidak lain melainkan dongengan orang-orang dahulu kala” .
84.
Tanyalah; “kepunyaan siapakah bumi dan apa-apa yang ada padanya, jika kamu tahu
?”.
85.
Mereka akan jawab; “kepunyaan Allah”. Tanyalah; “apakah kamu tidak mahu ingat
?”.
86. Tanyalah; “siapakah Tuhan bagi langit yang tujuh
dan Tuhan bagi Arash yang besar ?”
87.
Mereka akan berkata; “kepunyaan Allah”.
88.
Tanyalah; “ditangan siapakah kekuasaan
tiap-tiap sesuatu, sedang ia mengandungi dan tidak ada yang bisa
dilindungi (dari mukanya) jika kamu tahu ?”
89.
Mereka akan berkata; “kepunyaan Allah”.
Tanyalah; “kalau bagitu, dari jalan manakah kamu ditipu ?”
90.
Bahkan kami telah bawakan kepada mereka kebenaran, tetapi sesungguhnya mereka
itu orang-orang yang dusta.
91. Allah tidak sekali-sekali mempunyai anak, dan tidak
sekali-sekali ada beserta nya lain tuhan, jika demikian, nescaya tiap-tiap
tuhan berpisah bersama apa yang ia jadikan, dan nescaya sebahagian dari
tuhan-tuhan itu mengalahkan sebahagian. Maha suci Allah dari keadaan yang
mereka sifatkan !
92. Yang
mengetahui azab dan hadir, oleh itu, maha tinggi ia dari apa yang mereka
sekutukan (dia).
93.
Katalah; “hai Tuhan ku ! jika engkau hendak unjukkan kepada ku (azab) yang diancamkan kepada
mereka”.
94. “Maka
janganlah, hai Tuhan ku ! engkau biarkan daku dalam kaum yang zalim itu”.
95. Dan
sesungguhnya kami berkuasa menunjukkan kepada mu (azab) yang kami janjikan atas
mereka.
96.
Tolaklah kejahatan (mereka) itu dengan cara yang lebih baik, kami amat
mengetahui bagaimana mereka sifatkan (kami).
97. Dan katakan; “hai Tuhan ku ! aku berlindung
kepada mu dari bisikan syaitan-syaitan”.
98. “Dan
aku berlindung kepada mu, hai Tuhan ku, daripada kehadiran mereka disisi ku”,
99.
Hingga apabila datang maut kepada sesorang dari mereka, ia berkata; “hai Tuhan
ku ! kembalikanlah akan daku”,
100.
“Supaya aku kerjakan (amal) soleh dalam urusan yang aku telah sia-siakan”,
tidak sekali-sekali ! sesungguhnya yang demikian itu perkataan yang ia ucapkan
dia, pada hal dibelakang mereka ada satu dinding hingga hari mereka
dibangkitkan.
101. Kemudian
apabila ditiup Sengkala, maka dihari itu tidak ada hubungan-hubungan keluarga
diantara mereka dan tidak mereka bertanya-tanya.
102.
Tetapi barang siapa berat timbangannya, maka merekalah orang-orang yang jaya.
103. Dan barang
siapa ringan timbangan nya, maka merekalah orang-orang yang merugikan diri nya,
kekal dijahanam.
104. Api
memakan muka-muka mereka, dan mereka didalamnya, bermuka yang tidak berdaging.
105.
“Tidak kah ayat-ayat ku dibacakan kepada kamu, tetapi adalah kamu mendustakan
nya ?”.
106.
Mereka berkata; “hai Tuhan kami ! kecelakaan kami telah menimpa kami, kerana
adalah kami kaum yang sesat”.
107. “Hai
Tuhan kami ! keluarkan lah kami dari (neraka)
ini, jika kami kembali, maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim”.
108. Ia
berkata; “tinggal lah kami didalam nya dan janganlah kamu berkata-kata kepada
ku”.
109.
“(Kerana) sesungguhnya adalah segolongan dari hamba-hamba ku berkata; “hai
Tuhan kami ! kami telah beriman, maka ampunkan lah kami dan kasihani lah kami,
lantaran engkau sebaik-baik pengasihan”.
110. “Tetapi
kamu jadikan mereka ejekan, hingga mereka menyebabkan kamu lupa kapada
mengingat ku, dan adalah kamu tertawa kan mereka.
111. “sesungguhnya aku ganjari mereka, pada hari ni, dengan
sebab kesabaran mereka, bahawa merekalah orang-orang yang dapat kemenangan”.
112. Ia
bertanya; “berapakah lamanya kamu tinggal diam dibumi (menurut) bilangan tahun
?”.
113.
Mereka jawab; “kami diam sehari atau sebahagian dari sehari, maka tanyalah
penghitung-penghitung”.
114. Ia
berkata; “kamu tidak diam (dibumi) melainkan sedikit, jika kamu tahu”.
115.
“Maka apakah kamu sangka bahawa kami jadikan kamu itu sia-sia, dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada kami ?”.
116. Maha
tinggi Allah, raja yang sebenarnya ! tidak ada Tuhan melainkan dia, Tuhan bagi Arash yang mulia.
117. Dan
barang siapa menyeru Tuhan yang lain berserta Allah, pada hal tidak ada
sekali-sekali baginya keterangan ditentang itu, maka perhitungan nya adalah
disisi Tuhan nya. Sesungguhnya orang-orang kafir, tidak akan dapat kejayaan.
118. Dan katalah; “hai Tuhan ku ! berilah ampun dan kasihani lah, kerana sesungguhnya
engkau sebaik-baik pengasihan”.
{24}
AN-NUR (1 ~ 64).
AN-NUR (1 ~ 64).
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. (ini) satu surah yang kami turunkan dia, dan
kami wajibkan dia, dan kami muatkan padanya beberapa ayat yang nyata, supaya
kamu dapat peringatan.
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina,
maka dera lah tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali deraan, dan janganlah
kamu dikalahkan dalam (menjalankan) agama Allah oleh kasihan (kamu) kepada
mereka berdua, jika (benar) kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan
azab mereka itu hendaklah disaksikan oleh segolongan dari mukmin.
3.
Laki-laki yang berzina tidak akan berkhawain
melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musrik, dan
perempuan yang berzina tidak akan berkhawain dengan nya melainkan laki-laki
yang berzina atau laki-laki musrik, sedang yang demikian itu diharamkan atas
mukmin.
4. Dan
orang-orang yan g menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina),
kemudian mereka tidak hadirkan empat
saksi, maka dera lah mereka lapan puluh
kali deraan, dan jangan lah kamu terima persaksian mereka (yang didera) itu
selamanya, kerana mereka itu ialah orang-orang pasik.
5.
Kecuali orang-oranng yang taubat sesudah itu dan berlaku baik, maka
sesungguhnya, Allah pengampun, panyayang.
6. Dan
orang-orang yang menuduh isteri-isteri mereka, pada hal tidak ada saksi-saksi
bagi mereka, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka persaksian seorang dari
mereka ialah empat kali persaksian dengan nama Allah, bahawa ia dari
orang-orang yang benar.
7. Dan
yang kelima, bahawa laknat Allah atas dirinya jika adalah ia dari orang-orang
yang dusta.
8. Dan
hilangkan dari (perempuan) itu seksa (dera) oleh penyaksian nya empat kali dengan
nama Allah, bahawa (suaminya) itu dari orang-orang yang berdusta.
9. Dan
kelima, bahawa kemurkaan Allah atas dirinya jika adalah (suaminya) itu dari
orang-orang benar.
10. Dan
(alangkah besar bahaya) kalau tidak ada
kurnia Allah atas kamu dan rahmat nya, dan (kalau tidak) Allah itu penerima taubat, bijaksana !
11.
Sesungguhnya orang-orang yang bawa fitnah itu segolongan dari kamu, jangan kamu
sangka (fitnah) itu kejahatan buat kamu, bahkan ia kebaikan buat kamu.
Tiap-tiap seorang dari mereka akan dapat (ganjaran bagi)dosa yang ia telah
kerjakan, sedang orang yang mengetahui penyiaran nya dari antara mereka adalah
bagi nya azab yang besar.
12.
Diwaktu kamu dengar (tuduhan) itu mengapakah mukminin dan mukminat tidak
menyangka baik akan diri mereka, dan berkata; “ini satu dusta yang nyata ?”.
13. Mengapakah mereka tidak adakan empat saksi
atas (tuduhan) itu ? lantaran mereka tidak ada kan sakai-saksi, maka mereka
itu, disisi Allah, ialah orang-orang yang berdusta.
14. Dan
sekiranya tidak dengan kurnia Allah atas kamu dan rahmat nya didunia dan
akhirat, nescaya azab yang besar mengenai kamu, lantaran fitnah nya yang kamu
mendalam padanya itu.
15.
(Iaitu) tetakala kamu sampai menyampaikan dia dengan lidah-lidah kamu, dan kamu
kenakan dengan mulut-mulut kamu, sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
ditentang nya, dan kamu sangka dia perkara kecil, pada hal ia, disisi Allah,
(satu perkara) yang besar.
16. Dan
tetakala kamu mendengar, mengapakah tidak kamu berkata; “tidak ada faedahnya
bagi kita memperkatakan (urusan) ini ! maha suci engkau ! ini satu dusta yang
besar ?”.
17. Allah
melarang kamu kembali mengerjakan seperti itu selamanya, jika adalah kamu
orang-orang mukmin.
18. Dan
Allah terangkan kepada kamu ayat-ayat
itu, kerana Allah mengetahui, bijaksana.
19.
Sesungguhnya mereka yang suka tersiar kejelekan dalam (golongan) orang-orang
yang beriman, akan mendapat azab yang pedih didunia dan akhirat, kerana Allah mengetahui , sedang kamu tidak
mengetahui.
20. Dan
sekiranya tidak kerana kurnia Allah atas kamu dan rahmatnya dan (sekiranya
tidak kerana) Allah itu pengasih, penyayang, (sencaya binasalah kamu).
21. Hai
orang-orang yang beriman ! janganlah kamu turut lengkah syaitan, kerana barang
siapa mahu menurut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya ia menyuruh
(manusia berbuat) kecelakaan dan kemurkaan, dan sekiranya tidak kerana kurnia
Allah atas kamu dan rahmatnya, nescaya tidak sekali-sekali seorang pun dari
kamu jadi bersih, tetapi Allah membersihkan siapa yang ia kehendaki, kerana
Allah itu melihat, mengetahui.
22. Dan
janganlah orang-orang yang mampu dan berkelapangan dari antara kamu (bersumpah)
tidak mahu membantu akan keluarga yang hampir dan miskin-miskin dan orang-orang
yang berhijrah dijalan Allah, tetapi hendaklah mereka maafkan dan hendaklah
mereka tidak hiraukan. Bukan kah kamu suka Allah ampunkan kamu, kerana Allah
itu pengampun, penyayang ?.
23.
Sesungguh nya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang bersih, yang
jujur, yang beriman itu, dilaknat didunia dan akhirat, dan adalah bagi mereka
azab yang besar.
24.
(Iaitu) dihari yang lidah-lidah mereka dan tangan-tangan mereka dan kaki-kaki
mereka akan menyaksikan atas mereka, apa yang mereka telah kerjakan.
25.
Dihari itu, Allah akan sempurnakan bagi mereka balasan mereka yang sebenarnya,
dan mereka akan mengetahui bahawa Allah itu
ialah kebenaran yang nyata.
26.
Perkara-perkara yang kotor, (layak) bagi orang-orang yang kotor, dan
orang-orang yang kotor, (layak) bagi
perkara-perkara yang kotor, sedang perkara-perkara yang baik, (layak) bagi
orang-orang yang baik, dan orang-orang yang baik, (layak) bagi perkara-perkara
yang baik. Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dikatakan oleh mereka
(yang kotor), mereka akan dapat keampunan dan rezeki yang mewah.
27. Hai
orang-orang yang beriman ! janganlah kamu masuk rumah-rumah selain dari rumah-rumah
kamu, melainkan sesudah kamu minta izin dan (sesudah) kamu beri salam kepada
penduduk nya, yang demikian itu baik buat kamu, supaya kami ingat.
28. Maka
sekiranya kamu tidak dapati seorang (laki-laki) padanya, maka janganlah kamu
masuk, hingga diizinkan bagi kamu, dan jika dikata kepada kamu; “kembalilah”,
hendaklah kamu kembali, yang demikian itu lebih bersih buat kamu, dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.
29. Tidak
jadi kesalahan atas kamu, kalau kamu masuk rumah-rumah yang tidak
ditinggali orang, yang didalamnya ada kumpulan kamu, dan Allah mengetahui apa
yang kamu nyatakan dan apa yag kamu sembunyikan.
30.
Suruhlah mukmin menundukkan sebahagian dari pandangan-pandangan mereka, dan
memelihara kemaluan-kemaluna mereka, yang demikian itu lebih bersih buat
mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka kerjakan.
31. Dan suruhlah mukminat menundukkan sebahagian
dari pandangan-pandangan dan memelihara kemaluan-kemaluan mereka, dan janganlah
mereka nampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya, dan
hendaklah mereka menutup dada-dada mereka dengan tudung-tudung mereka, dan
jangan mereka nampakkan perhiasan mereka melainkan kepada suami mereka, atau
bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa bagi suami-suami mereka, atau anak-annak
mereka, atau anak-anak bagi suami-suami mereka atau saudara-saudara laki-laki
mereka, atau anak-anak bagi saudara-saudara perempuan mereka, atau
perempuan-perempuan mereka, atau siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan
kanan mereka, atau pelayan-pelayan yang tidak mempunyai keinginan, atau
anak-anak yang belum melihat aurat-aurat perempuan, dan janganlah mereka hentak
kaki mereka buat memberitahu apa yang mereka sembunyikan daripada perhiasan
mereka. Dan taubatlah sekelian kepada
Allah, hai mukmin, supaya kamu dapat kejayaan.
32. Dan
khawin kan lah orang-orang laki-laki dan perempuan yang janda dari antara kamu
dan hamba-hamba laki-laki dan hanba-hamba perempuan kamu yang layak
(berkhawin). Jika mereka miskin, nanti
Allah mampukan mereka dengan kurnianya, kerana Allah itu luas (pemberian nya),
mengetahui.
33. Dan
hendaklah orang-orang yang belum mampu khawin, menjaga kehormatan mereka,
hingga Allah mampukan mereka dengan kurnianya, dan orang yang hendak bikin
perjanjian dari mereka yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu, maka
bikinlah perjanjian itu dengan mereka, jika kamu tahu ada kebiasaan dari harta
Allah yang ia telah berikan kepada kamu, dan jangan lah kamu paksa hamba-hamba
perempuan kamu berzina buat mendapatkan harta didunia, apabila mereka mahu
hidup bersih, dan barang siapa mamaksa mereka,
maka sesudah paksaan itu, sesungguhnya Allah, pengampun, panyayang.
34. Dan
sesungguhnya kami telah turunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerengan,
dan sebagai contoh bandingan dari mereka yang telah lalu sebelum kamu, dan
sebagai nasihat bagi orang-orang yang
berbakti.
35.
Allah itu nur bagi langit-langit dan
bumi, bandingan nurnya (adalah) seperti
satu kurungan pelita yang didalam nya ada pelita, (sedang) pelita itu dalam
satu kaca, (dan) kaca itu sebagai benteng yang seperti mutiara, yang dinyalakan (dengan minyak) dari
pohon yang banyak faedah (iaitu) zaiton yang bukan bangsa timur dan bukan
bangsa barat, yang minyak nya (sahaja) hampir menerangi, walau pun tidak
disentuh api. Nur atas nur, Allah
memimpin kepada nurnya, siapa yang ia kehendaki, dan Allah mengadakan
perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah itu mengetahui tiap-tiap
sesuatu.
36. (Iaitu) dirumah-rumah yang Allah beri izin buat
di ingatkan dan disebut namanya disitu, (iaitu rumah-rumah yang) pagi dan
petang bersembahayang nya kerana Allah.
37.
Beerapa laki-laki yang tidak dapat dilalaikan mereka oleh beli dan tidak oleh
jual daripada mengingat Allah dan (daripada) mendirikan sembahayang dan (dari)
mengeluarkan zakat, yang takut kepada
hari yang berbolak-balek hati-hati dan pandangan-pandangan.
38.
Supaya Allah ganjarai mereka lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan,
dan supaya tambah bagi mereka sebahgian dari kurnianya, kerana Allah memberi
rezeki kepada siapa-siapa yang ia kehendaki, dan tidak berhitung.
39. Dan
orang-orang yang kufur itu, amal-amal mereka seperti bayangan air ditanah rata
yang disangka air oleh orang yang dahaga, hingga apabila ia datang kesitu, tidak
ia berjumpa apa-apa, tetapi ia berjumpa Allah disisinya, lalu ia sempurnakan
perhitungan nya kerana Allah itu cepat mengetahui.
40. Atau
seperti gelap gelita dilautan yang dalam serta luas, yang diliputi oleh ombak
diatas ombak, yang sebelah atasnya (pula) mega, (sekelian itu) gelap gelita
yang sebahagian menutup atas sebahagian, yang apabila ia hulurkan tangan nya hampir
tidak bisa ia melihatnya, kerana barang siapa Allah tidak beri kepadanya nur,
nescaya tidak ada baginya sebarang nur.
41. Tidak
kah engkau mengetahui, bahawa se nya Allah itu beribadat kepadanya apa-apa yang
dilangit-langit dan bumi dan burung yang bersayap, masing-masing tahu
sembahayang nya dan perjalanan nya, dan Allah itu mengetahui apa-apa yang
mereka kerjakan.
42. Dan bagi Allah lah kekuasaan langit-langit
dan bumi, dan kepada Allah lah tempat kembali (makhluk).
43. Tidak
kah engkau lihat, bahwa Allah membawa mega, kemudian ia kumpulkan diantara nya,
kemudian ia jadikan dia bersusun, lalu engkau lihat hujan turun dari
celah-celah nya, dan ia turunkan salji
dari langit (iaitu) dari gunung-gunung disana, lalu ia berikan dia kepada siapa
yang ia kehendaki, dan ia palingkan dia dari siapa yang ia kehendaki, (ialah
mega yang) sebenar kilatnya hampir menghilangkan pandangan-pandangan ?.
44. Allah
mengulang-mengulang kan malam dan siang, sesungguhnya ditentang itu ada
pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai pemandangan-pemandangan.
45. Dan
Allah telah jadikan tiap-tiap makhluk merayap, dari air, maka sebahagian dari
mereka berjalan atas perutnya nya, dan sebahagian dari mereka berjalan atas dua
kaki, dan sebahagian dari mereka berjalan atas empat, Allah menjadikan apa yang
ia kehendaki, kerana sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap suatu.
46. Sesungguhnya kami telah turunkan ayat-ayat yang menerangkan,
kerana Allah memimpin siapa yang ia kehendaki kejalan yang lurus.
47. Dan
mereka berkata; “ kami telah beriman kepda Allah dan kepada Rasul dan kami
taat”, kemudian sudah itu, segolongan dari mereka berpaling, kerana mereka
bukan orang-orang mukmin.
48. Dan apabila diajak mereka kepada Allah dan
Rasulnya buat menghukum diantara mereka, tiba-tiba segolongan dari mereka berpaling.
49. Tetapi jika mereka mempunyai hak (yang
hendak dituntut), mereka datang kepada (Rasul) itu secepat-cepat nya dengan
taat.
50. Apakah dihati-hati mereka ada penyakit, atau kah
mereka ragu-ragu, atau kah mereka takut Allah dan Rasulnya akan menzalimi
mereka ? (tidak) bahkan mereka itu ialah orang-orang yang zalim.
51. Tidak
lain perkataan mukmin apabila diajak kepada Allah dan Rasul nya buat menghukum
diantara mereka, melainkan mereka berkata; “kami dengar dan kami taat”, dan
mereka itulah orang-orang yang dapat
kejayaan.
52. Dan
barang siapa taat kepada Allah dan Rasulnya, dan takut kepada Allah, dan jauhi
larangan nya, maka mereka itu ialah orang-orang yang dapat kemenangan.
53. Dan
mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sesungguhnya sumpahan, bahawa jika
engkau perintah mereka, nescaya mereka keluar. Katakanlah; “jangan kamu bersumpah ! sesungguhnya Allah
amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”.
54. Katakan;
“taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, tetapi jika kamu berpaling,
maka ia hanya memikul apa yang dipikulkan atasnya, dan kamu akan memikul apa
yang dipikulkan atas kamu, dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu
terpimpin, dan tidak ada kewajipan atas Rasul itu melainkan menyampaikan dengan
terang”.
55. Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang
yang beriman dari kamu dan beramal soleh, bahawa ia akan jadikan mereka
khalifah dibumi sebagaimana ia telah jadikan khalifah orang-orang yang sebelum mereka, dan ia akan jejakkan
bagi mereka agama mereka yang ia redhai untuk mereka, dan ia akan gantikan
ketakutan mereka dengan keamanan, mereka akan menyembah akan daku, tidak mereka
sekutukan sesuatu dengan daku, dan barang
siapa kufur sesudah itu, maka mereka itu ialah orang-orang yang pasik”.
56. dan
dirikan lah sembahayang dan berilah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu
diberi rahmat.
57.
Jangan lah engkau sangka orang-orang kafir itu akan terluput dibumi, sedang
tempat kembali mereka ialah neraka, dan sesungguhnya jelek tempat kembali itu.
58. Hai orang-orang yang beriman ! hendaklah
mereka yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu dan mereka yang belum baliq
dari antara kamu meminta izin kepada kamu tiga kali (iaitu) sebelum sembahayang
subuh dan ketika kamu meletakkan pakaian kamu tengah hari dan sesudah
sembahayang isyak, tiga aurat buat kamu,
tidak ada larangan atas kamu dan atas mereka selain dari (tiga waktu) itu.
(Mereka) pakaian-pakaian kamu, sebahagian dari kamu (berkumpulan) kepada
sebahagian, demikianlah Allah terangkan kepada kamu ayat-ayatnya, kerana Allah
itu mengetahui, bijaksana.
59. Dan
anak-anak dari antara kamu, apabila cukup umur, maka hendaklah mereka minta
izin sebagai mana orang-orang yang dahulu dari mereka minta izin, demikian
Allah terangkan kepda kamu ayat-ayat nya, kerana Allah itu mengetahui
bijaksana.
60. Dan
mereka yang putus hiad dari perempuan-perempuan yang tidak ingin bercampur
(laki-laki), maka tidak terlarang mereka membuka pakaian mereka, asal tidak
menampakkan perhiasan, tetapi mereka bersopan adalah lebih baik bagi mereka,
dan Allah itu mendengar, mengetahui.
61. Tidak ada larangan atas orang buta, dan tidak
ada larangan atas orang tempang, dan tidak ada larangan atas orang sakit, dan
tidak ada (larangan) atas diri-diri kamu bahawa kamu makan dirumah-rumah kamu,
atau dirumah-rumah bapa-bapa kamu, atau dirumah-rumah ibu-ibu kamu, atau
dirumah-rumah saudara-saudara laki-laki kamu, atau dirumah-rumah saudara
perempuan kamu, atau dirumah-rumah bapa-bapa saudara kamu, atau dirumah-rumah
emak-emak saudara kami, atau dirumah-rumah mamak-mamak kamu, atau dirumah-rumah
saudara perempuan bagi ibu-ibu kamu, atau di(rumah-rumah) yang kamu pegang
kunci nya, atau di(rumah-rumah) sahabat kamu, tidak ada larangan atas kamu buat
bersama-sama atau sendiri-sendiri. Maka apabila kamu masuk rumah-rumah,
hendaklah kamu beri salam atas diri-diri kamu sebenar-benar salam yang dari sisi Allah, yang diberi berkat, lagi
baik, demikianlah Allah nyatakan bagi kamu keterengan-keterangan itu supaya
kamu mengerti.
62.
Sebenar-benar nya mukminun ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasulnya, dan jika adalah mereka bersertanya dalam satu urusan yang memerlukan
pertemuan, tidak mereka tinggalkan, melainkan sesudah minta izin daripada nya.
Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepada mu itu merekalah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan Rassul nya. Lantaran itu, apabila mereka minta izin
kepada mu buat salah satu urusan mereka, izinkan lah kepada siapa yang engkau
kehendaki dari mereka, dan mintakan lah perlindungan bagi mereka kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah itu, pelindung, panyayang.
63.
Janganlah kamu jadikan panggilan akan Rasul diantara kamu sebagaimana akan
sebahagian, sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang melarikan diri dari
antara kamu dengan berlindung . Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi
perintahnya takut ditimpa percubaan atau ditimpa azab yang pedih.
64.
Ketahui lah, bahawa sesunggunya
kepunyaan Allah lah apa-apa yang
dilangit-langit dan (d)bumi, sesungguhnya ia mengetahui keadaan yang kamu ada
padanya (sekarang) dan dihari yang (manusia) akan dikembalikan kepada nya, lalu
ia terangkan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan, kerana Allah itu
mengetahui tiap-tiap suatu.
{25}
AL-FURQAN (1-77).
AL-FURQAN (1-77).
Dengan
nama Allah, pemurah, penyeyang.
1. Maha banyak kebaikan (Tuhan) yang telah
turunkan Al-Furqan (Quran) atas hambanya supaya ia jadi pengancam bagi alam.
2. Yang
baginya lah kekuasaan langit-langit dan bumi, dan ia tidak mempunyai anak, dan
tidak baginya sekutu dalam kerajaan nya, dan ia telah jadikan tiap-tiap suatu,
lalu ia tentukan baginya (sepenuh-penuh) ketentuan.
3. Tetapi
mereka menganggap, selain daripadanya, beberapa tuhan yang tidak jadikan
apa-apa, sedang mereka dijadikan, dan mereka tidak memiliki untuk diri-diri
mereka bahaya dan tidak menafaat dan
tidak mereka memiliki kematian dan tidak kehidupan dan tidak kebangkitan.
4. Dan
orang-orang kafir itu berkata; “(Quran) ini tidak lain melainkan dusta yang ia
bikin, dan dibantu dia atas (membikin) nya oleh kaum yang lain”. Maka
sesungguhnya mereka telah ucapkan kezaliman dan dusta.
5. Dan
mereka berkata; “dongengan orang-orang dahulu, ia minta dituliskan, maka dibacakan
dia kepada nya pagi dan petang”.
6.
Katakanlah; “diturunkan oleh yang
mengetahui rahsia dilangit-langit dan dibumi, sesungguhnya adalah ia,
pengampun, panyayang.
7. Dan
mereka berkata; “mengapa Rasul ini makan makanan dan berjalan dipasar-pasar ?
mengapakah tidak diturunkan kepadanya seorang malikat supaya jadi pengacam
bersama dia ?”.
8. “Atau
dicampakkan kepadanya satu perbendaharaan atau ada baginya satu kebun yang ia
bisa makan daripadanya ?” dan orang-orang zalim itu berkata; “kamu tidak turut
melainkan seorang yang diberi kepintaran sihir”.
9. Lihat
! bagaimana mereka adakan bandingan-bandingan untuk mu, lalu mereka sesat, oleh
itu, tidak bisa mereka mendapat jalan (yang lurus).
10.
Sangat banyak kebaikan (Tuhan) yang jika ia kehendaki nescaya ia beri bagimu
(pemberian) yang lebih baik dari itu ! (iaitu) syurga-syurga yang mengalir
padanya sungai-sungai, dan ia beri bagimu mahligai-mahligai.
11.
Bahkan, mereka dustakan hari kiamat, dan kami telah sediakan api yang
bernyala-nyala bagi siapa yang medustakan hari kiamat.
12. Apabila
ia melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan dengar suara kegeraman nya
dan suara nyalaan.
13. Dan
apabila dicampakkan mereka ditempat yang sempit daripadanya, dalam keadaan
terbelengu, disana mereka memekik kan kecelakaan.
14.
(Dikata;) “Jangan kamu pekikkan ________ hari satu kecelakaan, tetapi pekikkan
lah kecelakaan yang banyak”.
15.
Tanyalah; “apakah yang demikian itu baik ataukah syurga kekal yang dijanjikan
kepada orang-orang yang berbakti, (pada hal) adalah ia bagi mereka sebagai ganjaran
dan tempat kembali?”
16.
Adalah bagi mereka padanya apa-apa yang mereka kehendaki, dalam keadaan kekal,
adalah ia, atas Tuhan mu, suatu janji yang (boleh) ditagih.
17. Dan
pada hari yang ia akan kumpulkan mereka dan apa-apa yang mereka
sembah selain dari Allah, lalu ia bertanya; “apakah kamu yang sesatkan
hamba-hamba ku itu atau kah mereka sesat jalan (sendiri)?”.
18.
Mereka menjawab; “maha suci engkau ! tidak sayugia nya kami mengadakan
ketua-ketua selain daripada mu, tetapi engkau telah berikan kesenangan kepada
mereka dan bapa-bapa mereka hingga mereka tidak pedulikan peringatan, dan
adalah mreka kaum yang binasa”.
19. “Maka
sesungguhnya mereka telah dustakan kamu tentang apa yang kamu katakan, oleh itu, kamu tidak akan
berdaya menolak (azab) dan tidak (bisa) menolong”, “dan barang siapa (tetap)
menganyanyai diri antara kamu, maka kami akan rasakan kepadanya azab yang
besar”.