Sunday, January 26, 2020

Juzuk 27


Juzuk 27.

AZ-ZARIYAT 31~60.
AT-TUR (gunung) 1~49.
AN-NAJM (bintang) 1~62.
AL-QAMAR (bulan) 1~55.
AR-RAHMAN (pemurah) 1~78.
AL-WAQI'AH (kejadian yang besar), 1~96. 
AL-HADID (besi) 1~29.




AZ-ZARIYAT 31~60.
31. Ia bertanya; “lantas apakah urusan kamu hai utusan?”.
32. Mereka berkata; “sesungguhnya kami ini diutus kepada kaum yang berbuat kejahatan”.
33. “Supaya kamu limpar atas mereka itu batu-batu dari tanah”.
34. “Yang ditandakan dari sisi Tuhan mu buat orang-orang yang melewati batas”.
35. “Kami keluarkan orang-orang mukmin yang ada padanya”.
36. “Tetapi tidak kami dapati padanya selain satu rumah dari orang-orang muslim”.
37. “Dan kami tinggalkan disitu satu tanda bagi orang-orang yang takut azab yang pedih”.
38. Dan pada Musa (ada satu bukti) tetakala  kami utus dia kepada Firaun dengan (membawa) mukzizat yang  nyata.
39. Tetapi ia berpaling dengan kaumnya dan berkata; “(ini) seorang seher atau seorang  gila”.
40. Oleh kerana itu, kami ambil dia dan tentera-tenteranya lalu kami lemparkan mereka kedalam laut dengan keadaan ialah yang salah.

41. Dan pada Aad (ada satu bukti) tetakala kami lepaskan atas mereka itu angin yang membinasakan.
42. Ia tidak tinggalkan (selamat) suatu yang ia sentuh, melainkan ia jadikan nya seperti abu.
43. Dan pada Samud (ada satu bukti) tetakala dikatakan kepada mereka; “bersenang-senang lah kamu, sampai satu masa”.
44. Tetapi mereka enggan menurut  perintah Tuhan mereka, lalu mereka ditimpa oleh azab sedang mereka (dalam keadaan) melihat.
45. Tetapi mereka tidak kuasa melawan dan tidak bisa membela (diri-diri mereka).
46. Dan (kami binasakan) kaum Nuh lebih dahulu, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang melewati batas.
47. Dan langit itu, kami dirikan dia dengan kekuasaan (kami), dan sesungguhnya kamilah yang meluaskan nya.
48. Dan bumi itu, kami hamparkan dia, maka (kamilah) sebaik-baik penghampar.
49. Dan tiap-tiap suatu , kami jadikan berpasangan, supaya kamu ingat.
50. “Oleh kerana itu, larilah kepada Allah, sesungguhnya aku (ini) seorang pengancam yang nyata-nyata daripadanya kepada kamu”.
51. “Dan janganlah kamu adakan bersama Allah tuhan yang lain, sesungguhya aku (ini) seorang pengancam yang nyata-nyata daripadanya kepada kamu”.
52. Demikianlah tidak seorang pun Rasul yang datang kepada orang-orang sebelum mereka, melainkan mereka itu berkata; “(ia) seorang ahli seher atau seorang  gila”.
53. Apakah mereka menerima wasiat tentang ini ? tidak ! tetapi mereka orang-orang yang melewati batas.
54. Oleh kerana itu, berpalinglah dari mereka, kerana bukanlah engkau orang yang disalahkan.
55. Tetapi ingatlah, kerana sesungguhnya pergingatan itu berguna bagi orang yang (mahu) beriman.
56. Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah akan daku.
57. Aku tidak mahukan satu pun pemberian dari mereka, dan aku tidak mahu kan mereka memberi makan kepada ku.
58. Sesungguhnya Allah, ialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuasaan, yang sangat teguh.
59. Maka sesungguhnya bagi orang-orang yang menganiyai (diri-diri sendiri) itu, ada bahagian (azab)  seperti bahagian kawan-kawan, oleh kerana itu, janganlah mereka minta kepada ku (supaya) disegerakan.
60. Maka bagi orang-orang yang tidak percaya itu, adalah kecelakaan dari hari yang diancamkan kepada mereka.


{52}
AT-TUR (gunung) 1~49.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Perhatikan lah gunung itu !
2. Dan kitab yang  tertulis.
3. Dikulit halus yang terhampar !
4. Dan rumah yang  dimakmurkan !
5. Dan bumbung yang tinggi !
6. Dan laut yang mendidih !.
7. Sesungguhnya azab Tuhan mu, tentu akan tiba.
8. Tidak ada siapa pun yang bisa menolaknya.
9. Pada hari yang langit itu akan bergoncang sungguh-sungguh.
10. Dan akan berjalan gunung-gunung dengan luar biasa.
11. Maka kecelakaan pada hari itu (akan mengenai) orang-orang yang mendustakan.
12. Yang bermain-main  dalam kesesatan mereka.
13. Pada hari yang mereka dihumbankan dengan bengis ke neraka jahanam.
14. (Dikatakan);  “inilah api neraka yang pernah kamu dustakan nya”.
15. “Maka apakah ini seher, atau kah kamu tidak melihat (tentang ini) ?”.
16. “Masuklah kedalam nya, maka boleh kamu sabar dan boleh kamu tidak sabar, (ini)  sama sahaja atas kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan (dengan) apa  yang pernah kamu kerjakan”.
17. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti itu (adalah) dalam kebun-kebun dan nikmat.
18. Dalam keadaan mereka bersenang-senang dangan apa yang Tuhan mereka berikan kepada mereka, dan Tuhan mereka pelihara mereka dari azab neraka.
19. (Dikatakan); “makan dan minumlah dengan enak, (balasan bagi) apa-apa yang pernah kamu kerjakan”.
20. Dengan keadaan bersandar atas singgah-sana singgah-sana yang diatur berbaris, dan kami  jodohkan mereka dengan bidadari-bidadari.

21. Dan orang-orang yang beriman dan di ikuti oleh anak cucu mereka tentang iman (itu), kami akan hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, serta kami tidak kurangkan sedikit pun dari amal mereka, (pada hal) tiap-tiap seorang bergantung dengan apa yang ia telah usahakan.
22. Dan kami tambah untuk mereka, buah-buahan dan daging dari (jenis) apa-apa yang mereka ingini.
23. Didalam syurga itu mereka idarkan (diantara mreka) piala yang tidak ada sia-sia padanya dan tidak perbuatan dosa.
24. Dan akan melayani mereka bujang-bujang mereka yang (bersifat) seolah-olah menara yang tersimpan.
25. Dan sebahagian mereka mendatangi sebahagian yang lain, betanya-tanyaan.
26. (Sebahagian dari) mereka berkata; “sesungguhnya dahulu kami pernah khuatirkan (azab menimpa) pada keluarga kami”.
27. “Tetapi Allah beri (taufik) atas kami dan ia peliharakan kami dari azab yang sangat panas”.
28. “Sesungguhnya kami, dahulunya pernah berdoa kepadanya, kerana sesungguhnya Allah itu, ialah yang banyak berbuat kebaikan, panyayang”.
29. Oleh kerana itu, ingatlah, sebab dengan nikmat Tuhan mu, bukanlah engkau tukang tenung dan bukan (pula) orang yang gila.
30. Ataukah mereka berkata; “(ia) seorang ahli seher yang kita tunggu-tunggu waktu kecelakaan untuknya?”

31. Katakan lah; “tunggulah ! sesungguhya aku dari (golongan) orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu”.
32. Apakah fikiran-fikiran mereka menyuruh mereka (berkata) ini, ataukah mereka satu kaum yang melewati batas ?.
33. Ataukah mereka berkata; “ia yang mengadakan?” bahkan mereka tidak beriman.
34. Maka cubalah mereka membuat satu rangkaian sepertinya, jika ada mereka orang-orang yang benar.
35. Ataukah mereka dijadikan dari tidak ada ? ataukah mereka yang menjadikan ?
36. Ataukah mereka yang membuat langit-langit dan bumi ? (bukan) bahkan mereka tidak berkeyakinan.
37. Ataukah mereka mempunyai perebendaharaan-perbendaharaan Tuhan mu ? ataukah merekalah yang berkuasa ?
38. Ataukah mereka mempunyai tangga yang mereka bisa mendengarkan dengan perantaraan nya ? maka cobalah pendengar mereka itu bawakan keterangan yang nyata.
39. Ataukah buat dia anak-anak perempuan, sedang buat kamu anak-anak laki-laki ?
40. Ataukah engaku minta upah dari mereka sehingga mereka (merasa) dibuatkan dengan satu upahan?.

41. Ataukah mereka mempunyai (pengetahuan tentang perkara) yang ghaib sehingga mereka menulisnya ?
42. Ataukah mereka mahu menipu dia ? maka orang-orang yang tidak mahu percaya itulah yang akan ditipu daya.
43. Ataukah mereka mempunyai tuhan selain dari Allah ? maha suci Allah dari apa-apa yang mereka sekutukan !
44. Dan umpamanya mereka melihat sebahagian dari langit gugur, mereka akan berkata; “ini (adalah) awan yang ditompok”.
45. Lantaran itu, biarkan lah mereka sehingga mereka menemui mereka menemui hari mereka yang padanya mereka akan binasa.
46. (Iaitu) hari yang tipu daya mereka tidak akan memberi faedah kepada mereka, dan tidak pula mereka diberi kemenangan.
47. Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang menganiayai (diri) itu, (ada) azab selain itu, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
48. Dan tunggulah hukum Tuhan mu (atas mereka), kerana sesungguhnya engaku dalam pemiliharaan kami, dan berbaktilah dengan memuji Tuhan mu ketika engaku bangun pagi.
49. Dan hendaklah engkau berbakti kepada nya disebahagian dari malam dan diwaktu ghaib bintang-bintang.


{53}
An-Najm (bintang) 1~62.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Perhatikanlah bintang ketika ia menjunam !.
2. Tidak tersesat sahabat kamu dan tidak ia bodoh.
3. Dan tidak ia ucapkan (Quran) dari kehandaknya.
4. Ia itu tidak lain melainkan wahyu yang dikirim.
5. Dia telah diajar oleh kekuatan nya bersangatan.
6. Yang berupa bagus, lalu ia menjelma dengan sempurna.
7. Pada hal ia dipihak atas yang paling tinggi.
8. Kemudian ia mendekati dan rapat (kepada nya).
9. Maka adalah (rapatnya) itu kadar dua busaran panah atau lebih dekat (lagi).
10. Lalu ia wahyukan kepada hambanya apa yang ia hendak wahyukan.

11. Hati nya tidak mendustakan apa yang ia lihat.
12. Maka apakah kamu hendak membantah dia tentang apa yang ia lihat ?.
13. Pada hal sesungguhnya ia telah lihat dia sekali lagi.
14. Dekat susut Al-Muntaha.
15. Yang didekatnya ada syurga  tempat kembali.
16. Tetakala Sidratil Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yagn meliputi.
17. Tidak berpaling (penglihatan) mata(nya) dan tidak pula ia melewati (batas).
18. Sesungguhnya ia telah lihat sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Tuhan nya yang besar.
19. Maka tidaklah kamu fikirkan (kelemahan) ‘al-lata’ dan ‘al-uzza’?
20. Dan ‘manat’ yang ketiga yang rendah itu?

21. Apakah (patut) bagi kamu laki-laki dan baginya perempuan?
22. Yang demikian, kalau bagitu, satu pembahagian yang tidak adil.
23. Itu (sekelian) tidak lain melainkan nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu sebut, yang Allah tidak turunkan keterangan ditentangnya, mereka hanya menuruti sangkaan dan  (menurut) apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada  hal sesungguhnya telah datang kepada mereka pertunjuk dari Tuhan mereka.
24. Atau apakah manusia akan mendapat apa-apa yang ia mahukan ?
25. Maka kepunyaan Allah akhirat dan dunia
26. Dan ada beberapa melaikat dilangit yang sefaat mereka tidak menolong sedikit pun melainkan sesudah Allah izinkan bagi orang-orang yang ia sukai dan redhai.
27. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat, menamakan melaikat itu dengan nama perempuan
28. Pada hal mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, tidak mereka turut melainkan sangkaan sahaja, sedang sesungguhnya sangkaan itu tidak sedikit pun menolong kebenaran.
29. Oleh kerana itu, tinggalkan lah orang yang berpaling dari mengingat kami dan tidak ia ingin melainkan penghidupan yang rendah (ini).
30. Yang demikian itulah kesudahan pengetahuan mereka, sesungguhnya Tuhan mu ialah yang lebih mengetahui orang yang sesat dari jalan nya dan ia lebih mengetahui siapa yang terpimpin.

31. Pada hal Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa  yang dibumi, kerana ia akan balas orang-orang yang berbuat kejahatan menurut apa yang mereka telah kerjakan, dan ia akan balas orang-orang yang berbuat baik, dengan kebaikan.
32. (Iaitu) orang-orang yang menjauhkan dari diri dosa-dosa yang besar dan kejahatan-kejahatan melainkan (kesalahan) yang kecil-kecil, sesungguhnya Tuhan mu itu luas pengampunan nya, ia lebih mengetahui tentang kamu, tetapi ia jadikan (bapa) kamu dari bumi, dan tetakala kamu masih anak-anak dalam perut ibu-ibu kamu, lantaran itu janganlah kamu puji diri-diri kamu, ia lebih mengetahui siapa yang berbakti.
33. Tidak kah engaku fikirkan orang yang berpaling ?
34. Dan memberi (pemberian) yang sedikit, lalu ia berhenti itu ?
35. Apakah ia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib, sehingga ia bisa melihatnya ?
36. Ataukah belum diberitahu kepada apa yang ada dalam kitab-kitab Musa ?
37. Dan (isi kitab-kitab) Ibrahim yang telah menunaikan?
38. (Iaitu) bahawa se nya  satu (jiwa) pemikul tidak akan memikul dosa (jiwa) yang lain.
39. Dan sesungguhnya manusia tidak akan mendapat melainkan (menurut) apa yang ia telah usahakan.
40. Dan bahawa se nya usahanya itu akan diperlihatkan.

41. Kemudian akan dibalas dia dengan pembalasan yang paling penuh.
42. Dan sesungguhnya kepada Tuhan mu lah tempat kembali.
43. Dan sesungguhnya ialah yang menjadikan (manusia) ketawa dan menangis.
44. Dan sesungguhnya ialah yang mematikan dan menghidupkan.
45. Dan sesungguhnya ialah yang menjadikan dua jodoh; laki-laki dan perempuan.
46. Dari air mani, apabila dipancarkan
47. Dan sesungguhnya atas (kekuasaan) nya lah (adalah) kejadian yang lain.
48. Dan bahawa se nya ialah yang mengiakan dan membikinkan (manusia).
49. Dan bahawa se nya ialah tuhan bagi bintang syi’ra.
50. Dan bahawa se nya ia telah binasakan kaum Aad yang dahulu.
51. Dan kaum Samud, sehingga ia tidak tinggalkan (seorang pun).
52. Dan kaum Nuh lebih dahulu, kerana sesungguhnya adalah mereka itu lebih zalim dan lebih jahat.
53. Dan kaum Luth itu ia junamkan.
54. Lalu menutupi dia sesuatu yang menutupi.
55. Maka tentang nikmat-nikmat Tuhan mu yang manakah engkau merasa ragu-ragu.
56. Ini adalah seorang penganncam dari pengancam-pengancam yang  dahulu kala.
57. Telah hampir waktu yang dekat itu.
58. Tidak ada baginya suatu penyingkir selain dari Allah.
59. Apakah terhadap pernyataan ini kamu merasa ajaib ?.
60. Dan kamu tertawa dan tidak kamu menangis ?
61. Tetapi kamu menganggu ?
62. oleh kerana itu, tunduklah kepada Allah dan sembahlah (Dia).


{54}
Al-Qamar (bulan) 1~55.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.   

1. Telah dekat sangat itu dan telah terbelah bulan .
2. Tetapi jika mereka lihat satu tanda, mereka berpaling dan berkata; “(ini adalah) satu seher yang akan lewat”.
3. Dan mereka dustakan dan mereka turut hawa nafsu mereka sedang tiap-tiap urusan ada mempunyai kententuan.
4. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka sebahagian dari khabar-khabar yang ada padanya ancaman.
5. (Iaitu) satu kebijaksanaan yang sempurna, tetapi ancaman-ancaman itu tidak berguna.
6. Lantaran itu, berpalinglah dari meraka, pada hari seorang penyeru akan menyeru kepada suatu yang tidak baik.
7. Dengan penglihatan-penglihatan mereka yang tertunduk kebawah, mereka akan keluar dari kuburan-kuburan, seolah-soalah mereka balalang yang bertaburan.
8. Dalam keadaan mereka bersegera kepada penyeru itu, orang-orang kafir akan berkata; “ini, satu hari yang hibat”.
9. Sebelum mereka itu kaum Nuh telah dustakan, iaitu mereka dustakan hamba kami, dan mereka berkata; “si gila” dan ia diusir dengan ancaman.
10. Maka ia berdoa kepada Tuhan nya; “sesungguhnya aku ini dikalahkan, lantaran itu bela lah”.

11. Lalu kami bukakan  pintu-pintu udara dengan  air yang mencurah dengan keras.
12. Dan kami pancarkan bumi dengan mata air, lalu bertemulah air itu menurut keadaan yang sesungguhnya telah ditentukan.
13. Dan kami usung dia atas (kapal) yang mempunyai papan-papan dan paku-paku.
14. Ia berjalan dengan perhatian kami, sebagai balasan bagi orang tidak dipercayai.
15. Dan sesungguhnya kami jadikan (bahtera) itu sebagai satu tanda, tetapi adakah orang yang mahu mengambil peringatan?
16. Maka alangkah hibatnya azab ku dan (buat) ancaman ku !.
17. Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Quran itu untuk peringatan, tetapi adakah orang yang mahu mengambil peringatan ?
18. (Kaum) Aad telah dustakan, maka alangkah (dahsyat) azabku dan (buat) ancaman-ancaman ku !.
19. Sesungguhnya kami telah kirim atas mereka itu angin yang sangat keras tiupan nya pada satu hari sial yang tetap.
20. Ia melentingkan manusia, seolah-olah mereka  batang-batang pohon kurma yang tercabut.

21. Maka alangkah (dahsyat) azab ku dan (buat) ancaman-ancaman ku !.
22. Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Quran untuk peringatan tetapi adakah orang yang mahu mengambil peringatan ?
23. Samut telah dustakan ancaman-ancaman itu.
24. Iaitu mereka berkata; “apakah seorang manusia dari antara kita (wajib) kita turuti ?  jika demikian, sesungguhnya kita didalam kesesatan dan neraka”.
25. “Apakah diturunkan peringatan (wahyu)  atasnya (sahaja)  dari antara kita ? bahkan ia seorang pendusta yang sombong”.
26. Mereka akan mengetahui besok, siapa dia pendusta yang sombong itu.
27. Sesungguhnya kami akan kirim unta betina itu sebagai percubaan bagi mereka, lantaran itu, tunggulah (perbuatan) mereka dan  berlaku sabarlah.
28. Dan berilah tahu kepada mereka bahawa air itu terbahagi antara mereka, tiap-tiap bahagian air itu digilir.
29. Maka mereka panggil kawan mereka, lalu ia maju dan sembeleh dia.
30. Maka alangkah (hebat) azabku  dan (buat) ancaman-ancaman ku.

31. Sesungguhnhya kami telah kirim atas mereka satu teriakan, lalu jadilah mereka seperti daun-daun layu dan kering kepunyaan pemilihara ternak.
32. Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Quran buat peringatan, tetapi adakah orang yang mahu mengambil peringatan ?
33. Kaum Luth telah dustakan ancaman-ancaman (kami).
34. Sesungguhnya kami telah kirim atas mereka itu hujan batu, melainkan pengikut-pengikut Luth kami selamatkan mereka diwaktu akhir malam.
35. Sebagi satu nikmat dari sisi kami, demikianlah kami balas orang yang berterima kasih.
36. dan sesungguh nya ia telah ancam mereka dengan seksaan kami, tetapi mereka ragu-ragu terhadap ancaman-ancaman itu.
37. Dan sesungguhnya mereka menuntut dia serahkan  tamunya, tetapi kami butakan mata-mata mereka, maka (kami) berkata; “rasakanlah azab ku dan (buat) ancaman-ancaman ku”.
38. Dan sesungguhnya telah menimpa mereka pada besok pagi-pagi, satu azab yang tetap.
39. “Maka rasalah azab ku dan ancaman-ancaman ku !”.
40. Dan  sesungguhnya kami telah mudahkan Quran itu untuk  peringatan, tetapi adakah orang yang mahu mengambil peringatan ?

41. Dan sesungguhnya telah datang kepada kaum firaun, pengancam-pengancam (ku).
42. Mereka dustakan semua ayat-ayat kami, oleh kerana itu, kami seksa mereka dengan azab (zat) yang gagah, yang berkuasa.
43. Apakah orang-orang kafir dari kamu lebih baik dari mereka itu ? atau adakah bagi kamu kelepasan (yang tersebut) dalam kitab-kitab ?.
44. Ataukah  mereka berkata; “kami (ini) satu persatuan yang bisa menang?”.
45. Akan dihancurkan golongan itu, dan mereka akan berbalek belakang.
46. Bahkan saat itulah waktu yang dijanjikan kepada mereka, sedang saat itu lebih menyakitkan dan lebih pahit.
47. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu, dalam kesesatan dan kecelakaan.
48. Pada hari yang mereka akan diheret atas muka-muka mereka, (dan dikatakan); “rasalah sentuhan neraka (ini) !”.
49. Sesungguhnya taip-tiap suatu, kami telah jadikan dengan ukuran.
50. Dan tidak ada perintah kami, melainkan satu (kalimah) sahaja,  seperti  kelipan mata.

51. Dan sesungguhnya kami telah binasakan orang-orang yang seperti kamu, tetapi adakah  orang yang  mahu ambil peringatan ?
52. Dan tiap-tiap suatu yang mereka kerjakan, (tersebut) dalam kitab-kitab.
53. Dan (juga) tiap-tiap urusan kecil dan besar, ada tertulis.
54. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai.
55. Ditempat duduk kebenaran, disisi raja besar yang sangat berkuasa.


{55}
Ar-Rahman (pemurah) 1~78. 
Dengan nama Allah pemurah, penyayang.

1. (Tuhan) pemurah.
2. Tleha ajarkan Quran
3. Telah jadikan manusia
4. Telah ajarkan dia keterangan.
5. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan (nya).
6. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon menurut (kepadanya).
7. Dan langit itu, ia jadikan tinggi dan ia adakan neraca.
8. Supaya kamu tidak melewati batas tentang neraca.
9. Dan dirikan lah timbangan dengan adil, dan jangan lah kamu kurangkan neraca.
10. Dan bumi itu ia hamparkan untuk makhluk.

11. Padanya ada buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang mempunyai kelopak-kelopak mayang.
12. Dan ada biji-biji yang mempynyai kulit dan (ada) barang-barang wangi.
13. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
14. Ia telah jadikan manusia dari tanah kering seperti tanah tembikar yang dibakar.
15. Dan ia telah jadikan jin-jin dari nyalaan api.
16. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
17. (Adalah ia) Tuhan bagi dua timur dan Tuhan bagi dua barat.
18. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
19. Ia alirkan dua laut itu, padahal dua-dua nya bertemu.
20. Antara dua itu ada dinding yang kedua-dua nya tidak bisa melewati (nya).
21. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
22. Keluar daripada kedua-dua mutiara dan marjan.
23. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
24. Dan baginya lah kapal yang timbul tinggi dilaut seperti gunung-gunung.
25. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
26. Tiap-tiap yang ada diatas (bumi) itu akan binasa.
27. Tetapi diri Tuhan mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan akan kekal.
28. Maka nikamt Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
29. Makhluk-makhluk yang ada dilangit-langit dan bumi berkeperluan kepada nya, tiap-tiap waktu ia dalam urusan.
30. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?

31. Kami akan berurusan dengan kamu, wahai manusia dan jin.
32. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
33. Hai golongan jin dan manusia ! jika kamu bisa menembus keluar dari sempadan-sempadan langit-langit dan bumi , cobalah kamu tembusi, kamu tidak bisa menembus keluar melainkan dengan kekuatan.
34. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
35. Akan dihapuskan atas kamu nyalaan (birau dari) api dan (leburan) kuningan, maka tak akan dapat kamu menyelamatkan diri.
36. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
37. Maka (alangkah hebatnya) apabila terbelah langit lalu jadilah ia menjurus seperti kulit yang merah ! .
38. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
39. Maka dihari itu tidak seorang pun manusia dan tidak satu pun jin yang akan ditanya tentang dosanya.
40. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?

41. Dikenal orang-orang yang berdusta itu dari tanda-tanda mereka, lalu dirangkut (mereka) dari ubun-ubun dan kaki-kaki (mereka).
42. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
43. Inilah jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.
44. Mereka akan bergilir-gilir antara api neraka dan air mendidih yang sangat panas.
45. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
46. Dan bagi orang yang takut akan hari pertemuan dengan Tuhan nya (ada) dua syurga.
47. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
48. Yang mempunyai berbagai-bagai buah-buahan.
49. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
50. Dalam dua-dua nya ada dua mata air yangmengalir.

51. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
52. Dalam dua-duanya ada dua  pasang dari tiap-tiap buah-buahan.
53. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
54. Hal keadaan mereka duduk atas kasa-kasa yang isinya dari sutera, dan pemetikan dari  dua  syurga itu ada dekat.
55. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
56. Dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang rengkas pandangan, yang belum pernah disentuh oleh seorang manusia pun sebelum mereka dan tidak (pula) jin.
57. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
58. Seolah-olah mereka itu (permata) yakub dan marjan.
59. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakha kamu hendak dustakan?
60. Bukankah tidak ada alasan bagi kebaikan itu, melainkan kebaikan (juga) ?

61. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
62. Dan selain dari dua syurga itu, (ada pula) dua syurga (lagi).
63. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
64. Kedua-dua nya (kelihaan) hijau tua.
65. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
66. Didalam dua-dua nya ada dua mata air yang memancar.
67. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
68. Didalam dua-dua nya ada buah-buahan dan kurma dan delima.
69. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
70. Didalamnya ada yang baik-baik yang bagus-bagus.

71. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
72. (Iaitu) bidadari-bidadari yang tersimpan dalam mahligai-mahligai.
73. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
74. Tidak pernah mereka disentuh oleh seorang pun manusia sebelum mereka dan tidak (pula) jin.
75. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
76. Keadaan mereka duduk atas hamparan-hamparan hijau dan permaidani-permaidani bersulam yang bagus-bagus.
77. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan ?
78. Maha tinggi nama Tuhan mu yang mempunyai kebesaran.


{56}
Al-WaQi’ah (kejadian yang besar), 1~96.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. (Ingatlah) apabila terjadi kejadian yang besar itu.
2. Tentang kejadian nya itu tidak ada (kisah) yang dusta.
3. (Ia) yang merendahkan, yang meninggikan.
4. (Ingatlah) apabila akan digoncangkan bumi itu sekeras-keras nya.
5. Dan dihancurkan gunung-gunung itu selumat-lumat nya.
6. Maka jadilah ia debu yang berterbangan.
7. Dan jadilah kamu tiga (golongan).
8. Iaitu orang-orang  pihak kanan, siapakah (dia) orang pihak kanan itu ?
9. Dan orang-orang yang belakang siapakah (dia) orang yang celaka itu ?
10. Dan orang-orang yang terdahulu itu lah orang-orang  yang terdahulu
11. Merekalah orang-orang yang dihampirkan.
12. Didalam kebun-kebun kenikmatan.
13. (Mereka adalah) golongan yang terbesar dari umat-umat terdahulu.
14. Dan sedikit dari orang-orang yang belakangan.
15. Atas tempat-tempat duduk yang tersulam (mereka berada).
16. Sambil bersandar diatas nya, berhadapan-hadapan.
17. Akan melayani mereka anak-anak muda yang tidak akan berubah keadaan nya.
18. Dengan (membawa) chankir-chankir dan cerek-cerek dan piala-piala yang berisi arak dari satu mata air.
19. Mereka tidak akan disentuh sakit kepala kerana nya dan tidak (pula)  mereka akan mabuk.
20. Dan (dengan) buah-buahan dari (jenis) yang mereka sukai.
21. Dan (dengan) daging burung dari (jenis) yang gemari.
22. Dan (akan melayani mereka) bidadari-bidadari.
23. Yang seperti mutiara yang tersimpan.
24. Sebagai balasan bagi apa yang pernah mereka kerjakan.
25. Mereka tidak akan dengar didalamnya omongan yang sia-sia dan tidak (suatu) yang membawa kedusta.
26. Melainkan omongan; “selamat ! selamat!”.
27. Dan orang-orang (sebelah) kanan, siapakah dia orang-orang (sebelah) kanan itu ?
28. (Mereka) di(dekat) pohon bidara yang tidak berduri.
29. Dan di(dekat) pohon pisang ynag bersusun-susun.
30. Dan di(dekat) naungan yang terhampar panjang.
31. Dan di(dekat) air yang terus menerus mengalir.
32. Dan di(dekat) buah-buahan yang banyak.
33. Yang tidak putus-putus dan tidak terlarang.
34. Dan di(dekat) isteri-isteri yang terletak ditempat yang tinggi.
35. Yang kami jadikan mereka itu satu kejadian yang baharu.
36. Iaitu kami jadikan mereka perawan-perawan.
37. Yang penuh percintaan, sebaya.
38. Untuk orang-orang yang (disebelah) kanan itu.
39. (Mereka adalah) satu golongan yang terbesar dari orang-orang dahulu.
40. Dan satu golongan yang terbesar (juga) dari orang-orang yang belakangan.
41. Dan orang-orang  pihak kiri, siapakah dia orang-orang pihak kiri itu ?
42. (mereka) dalam angin yang sangat panas dan air yang sangat mendidih.
43. Dan dinaungan dari asap yang hitam.
44. Yang tidak  dingin dan tidak menyenangkan.
45. Sesungguhya mereka, sebelum itu, adalah dalam kesenangan yang besar.
46. Dan adalah mereka itu terus menerus dalam dosa yang besar.
47. Dan adalah mereka  pernah berkata; “apakah kalau kita sudah mati  dan kita jadi debu dan (tinggal) tulang, kita akan dibangkitkan ?”.
48. “Dan apakah bapa-bapa kita yang dahulu-dahulu (juga akan dibangkitkan)?. 
49. Jawablah; “Sesungguhnya orang-orang dahulu dan yang belakangan”.
50. “Akan dikumpulkan pada satu waktu yang tertentu dari satu hari yang sudah maklum”.
51. “Kemudian sesungguhnya kamu, hai orang-orang yang sesat, yang mendustakan!”.
52. “Sesungguhnya (kamu) akan makan dari pohon, iaitu (pohon) zakum”.
53. “Maka akan kamu penuhi perut-perut kamu dengannya”.
54. “Lantas kamu akan minum sudah itu, air yang sangat mendidih”.
55. “Iaitu kamu akan minum secara unta yang sangat haus”.
56. Ini adalah jamuan bagi mereka pada hari pembalasan.
57. Kamilah yang telah jadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak mahu membenarkan ?
58. Maka sudahkah kamu perhatikan apa yang kamu pancarkan ?
59. Kamulah yang menjadikan nya atau kah kami yang mengadakan (nya) ?
60. Kami lah yang telah tentukan kematian diantara kamu, dan tidak lah dapat kami dihalangi.
61. Daripada mengganti kamu dengan orang-orang yang seperti kamu, dan  (daripada) menjadikan kamu dalam (kejadian)  yang tidak kamu ketahui.
62. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui kejadian yang pertama. Maka mengapakah kamu tidak mahu perhatikan ?
63. Maka sudahkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam ?
64. Kamukah yang menanam nya atau kah kami penanam(nya)?
65. Jika kami kehendaki, nescaya kami jadikan nya racikan-racikan kayu. Maka jadilah kamu berdukacita.
66. (Sambil) berkata; “sesungguhnya kami terpikul hutang”.
67. “Bahkan kami terhampa”.
68. Maka sudahkah kamu perhatikan air yang kamu minum?
69. Apakah kamu yang turunkan nya dari mega, atau kah kami yang menurunkan(nya)?
70. Jika kami kehendaki, nescaya kami jadikan nya asin sekali, maka mengapakah kamu tidak mahu bersyukur ?.
71. Maka sudahkah kamu perhatikan api yang kamu nyalakan ?
72. Apakah kamu yang jadikan pohon nya, atau kah kami yang mengadakan (nya) ?
73. Kami telah jadikan nya peringatan dan bekalan untuk orang-orang musafir.
74. Oleh kerana itu, sucikan lah nama Tuhan mu yang besar.
75. Maka janganlah (demikian) ! aku bersumpah dengan tempat-tempat turun bahagian-bahagian Quran.
76. Pada hal sesungguhnya ia itu satu sumpah yang besar, jika kamu mengetahui.
77. Sesungguhnya ia itu (adalah Quran) yang mulia.
78. Dalam kitab yang terpilihara.
79. Yang tidak menyentuh dia melainkan (makhluk) yang dibersihkan.
80. Penurunan dari pengurus  sekelian alam.
81. Maka apakah kamu hendak dustakan omongan ini ?
82. Dan hal kamu mendustakan itu kamu jadikan sebahagian rezeki kamu.
83. Maka mengapakah tidak ketika (jiwa itu) sampai dikerongkongan.
84. Sedang kamu diketika itu melihat ?
85. Pada hal kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.
86. Maka sekiranya kamu bukan orang-orang yang  diperhamba, mengapakah tidak.
87. Kamu kembalikan (roh) itu, jika adalah kamu orang-orang yang benar ?
88. Tetapi sekiranya adalah ia dari golongan orang-orang yang dihampirkan.
89. Maka (baginya) kelapangan dan  istirahat dan syurga kenikmatan.
90. Dan adakah ia dari orang-orang sebelah kanan.
91. Maka keselamatan bagi mu dari orang-orang sebelah kanan.
92. Dan jika adalah ia dari orang-orang yang mendustakan, yang menyesatkan.
93. Maka (baginya) hidangan  dari air yang sangat panas.
94. Dan masuk neraka.
95. Sesungguhnya ini ialah keyakinan yang benar.
96. Lantaran itu, sucikan lah nama Tuhan mu yang besar.


{57}
Al-Hadid (besi) 1~29.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Menunduk kepada (kehendak) Allah, apa-apa yang  ada dilangit-langit dan bumi, kerana ialah yang gagah, yang bijak sana.
2. Baginya lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menghidupkan  dan  ia mematikan, dan ia berkuasa atas tiap-tiap suatu.
3. Ialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, dan ia mengetahui tiap-tiap suatu.
4. Ialah yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam enam masa, dan ia bersemayam atas aras, ia mengetahui apa yang masuk dalam bumi, dan apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya, dan ia berserta kamu dimana sahaja kamu berada, dan Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
5. Baginya lah kerajaan dilangit-langit dan bumi, dan kepada Allah lah dikembalikan perkara-perkara.
6. Ia masukkan malam pada siang, dan ia masukkan siang pada malam, dan ia mengetahui apa-apa yang ada dihati-hati.
7. Beriman lah kepada Allah  dan Rasul nya, dan belanjakan lah sebahagian dari apa yang ia telah jadikan kamu pengurus ditentang nya, maka orang-orang yang beriman dari antara kamu dan orang-orang yang membelanjakan nya, bagi mereka adalah ganjaran yang besar.
8. Dan mengapakah kamu tidak mahu percaya kepada Allah, pada hal Rasul itu mengajak kamu supaya kamu beriman kepada Tuhan kamu, sedang sesungguhnya Allah telah  mengambil perjanjian dengan kamu, jika adalah kamu orang-orang yang beriman ?
9. Ialah yang menurunkan atas hambanya perintah-perintah yang nyata-nyata, kerana ia hendak keluarkan kamu dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya dan sesungguhnya Allah itu belas, kasihan kepada kamu.
10.  Dan mengapakah kamu tidak membelanjakan (harta) dijalan Allah, pada hal bagi Allah lah pusaka langit-langit dan bumi, tidak sama orang dari antara kamu yang belanjakan (harta) sebelum penaklukan sesudah itu dan berperang, tetapi tiap-tiap  satu (golongan) dijanjikan (balasan) yang amat baik oleh Allah, dan Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
11. Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, lalu ia gandakan  (ganjaran) baginya, pada hal (adalah) baginya ganjaran yang mulia ?
12. (Ingatlah) hari yang engkau akan melihat orang-orang mukmin laki-laki dan mukmin perempuan, cahaya mereka berjalan dihadapan mereka dan dikanan-kanan mereka, (dikatakan); “khabar kegembiraan bagi kamu pada hari ini, ialah syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan kamu kekal padanya, yang demikian itu ialah bahagia yang besar”.
13. (Iaitu) pada hari yang munafikin laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman; “tunggulah kami, supaya kami ambil sedikit dari cahaya kamu”. Dikatakan; “kembalilah kebelakang kamu dan carilah cahaya (disana)”, lalu diadakan diantara mereka satu sekatan berpintu yang sebelah dalam nya ada rahmat, dan sebelah luarnya, dari situ (terbit) azab.
14. Mereka akan seru mereka itu; “bukankah kami bersama kamu ?” mereka itu menjawab; “betul ! tetapi kamu telah binasakan diri-diri kamu, dan kamu menunggu dan ragu-ragu dan kamu ditipu oleh cahaya-cahaya (yang salah), sehingga datang hukuman Allah, dan pintu itu telah menipu kamu terhadap Allah”.
15. “Oleh kerana itu, pada hari ini, tidak diterima tebusan dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir, tempat kamu ialah neraka, ialah penolong kamu, dan jelek sekali tempat perlindungan kamu itu”.
16. Belumkah datang waktu bagi orang-orang yang beriman, buat hati-hati mereka tunduk mengingat Allah dan mengingat apa-apa yang  turun dari kebenaran ? dan janganlah mereka jadi seperti orang-orang yang diberi kitab lebih dahulu, lalu panjang masa mereka, lantas hati-hati mereka jadi keras dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang melewati batas.
17. Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya, sesungguhnya kami telah terangkan kepada kamu ayat-ayat (kami) supaya kamu mengerti.
18. Sesungguhnya laki-laki yang bersedekah dan perempuan-perempuan yang bersedekah dan meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan digandakan balasan untuk mereka, dan adalah bagi mereka ganjaran yang utama. 
19. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul nya, merekalah orang-orang yan g benar, dan orang-orang yang (teranggap) sahid disisi Tuhan mereka, mereka akan dapat ganjaran mereka dan cahaya mereka, sedang orang-orang yang tidak mahu percaya dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu ahli neraka.
20. Ketahuilah, bahawa penghidupan yang rendah ini hanya satu permainan dan kesenangan dan perhiasan dan bersambung-sambungan diantara kamu dan berbanyak-bannyak kan tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tumbuh-tumbuhan nya (diperhatikan) menyenangkan kafir-kafir, kemudian ia jadi segar lantas engkau lihat dia jadi layu sangat, kemudian  ia jadi hancur, dan diakhirat ada azab yang sangat dan (juga) keampunan dari Allah dan keredaan, dan penghidupan yang rendah itu tidak lain melainkan benda penipuan belaka.
21. Berlumba-lumba lah kejalan keampunan dari Tuhan kamu  dan ke syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul nya, yang demikian itu, adalah kurnia Allah yang ia berikan nya kepada siapa-siapa yang ia sukai, kerana Allah itu yang mempunyai kurnia yang besar.
22. Tidak mengenai suatu musibah dibumi dan tidak di diri-diri kamu, melainkan (sudah tertulis) dalam  kitab sebelum kamu jadikan nya, sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.
23. Supaya kamu tidak berduka cita sangat terhadap apa-apa  yang luput dari kamu, dan tidak (pula) kamu gembira sangat dengan apa-apa yang Allah berikan kepada kamu, kerana Allah itu tidak suka tiap-tiap orang yang  angkuh, sombong.
24. (Iaitu) orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia berlaku bakhil, dan barang siapa berpaling, maka sesungguhnya Allah itu ialah yang tidak berkeperluan, yang terpuji.
25. Sesungguhnya kami telah kirim utusan-utusan kami dengan (mambawa)  keterangan-keterangan, dan kami turunkan bersama (mengurus)  mereka, kitab dan timbangan, supaya manusia berlaku adil, dan kami turunkan besi yang  padanya  ada azab yang sangat dan (ada) kebaikan-kebaikan bagi manusia, dan supaya  Allah buktikan siapa yang menolongnya dan  Rasul-Rasul nya yang ghaib (daripadanya), sesungguhnya Allah itu kuat, gagah.
26. Dan sesungguhnya kami telah utus Nuh dan Ibrahim, dan kami adakan antara anak-anak cucu kedua-dua nya kenabian dan kiab (agama), maka diantara mereka ada yang terpimpin, tetapi kebanyakan dari mereka orang-orang yang melewati batas.
27. Kemudian kami iringi sesudah mereka dengan beberapa Rasul kami, dan kami iringi dengan Isa anak Mariam, dan kami beri kepada nya Injil, dan kami adakan dalam hati orang-orang yang mengikuti nya, balas dan kasihan, tetapi jalan pertapaan itu, merekalah yang mengadakan nya, kami tidak wajibkan itu atas mereka, tidak lain melainkan kerana mengharap keredaan Allah, tetapi mereka tidak pelihara nya sebetul-betul pemeliharaan, oleh kerana itu, kami beri kepada orang-orang yang beriman (betul-betul) dari antara mereka, ganjaran mereka, dan kebanyakan dari mereka orang-oraang yang melewati batas.
28. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah  dan percayalah kepada Rasul nya, nescaya ia beri kepada kamu dua ganda dari rahmat nya, dan ia akan adakan bagi kamu cahaya yang kamu bisa berjalan dengan nya, dan ia akan ampuni kamu, kerana Allah itu pengampun, panyayang.
29. Supaya diketahui oleh ahli kitab bahawa mereka idak berkuasa atas (mendapat) satu pun dari kurnia Allah, dan bahawa kurnia itu ada ditangan Allah, ia berikan nya kepada siapa-siapa yang ia sukai, dan Allah itu ialah yang mempunyai kurnia yang besar.